Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Thursday, April 30, 2009

Mengapa mahu ke lubang binasa kali kedua?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Setiap manusia pasti tidak akan lepas daripada melakukan dosa. Dosa yang dilakukan juga kemungkinan tergolong dalam dosa besar ataupun dosa kecil. Walau apapun kategorinya, ia tetap satu dosa yang akan menanamkan tompokan hitam yang mungkin sangat sukar untuk dipadamkan.

Allah SWT sangat menyayangi para hamba-Nya, maka sebab itulah Dia sering mengingatkan kepada hamba-hamba yang melakukan kesalahan agar bertaubat dan tidak mengulangi dosa yang dilakukan. Apabila pelaku dosa tidak dapat melihat jumlah tanggungan dosanya (pastinya tidak akan dapat dilihat), maka pelaku dosa tersebut tidak akan sering dan malu terhadap Allah SWT untuk melakukan untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Tanda sayangnya Allah terhadap umat Nabi Muhammad SAW ini ialah mereka tidak akan diazab secara langsung terhadap perlakuan dosa yang dilakukan. Balasan dan azab terhadap mereka akan ditangguhkan sekiranya di dunia mereka tidak bertaubat. Penangguhan ini bukanlah sebagai ruang dan peluang untuk terus melakukan dosa, tetapi hendaklah digunakan sebaik mungkin peluang ini untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Tanda kasih sayang Allah ini sangat banyak disebutkan di dalam al-Quran mahupun hadith Nabi SAW. Tanda kasihnya yang tidak pudar dan sangat agung terhadap orang yang melakukan kebaikan dan kebajikan, juga terhadap hamba yang tersungkur melakukan dosa. Malah ramai juga para ulama yang menafsirkan ayat dan hadith ini agar betul-betul difahamni oleh umat Islam dan menjiwai ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith tersebut.

Mulut, seringkali manusia terlepas dengan kata-kata mereka. Mengumpat, memfitnah, berbohong, mangadu-domba dan sebagainya.

Mata, seringkali melihat kepada kemaksiatan, aurat-aurat yang bukan mahram, melihat perkara-perkara mungkar, tidak menundukkan pandangan dan selain daripadanya.

Telinga, seringkali juga mendengar lagu dan bunyi-bunyian yang melalaikan yang boleh membawa kelapaan dan kelalaian untuk menunaikan tanggungjawab dan perkara yang lebih berfaedah. Mendengar ucapan yang tidak baik seperti umpatan, makian, adu-domba dan yang sewaktu dengannya.

Kaki dan tangan juga seringkali digerakkan kepada perkara kemaksiatan. Melangkah dengan tujuan melakukan dosa. Tangan digerakkkan dengan niat melakukan kemaksiatan.

Maha Suci Mu Ya Allah, sesungguhnya hamba ini banyak melakukan kesalahna dan dosa. Maka, Kau ampunilah aku dan bimbinglah ke jalan yang Engkau redhai.


"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih." (Surah an-Nisaa' 4:17-18)

"Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." (Surah al-Furqaan 25:71)

"Dan andaikata tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atas dirimu dan (andaikata) Allah bukan Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, (niscaya kamu akan mengalami kesulitan-kesulitan). " (Surah an-Nuur 24:10)

Pelbagai kesulitan yang akan dihadapi. Kesulitan mengurus kehidupan. Kesulitan memahami dan menghafal pelajaran. Kesulitan dalam menghadapi bencana dan musibah. Juga segala macam kesulitan lagi yang akan berlaku sekiranya dosa dan kesalahan tersebut dilakukan berulang kali tanpa ada rasa keinsafan dan keinginan untuk bertaubat nasuha.

Mudah-mudahan kita tergolong daripada orang yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang dimiliki.

Hidup dalam mencari...

