Tuesday, 27 March 2012.
Pernahkah anda merasakan tanpa sedar anda telah sampai ke tempat kerja atau ke rumah sedangkan sebentar tadi anda melalui pemanduan dan penunggangan?
Pernahkah apa yang anda hasilkan melalui anda menaip mahupun anda menulis tidak sama dengan apa yang anda fikirkan?
Pernahkah rakan anda mengatakan anda sebenarnya menyebut B dan bukan A seperti yang anda dakwa?
Pernahkah anda merasakan diri anda tiba-tiba terlalu kerdil dan sekeliling anda menjadi terlalu besar?
Pernahkah anda terlelap sedangkan mata dan anggota anda sedang berfungsi dan bergerak?
Pernahkah anda merasakan suatu ketika, apa yang dilalui sekrang pernah anda lalui sebelum ini dan sangat biasa bagi anda?
Pernahkah pergerakan anda telah bergerak terlebih dahulu sebelum akal anda memberikan keputusan dan arahan?
Pernahkah anda membayangi sesuatu yang tidak pernah anda tahu dan tidak pernah anda bayang sebelum ini?
Pernahkah anda berjaya melakukan sesuatu sedangkan anda sendiri telah tahu anda memang tidak mampu melakukannya?
Pernahkah anda terfikir bahawa keluasan akal anda adalah berganda lebih besar daripada keluasan alam semesta ini?
Pernahkah anda tahu bahawa sambungan neuron di dalam otak anda lebih banyak daripada bilangan bintang di galaksi?
Pernahkah anda fikir bahawa apa yang ada di sekeliling ada sekarang tidak wujud melainkan apa yang ada di dalam otak anda sahaja?
Pernahkah anda tahu bahawa sepatutnya otak anda perlu di bawa keluar dan dibersihkan sebaiknya setiap hati dan akal anda perlu disaring setiap saat?
Hidup dalam mencari..
Kuala Lumpur,
4 Jamadil Awwal 1433H.
Comments