Thursday, 17 May 2012.
Pentingnya membina sebuah keluarga sakinah seperti membina sebuah negara toyyibah. Binalah agama dalam diri dahulu sebelum mahu bina agama di luar diri.
Bagaimana seseorang boleh membina sebuah rumah tanpa mengetahui cara membina rumah?
Bagaimana boleh mengajar orang lain membina rumah tanpa diri sendiri mempunyai ilmu membina rumah?
Berbeza membina sebuah rumah yang hanya bertiang, berdinding, bertingkap tanpa kelengkapan rumah lain berbanding membina sebuah rumah yang ada lamannya, langsir, perhiasan rumah, jalan ke rumah, serta haruman dan aroma yang menenangkan.
I want a husband/wife who will get mad at me when I miss a prayer... I want a husband/wife who will pour cold water on me when I don't get up for Fajr Salah... I want a husband/wife who will draw me closer to Allah, who will get upset when I lie, cheat and do bad things and anything wrong... I want a husband/wife who will call me after everyMaghrib Salah to read Qur'an together... I want a husband/wife who will wake me up in the middle of the night for us to pray together and ask forgiveness from Allah...
If you want all of this, please make sure that you can built it start from yourself.
Hidup perlu terus mencari..
Dan berubah menjadi lebih baik.
Kuala Lumpur, 25 Jamadil Akhir 1433H.
Ya Allah, Engkaulah Rabb-ku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taat setia terhadap-Mu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosa yang telah aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Hidup perlu terus mencari..
Comments