Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Sunday, November 28, 2010

Insan tak putus asa berdoa penuh keyakinan dimakbulkan hajat

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

IMAM Ghazali berkata, jika kita menyatakan beriman iaitu yakin adanya Allah SWT dan yakin pula terhadap sifat-Nya antaranya pemberi rahmat, hendaknya kita sandarkan harapan baik kepada Allah dengan sepenuh hati.

Selanjutnya, Imam Ghazali menyatakan bahawa agama Islam mengajar di samping seseorang berikhtiar, hendaklah dilengkapi dengan doa. Doa sebagai tanda seseorang mempunyai harapan baik kepada Allah SWT.

Katanya lagi, orang yang berputus asa daripada rahmat Allah bererti tidak percaya kepada kemurahan-Nya. Dalam al-Quran, orang demikian dianggap kafir (tertutup hatinya dan tidak percaya adanya pertolongan Allah).

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.” (Surah Al-Hijr, ayat 56)

Allah SWT tidak pernah memberhentikan rahmat untuk dikurniakan kepada hamba-Nya. Allah SWT mengurniakan kepada sesiapa saja yang mengharapkan rahmat-Nya yang luas dan tidak terhitung banyaknya.

Banyaknya rahmat Allah dapat dilihat melalui hadis diriwayatkan Abul-Latis dengan sanadnya daripada Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mempunyai seratus rahmat, diturunkan ke bumi hanya satu rahmat untuk penduduk dunia, maka mencukupi hingga habis ajal mereka dan Allah akan mencabut rahmat yang satu pada hari kiamat untuk digenapkan pada yang sembilan puluh sembilan dan diberikan-Nya kepada para wali dan ahli yang taat kepada-Nya.”

Kita diingatkan bahawa amal yang dikerjakan selama hidup atas dunia ini belum tentu dapat membantu untuk masuk ke syurga. Kita akan masuk syurga kerana rahmat Allah SWT.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun di antara kalian yang akan dibebaskan oleh amalnya.” Sahabat bertanya: “Tidak juga anda, ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Tidak juga aku, kecuali bila Allah melimpahkan keampunan dan rahmat-Nya kepadaku.” (Hadis riwayat Muslim)

Allah SWT tidak membezakan hamba untuk mendapatkan rahmat-Nya. Baik orang yang beriman atau berdosa, Allah SWT tetap akan memberi rahmat-Nya, kecuali syaitan dan orang kafir. Syaitan dan orang kafir tidak akan mendapat rahmat Allah sampai bila-bila.

Orang yang tidak membuat amal soleh tidak akan mendapat rahmat Allah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Maka siapa yang mengharap mendapat rahmat dan bertemu dengan Tuhan-Nya, maka hendaklah beramal soleh.” (Surah Al-Kahfi, ayat 110)

Orang beriman seharusnya tidak berputus asa terhadap rahmat Allah kerana hajat kita akan dimakbulkan dengan syarat tidak berputus asa memohon kepada-Nya. Selama kita mahu memohon kepada-Nya dengan keyakinan dan harapan kuat, Dia akan memakbulkannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang yang beriman.” (Surah al-Anbiya ayat 88)

Sumber.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur, Malaysia.

21 Zulhijjah 1431 H.

Saturday, November 27, 2010

Protokol Zionis (Isi Kandungan)

Salam Sejahtera

Saya sangat terpanggil untuk berkongsi serba sedikit apa yang telah saya baca daripada buku 'Protokol Komplot Zionis Ancam Dunia'. Buku yang disusun oleh Kamarulzaman Hj. Zainal ini diterbitkan oleh Progressive Product Supply di Taman Melawati. Saya tidak pasti masih ada kedai ini ataupun sebaliknya. Tahun terbitan buku ini ialah 1988 bagi cetakan kedua.

Kemungkinan ada di luar sana buku ini bagi pencetakan baru dan saya masih belum menemuinya. Sekiranya sesiapa ada menjumpai, silalah maklumkan kepada saya. Buku ini saya pinjam dari Resource Center, Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ini kerana saya mahu memilikinya satu.

