Ceritera 7 Mac 2012
Bangun pagi sperti pagi-pagi yang biasa. Tapi ada lain skit hari ini. Ada sesuatu agenda lain yang hendak dilakukan.
Pinjam motor adik.
Pergi kerja.
Pergi Suruhanjaya sumpah.
Siap-siap.
12:00 bertolak.
Pergi ke Bandar Bukit Mahkota.
Kalau guna motor yang sedia ada, alamat terhenti di tengah-tengah highway atau jalan, tak ke kalut. Pengalaman mengajar erti segalanya.
Berkelajuan purata 100 000 m/j.
12:45 sampai, buat urusan. Buat laporan polis. Masa rehat pejabat sehingga jam 14:00.
14:00 pergi sambung urusan. Jumpa kawan staf, tolongkan. Dia kata tiada jaminan. Tak mengapalah, asalkan berbaloi ke Bangi dari tiada apa-apa hasil.
15:00 bertolak balik Kuala Lumpur. Kemudian sesat, tak tahu nak masuk pusat bandar ikut jalan mana satu paling mudah. Ikut gerak hati, jalan saja. Sedar-sedar masuk Jalan Petaling. Lega.
17:30 balik. Di tengah bandar masih belum hujan. Nak masuk Setapak hujan lebat. Redah je lah. Sampai rumah lenjun.
Malam tadi, tiba-tiba ada seekor rama-rama putih masuk bilik. Putih benar warnanya. Ingin ia menghinggap di tangan hanya dapat sebentar sahaja. Hanya seketika. Tiba-tiba hilang begitu sahaja, depan mata. Entah ke mana. Cari-cari tidak berjumpa.
Tidak sedar mata terlelap jam berapa.
Sekian.
Inilah kali pertama ceritera santai dan merepek, tiada motif dan sambil-sambil buang masa.
Semoga terhibur hendaknya!!
(^_^)V
Kuala Lumpur,
15 Rabiul Akhir 1433H.
Comments