Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Friday, March 26, 2010

Takut dan Mengharap

Di bawah ini adalah senarai subjek bagi tahun empat Kuliah Usuluddin (Tafsir) Universiti Al-Azhar cawangan Tanta bagi fasa kedua sesi pengajian 2009/2010.

1- Al-Quran
2- Tafsir Maudhu'i
3- Manahij Mufassirin
4- Usul Fiqh
5- Milal wa Nihal
6- 'Ulumul Quran
7- I'jazul Quran
8- Istisyraq wa Tabsyir
9- Takhrij
10- Tafsir Tahlili

Peperiksaan akan bermula insya Allah pada bulan lima. Kebiasaannya pada setiap tahun. Berbaki kurang dua bulan.

Merancang dengan apa yang ada di tangan,
Bukan yang kita angan-angankan..
- Saujana -

Kata seorang sahabat,

"Adakalanya kita tidak sedar, apa yang ada dalam genggaman tangan itu lebih sempurna daripada apa yang indah pada pandangan mata."
Walaubagaimanapun, ia tetap tidak dapat menandingi sempurnanya kehidupan syurga kerana ia tidak pernah dilihat oleh pandangan mata.


Hidup dalam mencari..

Thursday, March 25, 2010

Inilah Ukhuwah Kita

15 Januari 1993,
Lahirnya sebuah wadah perjuangan,
Terbentuknya sebuah tapak ikatan,
21 putera Malaysia menjadi perintis,
PMRAM menjadi naungannya,
DPMT ialah milik kita.

Dahulu...Perubatan Tanta Chapter,
Kini...Perubatan Cawangan Tanta,
At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah adalah mottonya,
Tumbuhnya pada tahun 2005,
Tahun 2006 adalah rasminya.

Hebat...Hebat...Hebat...
Pelajar pengajian Islam memang hebat,
Hari demi hari mendampingi para masyaikh,
Mengalun kalam Ilahi daripada kitab suci,
Menitip hadith meriwayat sunnah,
Mengkaji hukum itu dan ini.

Tapi...Sahabat-sahabat,
Hebat sangatkah kita?
Sekiranya,
Ilmu menggunung tinggi amalannya tiada,
Tahu hak dan batil tapi gagal menerangkannya,
Umat dahaga cahaya Ilahi,
Kita peraga demi kepentingan duniawi,
Mana Quran kita?
Mana sunnnah kita?
Mana hebatnya kita?

Mantap...Mantap...Mantap...
Mantapnya pelajar medic, pelajar perubatan,
Dapat biasiswa,
Dapat tajaan,
Dapat pinjaman,
Hidupnya mewah dan selesa,
Bakal menjadi doktor,
Merawat masyarakat di kampung halaman,
Akan menjadi tumpuan.

Tapi...Teman-teman,
Cukupkah dengan gelaran doktor?
Mantapkah kita?
Sekiranya,
Kita berhasrat merawat orang lain,
Sedangkan diri sendiri tidak dirawati,
Kita membiarkan penyakit merebak ke seluruh anggota,
Membenarkan virus bertakhta di dalam kalbu dan jiwa,
Maksiat tidak dihiraukan,
Melakukan dosa tiap waktu dan tika,
Inikah yang kita bangga-banggakan?
Hah?
Mantapkah kita?

Wahai sahabat-sahabat,
Kita bertemu di sini hanya dengan niat yang satu,
Iaitu ingin menuntut ilmu,
Dalam menuntut ilmu,
Pahit dan manis dirasai bersama,
Ia memerlukan semangat yang kental,
Dihiasi keikhlasan hati budi sebagai seorang pejuang.

Sahabatku,
Kemesraan antara kita,
Maka terbentuknya sebuah ukhuwwah,
Membentuk sebuah persahabatan,
Yang benar-benar mengharapkan keredaan Ilahi.

