Sunday, 25 March 2012.
Hari ini merupakan hari pertama bergelar 'pelajar' kembali. Walaupun ia bukanlah untuk penerusan yang rasmi, tetapi kerana keinginan menambahkan ilmu dalam bidang syariah. Dahulu di KUIS sangat bimbang mengambil bidang ini kerana ia berkaitan dengan memberi hukum. Takut-takut andai memberi hukum yang salah akan memeberi dosa yang berganda. Itu persepsi pada awal.
Apabila sudah tua sikit hari ini, keinginan mendalami syariah semakin mendalam. Dengan rezekiNya dapatlah mendaftar dan memulakan pengajian pada hari pertama walaupun kelas telah beberapa minggu berjalan.
Hari pertama merupakan hari yang cukup menggembirakan. Masuk sahaja bilik kuliah, bulu roma menegang. Segala memori lalu belajar di KUIS datang dan merasai semangat baru. Memang benar, suasana belajar di Malaysia berbeza ketika di Mesir dahulu. Kebanyakan pelajar yang ada adalah daripada golongan ibu-ibu, bapa-bapa, abang dan kakak Ada beberapa kerat yang lebih muda.
Keinginan menyambung pelajaran dalam bidang yang lain telah ada sejak dahulu. Seringkali melihat peluang di UiTM, USM atau UM. Akhirnya rezeki datang jua.
Hari pertama, staf pentadbiran menyatakan bahawa pensyarah yang mengajar tidak dapat hadir kerana ada halangan yang tidak dapat dielakkan. Semua orang bersimpati, mengeluh dan berkongsi kesedihan. Disamping mendokan beliau.
Namun, ia tidak berhenti di situ. Rupa-rupanya ada berita yang menggembirakan. "Semua orang akan diberi baucer RM 200".. Wah, betapa riangnya hati ini..
Disebabkan kurang sihat, tiada mode nak belek-belek lagi.
Hanya mampu menghabiskan baucer RM 50 + RM 10 dengan tiga buah buku ini.
Niat berbolak balik ketika awal mahu ke kuliah kerana kesihatan tak mengizinkan. Namun, digagahi jua kerana kali pertama ke kuliah. Ia berbaloi kerana rezeki yang tidak disangka.
Pada Jumaat lalu seolah hadiah buku turun dari langit. Sudahlah dapat baucer RM 200. Sebelum itu, ketika ada urusan di Akademi Pengajian Islam UM telah berjumpa dengan salah seorang Ketua Jabatan. Akibat menunjukkan minat dan bertanya harga buku yang ada, tanpa disangka KJ tersebut menghulurkan dua buah buku tadi dari dalam biliknya. Katanya percuma!
Inilah buku yang diberikan percuma oleh KJ tersebut!
Sebelumnya lagi, ketika solat Jumaat di Masjid Wilayah tertarik dengan sebuah buku ni. Ia adalah hasil penulisan Imam Suyuti dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Sebelum ini ada menerima hadiah buku daripada seorang sahabat. Dihadiahkan tiga buah buku. Berbesar hati mahu dimasukkan bersama..
Menjadi hamba yang bersyukur sangat susah dalam ertikata yang sebenarnya. Bagaimana cara terbaik untuk membuktikan rasa syukur selain hanya mengucapkan Alhamdulillah kepada Tuan makhluk syukur berkenaan?
Inilah buku-buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat suatu ketika dahulu. Terima kasih..
Allahumma solli wa sallim wa barik 'alaihi wa 'ala aalih..
Kuala Lumpur,
3 Jamadil Awwal 1433H.
Comments