Mari Doa Keampunan

Tuesday, 27 March 2012.

“Ya Allah. Jika selama ini, rasa sesal kami belum cukup untuk memadamkan dosa yang pernah kami lakukan, maka saat ini, saksilah wahai Tuhan bahawa rasa penyesalan itu telah memenuhi serta memberatkan hati kami kini.”
“Jika hati kami ini keras, maka Kau lembutkanlah.
“Jika hati kami ini degil, Kau lunakkanlah.”
“Ya Allah, jika hati ini lupa akan keagungan dan kebesaranMu, lupa akan murka dan azabMu; peringatkanlah.”
“Ya Allah jika hati ini, lupa akan api nerakaMu; sedarkanlah.”

“Ya Allah, selama ini kami sentiasa menzalimi diri dengan sentiasa berbuat apa yang akan menyebabkan kami nantinya, terbakar hangus di dalam api nerakaMu.”
“Ya Allah, selama ini kami sentiasa menzalimi diri dengan sikap tidak memperdulikan ancaman murka dan azabMu.”
“Sedangkan, kami hidup dengan menghirup nafas yang Kau tuangkan.”
“Sedangkan, kami hidup dan merasa bahagia dengan nikmat yang Kau kurniakan.”
“Jika Kau tidak ampunkan kami ya Allah; jika Kau tidak mengasihani kami, ya Allah; akan tercampaklah kami di dalam api nerakaMu yang sepercik sahaja sudah cukup untuk menghancur leburkan dunia dan segala isinya.”
“Bagaimanalah jika kami yang kerdil ini, kau campakkan ke dalam api nerakaMu itu ya Allah.”
“Tentu akan menitiklah cairan lemak dari daging kami ya Allah.”
“Tentu akan hangus dan hancurlah tulang belulang kami wahai Allah.”
"Hanya Engkau yang layak kami memohon hajat dan hnya Engkau yang akan berkehendak mengampuni segala dosa." 

"Amin Ya Rabbal 'Alamin.."


Ku mendambakan keampunanMu,
Dalam memperoleh redhaMu..

Kuala Lumpur,
4 Jamadil Awwal 1433H.

Comments