Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Saturday, December 29, 2012

Beautiful Qur'an Recitation - Surah Al-Fajr

By the Dawn;
And by the ten nights;
And by the even and the odds
And by the night when it departs,

Thursday, December 27, 2012

Kudeta

Assalamualiakum dan salam sejahtera..

Setiap kali aku menulis di blog ini, seolah tertanya dan terfikir.. Aku ni menulis untuk apa, kepada siapa dan ke mana pengakhiran blog ini..

Jawapannya aku pun tak tahu..

Yang pasti, selagi ada mode, selagi ada masa, selagi (merasakan) ada sedikit keperluan dan manfaat mencoret di blog ini, maka aku lakukan aje..

Telah selesai membaca noverl bertajuk Kudeta Intro. Tidak terfikir untuk membelinya. Namun akibat 'cinta pandang pertama' di bookstore PTS, Greenwood, ditambah harga promosi, maka novel ini telah dibeli dengan harga RM 5.00 walau harga sebenarnya RM 17.00.

Friday, December 21, 2012

Nasyid Al-Fatihah




Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai Hari Pembalasan

Hanya Kepada-Mu Ya Allah
Kami Menyembah-Mu Ya Allah
Hanya Kepada-Mu Kami Memohon Pertolongan

Tunjuklah Kami Jalan Yang Lurus
Iaitu Jalan Orang-Orang Yang Kau Kurniakan
Nikmat Kepada Mereka

Bukan Jalan Mereka Yang Dimurkai
Dan Bukan Pula Jalan Mereka Yang Sesat.

Kuala Lumpur,
7 Safar 1434H.

Tahniah Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada..

Mana-mana rakan dan sahabat yang akan bernikah dan mendirikan rumahtangga.

Hari ini, esok atau lusa.

Minggu ini, minggu depan atau bulan depan.

Tahun ini atau tahun depan.

Tahniah kepada mereka,

Kerana telah berjaya dan akan menyempurnakan separuh iman kalian..

Tahniah juga kerana telah menjumpai pasangan yang terbaik,

Tahniah kerana menemui seseorang yang berjaya menambat di hati,

Tahniah kerana berjaya mampu mengemudi bahtera percintaan,

Saturday, December 8, 2012

Alhamdulillah



Slalu kusakiti Engkau dengan dosaku
Ku balas semua kebaikan-Mu dengan kecurangan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu

* Alhamdulillah ku syukuri semua
Terimakasih ku Ya Allah
Atas indahnya hidup

Thursday, December 6, 2012

Ujian Kehidupan

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Wednesday, December 5, 2012

Masalah dan Penyelesaiannya

Setiap orang tidak boleh dari masalah. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Jesteru, cara mana kita mengawal dan menyelesaikan masalah yang penting. Sebagai contoh permasalahan antara invidu dengan individu lain. Pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Samada lambat atau cepat simpulan masalah akan terhurai juga.

Masalah dan konflik sering berlaku antara dua pihak. Suami dan isteri, pekerja dan majikan, rakan sekerja, jiran, saudara mara dan sebagainya. Masalah tidak boleh dilihat hanya berpunca dari pihak 'orang lain', tetapi perlu lebih menunding jari kepada diri sendiri. Selidiki apakah diri anda yang bermasalah sebenarnya. Satu jari yang menunding, empai jari kembali kepada diri sendiri.


Tuesday, December 4, 2012

Cinta Itu

Bahawa sesuatu cinta itu juga boleh berkurang dan hilang kerana..


Sakit.

Penyakit.

Menyakiti atau disakiti.


Mengapa ini terjadi?

Kerana dalam Islam memang ada menyatakan akan hal yang demikian.

Ia realitikah? Atau sekadar fantasi?


Monday, December 3, 2012

Saturday, December 1, 2012

Friday, November 16, 2012

Sami Yusuf - Make Me Strong


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

Thursday, November 15, 2012

Sempena Awal Muharram 1434H

Sempena tahun baru Hijrah ini mari kita pertingkat amalan nak?

Buku lama kita tutup, buku baru kita telah terbuka.

Cuba bayangkan, bukankah ianya masih putih?
Tiada tompokaan hitam dan cotengan yang menyerabutkan. Bukan?

Cuba Lihat di bawah ini!!
Masih putih. Kosong.
Ini buku catatan kita.
Bila tahun baru, maknanya laporan perbuatan kita masih kosong.