Monday, April 27, 2009

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Alhamdulillah, kebanyakan kuliah telah pun selesai pembelajaran samada kuliah Usuluddin, Syariah mahupun Qiraat. Ini secara langsung telah memberi peluang dan ruang kepada semua pelajar meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan persediaan khusus sebelum menghadapi peperiksaan.


Di sini saya ingin berkongsi mengenai beberapa realiti yang berlaku di kalangan kita selaku pelajar ketika diambang peperiksaan.

Timbul perasaan malas untuk mengulangkaji pelajaran
Melalui beberapa pembacaan saya, perasaan malas ini bukan sahaja berlaku kepada beberapa kelompok pelajar, malah ia berlaku di seluruh dunia, seluruh dunia pelajar dan mahasiswa. Sekiranya kita merasa malas untuk mengulangkaji pelajaran, silalah mengambil wudhuk. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa seseorang yang selalu dan melazimi dirinya dengan berkeadaan wudhuk akan lebih sihat dan ceria. Ini adalah hasil daripada keseimbangan psikologi (psychological balance) dan juga biologi. Ia menyeimbangkan kemabali cas-cas yang berada di badan kita. Selain itu, ia dapat memeberi kecergasan dan mengembalikan tenaga apabila seseorang lesu akibat terlalu banyak membaca. Malah ia juga boleh mendatangkan rahmat dan berkat kerana apabila kita berkeadan berwudhuk, secara langsung kita sebenarnya hampir dengan Allah SWT. Bukankah melazimi diri dengan berwudhuk ini dituntut oleh Islam?

Muzik dan bunyian
Mengikut kajian, muzik atau alunan bunyian dapat membantu mengubah mood seseorang. Ini termasuklah alunan ayat-ayat suci al-Quran, nasyid-nasyid, lagu-lagu semangat dan juga muzik-muzik latar seperti Kitaro dan sebagainya yang berbentuk instrumental. Muzik yang tidak melalaikan dan tidak mengandungi lirik-lirik yang tidak elok. Selain itu, bunyi-bunyian alam juga membantu mengembalikan mood seseorang kepada libih baik seperti bunyi angin, kicauan burung, hempasan ombak dan bunyi dedaun pohonan. Carilah muzik dan bunyian ini untuk didengari selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Islam sebagai manhaj mengembalikan mood yang baik untuk mengulangkaji pelajaran.


Solat
Solat adalah perkara terpenting dalam suasana mengahadapi peperiksaan ini. Lebih-lebih lagi apabila seseorang mengahapi perasaan malas untuk mengulangkaji pelajaran. Selepas mengambil wudhuk, adalah disarankan untuk menunaikan solat sunat wudhuk dua rakkaat. Ia juga boleh dilaksanakan setiap kali tebatalnya wudhuk ketikamana kita sedang mengulangkaji pelajaran atau pada waktu-waktu lain. Ini kerana, waktu solat merupakan waktu seseorang hamba berada sangat hampir dengan Allah SWT. Andai setiap kali sujud itu kita berdoa dberikan kemudahan, dihindari sifat malas, diberi kekahaman dan kekuatan menghafal alangkah baiknya. Semakin banyak kita berdoa dan bertawakkal kepadaa Allah, semakin bertambah semangat kita untuk mengulangkaji pelajaran dan semakin tinggi keyakinan kita kepada Allah SWT untuk mengahdapi peperiksaan kelak.

Pastikan diri dikelilingi suasana positif
Apabila kita dikelilingi dengan suasana orang yang selalu menunaikan solat, melakukan kebaikan, megamalkan bi’ah solehah, rajin mengulangkaji pelajaran, maka secara tidak langsung diri kita akan mengarah kepada perkara dan suasana positif. Apabila diri kita jauh dengan suasana ini, maka sebenarnya jiwa kita akan menjadi kosong dan telah jauh dengan roh hidayah serta kekuatan spiritual dalaman. Kekuatan dalaman untuk membangkitkan semangat agar terus tekun mengulangkaji pelajaran. Bukankah kita selalu membaca apabila seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan memperoleh harumannya. Samalah juga halnya apabila kita merasa malas dan tidak semangat. Hendaklah kita mendekati rakan-rakan yang tekun belajar dan kerap melakukan iktikaf di masjid-masjid untuk mencari rahmat dan maghfirah.

