Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Saturday, July 31, 2010

Ramadhan 1431 H - Semoga Kedatangannya Membawa 1001 Perubahan

Salam kedatangan Ramadhan.

Wah, cepat benar saya meletakkan entri yang berkenaan Ramadhan. Bukan apa, sekurang-kurangnya ia menjadi peringatan kepada diri saya sendiri untuk bersedia lebih sebelum memasuki madrasah ramadhan yang mulia ini.

Dahulu, semasa kita di sekolah menengah sebelum memasuki alam universiti pastinya kita akan membuat beberapa persediaan. Mengtahui serba sedikit mengenai universiti yang mahu kita masuk, silibus pembelajaran, yuran, kemudahan dan sebagainya. Kalau persediaan akhir-akhir waktu, alamatnya menjadi gelabah, ada perkara yang tertinggal dan terlepas pandang. Bila sudah bersedia awal, pastinya kita mampu menghadapinya dengan penuh ketenangan dan persediaan.

Kedatangan Rejab dan Sya'ban sebenarnya sudah boleh dijadikan penanda untuk bersedia awal menerima kunjungan Ramadahan. Namun, hari ini 31 Julai 2010 bersamaan 19 Sya'ban 1431 Hijrah, boleh saya katakan ia merupakan separuh bulan terakhir yang getir untuk bersedia lebih.

Saya cuba untuk mebawa diri saya dan teman-teman yang lain untuk benar-benar bersedia menerima Ramadhan. Rohani, jasmani, emosi, mental, fizikal, luaran dan dalaman. Di bulan mana lagi yang semua orang, jahat atau baik, mereka akan menunaikan puasa? Di bulan mana lagi segala amalan dilipatgandakan dengan nilaian yang sangat besar? Di bulan mana lagi nafsu mampu dikekang dan syaitan semua dirantai? Di bulan mana lagi pintu rahmat dan kebaikan dibuka dengan seluas-luasnya? Di bulan mana lagi semalam hari lebih baik daripada seribu bulan? Walau mereka perasuah, perompak, penjudi, mereka tetap akan berpuasa walau sehari kerana suasana dan merasakan ia merupakan suatu suruhan yang perlu dilaksanakan.


Harapan Ramadhan - Man Bai dan Raihan



Mulianya Ramadhan - Rem



CahayaMu - Ramli Sarip

Terimalah amalanku, Allah..

Hidup dalam mencari..

Friday, July 30, 2010

PMRAM Meredah Usia

Usia 80 tahun bukanlah merupakan suatu usia yang muda. Jikalau kita mahu bendingkan dengan fizikal realiti hari ini bagi manusia, umur 80 tahun merupakan peringkat tua. Usia 80 tahun boleh memberi gambaran sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 4 generasi manusia dapat dilahirkan dengan mengambil umur 20 tahun sebagai nilai purata umur manusia yang mendirikan rumahtangga.

Selama pengamatan saya yang masih sangat muda dalam persatuan yang cukup besar dan lama ini, saya mendapati PMRAM masih kekurangan dalam memastikan sejarahnya terpahat di lembaran-lembaran memori ahlinya secara khusus dan dunia amnya. Sejarahnya yang agung masih tidak diketahui secara mendalam oleh ahlinya. Walaupun banyak sumber penulisan, buku, lembaran kertas kerja dan sebagainya yang menerangkan mengenai sejarah PMRAM, akan tetapi sejarah yang sering diuratakan merupakan perkara yang berulang. Analisis secara kritikal masih belum berjalan dengan rancak untuk bersama menilai kembali perjalanan lapan dekat ini.

Sepertimana kata pujangga dan ahli ilmuan, sesiapa yang tidak mengenali sejarahnya maka dia tidak mampu mencipta sejarah. Saya yakin dan semestinya barisan kepimpinan Badan Pengurus (BP) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM lebih matang menilai sejarah PMRAM berbanding ahlinya. Sekiranya sejarah PMRAM ini diberi nafas baru dengan dijalankan suatu gerak gempur mencari dan 'menyalin' semula sejarah daripada tokoh dan aktivis PMRAM yang lama, ianya merupakan suatu tindakan yang terbaik. Setelah sejarah-sejarah ini dipahat semula, dijalankan selepasnya analisis secara kritikal terhadap apa yang telah berlaku di sepanjang tempoh tersebut.

