Pembohongan UMNO!

PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH

Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.
Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.

Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.

Salam Sejahtera.

Inilah ia salah satu pembohongan yang dilakukan oleh pihak UMNO. Ada beberapa kemungkinan ianya berlaku. Saya tidak mahu terus menghujum kepada pihak tertentu secara langsung.

Saya mahu memberi beberapa komentar. Perkara ini dilakukan oleh pihak media mereka (Kelab UMNO Luar Negara).

Pertama, mereka sengaja berbohong kerana sudah tidak banyak berita yang boleh mereka masukkan. Kemungkinan tiada aktiviti kebajikan yang boleh diketengahkan kepada umum untuk diketahui. Disebabkan mereka sibuk dengan perkara-perkara lain seperti memfitnah orang dan merosakkan minda masyarakat.

Kedua, mereka berbohong (tanpa disedari). Pimpinan mereka memberi maklumat kepada pihak media ini lantas memasukkannya tanpa sebarang analisis dan pemeriksaan kembali adakah berita ini benar atau tidak. Mereka sungguh taat dengan kehendak dan suruhan pimpinan mereka sehinggakan mereka tidak sedar bahawa berita tersebut berita yang tidak benar! Akibat merasakan segalanya BAIK apabila dikaitkan dengan UMNO, maka berita 'buat baik' ini tidak terlepas untuk dimasukkan agar mereka kelihatan 'BAIK'.

Ketiga, disebabkan mereka mahu mendapatkan populariti murahan daripada mengunjung maya internet. Setakat ketika saya memperolehi berita ini di web ini, jumlah pengunjung adalah seramai 4,024,232. Bagaimana saya mengatakan demikian? Popolariti murahan daripada wakil pihak UMNO di Mesir. Pastinya web ini dibuka oleh semua cawangan Kelab UMNO Luar negara. Apabila kebanyakan berita hanya dari Kelab UMNO selain Mesir, maka pihak dari Mesir juga mahu mengenengahkan mereka juga ada 'aktiviti' yang dilakukan. Iaitu pemesongan berita, menfitnah ke atas saudara Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan serta mengguriskan hati kedua ibubapa Ahmad Sarhan dan rakan-rakan sepengajian.

Keempat, saya mengandaikan betapa teruknya pengurusan dan pentadbiran mereka sehinggakan perkara dan berita sekecil ini tidak dapat disalurkan dengan baik kepada masyarakat. Pemimpin mereka perlu memastikan anak-anak buah mereka (yang terlibat dengan media dan sebaran maklumat) masuk kembali ke sekolah atau mana-mana institusi pengajian untuk belajar kembali bagaimanakah kemunikasi dan penyampaian maklumat yang benar dan terbaik. Apakah etika yang perlu diikuti dan mengatahui undang-undang. Sebelum itu, mereka harus masuk kembali tadika untuk mereka mengetahui perbezaan antara yang baik dan buruk, yang benar dan batil. Kos pembaziran beribu-ribu ringgit bolehlah disalurkan untuk mengadakan kembali kursus-kursus berkaitan kepada anak-anak buah mereka.

Kelima, inilah propaganda dan cara mereka menyalurkan fahaman kepuakan, menyebarkan perpecahan, menidakkan kebaikan dan menfitnah atas kumpulan dan individu tertentu. Inilah fungsi untama media yang mereka gunakan dan praktikkan. Media yang ada digunakan untuk menghentam orang lain. Pada mereka, tiada beza antara yang telah mati ataupun masih hidup. Asalkan ianya menaikkan nama mereka di kalangan masyarakat sambil memburukkan pihak yang lain, itulah kehendak mereka. Kepada siapa yang mahu mereka sebarkan berita ini? Kepada pimpinan di Malaysia agar mereka dipuji? Atau memberitahu lawan mereka, PAS bahawa mereka juga melakukan "KEBAIKAN"? Atau kepada seluruh dunia bahawa mereka masih wujud atas dasar buat baik? Atau kepada PMRAM dengan menafikan keberadaan PMRAM dan menunjukkan inilah KEBAJIKAN mereka yang sangat besar dan mengatasi peranan PMRAM di bumi Mesir ini?

Di dalam Al-Quran, jelas mengatakan yang mafhumnya "Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu seorang fasik (selalu membuat kejahatan dan keburukan) dengan membawa (sesuatu) berita, maka (hendaklah) kamu selidikilah (terlebih dahulu)."

Pada malam kami menerima berita kematian saudara Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan, kami di Tanta sedang melaksanakan program mega. Pada malam tersebut diadakan forum bertajuk 'Kuasa Mahasiswa' dan salah datu ahli panelnya ialah saudara Presiden PMRAM. Pengarah program telah memaklumkan kepada semua yang hadir pada program tersebut termasuklah pengajian Islam dan perubatan. Kesuluruhannya melebihi 100 orang yang mendengar. Malah, rakan-rakan terdekat saudara Ahmad Sarhan memberikan respon segera terhadap kejadian yang berlaku secara mengejut berkenaan. Setelah mendapat berita, Presiden PMRAM bersama Pengerusi DPMT dan wakil Pengerusi PCT telah ke Iskandariah. Mereka menguruskan jenazah, prosuder mahkamah untuk menuntut jenazah, memberi kerjasama dengan pihak polis dan pelbagai urusan lain.

Apakah mereka tidak sedar bahawa beribu-ribu (malah mungkin menjangkau puluhan ribu rakyat Malaysia yang berada di tanah Mesir ini?) Adakah mereka merasakan sangat mudah untuk memperbodohkan kami selaku pelajar Azhar dan perubatan? Juga, adakah mereka merasakan orang di seluruh dunia ini mudah tertipu dan cetek pemikiran? Kalaupun mahu 'masuk bakul angkat sendiri', janganlah melakukan pembohongan (walaupun kalau mahu melakukan sedemikian pasti akan berbohong).

Oh, UMNO,
Jagalah akhlakmu,
Dalam tuturmu,
Dalam langkahmu,
Dalam kelakuanmu.

Oh, UMNO,
Bukan mudah menipu orang,
Hati yang busuk hasilnya busuk,
Niat yang buruk hasilnya keji,
Jiwa yang kotor hasilnya daging yang menjijikkan.

Oh, UMNO,
Perjuangkanlah kebenaran,
Tegakkanlah agama suci Islam,
Jangan kerana habuan dunia,
Kerana pandangan sementara,
Kau berbohoong pada pelajar,
Berbohong pada rakyat,
Fitnah kepada umat.

Oh, UMNO,
Selidilah kembali perjuanganmu,
Manakah arah tujumu,
Manakah matlamatmu,
Akhiratkah atau Duniakah?
Syurgakah atau nerakakah?

Oh, UMNO,
Impikanlah bersama kebaikan,
Impikanlah bersama kematangan dan perpaduan,
Hidup kita atas nama Islam,
Nyawa kita atas nialaian Islam,
Mati kita juga mesti kerana Islam,
Andai kita mati bukan kerana Islam,
Matilah kita dengan sia-sia,
Tanpa peduli makhluk bumi dan langit.

Aku hairan,
Dengan sikapmu aku bertambah hairan,
Pening dengan kelakuan kalian..

Sila lihat sini dan sini.

Hidup dengan kahairanan.

Hidup dalam mencari..

Comments

brainstem said…
umno yang sengal, ada plak univ Tanta kat Kaherah..huhu