Membayangkan tanggungjawab dan kehidupan akan datang
Apabila datangnya sifat malas, cubalah kita mengenang kembali tanggungjawab yang telah diberikan oleh keluarga kita di Malaysia. Cubalah kenang kembali harapan dan cita-cita yang diletakkan kepada kita. Harapan mereka adalah untuk kita BERJAYA DENGAN CEMERLANG di dalam pelajaran, peperiksaan dan akhlak. Selain itu, bayangkan pula tanggungjawab kita kelak apabila pulang ke Malaysia. Keadaan umat dan berkehendaknya umat kepada kita yang tinggi ilmu dan akhlak ini. Hendaklah kita letakkan sasaran untuk berjaya bagi berbakti kepada AGAMA KITA. Kesedaran kita sebagai penuntut ilmu, mehasiswa Islam dan harapan umat hendaklah kita sebatikan dalam diri.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu kita semua dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Wallahua’lam.

Hidup dalam mencari...

Sunday, April 26, 2009

Mesyuarat Dituntut Dalam Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Semalam hendak dikatakan saya sehari suntuk dengan menyuarat dan perjumpaan. Memang tidak dinafikan, setiap kali mesyuarat bulanan AJKT akan mengambil tempoh tidak kurang dari lima jam. Sekiranya bermula pagi, maka petanglah jawabnya akan selesai. Andai bermula petang pula, tidak mustahil akan berakhir pada waktu malam.

Bila difikirkan kembali, terdapat rasional setiap kali mesyurarat akan memakan masa sehingga melebihi lima jam. Ini kerana mesyuarat ini adalah bersifat bulanan. Maka ia merupakan suatu perbincangan mengenai laporan bagi sebulan yang lepas dan gerak kerja sebulan yang akan datang. Gerak kerja yang dirancang pula hendaklah dihadamkan selumat mungkin, supaya sejajar dan selari dengan objektif dan pembawakan persatuan.

Sebagai contoh, pembawakan atau matlamat PMRAM 2009 sepertimana yang diakatan oleh Presidennya ada tiga. Pertama ukhuwah, kedua kebajikan dan ketiga Islam.

Maka, setiap Badan dan Perwakilan yang bernaung di bawahnya perlu membawa ketiga-tiga elemen ini selari dengan matlamat PMRAM. Setiap porgram yang dirancang perlu mengarah merealisasikan ketiga-tiga matlamat tersebut.

Ukhuwah, inilah elemen dasar dalam mewujudkan kekuatan ahli dan persatuan. Tanpa ukhuwah atau dengan kata lain jalinan antara pemimpin dengan ahli dan ahli dengan ahli keseluruhannya. Maka tidak mustahil sesebuah perpaduan dan kesataun boleh dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila tali perpaduan ini tidak teguh serta mudah dicantas.

Kebajikan merupakan perkara terpenting dan paling utama dalam sesebuah persatuan. Inilah tujuan sebenar dalam sesebuah persatuan itu bergerak dan menajlankan tanggungjawab. Memberi kebajikan kepada ahli adalah tanggungjawab persatuan. Menjadi perantara dan pemudah urusan yang berkaitan dengan pengajian dan pembelajaran.

Islam pula merupakan teras dan tunggak dalam pembawakan umum persatuan. Islam adalah agama dan cara hidup setiap manusia. Maka segala yang berkaitan dalam kehidupan manusia umumnya dan segala yang berkaitan kegiatan persatuan khususnya perlu berlandaskan Islam. Berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Berbantukan juga qias, saddu dzarai', masalih mursalah dan sebagainya. Manhaj pembawakan persatuan perlu juga menepati dan sesuai mengikut tempat dan masa.

