Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu, telah dapat berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman mengenai penyembelihan.
Sebelum ini, semasa belajar hanya menyembelih buruh puyuh. Kemudian bermula tahun lepas, ayam pula. Moga kesempatan akan datang dapat belajar lebih banyak tentang sembelihan dan lebih banyak pengalaman dapat ditimba.
Seterusnya menyediakan bahan perapan untuk 15 ekor ayam yang telah ditumbangkan. Antara bahan yang digunakan ialah:
Bawang besar
Bawang merah (bawang kecil)
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Kunyit hidup
Serai
Cili merah
Cili kecil
Garam
Gula
Setelah semua bahan-bahan ini dikisar, diperap bersama ayam..tiba-tiba ada kekurangan.
Maka ditambah asam jawa.
Dirasa kurang lagi, tetapi tidak diketahui.
Dicadang oleh seseorang untuk memasukkan madu.
Alhamdulillah, dengan dimasukkan madu tersebut, rasanya timbul dan ayam menjadi lebih berkilat.
Setelah membakar hampir dua jam, semuanya selamat dibakar.
Alhamdulillah..
Hidup dalam mencari..
Kuala Lumpur,
23 Dzulhijjah 1435H.
Comments