Lauk-pauk Nasi Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengenalan
Perbicangan hari ini ialah berkenaan dengan lauk nasi lemak. Mengapa? Kerana saya pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penyediaan nasi lemak. Penyertaan tidak langsung juga dlam aspek merasa dan memakan nasi lemak.

Alhamdulillah, kehidupan mengajar banyak perkara. Malah memang itulah realitinya. Jika telah mati, tiada mengajar lagi, tetapi 'diajar' dengan apa yang telah dilakukan di atas dunia. Pengalaman menyediakan atau memasak nasi lemak dari A ke Z sangat bermakna. Tidaklah bermula daripada menyemai anak padi atau memetik buah kelapa di pokoknya. Namun, penyediaan untuk jualan adalah berbeza dan ada pengalamannya tersendiri berbanding buat untuk makan sendiri di rumah atau bekal ke pejabat.

Inilah hidangan asas Nasi Lemak yang sangat menyelerakan. Sumber: Google.


Menurut Wikipedia, Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Asas bagi identiti Nasi Lemak itu sendiri, ia dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). 

Sir Richard Olof Winstedt telah menulis mengenai "nasi lemak" di Malaysia pada tahun 1909 dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life". Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.

Hidangan Nasi Lemak adalah suatu hidangan yang lengkap kerana berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal , kerangupan ikan bilis ,kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun. Asalnya, amalan pemakanan nasi lemak dikatakan merupakan satu bentuk bekalan hidangan atau bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. ni disebabkan hidangan Nasi Lemak mempunyai jumlah kalori atau tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat. 

Nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus. Hari ini  nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi, malahan ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. 

Dikatakan juga kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan Nasi Lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat. Walaubagaimanapun, jika belum membanting keringat janganlah makan terlalu beriya Nasi Lemak ini. Kerana bimbang, Nasi Lemak bukan menjadi hidangan  selepas membanting keringat, tetapi 'layu' selepas memakannya. ^_^

Lauk Pauk Nasi Lemak
Seperti yang telah diperkatakan, Nasi Lemak hidangan asasnya adalah nasi, sambal, ikan bilis goreng, potongan timun dan potongan telur. Namun ia kini telah berubah dan semakin bervariasi. Disebabkan ia bukan lagi hanya dimakan untuk sarapan, malah makan tengahari dan makan malam, juga makan lewat malam, lauk pauk yang pelbagai disediakan untuk pilihan pelanggan. Maka Nasi Lemak telah menjadi salah satu makanan atau hidangan yang 'rare' pada masa kini.

Asasnya tiada ketetapan atau had mengenai apakah lauk pauk yang sesuia untuk hidangan nasi lemak. Namun kebiasaannya, hidangan tersebut mestilah tidak menenggelamkan rasa dan kenikmatan asli ketika menjamah hidangan Nasi Lemak.

Berikut adalah lauk-pauk yang sering menjadi dampingan bagi Nasi Lemak. Semua gambar adalah daripada Google dan dikredtkan kepada empunya gambar. Terima kasih berkongsi, sharing is caring gitu..:

1- Telur ayam goreng mata kerbau

2- Telur ayam dadar

3- Telur ayam rebus goreng sambal

4- Telur ayam goreng mata kerbau sambal

5- Telur puyuh sambal

6- Ayam biasa/ayam kampung goreng

7- Ayam biasa/ayam kampung goreng berempah

8- Ayam masak merah

9- Ayam biasa/ayam kampung rendang

10- Ayam bakar/panggang

11- Ayam masak kunyit

12- Ayam biasa/ayam kampung masak serai

13- Tempe goreng

14- Tempe goreng sambal

15- Kentang goreng sambal

16- Kentang goreng sambal kering

17- Sotong segar sambal

18- Sotong kembang sambal

19- Kerang sambal

20- Ikan keli goreng sambal

21- Puyuh goreng berempah

22- Bergedil 

23- Sardin tin sambal

24- Hati dan pedal ayam goreng sambal

25- Tauhu goreng sambal

26- Tauhu goreng sambal kering

27- Daging masak merah/sambal

28- Ikan bilis goreng sambal

29- Ikan bilis sambal petai

30- Hati lembu rendang

31- Hati dan pedal ayam rendang

32- Daging masak htam/jintan

33- Udang sambal

34- Udang sambal kering

35- Udang sambal petai

36- Paru lembu sambal kering

37- Tempe goreng sambal kering dengan ikan bilis, kacang dan kentang

38- Sayur kangkung tumis

39- Paru lembu goreng

40- Sosej sambal

Inilah saya kongsikan 40 jenis lauk pauk bagi hidangan nasi lemak yang biasa dan saya tahu. Mungkin ada yang tidak tersenarai. Jika ada lagi, bolehlah kongsi.

Apapun, ia memang membuatkan kadar air liur dalam mulut bertambah dan bergenang. Apa lagi, sila cari gerai Nasi Lemak berdekatan anda sekarang! Jangan lupa petua yang viral mengenai cara mengatas lapar atau ketiadaan tenaga iaitu penyediaan Nasi Lemak.

Hidup terus mencari..

Kota Damansara,
21 Syawal 1439H.

Comments