Ku Abadikan Kesyahidanmu


Monday, November 12, 2012

Ancaman Bunuh Tidak Menakutkan Kami - HAMAS


Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) menilai ugutan dan ancaman Israel berhubung untuk kembali menjalankan operasi bunuh pemimpin-pemimpin gerakan HAMAS dan pertubuhan pembebasan Palestin yang lain menandakan Israel dalam kekeliruan dan dihinggapi histeria. Demikian itu ekoran dari prinsip pejuang Palestin yang berpegang teguh dan ketumbukan pertahanan sayap tentera Palestin telah mematahkan persamaan isu.

Thursday, November 1, 2012

Buku 65 Gambaran Kehidupan Sahabat

Sahabat anda adalah cerminan diri anda.
Sahabat Nabi RA adalah cerminan diri Muhammad SAW.

Membaca riwayat Sahabat bererti membaca sirah Nabi.
Wujud kasih dan sayang kepada Sahabat, membawa cinta dan rindu kepada Baginda Rasulullah SAW.

Jom la baca.. ^_^




Tuesday, October 23, 2012

Cendekiawan Perang Dinasti Han


Seperti biasa, akibat sangat-sangat meminati sejarah, maka aku telah membeli buku ini. Ia dibeli semasa ada potongan 30 peratus yang dibuat sempena majlis Aidilfitri peringkat ITBM. Peluang potongan ini tidak dikesampingkan, malah dipergunakan sebaiknya. Maka banyaklah duit yang telah dikorbankan untuk buku-buku lain. Huhu..

Friday, October 19, 2012

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Assalamualaikum.

Kadang-kadang segan membaca ini buku ketika di khalayak. Namun apabila berfikir semula apakah salahnya? Bukankah semua orang hendak berkahwin? Juga bukankah semuanya mahukan yang terbaik di dalam kehidupan perkahwinannya? Apapun, yang penting, perkahwinan bukannya sehari sebagai 'Raja Sehari' tetapi kemudiannya penuh seperti tahanan atau penginap pesakit mental.


Wednesday, October 17, 2012

Landasan Maut


Membaca novel yang berlatarkan sejarah memang menyeronokkan. Ini kerana, pembacaan kita mempunyai asas dan landasan selain dapat menyelak helaian sejarah yang diminati.

Amat baik sekiranya terbitan baru novel yang berkaitan sejarah ini diselitkan bersama beberapa gambar realiti berkait secara langsung dengan kisah novel tersebut. Barulah bila membaca ada 'ummph..'

Sunday, October 14, 2012

Bacalah


Cukuplah ia bagiku dan bagimu sebagai sumber kekuatan dan ketenangan.

Thursday, October 4, 2012

Take a book and read!



Sambutlah seruan.. Jom!! (^_^)v

Take a book and read!

At one space in this planet.


Monday, July 30, 2012

Aku Ke Cinta, Kau Ke Cinta

Ketika tahu dilahirkan, dirinya amat lemah.
Tahu sentiasa terpinga-pinga.
Ke kiri berkerut, ke kanan melopong.
Entah apa dicarinya pun tak diketahui.

Berjalan?
Merangkak pun belum mampu.
Apakah berjalan boleh setiap hari.
Makan hanya disuap.
Minum hanya dihulur.
Makan hanya mudah dan ringan.
Minum hanya sejenis dan berkhasiat.

Tahu sentiasa mahu mencari sesuatu yang baru.
Tahu jumpa ubat bewarna-warni, tahu nak makan.
Tahu tertarik kipas berpusing, tahu nak sentuh.
Tahu lihat gambar di tv, tahu lihat dekat-dekat.

Dalam tidak sedar, tahu sedang diperhatikan kenal.

Monday, July 16, 2012

Kebaikan

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(10:107)

Sunday, July 8, 2012

Ramadhan + Walimatul 'Urus

Salam sejahtera.

*Entah mengapa tiba-tiba terfikir idea ini. Mungkin hanya teori kerana praktikalnya masih amat kurang di kalangan masyarakat.


Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
(Surah Ar-Rum: Ayat 21)



Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 183-185) 

Wednesday, June 13, 2012

Ustaz Mohd Zulkifli Dawam: Hidup dan Matinya Untuk Agamanya

Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk menghirup udara yang percuma ini.

Allahumma solli 'ala sayyidina habibina Muhammad SAW.

Bersyukur hari ini serba sedikit memperoleh tenaga dan kudrat untuk membuat sedikit kerja.

Kuala Lumpur - Bukit Beruntung - JKOA Kuala Kubu Bharu - Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kubu Bharu - Kuala Lumpur.

