Cinta Itu

Bahawa sesuatu cinta itu juga boleh berkurang dan hilang kerana..


Sakit.

Penyakit.

Menyakiti atau disakiti.


Mengapa ini terjadi?

Kerana dalam Islam memang ada menyatakan akan hal yang demikian.

Ia realitikah? Atau sekadar fantasi?




Bolehkah cinta itu berkembang dengan wujudnya perkara yang disakiti dan menyakiti?

Bolehkah sesuatu cinta dan sayang tetap mekar apabila mengetahui kekasih atau yang dicintai mempunyai penyakit?

Atau..

Bolehkah cinta bertahan apabila salah seorang dari pasangan kekasih menghadai saat-saat sakit?

***

Pernah ada yang bercinta, saling mengasihi. Akhirnya terkubur dan meniti penamatnya hanya kerana apabila pasangannya diserang sakit.

Pernah ada yang bercinta, saling menyukai. Akhirnya hambar dan berakhir hanya kerana apabila mengetahui pasangannya mempunyai penyakit.

Pernah ada yang bercinta, saling menyayangi. Akhirnya semakin sirna dan menemui titik noktahnya hanya kerana apabila ia disakiti atau memulakan menyakiti.

Jadi?

***

Jadi, itulah realiti hidup yang perlu dihadapi. Betulkah?

Ia bukan perkara yang complicated. Boleh jadi sangat mudah difahami dan dirasai.

Tetapi, apa beza dan moralnya?



Ini hati ma'nawi atau majazi?


Kuala Lumpur,
20 Muharram 1434H.

Comments