Teman-teman,
Hanya satu yang aku pohon,
Jangan engkau lupa persahabatan kita,
Mantapkanlah ukhuwwah,
Elakkan persengketaan,
Jauhkanlah permusuhan,
Berpegang teguhlah pada pertalian kita,
Perjuangan kita banyak berliku,
Masih jauh beribu batu.

Ingatlah duhai rakan-rakan yang ku sayangi,
Ukhuwwah kita buat selama-lamanya,
Semoga ikatan yang dibina,
Mendapat keredaan Allah,
INILAH UKHUWWAH KITA.

Nukilan:
Saudara Nawawi Mohd Shaleh
Pelajar Tahun 1 Perubatan,
Universiti Tanta.




*Sajak ini telah dideklamasikan pada Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam (MANIS) sempena majlis penutup program The Symposium of Malaysian Students In Tanta (EMINENT '10) di Dewan Al-Mu'tamarat, Universiti Tanta.

Hidup dalam mencari..

Kelebihan sangka baik

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata:
"Aku masuk ke dlm Masjidil Haram dan aku melihat seorang faqir sedang meminta sesuatu. Aku pun berkata dlm hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia."

Tiba2 dia memandang kearahku dan membaca ayat
"Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yg ada yg berada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(235: Al-Baqarah)

Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku. Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah tuhan yg menerima taubat daripada hamba2nya dan memaafkan kesalahan2" (25: as-Syura)

Kemudian dia hilang begitu sahaja dr pandangan. ulasan: Firman Allah "Hai org2 beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adlah memberi dosa..."(12: Al-Hujarat)

*Offline message yang saya terima daripada seorang sahabat di Mesir, saudara Hidayat.

Untuk menjadi seorang insan yang sempurna pastinya mustahil. Ada orang boleh berkata-kata, lancar tuturnya, banyak ideanya, celotehnya diterima dan disukai. Ada juga nak cakap gugup, idea kering, berdebar dan kelu lidah. Namun, bijak mengurus, menyusun, mengemas dan merangka serta merancang.

Bersangka baik adalah jalan yang terbaik. Mengelak diri daripada diselubungi kebimbangan, kegusaran, kekecewaan dan sifat dengki.

Hidup dalam mencari...

Berita dan Isu Semasa

Berita Semasa

1. Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan mendedahkan bahawa ada arahan yang diberikan terus kepada pegawai-pegawai bawahannya tanpa pengetahuan pengurusan atasan.

2. KUALA LIPIS 20 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat luar bandar dalam Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

3. KUALA LIPIS 20 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Yang di-Pertuan Agong memperkenankan beliau sebagai Perdana Menteri, jika rancangan 16 September menjadi kenyataan.

4. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden MCA dalam pemilihan parti itu 28 Mac.

5. Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya.

6. Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa beliau diberitahu bahawa Petronas 'menemui satu lapangan minyak yang sangat besar, kemungkinan yang terbesar di dunia'.

7. Nik Aziz ajak rakyat contohi cara berpolitik MCA. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz berkata mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum adalah perbuatan tidak berakhlak dan tidak bertamadun.

8. Syed Husin berkata beliau berasa "hilang ghairah" dengan ilmuwan yang kurang berhubung dengan masyarakat dan menahan diri daripada memberikan analisis kritikal.

9. Menurut Jakim telah wujud peruntukan yang menyekat perkahwinan kanak-kanak bawah umur dalam peruntukan undang-undang syariah yang sedia ada di Malaysia.

10. Kedua-dua Khairy dan Mukriz dilihat sentiasa bersaing bagi mendapat tempat dan meraih populariti dalam sayap kanan Umno. Lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya masing-masing mempunya pertalian rapat dengan dua perdana menteri sebelum ini.

11. Derita orang asli dipinggir pembangunan. Keadaan ini jelas dilihat di Jalan Gombak, kawasan sekitar batu 12. Berdekatan nama sebuah pusat belajar memandu yang terletak berhampiran iaitu SKEM. Menjadi kampung tanpa nama dan menyukarkan mereka menaikkan tafar kehidupan.