Perjalanan pada hari ini bermula dengan ziarah kami ke rumah Allahyarham Ustaz Mohd Zulkifli bin Dawam, seorang aktivis masyarakat dan aktivis PAS.

Saya mengenalinya secara lebih dekat ketika kami melakukan ziarah mahabbah ke perkampungan orang asli di Ulu Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor pada 5 April 2012 yang lalu. Walaupun tidak rapat, tetapi melalui ucapannya semasa kedatangan kami jelas melihatkan kesungguhan dan komitmennya terhadap dakwah kepada orang asli. Sangat tidak sangka bahawa pertemuan tersebut adalah pertemuan kami dengan beliau. Saya bersalam dengannya pada malam tersebut adalah salam terakhir.



Ustaz Zulkifli sedang memberikan kuliah Maghrib dan sembang-sembang dengan penduduk orang asli yang beragama Islam pada malam 5 April 2012.

Thursday, June 7, 2012

Macam Dulu

Salam sejahtera.

Rasanya seperti mahu seperti dulu.
Kembali ke asal ketika semuanya tiada.

Yang aku pernah buka akaun.
Friendster.
Hi5.
Multiply.
Flickr.
Dan beberapa yang pelik, tapi tidak kekal lama.
Sekarang Facebook.

Wednesday, June 6, 2012

Kunci-kunci Rahsia


Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu ada kuncinya.

Bukankah kunci itu kecil? Maka pasti ia sukar dicari.

Di mana mencarinya? Mencari di sebalik ayat-ayat mu'jizat.

Andai semua hati manusia dikatakan ada 'kunci'nya,

maka apa lagi kunci yang lebih utama dari segala kunci?

Thursday, May 17, 2012

Rumah Penentu Anak Ulama atau Penjahat? (Dr. Zaharuddin)

Thursday, 17 May 2012.




Pentingnya membina sebuah keluarga sakinah seperti membina sebuah negara toyyibah.
Binalah agama dalam diri dahulu sebelum mahu bina agama di luar diri.

Bagaimana seseorang boleh membina sebuah rumah tanpa mengetahui cara membina rumah?

Sunday, April 1, 2012

Menghayati Terjemahan Surah Al-Waqi'ah

Sunday, 1 April 2012.




[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

Friday, March 30, 2012

Solat dan Doa Dhuha: Mari Amalkan

30 March 2012.

Solat dhuha merupakan salah satu solat sunat yang sangat digalakkan ke atas umat Islam. Ia mempunyai manfaat yang besar bagi bagi membuka pintu rezeki kita. Rasulullah SAW sangat menggalakkan agar kita istiqamah melaksanakannya. Inilah antara amalan yang tetap diamalkan oleh Rasulullah SAW.


Berkenaan waktu afdhal solat Dhuha ialah ketika sinar matahari kian panas dan semakin meninggi. Ini berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdhalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Tuesday, March 27, 2012

Otak

Tuesday, 27 March 2012.

Pernahkah anda lupa di mana anda telah letak kaca mata atau kunci kereta anda sebentar tadi?

Pernahkah anda merasakan tanpa sedar anda telah sampai ke tempat kerja atau ke rumah sedangkan sebentar tadi anda melalui pemanduan dan penunggangan?

Pernahkah apa yang anda hasilkan melalui anda menaip mahupun anda menulis tidak sama dengan apa yang anda fikirkan?

Pernahkah rakan anda mengatakan anda sebenarnya menyebut B dan bukan A seperti yang anda dakwa?

Mari Doa Keampunan

Tuesday, 27 March 2012.

“Ya Allah. Jika selama ini, rasa sesal kami belum cukup untuk memadamkan dosa yang pernah kami lakukan, maka saat ini, saksilah wahai Tuhan bahawa rasa penyesalan itu telah memenuhi serta memberatkan hati kami kini.”
“Jika hati kami ini keras, maka Kau lembutkanlah.
“Jika hati kami ini degil, Kau lunakkanlah.”
“Ya Allah, jika hati ini lupa akan keagungan dan kebesaranMu, lupa akan murka dan azabMu; peringatkanlah.”
“Ya Allah jika hati ini, lupa akan api nerakaMu; sedarkanlah.”

Monday, March 26, 2012

Hari Pertama, Hadiah Buku


Sunday, 25 March 2012.

Hari ini merupakan hari pertama bergelar 'pelajar' kembali. Walaupun ia bukanlah untuk penerusan yang rasmi, tetapi kerana keinginan menambahkan ilmu dalam bidang syariah. Dahulu di KUIS sangat bimbang mengambil bidang ini kerana ia berkaitan dengan memberi hukum. Takut-takut andai memberi hukum yang salah akan memeberi dosa yang berganda. Itu persepsi pada awal.

