Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Semalam hendak dikatakan saya sehari suntuk dengan menyuarat dan perjumpaan. Memang tidak dinafikan, setiap kali mesyuarat bulanan AJKT akan mengambil tempoh tidak kurang dari lima jam. Sekiranya bermula pagi, maka petanglah jawabnya akan selesai. Andai bermula petang pula, tidak mustahil akan berakhir pada waktu malam.
Bila difikirkan kembali, terdapat rasional setiap kali mesyurarat akan memakan masa sehingga melebihi lima jam. Ini kerana mesyuarat ini adalah bersifat bulanan. Maka ia merupakan suatu perbincangan mengenai laporan bagi sebulan yang lepas dan gerak kerja sebulan yang akan datang. Gerak kerja yang dirancang pula hendaklah dihadamkan selumat mungkin, supaya sejajar dan selari dengan objektif dan pembawakan persatuan.
Sebagai contoh, pembawakan atau matlamat PMRAM 2009 sepertimana yang diakatan oleh Presidennya ada tiga. Pertama ukhuwah, kedua kebajikan dan ketiga Islam.
Maka, setiap Badan dan Perwakilan yang bernaung di bawahnya perlu membawa ketiga-tiga elemen ini selari dengan matlamat PMRAM. Setiap porgram yang dirancang perlu mengarah merealisasikan ketiga-tiga matlamat tersebut.
Ukhuwah, inilah elemen dasar dalam mewujudkan kekuatan ahli dan persatuan. Tanpa ukhuwah atau dengan kata lain jalinan antara pemimpin dengan ahli dan ahli dengan ahli keseluruhannya. Maka tidak mustahil sesebuah perpaduan dan kesataun boleh dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila tali perpaduan ini tidak teguh serta mudah dicantas.
Kebajikan merupakan perkara terpenting dan paling utama dalam sesebuah persatuan. Inilah tujuan sebenar dalam sesebuah persatuan itu bergerak dan menajlankan tanggungjawab. Memberi kebajikan kepada ahli adalah tanggungjawab persatuan. Menjadi perantara dan pemudah urusan yang berkaitan dengan pengajian dan pembelajaran.
Islam pula merupakan teras dan tunggak dalam pembawakan umum persatuan. Islam adalah agama dan cara hidup setiap manusia. Maka segala yang berkaitan dalam kehidupan manusia umumnya dan segala yang berkaitan kegiatan persatuan khususnya perlu berlandaskan Islam. Berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Berbantukan juga qias, saddu dzarai', masalih mursalah dan sebagainya. Manhaj pembawakan persatuan perlu juga menepati dan sesuai mengikut tempat dan masa.
Maka, sebab itulah setiap kali mesyuarat bulanan akan mengambil masa lebih dari tiga jam. Setiap unit akan berbindang mengenai peranan dan skop kerja masing-masing melalui program yang dirancang. Bahagian perancang pula akan menyenaraikan program dan masa yang sesuai untuk melaksanakan program tersebut. Termasuk pambawakan secara umum dan 'target' atau matlamat yang hendak dicapai dalam sesuatu program.
Pesatuan merupakan suatu jemaah atau kelompok manusia yang berhimpun untuk mencapai sesutu tujuan. Sekiranya ia berbentuk persatuan pelajar, maka ia lebih menjurus memberi kebajikan dan khidmat kepada pelajar. Oleh sebab itu, persatuan atau kelompok manusia ini tidak dapt lari untuk duduk bersama bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan persatuan. Sesuatu keputusan perlu diputuskan melalui musyuarat. Bukankan Islam telah memerintahkan agar umatnya melaksakan mesyuarat dalam memeutuskan sesuatu perkara lebih-lebih lagi untuk keperluan umat?
Firman Allah SWT di dalam Surah asy-Syura 42:38;
"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
Inilah persatuan. Saya yakin setiap orang pasti akan dan sedang terlibat dengan persatuan antara secara langsung atau tidak. Apa yang pasti, persatuan merupakan salah satu medan untuk membentuk kekuatan umat Islam dalam pelbagai kategori umat mengikut jenis persatuan.
Semoga Allah SWT memberkati hidup kita apabila kita sama-sama menjalankan perintah bermesyuarat ini. Tiada apa di dunia dan akhirat melainkan petunjuk, bantuan dan redha Allah SWT.
Siiru 'ala barakatillah. Wallahu a'lam.
Hidup dalam mencari...
Comments