12. Rabu lalu, kira-kira dua ribu Orang Asli berdemonstasi di Putrajaya ekoran tidak puas hati dengan pengenalan dasar pemberimilikan tanah yang didakwa tidak adil bagi mereka. "Mereka ditindas oleh kerajaan dan pemaju yang mahu memperkosa dan merampas tanah mereka.

13. Usaha Meletupkan Terowong dan Membina Tembok Besi di Sempadan Gaza-Mesir Terus Berjalan. Pada hari Selasa (9/2) lepas, pihak Keselamatan Mesir telah meletupkan sebuah lagi terowong yang ditemui di sempadan Gaza-Mesir di Rafah, di sebahagian selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan keselamatan Mesir menemui sebuah terowong yang bermula di Kem Pelarian Palestin Yibna di Rafah.

14. Kecacatan bayi di Gaza meningkat. Kejadian kecacatan bayi di Gaza telah meningkat sejak akhir-akhir ini berikutan serangan ke atas gaza oleh rejim pengganas Zionis Israel akhir tahun 2008. Israel telah menggunakan senjata kimia yang mengadungi fosforus putih dan uraian uranium, iaitu salah satu jenis senjata yang diharamkan penggunaannya oleh pakar-pakar antarabangsa. Berbagai-bagai jenis kecacatan bayi yang merangkumi kecacatan otak dan jantung telah direkodkan. Laporan ini telah dikeluarkan oleh Dr Mowaiya Hassanen yang merupakan salah seorang pegawai di Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

15. ANKARA 8 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 6 pada skala Richter melanda timur Turki awal hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 57 orang.

16. Pusat krisis kerajaan melaporkan, kira-kira 100 orang lagi turut cedera dalam kejadian gempa yang berlaku pada pukul 4.32 pagi (10.32 pagi waktu Malaysia) itu di wilayah Elazig, kira-kira 550 kilometer ke timur Ankar.

17. JOS, Nigeria 8 Mac - Kerajaan Nigeria mengerah tentera ke wilayah bergolak utara Jos hari ini selepas kumpulan-kumpulan bersenjatakan parang menyerang kampung-kampung yang menurut para pegawai menyebabkan sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh. Menghadapi tekanan hebat ekoran kegagalan mengekang penularan keganasan puak hanya beberapa minggu selepas ratusan orang terbunuh dalam pergaduhan melibatkan orang Islam dan Kristian, pihak berkuasa Nigeria berkata, puluhan orang ditangkap berkaitan serangan tersebut.

18. SANTIAGO Chile 27 Feb. - Sekurang-kurangnya 78 disahkan maut apabila satu gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter menggegarkan bahagian tengah selatan Chile, hari ini. Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang ini waktu Malaysia), 90 kilometer dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer.

19. CIWIDEY Indonesia 24 Feb. – Pasukan penyelamat menggunakan jentera pengorek berat hari ini, bagi membersihkan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang dan menimbus 70 yang lain di pulau Jawa, Indonesia, semalam. Hujan berhari-hari mengakibatkan tanah runtuh tengah hari semalam di sebuah ladang teh dekat kawasan pergunungan berhampiran kampung Tenjoljaya di daerah Ciwidey, Bandung, wilayah Jawa Barat, yang turut memusnahkan banyak kediaman.

20. 10 Feb - Sebuah jabat tangan yang spontan antara Saudi-Israel dan itu disaksikan seluruh dunia. Peristiwa itu terjadi pada konferensi keamanan Eropah. Pelakunya Deputi Menteri Luar Negeri Israel Danny Ayalon dengan mantan Ketua Perisikan Saudi, Turki al-Faisal. Dalam sejarah, belum pernah terjadi jabat tangan antara seorang pegawai Arab dan Israel seperti itu.