Maka, sebab itulah setiap kali mesyuarat bulanan akan mengambil masa lebih dari tiga jam. Setiap unit akan berbindang mengenai peranan dan skop kerja masing-masing melalui program yang dirancang. Bahagian perancang pula akan menyenaraikan program dan masa yang sesuai untuk melaksanakan program tersebut. Termasuk pambawakan secara umum dan 'target' atau matlamat yang hendak dicapai dalam sesuatu program.

Di dalam bermesyuarat, perlu ada adab dan etikanya.

Pesatuan merupakan suatu jemaah atau kelompok manusia yang berhimpun untuk mencapai sesutu tujuan. Sekiranya ia berbentuk persatuan pelajar, maka ia lebih menjurus memberi kebajikan dan khidmat kepada pelajar. Oleh sebab itu, persatuan atau kelompok manusia ini tidak dapt lari untuk duduk bersama bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan persatuan. Sesuatu keputusan perlu diputuskan melalui musyuarat. Bukankan Islam telah memerintahkan agar umatnya melaksakan mesyuarat dalam memeutuskan sesuatu perkara lebih-lebih lagi untuk keperluan umat?

Firman Allah SWT di dalam Surah asy-Syura 42:38;

"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."

Inilah persatuan. Saya yakin setiap orang pasti akan dan sedang terlibat dengan persatuan antara secara langsung atau tidak. Apa yang pasti, persatuan merupakan salah satu medan untuk membentuk kekuatan umat Islam dalam pelbagai kategori umat mengikut jenis persatuan.

Semoga Allah SWT memberkati hidup kita apabila kita sama-sama menjalankan perintah bermesyuarat ini. Tiada apa di dunia dan akhirat melainkan petunjuk, bantuan dan redha Allah SWT.

Siiru 'ala barakatillah. Wallahu a'lam.

Hidup dalam mencari...

Friday, April 24, 2009

Mahasiswa Unggul Dalam Surah al-Kahfi

Artikel saya pada kali ini merupakan tafsir yang menceritakan mengenai Ashab al-Kahfi (Penghuni-penghuni Gua). Penafsiran ini saya cuba bawa dengan mengaitkan fenomena atau realiti yang berlaku pada hari ini. Sudah pasti bahawa golongan sasaran yang ingin dimaksudkan adalah golongan remaja atau pemuda/di yang rata-ratanya terdiri daripada belia dan mahasiswa…

Syahid cita tertinggi kami

Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi merupakan surah yang ke-18 mengikut tertib surah di dalam Mashaf Uthmani dan surah yang ke-68 diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sepertimana yang dikatakan oleh penulis kitab al-Itqan, Imam Suyuti rahimahullah. Beliau juga menyebutkan bahawa surah ini diturunkan selepas surah al-Ghasyiah.
Tambah Imam Suyuti lagi, surah al-Kahfi merupakan antara surah Makiyyah yang terakhir diturunkan kepada Nabi SAW.

Sepertimana yang diketahui, jumlah surah Makiyyah adalah 82 surah.
Imam Alusi mengatakan, ada pendapat yang menyatakan bahwa surah ini keseluruhannya adalah bersifat Makiyyah dan ada yang menyatakan surah ini diturunkan sekali gus keseluruhan satu surah. Dikalangan ahli Basrah, surah ini terdapat 111 ayat dan di kalangan ahli Kufah jumlahnya 110 ayat. Kelaziman yang dipegang oleh masyrakat Malaysia adalah berdasarkan pendapat alhi Kufah. Umumnya, surah ini meliputi tiga elemen penting:-

1- Surah al-Kahfi sebahagian besarnya terdiri daripada ayat-ayat yang berkisar mengenai penceritaan Nabi-nabi dan umat-umat yang terdahulu sebelum perutusan Nabi Muhammad SAW.

