Krisis antara 'aku' dan 'saya'

Bermula hari ini, saya menggunakan panggilan 'saya' dalam penggunaan di blog dengan meng'hazaf'kan ganti diri aku. Mungkin dari segi maknanya tiada sebarang perbezaan, malah kedua-duanya boleh diistilahkan sebagai "haza haza". Benda yang sama dan serupa. Tetapi berbeza dari segi lafaznya.

Saya merasakan penggunaan 'aku' di dalam blog ini agak kurang sesuai. Mungkin kerana umum sedikit beranggapan bahawa ianya merupakan suatu istilah yang agak kasar dan penggunaan ganti diri 'saya' lebih lembut dan menyenangkan.

Krisis antara 'aku' dan 'saya' bukanlah disebabkan krisis dalaman yang berlaku pada diri penulis, tetapi merasakan ia perlu diubah untuk kepentingan jangka hayat penulisan ini di dalam blog ini. Bukanlah sesuatu yang amat penting untuk membicarakan mengenai identiti 'aku' dan 'saya' ini. Apa yang lebih penting, saya mahu meneruskan kelangsungan blog ini.

Cadangnya mahu berpindah ke blog lain. Namun apabila melihat kepada alasan yang hendak direka dan dicari bagi menguatkan sebab pemindahan blog, tidak dapat saya temui setakat ini. Mudah, mudahan sedikit perubahan ini menandakan perubahan ke arah yang lebih baik.

Salam perkongsian.

Hidup dalam mencari...

al-hakim
Syari' Akhir Helwa, Tanta,
Mesir.

Comments