Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selaut pujian kepada Allah Rabbul 'Izzati, segunung selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad SAW. Penghulu segala Nabi dan Rasul, pembawa rahmat ke sekian alam. Tanpamu Ya Rasulallah pastinya kami terus dalam kegelapan.
Pendahuluan
Saya sebenarnya amat cetek pengetahuan mengenai ekonomi dan segala yang berkaitan dengannya sejak dahulu. Malah pembelajaran mengenai akaun di bawah subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) semasa di tingkatan tiga merupakan sesuatu yang amat saya tidak sukai. Sejak daripada itu saya hanya memandang sebelah mata mengenai subjek yang berkaitan dengan akaun dan ekonomi, Prinsip Akaun mahupun Ekonomi Asas.
Belajar ke kolej saya masih tidak meminati bidang perakaunan dan ekonomi. Sehinggalah saya belajar di Mesir, serba sedikit ia telah mengubah pendirian dan pandangan saya terhadap perakaunan khususnya dan ekonomi amnya. Minat ini mula berputik setelah saya dilantik menjadi juruaudit pada tahun 2008. Sila baca di sini. Semenjak itu, bertambahkan minat terhadap pengurusan ekonomi. Apabila ianya berkait dengan agama dan umat Islam secara langsung, ditambah pula dengan pelbagai krisis dan masalah yang melanda ekonomi dunia ia menambah minat saya terhadap pengkajian ini.
Apabila disorot, segala apa sistem yang dibuat dan direka oleh manusia pastinya tidak sempurna dan penuh dengan sifat kekurangan dan kebinasaan. Ekonomi kapitalisme yang mendominasi dunia hari ini penuh dengan ketidakadilan dan penindasan terhadap masyarakat.
1- Minda saya sedikit terbuka setelah menghadiri forum mengenai Solusi Dinar Emas yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USIM) sekitar awal bulan Oktober yang lalu. Sejak itu saya asyik memikirkan mengenainya. Dinar emas, komoditi, wang fiat, syiling, transaksi, pasaran dunia, bon dan sebagainya. Akibat kecetekan ilmu mengenainya, sumber yang paling mudah untuk saya mengetahuinya adalah melalui akses di internet.
2- Disebabkan ketika menghadiri forum tersebut, saya lupa membawa bersama buku nota. Akhirnya banyak maklumat tang tertinggal untuk saya lihat kembali. Akibat desakan dalam diri saya berjumpa dengan beberapa sumber yang menerangkan mengenai dinar emas dan pelbagai perkaitan dengannya. Antaranya ialah apa yang telah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin di sini.
3- Setelah membacanya, saya mendapat sedikit pendedahan menganai apa yang berlaku kepada ekonomi dunia dan Islam masakini. Seolah gambaran yang wujud di minda saya ialah bagaimana konsep 'New World Order' mahu dijana ke seluruh dunia. Minda masyarakat dunia telah dijajah dan dicengkam dengan sistem yang telah diwujudkan.
4- Saya kembali menyemak apakah yang berlaku pada tahun 1971. Rupanya pada tahun tersebut, wang fiat telah diperakui secara rasmi di peringkat antarabangsa. Wang ini hanyalah merupakan sehelai kertas dan tidak mempunyai sebarang sandaran nilai yang stabil seperti nilaian emas dan perak. Walaubagaimanapun teori yang diketengahkan mengenai sebab wujudnya wang fiat ini, pastinya ia ada kaitan dengan konsep yang saya katakan sebelum ini. Bukankah wang dan kekuasaan ekonomi merupakan salah satu daripada elemen untuk menguasai dunia?
Apakah itu 'wang fiat'?
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima.
5- Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (lihat Persidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat. Sumber. Apakah pula disebalik Sistem Bretton Woods ini? Ia adalah sistem yang digunakan untuk mengawal nilai wang di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan (dicampur dan ditolak dalam satu peratus) dalam nilai emas. Sumber. Bagi saya, apabila membaca kenyataan ini, jelas sudah bagaimana penjajahan dan penguasaan wang oleh 'si perancang' bertindak.
6- Sementara Amerika Syarikat meneruskan penguasaan terhadap ekonomi global, umat Islam seolah tidak mampu untuk mengelakkan daripada kondisi ini. Permusuhan terhadap Islam dan matlamat untuk menguasai dunia, akhirnya dunia terus menerus dicabul dan umat Islam antara objek terpenting untuk mereka hapuskan dan binasakan. Selain pilitik dan sosial, ekonomi merupakan perkata utama yang mereka ambil perhatian.
Dalam masa Amerika mengalihkan tumpuan kepada penggunaan Dolar Amerika, nilaian emas di pasaran dunia semakin lama semakin naik. Bermula pada tahun 1950 sehingga sebelum 1971, harga emas berada di dalam keadaan tidak melonjak naik. Namun setelah tahun tersebut, kelihatan nilai dan harga emas naik. Beberapa kesan negatif yang berlaku terhadap harga emas ini antaranya pada tahun 1997 apabila terjadinya krisis ekonomi dunia. Pada waktu tersebut, dunia seolah hilang sedkit keyakitan terhadap matawang USD dan hasilnya harga emas jatuh. Namun, apabila kedudukan USD semakin kukuh, harga emas pula semakin meningkat.
Sumber.
7- Inilah bentuk penguasaan ekonomi yang sangat kuat yang dilakukan oleh Amerika pada hari ini. Kesatuan Eropah merupakan penyimpan terbesar emas dunia dan diikuti oleh Amerika, Jerman dan IMF. Negara Islam yang pertama mempunyai simpanan Emas terbesar ialah Arab Saudi yang berada di tempat yanf ke 16, diikuti Lubnan (18), Algeria (23) dan Libya (24). Malaysia berada di kedudukan ke-45. Sumber.
Malangnya umat Islam masih lagi dibuai mimpi indah yang mengerikan dan mengancam mereka hakikatnya. Dalam masa ekonomi ekonomi ini terus dikuasai, tiada siapa mahu untuk kehadapan mengguna lantas memperkasa emas dan perak sebagai komoditi dan matawang. Ini semua kerana pemimpin negara Islam khususnya masiah mempunyai sifat pentingkan diri sendiri dan tidak mahu meletakkan Islam sebagai keutamaan. Semangat nasionalisme yang menebal dan tidak merasa kesatuan ummah inilah yang menyumbang kepada setiap pihak menarik diri dan 'tidak berani' menjalankan transaksi perdangangan menggunakan dinar dan dirham.
8- Sekianya anda dan saya bersama mengkaji dan membaca dengan lebih banyak berkaitan dengan dinar emas, cengkaman ekonomi dunia, wang fiat dan segalanya yang berkaitan, kita pasti akan menemui bagaimana kebejatan ekonomi sudah semakin parah. Mengapa pemimpin negara kita dan negara Islam yang lainnya masih tidak mahu seia sekata? Inilah persoalan asas yang sangat remeh untuk dijawab dan dilontarkan oleh orang awam seperti saya ini.
9- Mahu berbicara dengan lebih lanjut, ilmu tidak banyak. Mungkin akan datang diberi peluang untuk terus menulis mengenainya.
Hidup dalam mencari..
Kuala Lumpur,
24 Zulkaedah 1431 H.

Comments
http://jabir0407.blogspot.com/2009/12/dinar-emas-kemestian-yang-dipandang.html