Sebelum ini saya telah membaca sebuah buku mengenai Perang Teluk. Apabila saya mengingatinya, seolah memang ada di dalam perang tersebut pembabitan Zionis. Adanya kaitan antara perancang Zionis-Yahudi di dalam pentadbiran Saddam Husein. Walaupun ada pro dan kontranya kepimpinan yang disifatkan Islam terhadap Saddam, mungkin pada masa lain untuk dibicarakan.

Kandungan yang terbapat di dalam buku ini ialah:-
  1. Jujur Tidak Ada Dalam Jiwa Yahudi
  2. Mencari Kesempatan Dan Kebebasan Akhbar
  3. Membelit Macam Ular
  4. Mahu Jadikan Pemimpin Dunia Berfahaman Zionis
  5. Berusaha Hapuskan Kepercayaan Kepada Tuhan
  6. Menggalakkan Kelahiran Anak Luar Nikah
  7. Racun Liberalisme Musnahkan Demokrasi
  8. Kebebasan Akhbar Hasutan Yahudi
  9. Memperalat Sistem Pembelajaran
  10. Usaha Meleburkan Agama
  11. Presiden Sebagai Boneka
  12. Main Peranan Dalam Hal Cukai
  13. Berusaha Menimbulkan Krisis Ekonomi
  14. Galakan Pinjaman Wang Asing
  15. Kelahiran 'Raja Daud'
  16. Atur Ceramah Selepas Berlaku Huru-Hara
  17. Sistem Mengundi Akan Dihapuskan
  18. Mencetuskan Kemelesetan Ekonomi
  19. Menghapuskan Sistem Kewangan
  20. Menubuhkan Empayar Yahudi
  21. Menjadikan Emas Sumber Kekuasaan
  22. Membentuk Masyarakat Tidak Percayakan Tuhan
  23. Ingkar Perintah Yahudi Dibunuh
  24. Pertubuhan-Pertubuhan Di Bawah Gerakan Yahudi
Apabila membaca isi kandungan buku ini sepintas lalu pun kita sudah mampu untuk menanggapi dengan apa yang sedang berlaku hari ini. Semoga kita terus bersama berfikir dan mengatahui perancangan musuh Islam agar kita tahu untuk menyusun strategi.

Bukankah persiapan itu penting sebelum bertempur?

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
20 Zulhijjah 1431 H.

Friday, November 26, 2010

Kemalangan Di Quaisna - Mahasiswa Tanta Cedera

TANTA, 25 Nov - Lafaz syukur sahaja yang mampu dilafazkan bagi semua mangsa kemalangan yang terselamat dalam nahas tersebut semalam.

6 orang mahasiswa Tanta yang dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Kaherah setelah menjemput pulang sahabat mereka telah terlibat dalam nahas kemalangan tersebut.

Mereka yang menaiki kenderaan awam (tramco) yang ditempah tercampak keluar dari kenderaan tersebut apabila ianya gagal dikawal lalu terbabas setelah merempuh pembahu jalan dan tiang lampu jalan raya.

Saya tidak menafikan terbiasa dengan tramko yang dipandu laju. Sekiranya lambat, kadang-kadang saya akan merungut kepada pemandu. Kelajuan dan kecekapan pemanduan boleh ditabik. Tetapi, sekali terjadi kemalangan, ianya amatlah teruk.

Kejadian yang berlaku selepas susur keluar bandar Shibin el Kom tersebut berlaku sekitar selepas waktu Isyak.

semua mangsa dihantar ke hospital berdekatan iaitu hospital Quaisina untuk mendapatkan rawatan sebelum seorang darinya dihantar ke Hospital Universiti Shibin untuk rawatan lanjut.

Saudara Mohd Ridhuan b Abdullah dihantar ke Hospital Universiti Shibin setelah mendapati luka di telinga kanannya agak parah dan selesai menjalankan pembedahan sedikit.