21. 11 Feb - Sungai Nil yang penuh lagenda akhirnya berhasil dialirkan ke wilayah pegunungan Sinai atau Sant Catherine, tempat Nabi Musa kononnya menerima wahyu dari Allah. Air Nil berhasil mengairi wilayah pegunungan batu dan tandus itu setelah projek pembuatan cabang sungai dan terusan air Nil berhasil dirampungkan. Duta Besar Uni Eropah untuk Mesir, Mark Franco, mengumumkan selesai dan suksesnya proses pembangunan projek pengaliran air sungai Nil ke kota Sant Catherine yang terletak di di kaki gunung Sinai (Jabal Thur atau Jabal Musa).

Pandangan Isu Dunia Islam

Kebajikan
Kita melihat sejak kebelakangan ini pelbagai musibah besar telah melanda negara-negara Islam. Bermula dengan gempa bumi di Turki dan Pakistan. Tsunami di Indonesia, Malaysia, India dan Thailand. Baru-baru ini gempa bumi kembali berlaku di Indonesia, Turki dan Haiti. Tidak ketinggalan juga empangan pecah yang berlaku di kepulauan Indonesia.

Kesemua ini melibatkan kehilangan nyawa yang ramai serta mampu mengubah bentuk geografi dan taraf hidup mangsa yang terlibat. Bencana ini menyebabkan mereka hilang kaum kelaurga dan punca rezeki yang akhirnya boleh menyebabkan putus harapan untuk hidup. Putus asa terhadap Allah SWT.

Seperti yang berlaku pada bencana tsunami yang lepas, dunia menyaksikan bantuan paling cepat sampai kepada mereka adalah daripada negara barat, daripada mereka yang beragama kristian. Sedangkan jiran-jiran seislam lain seperti Malaysia lewat sampai.

Kesan daripada situasi ini, selain daripada bentuan kebajikan yang mereka salurkan, mereka hantar mubaligh mereka untuk menyebarkan agama Kristian kepada mangsa tsunami. Sambil para doctor mereka merawat pesakit, mereka membacakan keindakan agama kristian, membaca kandungan Bible dan mengajak mereka menganuti agama Kristian.

Fitrahnya, mereka yang sedang menghadapi musiabah, hati mereka menjadi lemah dan sangat mudah terkesan dengan golongan yang mengambil berat dengan keadaan mereka. Apabila mubaligh Kristian tiba dahulu kepada mereka berbanding para pendakwah Islam, pastinya mereka terlebih dahulu mengikut Kristian berrbanding Islam.

Maka, perlunya kita satu ummah di bawah kekuatan OIC bertindak lebih pantas dengan melengkapi organisasi tersebut badan-badan khusus yang mampu digerakkan bila-bila masa diperlukan.

Sebagai contoh, pasukan SMART yang dimiliki Malaysia hendaklah berdaftar terus dengan OIC dalam menyediakan khidmat 24 dalam mengahadapi sebarang bencana yang dihadapi oleh mana-mana negara Islam. Ini bukanlah suatu yang mustahil kerana Malaysia juga merupakan salah satu anggota OIC dan merupakan antara anggota yang sangat dihormati di kalangan ahli OIC.

Seperti sebelum ini, cadangan kepada OIC agar membentuk dan menyediakan suatu ketumbukan khas pasukan tentera Islam yang mampu digerakkan ke mana-mana negara Islam yang mengalami pergolakan sangatlah baik. Namun, perancangan dan strategi perlulah disusun rapi dan dilaksanakan. Keprihatinan dan kesedaran daripada setia anggota diperlukan agar idea ini dapat dipraktikkan. Masalah yang berlaku ialah terdapat nagara atau ahli yang tidak bersetuju. Akhirnya, Islam terus lemah dan tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri.

Perpaduan Sesama Islam
Pergaduhan antara puak Islam sering kedengaran secajak dahulu lagi. Pertempuran antara Islam dengan Islam dan pertempuran SIlam dengan Kristian walaupun mereka sama negara, sama naungan.

