Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Friday, July 23, 2021

Ulasan Video Kenapa Singapura Dan Malaysia Berpisah

Pengenalan

Malaysia dan Singapura merupakan dua buah negara yang berasal daripada satu rumpun yang sama. Pada 16 September 1963, sebuah negara yang dinamakan Malaysia telah dibentuk terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Di Singapura ia berasaskan kepada sebuah referendum yang telah dilakukan di Singapura pada 1 September 1962 untuk meninjau pendapat penduduk Singapura dan hasilnya mendapati rakyat Singapura bersetuju menyertai untuk Persekutuan Malaysia. 

Namun Persekutuan Malaysia tidak bertahan lama. Selepas dua tahun Malaysia dibentuk, pada 7 Ogos 1965 Perjanjian Pemisahan ditandatangani oleh Malaysia dan Singapura, selanjutnya pengisytiharan pemisahan ini telah dibuat pada 9 Ogos 1965. Faktor utama Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia adalah dasar dan ideolog People’s Action Party (PAP) dari Singapura yang tidak selari dengan Parti Perikatan di Malaysia.

Kenapa Singapura dan Malaysia Berpisah

Sunday, July 18, 2021

Tradition of Our Eid Al Fitr

Assalamualaikum.

For sure, everybody has their memories about Eid Al Fitr, either the memory is sweet or bad. Eid literally means a ‘festival’ or ‘feast’ in Arabic. This situation or phenomena is related directly to religious basis because our beloved Prophet Muhammad SAW have telling us that Allah SWT giving us two big festival every year, it is Eid Al Fitr and Eid Al Adha. That means all Muslims around the world have twice the biggest festivals every year. These festivals in Islam not just to enjoy and celebrating it without any implied meaning, but there are fulfil with divinity spiritual and sense as a servant of Allah. Eid Al Fitr is related to a month of fasting and Eid Al Adha is related to doing sacrifice.

Image from google

Tuesday, July 13, 2021

PERUBAHAN PARADIGMA MALAYSIA (1400-1957)

Pendahuluan

Pusat Rujukan Persuratan Melayu memberikan definisi paradigma sebagai lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada. Perubahan paradigma Malaysia bermaksud perubahan utama yang berlaku terhadap negara semenjak zaman kerajaan Melayu tradisional sehinggalah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Antara bentuk perubahan yang berlaku adalah dalam konteks autoriti pentadbiran negara, pembentukan jatidiri bangsa dan asas kemajuan pembangunan.

Monday, July 12, 2021

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA 1400-1957

Pendahuluan

Latar belakang sejarah negara Malaysia boleh dibahagikan kepada empat peringkat utama iaitu Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), Kerajaan Johor (bermula 1528), Kesultanan Melayu selain Melaka dan Johor serta Era Penjajahan (1511-1957). 


Friday, July 9, 2021

SEMINAR DAN KONFERENSI DI KUIS

Prolog

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Dai, Ulama dan Umarak.

Berpaksikan moto  “Peneraju Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang berteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid. (Sumber)

Berikut disenaraikan antara seminar dan konferensi yang dianjur oleh KUIS.


Thursday, June 24, 2021

Melakuan Perubahan Diri Dengan SWOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Prolog

Setiap orang yang masih hidup ini pastinya akan berhadapan mehnah, cabaran dan tribulasi kehidupan. Manakan tidak, hanya kerehatan itu diperoleh setelah kematian daripada kehidupan dunia, iaitu awal kehidupan akhirat ketika berada di alam barzakh. Namun, kerehatan itu juga tidaklah terjamin melainkan amal yang dibawa itu menjadi pertukaran, atau matawang untuk 'membeli kerehatan' itu tadi.

Melakukan perubahan diri merupakan suatu sunnatullah, ia jelas disebutkan di dalam Al-Quran. Ia dijelaskan di dalam Al-Quran sepertimana petikan Surah Al- Ra’ad (13:11): 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.


Tuesday, June 22, 2021

PENGHANTAR PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PENGENALAN

Pengetahuan berkenaan psikologi pendidikan adalah amat penting terhadap pengajaran dan pembelajaran kerana ia amat berkait dengan perkembangan murid. Seseorang guru sejak dari peringkat awal mestilah mengetahui ilmu psikologi pendidikan untuk mengetahui, memahami, dan mempelajari tingkah laku, emosi dan pemikiran seseorang murid. Ini kerana bidang psikologi dapat digunakan untuk mengawal dan mengurus tingkah laku, emosi serta pemikiran murid bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan secara efektif.

Psikologi merujuk kepada satu kajian secara mendalam berkaitan tingkah laku yang merangkumi perasaan, sikap serta pemikiran manusia serta haiwan secara nyata dan terselindung (Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, 1998). Bidang psikologi amat penting bagi mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap individu serta faktor-faktornya semasa awal kelahiran hinggalah dewasa.  

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting, terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Oleh yang demikian, guru yang mendidik mestilah menguasai aspek psikologi terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan manusia.

Pelbagai ragam, karenah, perangai, emosi, tahap pemikiran, latar belakang para murid di dalam sesebuah kelas. Sumber gambar Google.