9 Fakta Psikologi Lelaki Sedang Jatuh Cinta Pada Seseorang Wanita
1. Dia mendahulukan kebahagiaan dan keperluan pasangannya berbanding kebahagiaan dan keperluan dirinyanyaDia tidak bimbang, kolot dan terlalu menahan diri untuk mendahulukan keperluan dan kebahagiaan peribadi pasangannya berbanding keperluan dirinya. Dia sentiasa bersedia untuk membahagiakan pasangannya. Dia sentiasa mencari idea dan cara untuk menjadikan hidup pasagannya lebih lancar dan selesa. Walaupun hakikatnya itu bermakna meletakkan dirinya sendiri ke dalam keadaan yang tidak selesa.
2. Dia benar-benar meluangkan masa untuk pasangannya
Kita semua tahu bahawa masa adalah perkara paling berharga dan bermakna yang boleh dikongsi dengan orang lain. Ia adalah sesuatu yang ''setelah diberikan, tidak boleh ditarik balik'', atau ia takkan kembali walau apapun berlaku. Oleh itu, situasi ini boleh dianggap sebagai petanda yang baik bahawa dia sanggup menghabiskan banyak masanya untuk pasangannya. Ia membuktikan bahawa pasangannya itu penting baginya.
3. Dia sentiasa memberi sokongan dalam mengejar impian pasangannya
Seorang lelaki yang ingin menjalin hubungan mungkin mahu mengawal cara pasangannya menjalani kehidupan seharian mereka. Andai ini berlaku ia yang bukan petanda cinta sebenar. Cinta sejati adalah apabila seseorang wanita bersama dengan seorang lelaki yang benar-benar akan menyokong dan memotivasi dirinya untuk menjadi lebih baik. Dia seorang lelaki yang mendorong pasangannya ke arah impian mereka. Bukan seseorang yang hanya menyatakan kepada pasangannya bagaimana untuk bermimpi.
4. Dia menyatakan rasa ingin tahu ke dalam hidup pasangannya
Dia benar-benar ingin mengenali pasangannya dengan cara terbaik, sebaik mungkin yang dia boleh lakukan. Hasilnya kerana sebab itulah akhirnya seseorang lelaki bertanya kepada pasangannya banyak soalan perihal minat, pemikiran dan pendapat pasangannya. Dia sentiasa akan membuat pasangannya berasa seperti sedang didengari.
5. Dia menceritakan tentang dirinya dengan cara yang tidak dilakukan dengan orang lain
Dia benar-benar membenarkan diri pasangannya masuk ke dalam kehidupannya, lingkungan hidupanya, hal-hal kehidupan sehariannya. Dia mungkin tidak memberitahu pasangannya bahawa dia mencintai pasangannya itu. Tetapi dia pasti telah bersedia untuk membuka ruang yang lebih mendalam tentang kehidupannya dengan pasangannya.
6. Dia memperkenalkan pasangannya kepada rakan dan keluarganya
Dia benar-benar 'menghadirkan' kewujudan pasangannya ke dalam kehidupannya. Dia mahu pasangannya bertemu semua orang penting dalam hidupnya. Mengapa? Ini kerana 'bagi dirinya pasangannya juga telah menjadi seseorang yang paling penting dalam hidupnya. Dia mahu membawa dimensi diri pasangannya ke dalam 'dunia'nya.
7. Dia bercakap tentang masa depan hubungan dengan pasangannya
Dia tidak melihat apa sahaja yang dibualkan bersama pasangannya sebagai pergaulan kosong semata-mata. Dia tidak berminat pergaulan yang biasa-biasa atau komunikasi biasa antara dirinya dengan pasangannya. Dia benar-benar dalam ruang pemikiran tersebut untuk jangka masa panjang.
8. Dia menunjukkan kesanggupan untuk berkompromi
Dia sangat menyayangi pasangannya sehingga dia sanggup berkompromi dengan beberapa aspek asas dalam hidupnya. Ini semua agar dia dapat menjemput diri pasangannya ke dalam dunianya.
9. Dia sentiasa lebih banyak ketawa setiap kali dia bersama pasangannya
Realitinya, aapa sahaja yang ada pada diri pasangannya, akan membuatkan dirinya lebih rasa gembira, tenang dan selesa. Dia sangat teruja dan berasa sangat senang hati untuk menjadikan suasana yang menggembirakan bersama pasangannya. Kehadiran pasangannya dalam hidupnya sudah cukup untuk membuatkan dirinya seorang sangat beruntung dan berasa seperti di kayangan. Pastinya seseorang yang lain tidak akan dapat mewujudkan perasaan dan keadaan sedemikian walau dengan apa cara sekalipun.
Hidup dalam mencari..
2 Syawal 1445H.
Comments