Bagi tiga orang mangsa pula, saudara Nurhaliz Syafiq Zakaria, saudara Mohd Fakhrullah B Abdul halim dan Mohd Kamel Abdul rahman dibawa ke Hospital Universiti Tanta untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Saudara Nurhaliz Syafiq cedera dibahagian kiri mukanya menerima beberapa jahitan. Jari tangannya juga menerima jahitan apabila terkoyak ketika kejadian.

Manakala saudara Mohd Kamel dan saudara Mohd Fakhrullah pula hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar serta didapati selamat dari sebarang kecederaan dalaman setelah menjalani ujian sinar x-ray.

Dua terakhir dari mereka pula selamat dari kecederaan serius dalam kejadian tersebut.

Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, saudara Mohd Farkhan Md Zain yang bergegas ke Hospital Universiti Shibin mengulas, keadaan mangsa yang terlibat berdasarkan keadaan kejadian amat berbeza.

Rezeki mereka apabila dipelihara oleh Allah masing-masing yang tercampak keluar tidak dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Paling disyukuri, dua mangsa yang tercampak keluar ke bahagian jalan yang bertentangan cepat sedar dan bangun untuk selamatkan diri dari kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Turut serta dalam lawatan tersebut saudara Firdauz B Noh, Bendahari Kehormat PMRAM serta saudara Faqrurazi Abdullah Penasihat PMRAM Cawangan Pulau Pinang.

Sedikit sumbangan dihulurkan dari peringkat PMRAM Pusat bagi meringankan bebanan. Seluruh kepimpinan PMRAM dan HEWI PMRAM mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa dan mendoakan agar dipermudahkan segala urusan mangsa untuk cepat sembuh serta tenang dalam membuat persediaan peperiksaan.

PMRAM juga mengucapkan tahniah atas kerjasama dari taakhi Tanta, Shibin el Kom yang banyak membantu pihak Tanta dalam menguruskan mangsa yang dimasukkan ke Hospital Universiti Shibin. Sumber. Lagi berita.

*Saya cuba untuk memetik berita daripada laman web DPMT namun beberapa kali tidak boleh menembusinya. Semoga semua yang terlibat segera diberi kesembuhan oleh Allah SWT.
Kelajuan mungkin kepuasan tetapi ia boleh membunuh..

Kaki Banjaran Titiwangsa, Malaysia.

Berfikir sejenak.
Hidup dalam mencari..

Thursday, November 11, 2010

5 Tanda Hati Keras

Abai solat, cintai dunia antara tanda hati keras.

HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya.


Sebaliknya, hati boleh menjadi sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti dilakukan manusia sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah berkata: “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda boleh dikenali antaranya:

# Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan terutama melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan kewajipan ditetapkan itu seperti tidak serius menunaikan solat atau berasa berat melaksanakan ibadah sunnah.

Allah menyifatkan golongan ini kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”. (Surah at-Taubah, ayat 54).

# Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dan lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya.

Bahkan ada hati enggan dan berpaling daripadanya sedangkan Allah memberi ingatan yang ertinya: “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku”. (Surah Al-Qaf, ayat 45)

# Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat. Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata.

Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia. Penghujungnya jadilah dia seorang yang memiliki sifat dengki, ego, bakhil serta tamak terhadap dunia semata-mata.

# Kurang mengagungkan Allah sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

# Tidak belajar dengan ayat kauniah iaitu tidak terpengaruh dengan peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian, sakit atau bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai biasa.

Haikatnya, kematian itu adalah nasihat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidaklah mereka (orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)

Sumber.

Hidup memperbaiki diri..

Saturday, November 6, 2010

Nasionalisme: Suatu Sorotan

1- Nasionalisme merupakan suatu kalimat yang mempunyai puaka yang amat besar bagi saya. Ini kerana, kalimah tersebut merupakan antara punca utama kepada jatuhnya pemerintahan Khilafah Uthmaniyah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Pemikiran barat yang diterapkan ke dalam budaya, jatidiri dan pemikiran bangsa Arab akhirnya memusnahkan maruah mereka dan menjatuhkan kemuliaan Islam yang menjadi pentadbir seluruh negara Islam. *Ingin mengetahui mengenai Revulusi Arab? Di sini.

