Alhamdulillah, kebanyakan kuliah telah pun selesai pembelajaran samada kuliah Usuluddin, Syariah mahupun Qiraat. Ini secara langsung telah memberi peluang dan ruang kepada semua pelajar meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan persediaan khusus sebelum menghadapi peperiksaan.
Di sini saya ingin berkongsi mengenai beberapa realiti yang berlaku di kalangan kita selaku pelajar ketika diambang peperiksaan.
Timbul perasaan malas untuk mengulangkaji pelajaran
Melalui beberapa pembacaan saya, perasaan malas ini bukan sahaja berlaku kepada beberapa kelompok pelajar, malah ia berlaku di seluruh dunia, seluruh dunia pelajar dan mahasiswa. Sekiranya kita merasa malas untuk mengulangkaji pelajaran, silalah mengambil wudhuk. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa seseorang yang selalu dan melazimi dirinya dengan berkeadaan wudhuk akan lebih sihat dan ceria. Ini adalah hasil daripada keseimbangan psikologi (psychological balance) dan juga biologi. Ia menyeimbangkan kemabali cas-cas yang berada di badan kita. Selain itu, ia dapat memeberi kecergasan dan mengembalikan tenaga apabila seseorang lesu akibat terlalu banyak membaca. Malah ia juga boleh mendatangkan rahmat dan berkat kerana apabila kita berkeadan berwudhuk, secara langsung kita sebenarnya hampir dengan Allah SWT. Bukankah melazimi diri dengan berwudhuk ini dituntut oleh Islam?
Muzik dan bunyian
Mengikut kajian, muzik atau alunan bunyian dapat membantu mengubah mood seseorang. Ini termasuklah alunan ayat-ayat suci al-Quran, nasyid-nasyid, lagu-lagu semangat dan juga muzik-muzik latar seperti Kitaro dan sebagainya yang berbentuk instrumental. Muzik yang tidak melalaikan dan tidak mengandungi lirik-lirik yang tidak elok. Selain itu, bunyi-bunyian alam juga membantu mengembalikan mood seseorang kepada libih baik seperti bunyi angin, kicauan burung, hempasan ombak dan bunyi dedaun pohonan. Carilah muzik dan bunyian ini untuk didengari selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Islam sebagai manhaj mengembalikan mood yang baik untuk mengulangkaji pelajaran.
Solat
Solat adalah perkara terpenting dalam suasana mengahadapi peperiksaan ini. Lebih-lebih lagi apabila seseorang mengahapi perasaan malas untuk mengulangkaji pelajaran. Selepas mengambil wudhuk, adalah disarankan untuk menunaikan solat sunat wudhuk dua rakkaat. Ia juga boleh dilaksanakan setiap kali tebatalnya wudhuk ketikamana kita sedang mengulangkaji pelajaran atau pada waktu-waktu lain. Ini kerana, waktu solat merupakan waktu seseorang hamba berada sangat hampir dengan Allah SWT. Andai setiap kali sujud itu kita berdoa dberikan kemudahan, dihindari sifat malas, diberi kekahaman dan kekuatan menghafal alangkah baiknya. Semakin banyak kita berdoa dan bertawakkal kepadaa Allah, semakin bertambah semangat kita untuk mengulangkaji pelajaran dan semakin tinggi keyakinan kita kepada Allah SWT untuk mengahdapi peperiksaan kelak.
Pastikan diri dikelilingi suasana positif
Apabila kita dikelilingi dengan suasana orang yang selalu menunaikan solat, melakukan kebaikan, megamalkan bi’ah solehah, rajin mengulangkaji pelajaran, maka secara tidak langsung diri kita akan mengarah kepada perkara dan suasana positif. Apabila diri kita jauh dengan suasana ini, maka sebenarnya jiwa kita akan menjadi kosong dan telah jauh dengan roh hidayah serta kekuatan spiritual dalaman. Kekuatan dalaman untuk membangkitkan semangat agar terus tekun mengulangkaji pelajaran. Bukankah kita selalu membaca apabila seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan memperoleh harumannya. Samalah juga halnya apabila kita merasa malas dan tidak semangat. Hendaklah kita mendekati rakan-rakan yang tekun belajar dan kerap melakukan iktikaf di masjid-masjid untuk mencari rahmat dan maghfirah.
Membayangkan tanggungjawab dan kehidupan akan datang
Apabila datangnya sifat malas, cubalah kita mengenang kembali tanggungjawab yang telah diberikan oleh keluarga kita di Malaysia. Cubalah kenang kembali harapan dan cita-cita yang diletakkan kepada kita. Harapan mereka adalah untuk kita BERJAYA DENGAN CEMERLANG di dalam pelajaran, peperiksaan dan akhlak. Selain itu, bayangkan pula tanggungjawab kita kelak apabila pulang ke Malaysia. Keadaan umat dan berkehendaknya umat kepada kita yang tinggi ilmu dan akhlak ini. Hendaklah kita letakkan sasaran untuk berjaya bagi berbakti kepada AGAMA KITA. Kesedaran kita sebagai penuntut ilmu, mehasiswa Islam dan harapan umat hendaklah kita sebatikan dalam diri.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu kita semua dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
Wallahua’lam.
Hidup dalam mencari...
Comments