Skip to main content
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
*Kepada diri sendiri..
Kepada sesiapa yang sedang kesempitan..
Kepada sesiapa yang menghadapi dugaan dan ujian..
Kalaulah Allah sayang kita, pasti Dia tidak akan lepaskan kita..
Bermaksud kita sentiasa dalam percaturanNya..
Bermakna kita sedang diaturkan olehNya..
Ini memberi maksud Allah sedang pandang kepada kita..
Ini memberi makna Dia sebenarnya sangat sayangkan kita..
Boleh jadi ujian datang silih berganti,
Selesai satu, datang satu lagi,
Kerap kali dugaan hadir bertimpa-timpa,
Belum apa-apa satu lagi datang menjelma..
Tiada mudharat dan manfaat melainkan dengan izinNya,
Tiada daya dan kekuatan melainkan dari sisiNya,
Tiada mengubah sesuatu ketentuan melainkan dengan doa kepadaNya,
Tiada tempat pengaduan dan pengharapan paling tinggi melainkan padaNya..
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku keranaMu Tuhan sekalian alam,
Ya Allah,
Engkau Tuhanku,
Engkau maksudku,
Dan keredhaan Engkau permintaanku..
Sabar dan redha itu sangat mudah disebut di bibir,
Namun sangat sukar dilakukan ketika masanya tiba,
Tidakkah kita sedar?
Berita gembira hanyalah untuk orang-orang yang sabar!!
Kuala Lumpur,
22 Muharram 1434H.
Comments