Malah, ia juga tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan perjuangan kebangsaan oleh kebanyakan negara untuk mencapai kemerdekaan. Nasionalisme disebut dan dicanang sebagai penyuluh kepada rakyat untuk bangkit menentang penjajahan. Akhirnya pemikiran kebangsaan ini diiktiraf sebagai suatu pemikiran yang membawa kepada demokrasi dan kemerdekaan sesebuah negara bangsa.

Semasa di Mesir, kami dibentang dan diterangkan mengenai semangat 'assobiyah atau qaumiyah. Kedua semangat atau pemikiran ini lebih membawa makna dan penafsiran yang sama. Menjurus kepada semngat bangsa, kepuakan atau golongan tertentu. Perjuangan hidup dan matlamat kejayaan dan ketinggian hanya di pihak golongan atau puak mereka. Segalanya mendahulukan semangat ini lantas mengenepikan tuntutan agama dan keperluan sejagat.

Sebenarnya, saya masih merangkak untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme. Apa yang saya faham ketika menulis artikel ini ialah, sememangnya idea nasional atau kebangsaan ini semengnya memenuhi sifat dan matlamat yang negatif. Saya tertarik untuk membaca sebuah buku yang saya beli ketika masih belajar di KUIS iaitu buku Sejarah Malaysia Edisi Kedua siri Kursus Komprehensif Fajar Bakti.

Matlamat asal pembelian buku ini adalah untuk saya mendalami sejarah Malaysia dan semangat enkuiri dan memberontak terhadap sebuah buku sejarah Malaya edisi lama yang masih menggunakan perkataan 'pemberontak' kepada semua pejuang kemerdekaan tanah Melayu terutamanya pejuang di sekirat sebelum kurun ke-19.

2- Di dalam buku Sejarah Malaysia ini diterangkan makna nasionalisme. Umumnya ia mempunyai perlbagai bentuk dan ragam di dalam penafsirannya. Penafsirannya bergantung dan terkesan dengan perubahan semasa sesebuah masyarakat. Penafsiran dari segi teori berbeza dengan penafsiran hasil daripada observasi orientalis yang mahu memberi makna terhadap nasionalisme.

K. R. Minogue memberi makna sebagai 'satu aliran idea ataupun satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik yang tertentu dan boleh dialirkan dari golongan elit kepada orang kebanyakan'. Ia difahami dalam bentuk tindakan-tindakan itu (nasionalisme) bertujuan untuk menjaga dan memajukan kepentingan sesuatu bangsa ataupun negara.

Hans Kohn pula memberi maksud 'satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi'.

Manakala Anthony D. Smith melihat bahawa konsep nasionalisme sebagai 'suatu pergerakan ideologi untuk mencapai dan memelihara pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi sesuatu golongan yang sebahagian besar daripada anggota itu melihatnya sebagai 'satu' bangsa yang sebenar atau satu 'bakal' bangsa seperti bangsa-bangsa lain juga'. Ia pada dasarnya menggabungkan tiga perkara yang dianggap unggul iaitu 1) penentuan nasib sendiri secara berkumpulan bagi rakyat, 2)penegasan keperibadian serta sifat tersendiri bangsa dan 3) pembahagian dunia mengikut garisan tegak kepada negara-negara yang tersendiri.

Setelah meneliti pergerakan kebangsaan yang berlaku di Nigeria, J. S. Coleman telah merumuskan makna nasionalisme sebagai 'perasaan-perasaan, kegiatan dan perkembangan organisasiyang ditujukan ke arah pemerintahan sendiri dan kemerdekaan sebagai sebuah negara bangsa yang wujud dengan taraf sama rata atau dalam satu sistem politik antarabangsa.

