Kebijaksanaan

Sunday, 18 March 2012.


Ia boleh terbit dari dalam diri seseorang melalui dua cara. Samada ia merupakan sesuatu yang diwarisi atau ianya hasil usaha yang bersungguh.

Apa yang paling sesuai untuk kaitkan seseorang dengan bijaksana?
Boleh jadi pelbagai kajian dan tafsiran secara saintifik dilakukan oleh pelbagai pihak.
Boleh jadi ia diterjemah dari sudut pandangan psikologi.
Atau boleh jadi ia hasil daripada kupasan dan kajian bidang sains sosial.
Maka berkepelbagaianlah penafsiran bijaksana.
Namun, Islam sejak awal lagi telah meletakkan satu piawaian yang sangat mudah. Terlalu simple.
Siapakah orang yang paling cerdik atau bijaksana ini?
Jawapannya adalah mereka yang sering mengingati 'kematian'!

Menurut penulisan Mohd Kamel Idris, beliau membahagikan kebijaksanaan kepada kumpulan-kumpulan kecil kecerdikan.
Kecerdikan yang disebut ialah Kecerdikan Abstrak, Kecerdikan 'Aesthetic', Kecerdikan Kinestetik, Kecerdikan Emoasi, Kecerdikan Praktikal dan Kecerdikan Sosial.
Di antara semua kecerdikan ini, yang paling utama ialah Kecerdikan Emosi dan diikuti Kecerdikan Sosial.
Hasilnya kecerdikan yang lain mampu terbina bersama-sama kedua-dua kecerdikan ini.

Empat perkara yang dinilai dalam penentuan kebolehan kecerdikan emosi seseorang seperti yang dicadangkan oleh Mayer dan Salovey ialah; 1) membuat tanggapan emosi, 2) memahami emosi, 3) menggunakan emosi dan 4) mengurus emosi.
Apabila empat perkara ini berjaya dicapai, hasil yang bakal diperoleh ialah; 1) kesihatan mental, 2) interaksi sosial, 3) kebolehan memahami interaksi kompleks dan 4) kebolehan melakukan tugasan kritikal.

Apakah emosi sesuatu yang negatif?
Hakikatnya, mustahil dalam kehidupan seseorang manusia, individu atau bersosial dengan masyarakat, setiap kelakuannya langsung tidak terpengaruh dengan emosi. Iaitu melandasi rasional semata. Rela atau terpaksa, fitrahnya, perlulah diseimbangkan antara rasional dan emosi dalam apa jua keadaan atau keputusan.

Apa pula yang akan berlaku apabila seseorang gagal mengawal emosinya?
Antaranya anda akan boleh lihat melalui; 1) gelagat yang agresif, 2) gelagat sinikal, 3) kemurungan, 4) kerisauan, dan 5) ketakutan (fobia)

Islam telah menyediakan penawar dan jalan yang sangat mudah secara teorinya, namun sangat susah diamalkan. Hanya mereka yang benar-benar mampu melihat dengan pandangan atau cahaya hati boleh melaksanakannya dengan berterusan. Mungkin mereka inilah wali Allah. Siapa pula yang boleh mengaku mereka itu wali Allah..?

Suatu hari Lukmanul Hakim menasihati anaknya. Beliau berkata "Anakku, duduklah dengan orang-orang yang berilmu dan tetap dekat dengan mereka. Allah akan menghidupkan hati-hati dengan cahaya kebijaksanaan sebagaimana Allah memberi kehidupan kepada bumi yang mati dengan hujan yang turun mencurah-curah dari langit".

Maka,
Ilmu = Bijaksana = Kematian?

Kuala Lumpur,
25 Rabi'ul Akhir 1433H.

Comments