2- Surah ini memberi fokus terhadap bukti keesaan Allah SWT dengan mendatangkan beberapa dalil disamping membenarkan kerasulan Muhammad SAW.


3- Menerangkan unsur pertimbangan dan perkaitan antara ganjaran baik bagi orang yang melakukan kebaikan dan kebajikan serta balasan buruk terhadap sesiapa yang melakukan keburukan dan kerosakan.


Kisah Ashab al-Kahfi bukanlah perkara yang menakjubkan di sisi Allah
Pada zaman Nabi SAW, masyarakat ketika itu merasa takjub dengan kisah Ashab al-Kahfi yang diceritakan di dalam kitab-kitab terdahulu seperti Taurat dan Injil. Pada mereka, pemuda penghuni gua yang telah ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun ini merupakan suatu perkara yang amat luar biasa dan mereka berasa sangant takjub dan terpegun.

Ia merupakan perkara di luar logik akal di mana seseorang manusia telah tertidur selama lebih 300 tahun, tanpa makan dan minum serta dibangkitkan daripada tidur dalam keadaan sejahtera. Ini dijelaskan oleh Allah SWT pada ayat yang ke-9 yang bermaksud: “Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?”
Firman tersebut menajelaskan bahawa kisah ‘Penghuni Gua’ bukanlah sesuatu yang manakjubkan sekiranya dinisbahkan dengan kekuasaan dan kudrat Allah SWT.

Kisah Ashab al-Kahfi menjelaskan peribadi unggul belia dan mahasiswa
Situasi ini jelas digambarkan oleh Allah SWT di dalam ayat yang ke-10 yang bermaksud: “(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)" .


Di dalam tafsir al-Wasith menjelaskan bahawa para pemuda tersebut mencari tempat perlindungan setelah mereka melarikan diri daripada raja dan masyarakat yang tidak beriman dengan Allah SWT. Di saat majoriti mereka mensyirikkan Allah SWT dan hanya segolongan pemuda inilah yang tetap beriman dengan Allah. Mereka keluar dari kampung dan memisahkan diri dengan masyarakat mereka semata-mata ingin menyelamatkan aqidah yang dianuti.


Inilah sikap dan sifat para pemuda. Darah yang mengalir dalam diri mereka masih panas dan bergelora. Mereka mempunyai semangat yang tinggi dalam mempertahankan sesuatu yang menjadi hak mereka, contohnya aqidah atau agama sepertimana yang diterangkan di dalam ayat tadi. Sikap tetap pendirian yang ada pada pemuda-pemuda ini petutlah hayati dan contohi. Mereka sanggup keluar dari kampung, meninggalkan harta benda dan kaum kerabat semata-mata mahu menyelamatkan pegangan mereka. Sinonim dengan pepatah Melayu ‘seperti menggenggam bara di tangan’.

Apabila mahasiswa atau belia menghadapi situasi berhadapan dengan perkara dosa atau maksiat, mereka perlulah bersegera menghindarinya. Sebagai contoh, terdapat anjuran konsert yang secara zahirnya penuh dengan perkara maksiat dan dosa, maka mereka hendaklah tidak mengikutinya. Walaupun telah menerima jemputan khas atau diajak oleh rakan baik.
Ini kerana mereka tidak mahu diri mereka diamcam dan akhalk mereka dirobek oleh perkara-perkara negatif tadi. Tetap pendirian atas jalan yang benar dan diredhai oleh Allah SWT merupakan suatau tuntutan dalam Islam.

Akan datang kita akan lihat lagi apakah ciri-ciri mahasiswa atau belia unggul yang patut kita teladani.


Wallahu A’lam.