Isu pergaduhan dan peperangan sesama Islam telah berlaku sejak zaman berzaman. Ia telah pun mula berlaku ketika zaman Khalifah Saidina Ali KWJ. Puncanya sama iaitu semangat ta’sub atau qaumiyah atau dengan bahasa modennya nasionalisme. Malah, ia juga berlaku selaras dengan pihak yang terlibat sebagai batu api antara dua belah pihak yang bertempur. Seperti yang berlaku sesama negara Arab. Antara Kudish dan Sunni. Antara Sunni dan Syiah dan pelbagai lagi.

Dalam tidak sedar, selain daripada akibat sudah hilang sifat toleransi dan berlapang dada di kalangan umat Islam di samping semangat nasionalisme masih menabal, pihak musuh juga sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam berlakunya situasi ini. Inilah matlamat mereka untuk melihat umat Islam berpecah belah dan tidak bersatu di dalam satu kefahaman, suara dan semangat. Perlunya untuk kita mencari formula bagi memastikan kesatuan yang diidamkan ini benar-benar akan berlaku.

Islam VS Kristian
Menjadi suatu tabiat permusuhan antara Islam dan Kristian. Ia tidak dapat dielak dan dinafikan kerana telah dibenarkan di dalam Al-Quran. Pergaduhan antara Islam dan Kristian baru-baru ini kita dengar berlaku di Nigeria. Sebelum ini, kita mendengar situasi yang sama telah berlaku di Ambon Indonesia pada tahun 1999.

Pastinya, ia berlaku akibat salah faham dan rasa tidak puas hati antara dua golongan agama ini. Suasana yang benar-benar harmoni yang dapat dititipkan sepeti yang berlaku di beberapa zaman kekhalifahan Abbasiah susah untuk diulang kembali melainkan umat Islam dan Kristian benar-benar menghayati ajaran agama yang sebenar.

Andai dilihat, kebanyakan peperangan dan pergaduhan ini berlaku di negara-negara dunia ketiga. Sangat jarang untuk kita temui ianya berlaku di negara-negara maju atau membangun. Tidak mustahil andai dikatakan ia sengaja direncana oleh pemimpin atau musuh Islam.
Walaupun ianya melibatkan orang Kristian, namun yang pasti mangsa sebenar akan merujuk kepada orang Islam. Jumlah kematian, kerosakan harta benda dan pihak yang akan dipersalahkan pastinya orang Islam dan dimenangkan ialah golongan Kristian atau golongan yang menentang Islam.

Apabila belaku campur tangan pihak berkuasa sama ada polis mahupun tentera, pastinya yang menjadi sasaran pihak berkuasa ini golongan muslim. Golongan ini mula yang dilabel sebagai pengganas dan militer dan diwartakan kepada dunia, inilah golongan pemberontak, pengganas yang mengamcam negara dan keamanan dunia. Agenda musuh Islam yang pastinya terus berlaku dan tetap akan berlaku.

Kesatuan Umat Islam
Apabila kita sama-sama selidiki, masalah utama dan menjadi perkara pokok ialah masalah kesatuan dan perpaduan umat Islam. Ia berlaku sesama umat Islam di negara-negara Arab, sesama rumpun di nusantara Melayu dan sesama bangsa dan agama di Malaysia.

Bilakah lagi kita semua satu hati?

Formula yang mudah ialah kita semua duduk sekali. Memperkasakan kembali peranan OIC dan mana-mana persatuan dan badan yang mampu impian dan matlamat ini dilaksanakan. Saya percaya dan yakin bahawa suatu hari ini ianya akan terjadi namun usaha ke arahnya perlu dimulakan bermula saat ini.

