Tahniah Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada..

Mana-mana rakan dan sahabat yang akan bernikah dan mendirikan rumahtangga.

Hari ini, esok atau lusa.

Minggu ini, minggu depan atau bulan depan.

Tahun ini atau tahun depan.

Tahniah kepada mereka,

Kerana telah berjaya dan akan menyempurnakan separuh iman kalian..

Tahniah juga kerana telah menjumpai pasangan yang terbaik,

Tahniah kerana menemui seseorang yang berjaya menambat di hati,

Tahniah kerana berjaya mampu mengemudi bahtera percintaan,


Kerana dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan perkahwinan,

Semoga ianya kerana Allah,

Bermatlamatkan Allah,

Menagihkan cinta Allah,

Kasih sayang Allah,

Hidup dalam ibadah dan redha Allah.

Semoga semua sahabat-sahabatku ini,

Menemui kebahagiaan yang dicari,

Bersama teman hidup yang dikasihi.



Ya Allah,
Dengan rahmat dan kasih sayangMu,
Dengan limpahan cinta yang Engkau taburkan,
Dengan keluasan impian yang Engkau kabulkan,
Demi Engkau Wahai Tuhanku,
Tiada manfaat dan mudharat melainkan dengan keizinanMu.

Ya Rabbal Quddus,
Sesungguhnya Engkau yang menetapkan setiap kejadian itu berpasangan,
Malam pasangannya siang,
Darat pasangannya laut,
Langit pasangannya awan,
Bumi pasangannya bulan,
Baik pasangannya jahat,
Jujur pasangannya khianat,
Setia pasangannya curang,
Merah pasangannya biru,
Hitam pasangannya putih,
Senja pasangannya fajar,
Romeo pasangannya Juliet,
Ali pasangannya Fatimah
Adam pasangannya Hawa,
Lelaki pasangannya wanita.

Ya Allah,
Dengan limpahan pengampunanMu,
Juga lautan kemurahanMu,
Telah Engkau jodohkan salah seorang hambaMu,
Di atas muka bumiMu ini,
Bertemu mereka atas ketaatan kepadaMu,
Berkumpul mereka atas berbakti pada agamaMu,
Kasih sayang yang terpatri antara mereka hanya keranaMu.

Ya Rabbal 'Izzati,
Tiada kasih dan tiada cinta seizinMu,
Tiada bahagia dan tenang dengan kehendakMu,
Jadikanlah pasangan sahabat-sahabatku yang berkahwin,
Pasangan yang Engkau berkati dan redhai,
Pasangan yang teguh dalam ketaatan kepadaMu,
Pasangan yang mencintai atas dasar cinta kepadaMu,
Apakah yang lebih agung selain keranaMu?

Ya Allah,
Lembutkan dan tabahkan hati pasangan pengantin ini,
Dalam mengharungi bahtera perkahwinan,
Kurniakan bagi mereka anak-anak yang soleh,
Keturunan yang baik lagi terpuji,
Mengamalkan suruhanMu,
Menjauhi LaranganMu,
Keturunan yang tegar dalam mengamalkan sunnah kekasihMu,
Penyinar kegelapan dan penyuluh kezaliman,
Peminpin dalam terang,
Pembimbing dalam cahaya,
KekasihMu, kekasih kami,
Nabi Mulia Junjungan Semesta Alam Saidina Muhammad SAW.

Ya Allah,
Pautkan hati mereka berdua,
Seperti kau pautkan gunung di belakang bumi,
Alirkan cinta mereka berdua,
Seperti aliran sungaiMu yang segan mengering,
Suburkan kasih sayang mereka berdua,
Seperti suburnya dedaun menghijau bentangan dunia ini.

Ya Allah,
Kau sebaik-baik tempat kembali,
Sebaik-baik tempat mengadu,
Sesungguhnya aku sangat menyayangi sekalian sahabat-sahabatku,
Moga kerana Allah,
Mencari redha dan rahmatMu.
Barakallahu lakuma wa baraka a'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair..

Amin, Ya Rabbal 'Alamin.

Maaf kepada rakan-rakan yang tidak sempat aku hadiri majlis mereka,
Juga kepada rakan dan sahabat yang mengenali diri ini,
Sejuta ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan,
Yang terpancar di mata kalian selama ini,
Sesungguhnya yang sempurna hanya Allah,
Tuhan sekalian alam.

Kuala Lumpur,
Jumaat, 7 Safar 1434H.

Comments