Analisis ini dilakukan terhadap isu-isu atau sejarah tertentu PMRAM yang mempunyai nilai yang sangat berharga. Contoh mudah, kewujudan PMRAM pada tahun 1930 disinonimkan dengan kesedaran dan kebangkitan kembali Islam selepas kejatuhannya secara rasmi pada 3 Mac 1924. Jika kita menyelami, bagaimana dengan tempoh selama enam tahun selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, telah bangun kesedaran di kalangan pelajar dunia Nusantara untuk mewujudkan kesatuan yang menaungi para pelajar yang berasal dari kepulauan Melayu. Ditambah dengan kesan peperangan Perang Dunia Pertama yang masih berdarah lukanya, kesedaran akan perpaduan dan kesatuan telahpun timbul di kalangan Azhari Nusantara.

Antara lain, sejarah yang membuktikan bahawa PMRAM telah menghantar ahlinya yang lelaki menyertai perang tiga serangkai Mesir-England-Israel dan ahlinya yang perempuan untuk menjahit pakaian tentera, jelas membuktikan kefahaman mereka terhadap tuntutan dan keperluan semasa. Pastinya PMRAM di waktu itu faham akan perlunya mereka membantu saudara mereka, rakyat Mesir untuk melawan dan menentang penjajahan. Perlunya mereka, sebagai pelajar luar yang menuntut dan mencari ilmu di bumi Mesir mempertahankan bersama bumi yang mereka datang untuk menuntut ilmu agama ini.

Pelbagai lagi isu yang perlu dibuat kajian ilmiah secara kritikal. Kajian dengan cara inilah yang membuka minda ahli dan masyarakat umum untuk menilai kembali sejarah PMRAM. Hatta ke peringkan pihak yang tidak sedang dengan PMRAM, anti-PMRAM, pihak yang ingin memecahkan kesatuan PMRAM dan sebagainya, mereka tahu hakikat perjuangan dan matlamat, apa yang sebenarnya PMRAM ingin bawa kepada ahli-ahlinya di serata pelusuk bumi bertuah Mesir ini.


Sempena dengan semangat kefahaman 80 tahun PMRAM ini, kita bersama mampu untuk bangkit dan mengorak bersama menghayati kembali perjuangan yang ditegakkan oleh PMRAM. Semoga medan ini mampu menjadikan bagi diri kita semua suatu jual beli yang baik dengan Allah SWT.

Kek sempena 80 PMRAM yang disediakan khas pada Muktamar PMRAM kali ke-77. Kek coklat yang dihiasi ini sangatlah sedap dan lebih sedap jika dimakan ketika lapar. Kek yang dikongsi bersama dengan lebih 500 orang perwakilan yang hadir.

PMRAM, warisan berharga bumi Mesir.

Satu Fikrah Satu Amal.

Hidup dalam mencari...

Penulis merupakan Ketua Eksekutif Pengisian dan Ilmiah, Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10) sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) PMRAM kali ke-53.

Sejarah DPMT (1992-2006)

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Sejarah Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (1992-2006)

1992

Sejak tahun 1930, seluruh mahasiswa melayu hanya berada di dalam sebuah persatuan induk iaitu PMRAM. Tiada sebarang cawanagn dan pembahagian pelajar mengikut negeri dan muhafazah. Sehinggalah pada tahun 1964, Badak Kebajikan Anak Negeri Kelantan telah ditubuhkan. Rentetan daripada itu, bermulalah penubuhan badan-badan kebajikan anak negeri yang lain sehinggalah kelahiran badan kebajikan anak negari yang terakhir iaitu kuala lumpur pada tahun 1998. Bermula tahun 1992, PMRAM telah menghantar mahasiswa ke cawangan. Berikutan itu, PMRAM telah menubuhkan DPM pada tahun tersebut dan bakinya pada tahun 1993.

Tanggal 15 Januari 1992, satu detik bersejarah telah tercipta tatkala 21 orang putera Malaysia telah dihantar ke Muhafazah (Negeri) Gharbiyah. Tanta merupakan salah satu bandar besar di dalam muhafazah Gharbiyah. Kedatangan mereka ini adalah bersama hasrat murni untuk menggali dan mengaut segala ilmu Allah mengikut manhaj Al-Azhar. Kesemua mahasiswa ini telah bersatu hati mengikat janji untuk menjadi pendukung awal dan perintis bagi kepimpinan dan pentadbiran DPM Tanta sebagai satu wadah dalam meneruskan perjuangan selaku seorang yang bergelar muslim.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan persatuan induk mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir. PMRAM merupakan sebuah persatuan (Badan Bukan Kerajaan) NGO dan berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan, Republik Arab Mesir. Dewan Perwakilan Mahasiswa merupakan cawangan PMRAM yang berada di muhafazah sekitar Mesir dan bernaung sepenuhnya di bawah PMRAM. Keseluruhan Dewan Perwakilan Mahasiswa berjumlah lapan cawangan dan DPMT merupakan salah satu daripadanya. Ustaz Nasruddin bin Hassan yang merupakan perintis, peneraju dan pengerusi pertama DPMT telah menanggung pahit getir dalam memimpin hala tuju gerakan mahasiswa di bumi Badawi ini.