PAS dan UMNO. Pro-Mahasiswa, Aspirasi dan lain-lain. Ini semua secara zahirnya kita melihat kumpulan-kumpulan yang sama sendiri berpecah. Semuanya Melayu dan beragama Islam. Pasti ianya berlaku akibat penyakit hati dan juga matlamat perjuangan yang berbeza antara satu sama lain.

Di Asia Tengah pula, negara-negara Arab saling tidak bersatu antara satu sama lain. Membawa diri masing-masing, tidak menjaga dan mengambil peduli keadaan jiran-jiran mereka. Arab Saudi, Yaman, Mesir, Lubnan, Jordan, Iran, Iraq, Libya, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain. Sudahlan tidak mengambil tahu keadaan jiran seIslam mereka, lebih teruk lagi bekerjasama dengan musuh Islam untuk menjatuhkan dan memusnahkan jiran seIslam meraka.

Bilakah lagi kita semua satu hati?

Agak-agak, kesatuan dan perpaduan kita sesame Melayu dan sesama Islam di Malaysia pun tidak mampu kita selesaikan, adakah kita mampu untuk mencari perpaduan dan kerjasama antara seluruh negara dan umat Islam di seluruh dunia?

Hidup dalam mencari..

Sunday, March 21, 2010

Derita

Derita,
Biarkan hati ini terus derita,
Derita mencari rahmat-Nya Tuhan,
Derita mencari syafaatnya Rasul,
Derita mencari naungannya malaikat,
Derita mencari sahutan cinta alam langit dan bumi.

Penderitaan,
Sungguh, pedihnya penderitaan ini,
Pedihnya penantian ini,
Saat hati terluka hunusan manusia,
Tercalar torehan kata-kata,
Terasing kesenangan dan keseronokan.

Menderita,
Benar jiwa ini sangat menderita,
Hati telah lumpuh mengharap,
Kata-kata manusia,
Pendorong senyuman ceria,
Menanti bulan jatuh ke riba.

Namun,
Ada satu yang tetap di hati,
Terus kukuh dan kuharapkan jaminannya,
Menggamit segala tenaga dan kerahan,
Walau terkadang kaki dan tangan ini,
Kerap lesu dan longlai,
Disuntik bius kemalasan dan angan-angan,
Mahu sahaja ku terus berdoa,
Tidak aku berasa sunyi,
Agar ku lakukan ini semuanya untukmu,
Islam yang aku anuti,
Akan aku perjuangkan.

Biar derita semasa hidup,
Jangan merana ketika ajal.

Oh Tuhan,
Maafi diri yang lemah ini.

Hidup dalam mencari..

Saturday, March 20, 2010

Pembohongan UMNO!

PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH

Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.
Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.

Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.

Salam Sejahtera.

Inilah ia salah satu pembohongan yang dilakukan oleh pihak UMNO. Ada beberapa kemungkinan ianya berlaku. Saya tidak mahu terus menghujum kepada pihak tertentu secara langsung.

Saya mahu memberi beberapa komentar. Perkara ini dilakukan oleh pihak media mereka (Kelab UMNO Luar Negara).

Pertama, mereka sengaja berbohong kerana sudah tidak banyak berita yang boleh mereka masukkan. Kemungkinan tiada aktiviti kebajikan yang boleh diketengahkan kepada umum untuk diketahui. Disebabkan mereka sibuk dengan perkara-perkara lain seperti memfitnah orang dan merosakkan minda masyarakat.

Kedua, mereka berbohong (tanpa disedari). Pimpinan mereka memberi maklumat kepada pihak media ini lantas memasukkannya tanpa sebarang analisis dan pemeriksaan kembali adakah berita ini benar atau tidak. Mereka sungguh taat dengan kehendak dan suruhan pimpinan mereka sehinggakan mereka tidak sedar bahawa berita tersebut berita yang tidak benar! Akibat merasakan segalanya BAIK apabila dikaitkan dengan UMNO, maka berita 'buat baik' ini tidak terlepas untuk dimasukkan agar mereka kelihatan 'BAIK'.