Daripada keempat-empat pendapat ini bolehlah dirumus bahawa nasionalisme bertujuan untuk mengiktiraf dan membangun kepentingan sesebuah bangsa atau negara bangsa di atas platform ekonomi, politik dan sosio-budaya.

3- Maka, dapat disimpulkan bahawa nasionalisme atau idea kebangsaan ini merupakan idea atau pemikiran yang mementingkan semangat dan kesejagatan bangsa, ras dan budaya tertentu hatta dalam bentuk negara tertentu. Apa yang dimaksudkan ialah kepentingan dan matlamat kemajuan sejagat atau pembangunan masyarakat hanyalah tertumpu kepada golongan tertentu manusia sahaja iaitu mengikut bangsa, ras, budaya dan negara.

Gambar ini menunjukkan Putera Faysal bersama Sir Edmond Allemby, komander tentera British menentang Turki Uthmaniyah di Damsyik pada 1 Oktober 1918. Gambar ini diambil di hadapan pintu Hotel Victoria, sebuah hotel yang terkemuka di Damsyik. Hotel ini telah musnah semasa penjajahan Perancis. -Gambar sekadar hiasan.

Bagi para pemikir atau akademik orientalis pastinya memberi makna berdasarkan kepada penelitian kehidupan masyarakat disamping pemahaman terhadap makna bahasa perkataan tersebut. Akan tetapi, bagi seorang perancang penjajahan, strategi menakluki dunia dan permusuhan terhadap Islam pastinya mempunyai matlamat dan idea yang berlainan terhadap sifat asal pemikiran ini.

Sedutan bagaimana Nasionalisme penyebab utama perpecahan umat Islam.

Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah Islam ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan negara Turki-Uthmaniyyah sebagai negara Islam dan meruntuhkan sistem Khilafah (dalam bahasa Inggeris : Caliphate). Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniup semangat patriotisme dan nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Turki-Uthmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan negara Islam. Negara Turki-Uthmaniyyah yang besar itu kemudian dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negera-negara kecil lain dan Barat memerintah ke atas negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah ’(divide and rule). Setelah kesatuan umat Islam sudah melemah, target seterusnya ialah Turki dan Institusi Khilafah. Selepas Perang Dunia Pertama, 1921, di mana Turki telah kalah, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki iaitu pusat pemerintahan Dunia Islam demi memusnahkan seluruhnya kerajaan Islam. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinanan General Harrington mengawal keadaan politik di Istanbul.
Sumber.

Tentera Nasionalis Turki

Di Nigeria mungkin boleh dikatakan sebagai kebangkitan rakyatnya terhadap pemerintahan sendiri daripada penjajah British melalui pergerakan militan. Di Malaya, semangat nasionalisme yang terbit dikatakan terdiri daripada tiga golongan utama iaitu golongan berpendidikan Arab, Melayu dan Inggeris. Berpendidikan Arab (Islam) membawa kepada penghayatan nilai Islam yang sebenar. Berpendidikan Inggeris menyumbang kepada pentadbiran dan berpolitik serta memahami perjalanan sistem Barat. Manakala berpendidikan Melayu pula membawa kepada gelombang kebangkitan kesedaran golongan Melayu yang hidup meraka tidak seimbang dari segi kekayaan dan taraf pekerjaan berbanding bangsa lain seperti India dan Cina.

Bersambung..

29 Zulkaedah 1431 H

Monday, November 1, 2010

Siaran Percubaan TV Al-Hijrah




Watch live video from TVALHIJRAH on Justin.tv

Salam sejahtera.

Ini merupakan siaran percubaan bagi siaran tv Al-Hijrah. Semoga ia membawa suatu kelainan dan perubahan besar kepada dakwah Islam dan penghayatan Islam yang sebenar di kalangan rakyat Malaysia.