Di bawah pimpinannya selaku pengerusi DPMT yang pertama, beliau amat menitikberatkan elemen tarbiyah dan dakwah di kalangan ahli mahupun barisan kepimpinannya. Pembawakan Ustaz Nasaruddin ketika itu ialah ‘Membina generasi Ulama’. Beliau telah mentarbiyah barisan mereka menjadi ulama dan penceramah. Baginya, untuk membentuk ahli mengikut acuan dan kehendak Islam yang sebenar, ia perlu dimulai oleh barisan kepimpinan terlebih dahulu. Maka, beliau telah mewajibkan seluruh barisan kepimpinan berjubah dan berserban selain melatih mereka untuk mampu berceramah dan bercakap di khalayak. Inilah bentuk generasi terawal kepimpinan DPMT.

Sejak DPMT ditubuhkan, markaznya terletak di Kafr ‘Asam. Permulaan pentadbiran di markaz tersebut keadaannya agak dhaif. Serba kekurangan dari segi peralatan dan keadaan fizikal. Penyewaan markaz telah diusahakan oleh genereasi-genarasi terdahulu bertujuan mewujudkan sebuah tempat untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berada di bumi tanta ini berkumpul dan berpersatuan. Markaz ini terus kekal digunakan sehingga tahun 1999.

1993
Berbekalkan kesabaran dan ketabahan yang Allah kurniakan, DPMT dipimpin oleh generasi seterusnya dengan pimpinan yang baru iaitu Ustaz Ahmad Rashidi bin Marzuki. DPMT bertambah mantap dan kukuh apabila menerima kedatangan pelajar baru seramai 179 orang untuk sesi pengajian 1993/94. Pada tahun ini telah diadakan Hari Persaudaraan Islam dengan menjemput penceramah khas daripada Jordan. Pada tahun ini juga, DPMT telah mengadakan majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-36 peringkat Tanta. Walaupun DPMT baru berusia setahun jagung, namun atas dasar kesedaran dan semangat sebagai rakyat Malaysia, majlis ini diadakan bagi menerapkan kefahaman Islam di dalam menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.

1994
Pada sesi kepimpinan 1994/95, DPMT telah menunjukkan satu perubahan baru di bawah pimpinan Ustaz Abdul Ghani bin Abdullah melalui tema 'Membina Azhari Harapan Ummah'. Menerusi majlis Ucapan Dasar YDP DPMT, pelbagai program akan disusun untuk melahirkan generasi azhari harapan yang mempunyai sahsiah dan kualiti yang diharapkan oleh ummah.

14 November - Mengadakan Malam Jalinan Kasih. Tema pada tahun tersebut ialah ‘Memupuk Perpaduan Azhari’.

24 Disember - Mengadakan Malam Ledakan Perdana 2.

1995
DPMT merupakan antara pencetus idea menjalankan kelas tambahan sebelum menghadapi peperiksaan. Kelas tambahan tersebut dinamakan Kelas Bimbingan Madrasatul Ilm (KBMI). Kelas tersebut berberanan penuh dalam memberikan kepada ahli persediaan yang secukupnya sebelum mengahdapi peperiksaan. Ahli-ahli senior akan diminta untuk mengajar selain diadakan study group sesama meraka. Kelas-kelas KBMI yang dianjurkan ini akan mengadakan ujian bulanan kepada ahli. Ini bagi memastikan ahli benar-benar menguasai matapelajaran yang dipelajari benar-benar difahami dan dikuasai. Antara program yang telah menjadi rutin tahunan DPMT ialah program Sukan Mahabbah Keluarga Tanta (SMKT).

21-22 Januari - Mengadakan program Nadwah Islamiyyah kali pertama bertemakan ‘Mempertahankan Institusi Ulama’. Program ini dianjurkan oleh Lajnah Dakwah DPMT.

30 Mei - DPMT telah menerima kunjungan daipada pihak Malaysia. Sempena menyambut kedatangan tersebut, pihak DPMT telah mengadakan Ramah Mesra bersama YAB Dato’ Dr. Yusuf Noor.

23 Jun – DPMT telah mengadakan promosi peringkat Tanta sempena konvensyen PMRAM. Ini bagi memastikan sambutan daripada ahli DPMT terhadap konvensyen tersebut mencapai tahap yang dikehendaki.