Ketiga, disebabkan mereka mahu mendapatkan populariti murahan daripada mengunjung maya internet. Setakat ketika saya memperolehi berita ini di web ini, jumlah pengunjung adalah seramai 4,024,232. Bagaimana saya mengatakan demikian? Popolariti murahan daripada wakil pihak UMNO di Mesir. Pastinya web ini dibuka oleh semua cawangan Kelab UMNO Luar negara. Apabila kebanyakan berita hanya dari Kelab UMNO selain Mesir, maka pihak dari Mesir juga mahu mengenengahkan mereka juga ada 'aktiviti' yang dilakukan. Iaitu pemesongan berita, menfitnah ke atas saudara Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan serta mengguriskan hati kedua ibubapa Ahmad Sarhan dan rakan-rakan sepengajian.

Keempat, saya mengandaikan betapa teruknya pengurusan dan pentadbiran mereka sehinggakan perkara dan berita sekecil ini tidak dapat disalurkan dengan baik kepada masyarakat. Pemimpin mereka perlu memastikan anak-anak buah mereka (yang terlibat dengan media dan sebaran maklumat) masuk kembali ke sekolah atau mana-mana institusi pengajian untuk belajar kembali bagaimanakah kemunikasi dan penyampaian maklumat yang benar dan terbaik. Apakah etika yang perlu diikuti dan mengatahui undang-undang. Sebelum itu, mereka harus masuk kembali tadika untuk mereka mengetahui perbezaan antara yang baik dan buruk, yang benar dan batil. Kos pembaziran beribu-ribu ringgit bolehlah disalurkan untuk mengadakan kembali kursus-kursus berkaitan kepada anak-anak buah mereka.

Kelima, inilah propaganda dan cara mereka menyalurkan fahaman kepuakan, menyebarkan perpecahan, menidakkan kebaikan dan menfitnah atas kumpulan dan individu tertentu. Inilah fungsi untama media yang mereka gunakan dan praktikkan. Media yang ada digunakan untuk menghentam orang lain. Pada mereka, tiada beza antara yang telah mati ataupun masih hidup. Asalkan ianya menaikkan nama mereka di kalangan masyarakat sambil memburukkan pihak yang lain, itulah kehendak mereka. Kepada siapa yang mahu mereka sebarkan berita ini? Kepada pimpinan di Malaysia agar mereka dipuji? Atau memberitahu lawan mereka, PAS bahawa mereka juga melakukan "KEBAIKAN"? Atau kepada seluruh dunia bahawa mereka masih wujud atas dasar buat baik? Atau kepada PMRAM dengan menafikan keberadaan PMRAM dan menunjukkan inilah KEBAJIKAN mereka yang sangat besar dan mengatasi peranan PMRAM di bumi Mesir ini?

Di dalam Al-Quran, jelas mengatakan yang mafhumnya "Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu seorang fasik (selalu membuat kejahatan dan keburukan) dengan membawa (sesuatu) berita, maka (hendaklah) kamu selidikilah (terlebih dahulu)."

Pada malam kami menerima berita kematian saudara Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan, kami di Tanta sedang melaksanakan program mega. Pada malam tersebut diadakan forum bertajuk 'Kuasa Mahasiswa' dan salah datu ahli panelnya ialah saudara Presiden PMRAM. Pengarah program telah memaklumkan kepada semua yang hadir pada program tersebut termasuklah pengajian Islam dan perubatan. Kesuluruhannya melebihi 100 orang yang mendengar. Malah, rakan-rakan terdekat saudara Ahmad Sarhan memberikan respon segera terhadap kejadian yang berlaku secara mengejut berkenaan. Setelah mendapat berita, Presiden PMRAM bersama Pengerusi DPMT dan wakil Pengerusi PCT telah ke Iskandariah. Mereka menguruskan jenazah, prosuder mahkamah untuk menuntut jenazah, memberi kerjasama dengan pihak polis dan pelbagai urusan lain.

