Sempena Awal Muharram 1434H

Sempena tahun baru Hijrah ini mari kita pertingkat amalan nak?

Buku lama kita tutup, buku baru kita telah terbuka.

Cuba bayangkan, bukankah ianya masih putih?
Tiada tompokaan hitam dan cotengan yang menyerabutkan. Bukan?

Cuba Lihat di bawah ini!!
Masih putih. Kosong.
Ini buku catatan kita.
Bila tahun baru, maknanya laporan perbuatan kita masih kosong.


Apa kata kita masukkan sesuatu.
Tetapi tidak boleh di buku ini,
Kita kena catatkan di dalam buku perancangan kita.
Ataupun kita perlu sediakan checklist!

Ini checklistnya.

1. Mengaji – 1 hari 1 juzu'
Erm, ini cahaya dalam kubur kelak. Tak baca quran bermakna menempah kegelapan di dalam kubur kelak!

2. Tahajjud – Tiap malam (ikut kemampuan tapi cuba sedaya upaya)
Bak kata Tok Guru Nik Aziz, walau malas giler nak bangun, tersedar dari tidur terus mengucap dan istighfar banyak-banyak. Usaha setiap hari untuk bangun tahajjud.

3. Dhuha – Setiap hari
Nak mohon murah rezeki.

4. Solat jema’ah di masjid surau – sekurangnya subuh, maghrib, isya'
keberkatan tu kan pada berjemaah. Solat berjemaah dapat seimbangkan cas negatif dan positif.

5. Membaca Quran – Setiap hari
Surah Yasin (antara maghrib dan isya'),
Waqi’ah (selepas Subuh),
Al-Mulk (sebelum tidur)

6. Zikir & Amalan sunat – Tiap saat, tiap hari
Nabi Muhammad SAW yang ma'sum pun istighfar 70-100 kali setiap hari!
Kita??

7. Solat sunat rawatib jangan sesekali malas!!
Kan amalam sunat tu menampung untuk kesempurnaan?

8. Paling penting, jaga waktu dan kesempurnaan solat.
Kan solat amalan pertama dihisab?

Eh, jom arr kita islah diri..
Jadi lebih baik..
Katakan TIDAK pada dosa dan maksiat!
Ya tahu.. Kita memang la tak dapat elak dari melakukan dosa dan maksiat.
Tapi kita boleh usaha kan?
Allah tengok pada usaha yang bersungguh.
Barulah Dia datangkan kemanisan iman..

Tak salah kan dulu orang kata kita jahat, sekarang kita nak jadi baik?
Tak salah kan dulu orang pandang serong kat kita kerana kekurangan diri kita, sekarang biar kurang luaran, tapi dalaman kita kuat. Tak salah kan?
Tak salah kan, orang yang banyak dosa nak islah diri?

Tak salah kan islah diri untuk diri sendiri.
Kubur kan masing-masing, amalan kan masing-masing.
Tak kan nak harap orang lain islah diri kita, nak harap pahala dan kebaikan orang lain utnuk diri kita?
Seorang pelacur akibat perbuatannya memberi minum seekor anjing, akhirnya masuk syurga.
Seorang perempuan menjaga solatnya tetapi mengurung kucing tanpa makan, masuk neraka.

Teringat dosa dan kesilapan, hati resah gelisah..
Maka terbayang keluasan syurga dan keindahannya.

Teringat amalan yang sedikit...
Maka terbayang yang didambakan adalah rahmatNya.

Teringat segala kurang dan kehinaan...
Maka terbayang sebaik makhluk tempatnya adalah sebaik kedudukan iaitu syugra.

Maka barulah datangnya CINTA dari TUHAN!
Hadirnya SAYANG dari TUHAN!
Timbulnya RINDU kepada TUHAN!

Bila TUHAN telah melimpahkan CINTA dan RAHMATNYA, maka akan berbontong CINTA dan SAYANG makhluk kepadamu! Percayalah!!

Amin...

Ya Allah, aku mohon agar buku amal perbuatan ini..
Akan ku terima dengan tanagn kanan..
BUKAN tangan kiri..
BUKAN juga dari belakang...

Na'uzubillahi min zalik..

Kuala Lumpur,
1 Muharram 1434H.

Comments