13-14 September – DPMT telah mengadakan program Himpunan Mahasiswa Tanta (HIMPIT) yang bertemakan ‘Membina Azhari Harapan Ummah’. Antara pengisian yang diadakan di dalm program berkenaan ialah forum, nasyid, ceramah dan pidato.

13 November -Menganjurkan Malam Kecemerlangan Tanta di bawah Unit Kebajikan dan Sambutan DPMT. Program ini diadakan bertujuan memberikan penghargaan kepada ahli-ahli yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan yang lalu. Malam tersebut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan beberapa slot lain.

30 November – DPMT telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-3.

1996
6 Januari – DPMT menganjurkan program Munaqasyah Ucapan Dasar YDP DPMT.

11 Januari - Mengadakan rehlah ke Port Said.

13 Januari - Mengadakan Seminar Motivasi Pembelajaran.

14-16 Januari - Menjalankan program Sukan Muhabbah Keluarga Tanta (SMKT).

6 Februari - Mengadakan Forum Perdana Badar Kubro. Selain itu DPMT mengadakan malam di ambang Ramadhan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

20 Februari - Menganjurkan ‘Salam Dari Perantauan’ sempena menyambut Adidilfitri. Telah menjadi kelaziman bagi ahli DPMT menunaikan solat sunat Aidil Fitri beramai-ramai di Dewan Dzira’ah. Di sini hanya mengumpulkan pelajar Malaysia.

24 Disember - Mengadakan malam Cetusan Qiyadah Ummah bertemakan ‘Azhari Rabbani Teras Kualiti’.

1997
27 Januari – Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-4.

9 Februari - Mengadakan Tautan Kasih Aidil Fitri.

18 Februari - Mengadakan malam Ucapan Dasar Pengerusi.

2-5 Mac - Mengadakan rehlah Sinai.

15 Mac - Mengadakan malam Sinar Kesyukuran 1.

17 Julai - Mengadakan perasmian KBMI.

31 Julai - Pelancaran Tabung Markaz dan menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul.
Tradisi barisan kepimpinan DPMT mengadakan ziarah atau jaulah ke rumah ahli merupakan salah satu daripada tradisi yang telah dimulakan. Pada tahun ini telah diteruskan Jaulah Mahabbah AJKT ke rumah ahli.

8-10 Ogos - Mengadakan program Ihtifal Sanawi DPMT ‘97 bertemakan ‘Akhlak Mulia Masyarakat Jaya’. Diadakan majlis makan-makan, nasyid, pidato dan lain-lain.

18 September - Mengadakan Rehlah Ruhiyyah sekitar Kaherah.

27 September - Mengadakan Majlis Wada’.
Mengadakan sukan mahabbah tanta 97. Ada pingpong, bola tampar, bola sepak, badminton dan lain2. Antara lain pancing botol dan tarik tali.

14-31 Ogos – DPMT menghantar delegasi ke PMHK PMRAM ’97.

2 Oktober - Pembentangan Kertas Kerja Ekonomi.

3 Oktober – DPMT mengadakan Madrasah Tamhidiah 3.

7 Oktober - DPMT mengadakan Seminar Penulisan dan Penterjemahan beserta perasmian Maktabah al-Qura’.

9 Oktober - Mengadakan program Dialog Umum bersama AJKT DPMT.

12 Oktober - MAT kali ke-5 dan telah mengadakan Malam Ucapan Dasar YDP DPMT 97/98.

20 Oktober - Mengadakan malam sinar kesyukuran 2 di dewan dzira’ah. Ada pentomen, nasyid dan dikir barat.

2 November - Mengadakan ‘Malam Suai Kenal’ bersama para pelajar baru.

6 November - Mengadakan hari Pengukuhan Ukhuwah.

13 November - Munaqasyah Ucapan Dasar Pengerusi dan pelancaran Halaqah Tahfiz. Tema ketika itu ialah ‘Mahasisawa Cemerlang Manifestasi Perpaduan”.

28 November - Forum perdana Isra’ Mi’raj dan Malam Munajat. Selain itu, DPMT telah menganjurkan Seminar Lambaian Kaabah dan Kursus Pengurusan Jenazah.

11 November - Mengadakan Kejohanan Bola Sepak Kamsis.

1998
3-5 April - Mengadakan Himpunan Kasih Mahasiswa Tanta (HIKMAT 98). Diadakan majlis perasmian, forum perdana dan bazar.

DPMT menghantar kontijen menyertai kejohanan PMHK ’98.

2 September - Mengadakan Haflah PMHK 98 sempena penghargaan ahli yang telah mengharumkan nama DPMT di PMHK. Selain itu telah menjalankan Majlis Wada’ bagi para graduan DPMT.