Hidup dalam mencari…

Masa Untuk Berubah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Seseorang yang mahu berubah sepatutnya tidak hanya menunggu ketibaan tahun baru, semester baru, tempat belajar baru dan sebagainya. Namun, masa yang tersedia untuk seseorang berubah adalah setaiap nafas yang dilaluinya, setiap jam, minit, dan saat. Malah perubahan boleh dilakukan dalam sekelip masa sekiranya telah mempunyai pemahaman terhadap matlamat perubahan yang hendak dilakukan.

Bukankah Allah SWT ada berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah sesebuah kaum tersebut sehinggalah mereka sendiri yang mengubah diri mereka?

Dalam melakukan perubahan dalam diri (ke arah yang lebih baik) seseorang perlu mempunyai niat. Niat untuk berubah dari tidak baik kepada baik dan dari baik kepada yang lebih baik. Setelah niat, dia perlu kepada pamahaman terhadap matlamatnya, matlamat dia beruabah. Ini agar perubahan yang akan berlaku kelak tidak mati dan terhenti di pertengahan jalan.

Contohnya, seseorang yang sering melakukan kesilapan, kejahatan, kerosakan dan dosa, perlu paham kerana apa dia berubah. Berubah kerana manusia atau sebab yang tidak disandarkan kepada Allah SWT, maka tidak mustahil perubahan yang baik tersebut tidak dapat berkekalan. Perlulah jelas seperti, niatnya mahu berubah menjadi hamba yang bertaqwa dan anak yang soleh. Matlamatnya ialah mencari dan memperoleh keredhaan Allah SWT. Ini kerena dia memahami bahawa kehidupannya tiada makna dan menjadi rugi andai diri tidak mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Dia juga faham bahawa untuk seseorang hamba memperoleh keredhaan daripada Allah SWT, hendaklah melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Melakukan kebaikan dan kebajikan mengikut kemampuan dan meninggalkan sebarang maksiat dan dosa serta merta tanpa sebarang kompromi.

Menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai matlamat tertinggi dalam kehidupan, maka pastinya diri akan terurus dan terarah kearah kepada-Nya. Seringkali Allah SWT menyebut mereka yang gagal berubah sehingga tiba ajal kematian setelah diberi petunjuk al-Quran dan hadith, mereka disifatkan sebagai orang yang rugi dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT:-

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman)" (Surah al-A'la 87:14)

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)" (Surah an-Naazi'aat 79:40-41)

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal" (Surah Ali 'Imran 3:133-136).



Hidup dalam mencari...

Thursday, April 23, 2009

Krisis antara 'aku' dan 'saya'

Bermula hari ini, saya menggunakan panggilan 'saya' dalam penggunaan di blog dengan meng'hazaf'kan ganti diri aku. Mungkin dari segi maknanya tiada sebarang perbezaan, malah kedua-duanya boleh diistilahkan sebagai "haza haza". Benda yang sama dan serupa. Tetapi berbeza dari segi lafaznya.

Saya merasakan penggunaan 'aku' di dalam blog ini agak kurang sesuai. Mungkin kerana umum sedikit beranggapan bahawa ianya merupakan suatu istilah yang agak kasar dan penggunaan ganti diri 'saya' lebih lembut dan menyenangkan.

Krisis antara 'aku' dan 'saya' bukanlah disebabkan krisis dalaman yang berlaku pada diri penulis, tetapi merasakan ia perlu diubah untuk kepentingan jangka hayat penulisan ini di dalam blog ini. Bukanlah sesuatu yang amat penting untuk membicarakan mengenai identiti 'aku' dan 'saya' ini. Apa yang lebih penting, saya mahu meneruskan kelangsungan blog ini.

Cadangnya mahu berpindah ke blog lain. Namun apabila melihat kepada alasan yang hendak direka dan dicari bagi menguatkan sebab pemindahan blog, tidak dapat saya temui setakat ini. Mudah, mudahan sedikit perubahan ini menandakan perubahan ke arah yang lebih baik.

Salam perkongsian.

Hidup dalam mencari...

al-hakim
Syari' Akhir Helwa, Tanta,
Mesir.