Apabila sudah tua sikit hari ini, keinginan mendalami syariah semakin mendalam. Dengan rezekiNya dapatlah mendaftar dan memulakan pengajian pada hari pertama walaupun kelas telah beberapa minggu berjalan.

Hari pertama merupakan hari yang cukup menggembirakan. Masuk sahaja bilik kuliah, bulu roma menegang. Segala memori lalu belajar di KUIS datang dan merasai semangat baru. Memang benar, suasana belajar di Malaysia berbeza ketika di Mesir dahulu. Kebanyakan pelajar yang ada adalah daripada golongan ibu-ibu, bapa-bapa, abang dan kakak Ada beberapa kerat yang lebih muda.

Thursday, March 22, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H




Thursday, 22 March 2012.



Andai lumpur itu boleh mencerahkan wajah, inginku lumurkan di wajahku,
Andai klorox itu mampu membersihkan hati, mahuku minum dan berkumur dengannya.

Sunday, March 18, 2012

Kebijaksanaan

Sunday, 18 March 2012.


Ia boleh terbit dari dalam diri seseorang melalui dua cara. Samada ia merupakan sesuatu yang diwarisi atau ianya hasil usaha yang bersungguh.

Wednesday, March 14, 2012

Just Take 5 Minutes

Wednesday, 14 March 2012.

Just take your time to hear this sound.
Switch from your stress and stringy brain.
To relax and peaceful mind.

Your center in your life is your mind, your soul and your belief.
So, take them together in one amazing synergy of new energy.

Tuesday, March 13, 2012

I Like Orchestra

Thursday, 13 March 2012.

I don't know how, when and why I like orchestra very much.
Of course because of their sound, their music and their rhythm.
One player like a ship on a turbulence sea.
And the others ship with their own way.
If you see from side, you can see the all ship together.
To make a one amazing gesture.
Look how a conductor can manage all the ships.

أستغفر الله


Perihal Syurga
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya. (2:25)

Thursday, March 8, 2012

Ceritera 7 Mac 2012


Ceritera 7 Mac 2012

Bangun pagi sperti pagi-pagi yang biasa. Tapi ada lain skit hari ini. Ada sesuatu agenda lain yang hendak dilakukan.
Pinjam motor adik. 
Pergi kerja.

Pergi Suruhanjaya sumpah.

Sunday, March 4, 2012

Mendidik Anak Ala Kehidupan Nabi SAW


Nabi Muhammad tidak boleh dijadikan teladan hanya dari segi ibadahnya sahaja. Teladan yang perlu diambil oleh kita semua perlulah menyeluruh seumpama menyeluruh dan sempurnanya Islam untuk setiap masa dan tempat.

Riwayat hidup Nabi SAW merupakan riwayat yang sangat berharga dan tiada tolok bandingnya jika mahu dinilai dengan segala kekayaan di atas muka bumi ini. Hanya mereka yang sedar, prihatin dan berusaha mengorek sebanyak mungkin murtiara dan kekayaan dalam sirah Baginda ini akan mendapat kebahagiaan dan kecemerlangan dalam hidup dan berumahtangga.

"Tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan memberi rahmat ke seluruh alam"

1- Memelihara daripada hedonisme
Sejak kecil Rasulullah SAW sudah menghindarkan diri daripada sebarang penyembahan berhala yang dianggap tuhan oleh nenek moyangnya. Baginda tidak terpengaruh dengan keinginan yang salah dengan menjadikan berhala sebagai sembahan, pemujaan, pengharapan dan memberikan korban.

Tuesday, February 28, 2012

Di Hening Malam





Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu

Monday, February 27, 2012

صلوات النُور

أَللَّهُمَّ صَلِّى وَسَلِّمْ عَلَى نُورِ ﭐلأَنْوَارِ ،

وَسِرِّ ﭐلأَسْرَارِ ، وَتِرْيَاقِ ﭐلأَغْيَارِ ،

وَمِفْتَاحِ بَابِ ﭐليَسَرِ ،

سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدِنِ ﭐلمُخْتَارِ وَاٰلِهِ ﭐلأَطْهَارِ ،

وَأَصْحَابِهِ ﭐلأَخْيَارِ ،

عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وِإِفْضَالِهِ .



Kuala Lumpur,
5 Rabi'ul Akhir 1433H.