8 Ogos - PMRAM mengadakan Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa kali kedua dan dilaksanakan di Panorama Umi Kalsom di Mansurah. DPMT telah menghantar perwakilan ke konvenyen tersebut.

19 Oktober - Penyusunan kembali struktur pentadbiran DPM. Timbalan Pengerusi sebagai Ketua Unit Tugas-tugas Khas dan mewujudkan Ketua Unit Dakwah. Selain itu, telah membahagikan Ketua Unit Perumahan dan Hal Ehwal Kemasyarakatan kepada unit yang berasingan.

1999
Pada tahun 1999, kepimpinan pada masa itu merasakan lokasi markaz bagi pelar-pelajar Malaysia perlu berpindah. Antara faktor dalaman yang berlaku ialah keadaan fizikal markaz sedia ada kecil, sempit dan masalah system kumbahan. Faktor luaran pula ialah kenaikan harga sewa markaz oleh tuan rumah dan pertambahan pelajar baru yang mendadak pada sesi 1997/1998. Pada sesi tersebut jumlah ahli dan pelajar Malaysia yang ada di bumi Tanta mencecah 500 sehingga 600 orang.

Ketika kepimpinan sesi 1999/2000, mereka merasakan perlunya inisiatif mencari lokasi baru untuk markaz pelajar-pelajar Malaysia. Akhirnya setelah bersusah-payah mencari mereka menemukan tempat dan imarah yang sesuai dijadikan sebagai markaz. Akhinya pada sesi itu juga, markaz DPMT telah berpindah ke Ma’rad yang terletak di barat daya daripada persimpangan Kafr ‘Asam.

Pada waktu tersebut, pembangunan di kawasan Ma’rad tidaklah seperti sekarang. Di kawasan sekitar kawasan tersebut pada peringkat permulaan, hanya terdapat sebuah imarah sahaja yang baru dibina. Imarah tersebut imarah yang ingin disewa untuk dijadikan makraz baru. Itu sahajalah satu-satunya imarah yang ada dan masih belum sempurna binaannya. Bahagian yang telah berdinding hanyalah bahagian bawah. DPMT telah mengadakan Kejohanan Bola Sepak Piala Kamsis dan Hari Anugerah Kecemerlangan.

2000
Maka, sebarang program yang melibatkan ahli yang ramai seperti program-program mega, DPMT terpaksa menggunakan tingkat yang paling atas dengan memasang khemah. Antara dugaan yang terpaksa ditempuhi ialah khemah yang dipasang acapkali tumbang akibat tiupan angin.

Soal keselamatan dan penglibatan Amin Daulah dengan DPMT bukanlah baru berlaku. Ianya telah wujud sejak awal kedatang pelajar Malaysia ke Tanta. Pengajian-pengajian tafaqquh di markaz seringkali dikunjungi oleh pihak mereka. Mereka akan duduk sekali mendengar dan melihat perjalanan kelas sehinggalah selesai. Dari situ tuan rumah telah mula menerima sedikit tekanan daripada pihak Amin Daulah.

Kepimpinan DPMT sangat menekankan soal tarbiyah dan ukhuwah. Maka, Program Muzakarah Berkelombok kepada semua ahli amat dititikberatkan. Pelbagai cara dan kaedah digunakan bagi memastikan ahli-ahli yang terlibat dalam muzakarah tersebut lahir sebagai pelajar yang bagus akhlaknya dan cemerlang akademiknya. Perbincangan dan keterlibatan sesama ahli muzakarah dicanang dan dilgunakan sebaik mungkin. Akhirnya berkat daripada kesungguhan tersebut, pelbagai kertas kerja telah dapat dihasilkan melalui kumpulan-kumpulan muzakarah.

Program untuk menyambut pelajar baru diadakan saban tahun. Ia berfungsi sebagai peneganlan awal kepada mereka disamping merintis kepada wujudnya bi’ah solehah selaku seorang Azhari di bumi Tanta. Program tersebut dinamakan Majlis Keraian Mahasiswa Baru (KEMBARA). Selain itu, kepimpinan pada sesi ini telah merancang menjadikan hari Khamis sebagai hari Ilm dan Thaqafi dan hari Jumaat sebagi hari Ihya’ Lughah ‘Arabiah. DPMT telah menganjurkan Majlis Ribath dan Anugerah Kecemerlangan (MERAK) Tanta dan Sukan Muhibbah Keluarga Tanta (SMKT).

2001
Sekitar sesi 2001/2002, pada waktu pimpinan Ustaz Mohd Asri sebagai Pengerusi DPMT, