Membaca novel yang berlatarkan sejarah memang menyeronokkan. Ini kerana, pembacaan kita mempunyai asas dan landasan selain dapat menyelak helaian sejarah yang diminati.
Amat baik sekiranya terbitan baru novel yang berkaitan sejarah ini diselitkan bersama beberapa gambar realiti berkait secara langsung dengan kisah novel tersebut. Barulah bila membaca ada 'ummph..'
Apabila dicari di internet, kisah Landasan Maut ini sangat popular di kalangan penduduk warga Komanwel. Buruh paksa yang terlibat dalam pembinaan landasan ini bukan sahaja rakyat Malaya, tetapi askar Komanwel yang menjadi tahanan perang. Apabila anda membaca mana-mana noverl sejarah, maka lakukanlah carian di google apa-apa yang berkaitan jalan cerita untuk mendapat kepuasan atau gambaran '3D' jalan cerita novel tersebut. Cubalah!
Di carian google image anda taip ini:-
1- death railway
2- conyu cutting
3- pow burma-thailand railway
Malah anda boleh menggunakan keyword yang sama di Youtube.
Membaca novel sejarah membuatkan aku semakin berminat mengkoreksi sejarah. Suka2.. ^_^
Hidup dalam mencari..
Kuala Lumpur,
1 Dzulhijjah 1433H.
Comments