Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) menilai ugutan dan ancaman Israel berhubung untuk kembali menjalankan operasi bunuh pemimpin-pemimpin gerakan HAMAS dan pertubuhan pembebasan Palestin yang lain menandakan Israel dalam kekeliruan dan dihinggapi histeria. Demikian itu ekoran dari prinsip pejuang Palestin yang berpegang teguh dan ketumbukan pertahanan sayap tentera Palestin telah mematahkan persamaan isu.
Kata jurucakap HAMAS, Fauzi Barhum dalam kenyataannya pada tengahari tadi, 'ancaman dan ugutan itu tidak menakutkan kami tetapi kami mengambilnya sebagai perkara serius kerana kami berhadapan dengan penjenayah yang dasar akal dan sikapnya yang ganas.'
Tambah beliau, 'sepatutnya dunia dan pembuat keputusan(pengaruh) di rantau ini membentuk satu lingkaran keamanan yang sebenar dan pro aktif bagi melindungi masyarakat Palestin serta mempertahankannya dari serangan-serangan penjajah.'
Fauzi menyatakan penjajah mengahadapi krisis dalaman, begitu juga arena politik Israel sedang menuju ke pilihanraya, lalu kesemua pihak di Israel menjadikan darah Palestin sebagai nilai taruhan dalam pilihanraya.
Beliau meminta sayap-sayap tentera Palestin agar meningkatkan kebersamaan dan gemblengan kekuatan di medan tempur bagi membalas jenayah penjajah serta apa jua tindakan bodoh penjajah yang dilakukannya terhadap masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza.
"Kami mahu menenangkan rakyat kami bahawa pejuang-pejuang tetap utuh, mereka mempunyai kemampuan yang boleh memaksa penjajah menghentikan serangan dan perlanggaran terhadap anak-anak masyarakat Palestin di Gaza," ujar jurucakap HAMAS.
Sumber:
12/11/2012, web berita Safa dan web berita Paltimes
Kuala Lumpur,
27 Zulhijjah 1433H.
Comments