Apakah mereka tidak sedar bahawa beribu-ribu (malah mungkin menjangkau puluhan ribu rakyat Malaysia yang berada di tanah Mesir ini?) Adakah mereka merasakan sangat mudah untuk memperbodohkan kami selaku pelajar Azhar dan perubatan? Juga, adakah mereka merasakan orang di seluruh dunia ini mudah tertipu dan cetek pemikiran? Kalaupun mahu 'masuk bakul angkat sendiri', janganlah melakukan pembohongan (walaupun kalau mahu melakukan sedemikian pasti akan berbohong).

Oh, UMNO,
Jagalah akhlakmu,
Dalam tuturmu,
Dalam langkahmu,
Dalam kelakuanmu.

Oh, UMNO,
Bukan mudah menipu orang,
Hati yang busuk hasilnya busuk,
Niat yang buruk hasilnya keji,
Jiwa yang kotor hasilnya daging yang menjijikkan.

Oh, UMNO,
Perjuangkanlah kebenaran,
Tegakkanlah agama suci Islam,
Jangan kerana habuan dunia,
Kerana pandangan sementara,
Kau berbohoong pada pelajar,
Berbohong pada rakyat,
Fitnah kepada umat.

Oh, UMNO,
Selidilah kembali perjuanganmu,
Manakah arah tujumu,
Manakah matlamatmu,
Akhiratkah atau Duniakah?
Syurgakah atau nerakakah?

Oh, UMNO,
Impikanlah bersama kebaikan,
Impikanlah bersama kematangan dan perpaduan,
Hidup kita atas nama Islam,
Nyawa kita atas nialaian Islam,
Mati kita juga mesti kerana Islam,
Andai kita mati bukan kerana Islam,
Matilah kita dengan sia-sia,
Tanpa peduli makhluk bumi dan langit.

Aku hairan,
Dengan sikapmu aku bertambah hairan,
Pening dengan kelakuan kalian..

Sila lihat sini dan sini.

Hidup dengan kahairanan.

Hidup dalam mencari..

Friday, March 19, 2010

Mawla Ya Salli wa Sallim



O My Lord! Send Peace and blessings upon your beloved (PBUH), The Best of all creations,
Muhammad (PBUH) is the prince of this world and the hereafter,
And of men and jinn, Arabs and non-Arabs,
Nothing deterred you, No defeat and no loss!
Until this community of Islam was set among the stars,
Oh beloved of God, messenger of God, Imam of the prophets,
Your journeyed from one sanctuary by night to another sanctuary,
And the full moon travels through intense darkness,
And you kept ascending until you reached a position,
At a distance of two cubits,
As had never been attained, nor has been sought,
O My Lord! Send Peace and blessings upon your beloved (PBUH), The Best of all creations.

Bila hati gundah,
Akal berserabut,
Quran penenang,
Burdah pendamai.

Bila hidup tersepit,
Jiwa meronta,
Kalamullah pembelai,
Qasidah pemujuk.

Wahai Sang Jumaat!
Kau makhluk yang dimuliakan dari sekelian hari,
Penghulu kiraan minggu,
Kau membawa berkat dan rahmat.

Ya Sayyidil Ayyam!
Mati di malammu satu kelebihan,
Masa di sepanjangmu suatu peluang,
Awal dan akhirmu suatu ketentuan.

Hidup dalam mencari..

Monday, March 15, 2010

Insan Utama



By Sheila On 7 and Hadad Alwi.

I like it! ^_^

In the mission to spread Da'wah Islamiyah, sometimes we forget main platform like nursery as identity formation and early childhood thoughts. Entertainment's culture characterized by Islam environment can give to them the best tread to continue the recognizing and studying about Islam.

This method needs to spread and explained what the meaning beyond the lyrics. Comments need to be given by teachers for what they hear from the song lyrics parallel with the understanding of Islam.

Hidup dalam mencari..