Ketika di Mesir, saya tertarik dengan rancangan tv Al-Azhar yang bersiaran menggunakan satelit. Sebagai contoh dokumentari mengenai haiwan dan alam semesta. Huraian yang diberikan bukan hanya sekadar berdasarkan ilmu ekosistem, ilmu haiwan dan alam semata, tetapi menerangkan berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Subhanallah! Sungguh baik apabila penghayatan kepada Islam mendominasi oemikiran masyarakat. Di waktu kebejatan akhlak manusia semakin meruncing, timbul di tengah-tengah kebejatan tersebut sebuah cahaya yang semakin menynari. Semoga Allah SWT terus-menerus memberikan kemudahan kepada meraka yang mahu dan teguh mempertahan serta mendaulatkan agama Islam.

Hidup dalam mencari..

Solusi Dinar Emas: Harga Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selaut pujian kepada Allah Rabbul 'Izzati, segunung selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad SAW. Penghulu segala Nabi dan Rasul, pembawa rahmat ke sekian alam. Tanpamu Ya Rasulallah pastinya kami terus dalam kegelapan.

Pendahuluan
Saya sebenarnya amat cetek pengetahuan mengenai ekonomi dan segala yang berkaitan dengannya sejak dahulu. Malah pembelajaran mengenai akaun di bawah subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) semasa di tingkatan tiga merupakan sesuatu yang amat saya tidak sukai. Sejak daripada itu saya hanya memandang sebelah mata mengenai subjek yang berkaitan dengan akaun dan ekonomi, Prinsip Akaun mahupun Ekonomi Asas.

Belajar ke kolej saya masih tidak meminati bidang perakaunan dan ekonomi. Sehinggalah saya belajar di Mesir, serba sedikit ia telah mengubah pendirian dan pandangan saya terhadap perakaunan khususnya dan ekonomi amnya. Minat ini mula berputik setelah saya dilantik menjadi juruaudit pada tahun 2008. Sila baca di sini. Semenjak itu, bertambahkan minat terhadap pengurusan ekonomi. Apabila ianya berkait dengan agama dan umat Islam secara langsung, ditambah pula dengan pelbagai krisis dan masalah yang melanda ekonomi dunia ia menambah minat saya terhadap pengkajian ini.

Apabila disorot, segala apa sistem yang dibuat dan direka oleh manusia pastinya tidak sempurna dan penuh dengan sifat kekurangan dan kebinasaan. Ekonomi kapitalisme yang mendominasi dunia hari ini penuh dengan ketidakadilan dan penindasan terhadap masyarakat.


1- Minda saya sedikit terbuka setelah menghadiri forum mengenai Solusi Dinar Emas yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USIM) sekitar awal bulan Oktober yang lalu. Sejak itu saya asyik memikirkan mengenainya. Dinar emas, komoditi, wang fiat, syiling, transaksi, pasaran dunia, bon dan sebagainya. Akibat kecetekan ilmu mengenainya, sumber yang paling mudah untuk saya mengetahuinya adalah melalui akses di internet.

2- Disebabkan ketika menghadiri forum tersebut, saya lupa membawa bersama buku nota. Akhirnya banyak maklumat tang tertinggal untuk saya lihat kembali. Akibat desakan dalam diri saya berjumpa dengan beberapa sumber yang menerangkan mengenai dinar emas dan pelbagai perkaitan dengannya. Antaranya ialah apa yang telah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin di sini.

3- Setelah membacanya, saya mendapat sedikit pendedahan menganai apa yang berlaku kepada ekonomi dunia dan Islam masakini. Seolah gambaran yang wujud di minda saya ialah bagaimana konsep 'New World Order' mahu dijana ke seluruh dunia. Minda masyarakat dunia telah dijajah dan dicengkam dengan sistem yang telah diwujudkan.

4- Saya kembali menyemak apakah yang berlaku pada tahun 1971. Rupanya pada tahun tersebut, wang fiat telah diperakui secara rasmi di peringkat antarabangsa. Wang ini hanyalah merupakan sehelai kertas dan tidak mempunyai sebarang sandaran nilai yang stabil seperti nilaian emas dan perak. Walaubagaimanapun teori yang diketengahkan mengenai sebab wujudnya wang fiat ini, pastinya ia ada kaitan dengan konsep yang saya katakan sebelum ini. Bukankah wang dan kekuasaan ekonomi merupakan salah satu daripada elemen untuk menguasai dunia?

