Seperti biasa, akibat sangat-sangat meminati sejarah, maka aku telah membeli buku ini. Ia dibeli semasa ada potongan 30 peratus yang dibuat sempena majlis Aidilfitri peringkat ITBM. Peluang potongan ini tidak dikesampingkan, malah dipergunakan sebaiknya. Maka banyaklah duit yang telah dikorbankan untuk buku-buku lain. Huhu..
Antara sejarah yang aku minat ialah sejarah negara China. Ini kerana, sejarahnya yang panjang dan menarik untuk disingkap. Dengan pelbagai 'hikmah' kebijaksanaan para tokoh mereka yang lalu. Sekiranya anda menyingkap sejarah China, anda akan mendapati kelainan pengisian sejarah mereka. Ketamadunan mereka penuh dengan nilai seni, budaya, estetika, ideologi dan sastera. Tidak kurang juga pengisian falsafah yang ditonjolkan. Ini apa yang aku dapat rasakan serba sedikit sekiranya dibuat perbandingan antara sejarah China dan sejarah Eropah.
Pada mula berkenalan dengan buku ini, tidaklah mempunyai apa-apa persepsi awal. Niat membelinya kerana ia berkaitan 'sebuah sejarah'. sejarah negara 'China', dan berkisar mengenai 'perang atau peperangan'.
Setelah dua tiga bab pertama, tiba-tiba akal terdetik. "Macam pernah ku tahu tentang kisah ini, tetapi di ama ya..?" Rupa-rupanya ia adalah boleh aku katakan penulisan kembali daripada cerita Red Cliff 1 dan Red Cliff 2. Ya, sememangnya! Ejaan nama pelakon, watak, jalan cerita semuanya selaras dengan jalan cerita. Walau biasanya antara tulisan dan lakonan pasti ada sedikit perubahan.
Sejujurnya aku sangat takjub dengan kehebatan pemikiran cendekiawan perang yang terlibat. Kebijaksanaan mereka dalam merangka strategi, 'membaca' suasana alam, merangka percaturan dan sebagainya. Banyak kali juga tersenyum seorang kerana terpegun kehebatan pemikiran mereka.
Sepeti yang aku katakan sebelum ini, cerita ini membawa anda serba sedikit ke alam realiti cerita dengan melihat terlebih dahulu movie Red Clliff kemudian membaca buku ini. Pasti gambaran 3D menjelma di hadapan kotak pemikiran anda!!
Selamat membaca!
Hidup dalam mencari..
Kuala Lumpur,
7 Dzulhijjah 1433H.
Comments