Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Thursday, November 27, 2014

Konsep Kewarganegaraan Non-Muslim Di Dalam Negara Islam

Pendahuluan
Rentetan peristiwa hijrah Rasulullah saw ke Kota Yathrib, telah termetrai suatu bentuk perjanjian yang memberi erti kesetiaan, kepatuhan dan pengiktirafan.  Perjanjian ini dilakukan oleh Rasulullah saw bersama orang beriman yang berhijrah dan masyarakat Yathrib ketika itu. Demi mendaulatkan ajaran Islam dan penghayatan hukumnya, menjaga dan mengawal kesejahteraan pengikutnya, serta keselamatan wilayah yang diduduki, maka sebuah pemerintahan telah dibentuk oleh baginda berdasarkan sebuah piagam atau perlembagaan. 

Ketika itu masyarakat Yathrib terdiri daripada kepelbagaian masyarakat seperti:
1. Penduduk berbangsa Arab al-Ansar, iaitu penduduk asal Yathrib yang terdiri daripada puak Aus dan Khazraj. Mereka terpecah kepada beberapa suku berdasarkan kedatangan mereka daripada uatara mahupun selatan. Mereka digelar al-Ansar kerana mereka membantu Rasulullah semasa peristiwa hijrah ke Madinah.

2. Penduduk berbangsa Arab al-Muhajirin, iaitu penduduk yang berhijrah dari Kota Mekah bersama-sama Rasulullah saw. Mereka terdiri daripada pelbagai puak di Mekah.

3. Penduduk berbangsa Yahudi, iaitu penduduk Madinah yang berhijrah dari tempat lain sejak sekian lama untuk menunggu kedatangan Nabi akhir zaman. Mereka terdiri daripada lebih 20 suku kesemuanya. Suku terbesar adalah Qainuqa’, Nadhir dan Quraizah.

Saturday, October 18, 2014

Sembelihan Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu, telah dapat berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman mengenai penyembelihan.

Sebelum ini, semasa belajar hanya menyembelih buruh puyuh. Kemudian bermula tahun lepas, ayam pula. Moga kesempatan akan datang dapat belajar lebih banyak tentang sembelihan dan lebih banyak pengalaman dapat ditimba.

Seterusnya menyediakan bahan perapan untuk 15 ekor ayam yang telah ditumbangkan. Antara bahan yang digunakan ialah:

Tuesday, October 14, 2014

Sembelihan Mengikut Syara'





Hidup dalam mencari..

Bandar Baru Bangi,
19 Dulhijjah 1435H.

Ketulusan Hati




Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

Tuesday, September 23, 2014

Pengguguran Kerana Penyakit dan Takutkan Kemiskinan Mengikut Pertimbangan Syara'

Pendahuluan
Kes pengguguran anak yang dikandung semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Walaupun kebanyakan yang memenuhi dada media adalah berita berkisar penemuan bayi dan janin yang dibuang, akan tetapi disebaliknya kes pengguguran sangat banyak berlaku. Ini kerana ianya boleh dilakukan di hospital-hospital yang wujud di sekitar negara kita Malaysia.

Kes pungguguran bukan hanya melibatkan anak yang tidak sah taraf, malah ia juga melibatkan golongan yang tidak mahu anak tersebut dilahirkan sama ada kerana takutkan kemiskinan, atau tidak bersedia menerima anak atau mahu menjaga penampilan dan kerjaya.

Hakikatnya, Islam mempunyai pandangan yang serius tentang fenomena ini. Ini kerana ia melibatkan secara langsung hak seseorang manusia iaitu nyawa dan secara langsung menyentuh perihal hal ehwal penciptaan manusia oleh Allah SWT.

Masa yang terus berlalu memerlukan penemuan dan penetapan hukum fiqh yang tepat dengan kehendak syara’ dan selari dengan peredaran masa dan kemajuan manusia. Perbincangan yang dibuat oleh para ulama lampau menjadi rujukan terpenting kajian hari ini dalam menentukan sesuatu hukum.
Semoga dengan sedikit perbahasan Pengguguran Kerana Penyakit dan Takutkan Kemiskinan Mengikut Pertimbangan Syara’ ini mampu mengupas penetapan hukum pengguguran melalui kaedah fiqh yang telah disusun oleh ulama’ silam. Semoga ia bermanfaat dan menjadi jalan untuk mendapat keredhaan Allah SWT dalam kehidupan ini.