Apakah itu 'wang fiat'?
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima.

5- Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (lihat Persidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat. Sumber. Apakah pula disebalik Sistem Bretton Woods ini? Ia adalah sistem yang digunakan untuk mengawal nilai wang di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan (dicampur dan ditolak dalam satu peratus) dalam nilai emas. Sumber. Bagi saya, apabila membaca kenyataan ini, jelas sudah bagaimana penjajahan dan penguasaan wang oleh 'si perancang' bertindak.

6- Sementara Amerika Syarikat meneruskan penguasaan terhadap ekonomi global, umat Islam seolah tidak mampu untuk mengelakkan daripada kondisi ini. Permusuhan terhadap Islam dan matlamat untuk menguasai dunia, akhirnya dunia terus menerus dicabul dan umat Islam antara objek terpenting untuk mereka hapuskan dan binasakan. Selain pilitik dan sosial, ekonomi merupakan perkata utama yang mereka ambil perhatian.


Dalam masa Amerika mengalihkan tumpuan kepada penggunaan Dolar Amerika, nilaian emas di pasaran dunia semakin lama semakin naik. Bermula pada tahun 1950 sehingga sebelum 1971, harga emas berada di dalam keadaan tidak melonjak naik. Namun setelah tahun tersebut, kelihatan nilai dan harga emas naik. Beberapa kesan negatif yang berlaku terhadap harga emas ini antaranya pada tahun 1997 apabila terjadinya krisis ekonomi dunia. Pada waktu tersebut, dunia seolah hilang sedkit keyakitan terhadap matawang USD dan hasilnya harga emas jatuh. Namun, apabila kedudukan USD semakin kukuh, harga emas pula semakin meningkat.

Sumber.

7- Inilah bentuk penguasaan ekonomi yang sangat kuat yang dilakukan oleh Amerika pada hari ini. Kesatuan Eropah merupakan penyimpan terbesar emas dunia dan diikuti oleh Amerika, Jerman dan IMF. Negara Islam yang pertama mempunyai simpanan Emas terbesar ialah Arab Saudi yang berada di tempat yanf ke 16, diikuti Lubnan (18), Algeria (23) dan Libya (24). Malaysia berada di kedudukan ke-45. Sumber.

Malangnya umat Islam masih lagi dibuai mimpi indah yang mengerikan dan mengancam mereka hakikatnya. Dalam masa ekonomi ekonomi ini terus dikuasai, tiada siapa mahu untuk kehadapan mengguna lantas memperkasa emas dan perak sebagai komoditi dan matawang. Ini semua kerana pemimpin negara Islam khususnya masiah mempunyai sifat pentingkan diri sendiri dan tidak mahu meletakkan Islam sebagai keutamaan. Semangat nasionalisme yang menebal dan tidak merasa kesatuan ummah inilah yang menyumbang kepada setiap pihak menarik diri dan 'tidak berani' menjalankan transaksi perdangangan menggunakan dinar dan dirham.

8- Sekianya anda dan saya bersama mengkaji dan membaca dengan lebih banyak berkaitan dengan dinar emas, cengkaman ekonomi dunia, wang fiat dan segalanya yang berkaitan, kita pasti akan menemui bagaimana kebejatan ekonomi sudah semakin parah. Mengapa pemimpin negara kita dan negara Islam yang lainnya masih tidak mahu seia sekata? Inilah persoalan asas yang sangat remeh untuk dijawab dan dilontarkan oleh orang awam seperti saya ini.

Gambar sekadar hiasan.

9- Mahu berbicara dengan lebih lanjut, ilmu tidak banyak. Mungkin akan datang diberi peluang untuk terus menulis mengenainya.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
24 Zulkaedah 1431 H.