Nasi Goreng dan Ayam Masak paprik

Salam sejahtera.

Tak pasal-pasal, hari ini dimasukkan mengenai resepi, masakan dan makanan.

Dari resepi adanya masakan.
Dengan masakan terjadinya makanan.
Melalui makanan, perut menjadi kenyang..

Nasi Goreng Ayam Masak Merah (17 September 2014)

Ini langkah-langkahnya.

1- Tumiskan bawang merah bersama bawang putih yang telah dihancurleburkan dengan minyak yang cukup panasnya.





2- Ambil pes cili yang telah dihancurkan dari bekas yang telah tersedia. Inilah bagusnya masak dari dapur yang telah tersebia banyak bahan oleh tukang masak di dapur sebelum cuti. Bahan lain disediakan seperti sayur kangkung, daun sup dan lobak merah. Jangan lupa pula ayam, sebagai bahan utamanya.






 3- Masukkan pula pes cili bersama bahan tumisan tadi.



4- Sehingga pecah minyak. Tapi ada orang kata juga 'naik minyak'. Betul ke?



5- Masukkan lobak dan ayam. Gaul atas api sehingga lembut lobak dan masak daging ayam.






6- Inilah namanya nasi. Hampir empat kilogram juga nasi ni. -_-"



7- Agak-agak makin penat dan masa makin suntuk. Tiba-tiba datang kemalasan pula. Maka, masukkan nasi. Bukan semua pun. Terbaki lebih kurang satu per lima. Sebab banyak sangat kot nasi.


Gaul.

Gaul lagi.

Angkat.


Letak sikit daun sup. Bawang goreng, nak buka plastik baru macam malas. Kerana malas, tiadalah tambahan bahan mencantikan persembahan nasi goreng.

 


Ayam Masak Paprik (18 September 2014)

Seterusnya hari kedua, masak pula ayam paprik. Ini kali pertama masak ayam paprik. Huh, dahsyat.

Bahan-bahan tiada dalam gambar. Sebab macam mana nak sediakan bahan dan menumis semua sedangkan tangan yang sama untuk ambil gambar dan sediakan bahan?

Bahan-bahan (sekitar untuk 25 orang):
1- Ayam 2 ekor sederhana. (Cakap pada penjual, potong kecil terus. Senangkan kerja.)
2- Bawang besar ikut firasat
3- Bawang putih ikut rasa hati
4- Halia beberapa inci
5- Daun limau purut
6- Jus limau nipis
7- Lebih 5 batang serai
8- Lobak merah 3 batang
9- Kobis bunga sekuntum
10- Kacang panjang yang sederhana panjangnya
11- Tomato 5 biji
12- Beberapa batang cili kecil
13- Kicap manis
14- Sos cili
15- Sos tiram
16- Garam
17- Cuka
18- Minyak untuk menumis
19- Lain-lain (kalau ada dan terlupa nak senaraikan di sini) hehe

Cara-cara
1- Basuh ayam. Buangkan kekotoran ayam, lemak-lemak berlebihan dan anggota yang tidak diinginkan. Jangan membazir air ya.

2- Hancurleburkan sebahagian bawang besar bersama bawang putih dan halia.

3- Tumis bahan yang telah dihancurleburkan.

4- Masukkan pes cili. Tumis sehingga naik minyak. Jangan naik minyak lebih, nanti naik angau pula.

5- Kemudian masukkan lebihan halia, daun limau purut, lobak merah dan serai Jangan lupa cili kecil. Teruskan tumisan.

6- Maukkan ayam. Ayam ini dari awal mestilah digoreng sedikit tanpa garing. Ia memastikan masakan menjadi lebih umph..

7- Masukkan Sos cili, sos tiram dan kicap manis. Gaul dan biarkan sebentar.

8- Masukkan air seadanya. Mengikut kepekatan yang diinginkan.

9- Tambah gula dan cuka sehingga memenuhi kehendak lidah tukang masak.

10- Sediakan tempat makan.

11- Sediakan juadah yang telah masak di tempat makan.

12- Makanlah dengan beradab dan jangan lupa. Berhenti sebelum kenyang. ^_^

 



Nasi yang dimasak kali ini ialah 3 kilogram.

Semua makanan ini hanya menjadi kenangan sebab telah di pelahap dengan dahsyatnya oleh murid,

Sekian.


Hidup dalam mencari..

Bandar Baru Bangi,
26 Dzulqaedah 1435H.

Comments