Sunday, September 21, 2014

Nasi Goreng dan Ayam Masak paprik

Salam sejahtera.

Tak pasal-pasal, hari ini dimasukkan mengenai resepi, masakan dan makanan.

Dari resepi adanya masakan.
Dengan masakan terjadinya makanan.
Melalui makanan, perut menjadi kenyang..

Nasi Goreng Ayam Masak Merah (17 September 2014)

Ini langkah-langkahnya.

1- Tumiskan bawang merah bersama bawang putih yang telah dihancurleburkan dengan minyak yang cukup panasnya.



Thursday, September 18, 2014

Al-Mufassar dan Al-Muhkam

Al-Mufassar
Sudut bahasa: al-Mufassar diambil daripada perkataan dasar al-Fasara yang bermaksud al-Kasyfu iaitu menyingkap dan al-Bayan iaitu menerangkan. Dalam konteks ini, al-Mufassar bermaksud tersingkap maknanya dan tiada syubhah padanya.

Sudut istilah: Ayat pendalilan yang menunjukkan kehendak makna ayat itu sendiri. Ia tidak menerima proses takwil dan takhsis tetapi berkemungkinan menerima nasakh di zaman Nabi Muhammad saw. 

Bahagian al-Mufassar
Mufassar merupakan lafaz yang menerangkan sesuatu penetapan atau menerangkan sesuatu huraian.
  1. Menerangkan Penetapan (Contoh 1)
  2. Menerangkan Huraian (Contoh 5)


Ciri-ciri al-Mufassar
  1. Ayat pendalilan (dilalah) menunjukkan kehendak makna ayat itu sendiri secara lintasan akal
  2. Menjelaskan makna yang dihekendaki berdasarkan lafaz, bukan berdasarkan makna tersirat
  3. Kadang-kadang merupakan ayat pendalilan yang menunjukkan bilangan tertentu
  4. Tidak menerima sebarang takwil dan takhsis
  5. Menerima nasakh yang berlaku hanya di zaman Nabi Muhammad saw
  6. Tahap kejelasan ayat melebihi al-Nas dan al-Zahir tetapi kurang daripada al-Muhkam
  7. Kadang-kadang memerlukan huraian daripada dalil yang lain. 

Tuesday, September 16, 2014

Kepentingan Siyasah Syar’iyyah Di Dalam Proses Perundangan

Definisi Tajuk
a) Siyasah Syar’iyyah
Umumnya siyasah bermaksud sebuah disiplin yang membicarakan tentang segala peraturan dan sistem pentadbiran negara, manakala syar’iyyah bermaksud pentadbiran tadi bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam walaupun setiap kerja tadbir tersebut tidak mempunyai dalil yang khusus(1). Panduan siyasah syar’iyyah memfokuskan kepada segala sistem dan peraturan yang diperlukan di dalam cabang pentadbiran negara mestilah selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Prinsip tersebut ialah mencapai segala kepentingan (manfaat) orang ramai dan keperluan mereka serta menangkis atau menghalang segala bentuk kerosakan (mafsadah atau mudharat).

Objektif siyasah syar’iyyah ialah menjadikan hal-ehwal umat Islam ditadbir oleh sistem yang bersumberkan Islam disamping membuktikan Islam bersifat dinamik dan komprehensif dengan mampu menjalankan sebuah pentadbiran yang meraikan serta merealisasikan manfaat orang ramai di pelbagai zaman dan tempat. Ia selari dengan objektif syara’ iaitu mencapai segala kemaslahatan kepada umat manusia.

Friday, September 12, 2014

Transaksi Secara Online Dari Perspektif Syara'

Pendahuluan
Islam merupakan agama yang sempurna. Kesempurnaan Islam merujuk kepada ajaran yang dibawa merangkumi setiap aspek keperluan dan kepentingan bagi kehidupan manusia secara individu, keluarga, masyarakat, mahupun dalam bentuk kenegaraan. Keperluan dan kepentingan yang diberikan khas buat manusia, tidak kepada makhluk lain adalah disebabkan manusia telah diamanahkan menjadi khalifah yang mentadbir bumi. Sepertimana yang disebutkan oleh Allah swt di dalam Surah al-Baqarah (2) ayat 30;

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang kan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

Di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman , ‘khalifah’ bermaksud seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi dengan berdasarkan wahi dan syari’at Allah, supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredaan Allah Azzawajalla.

Friday, August 29, 2014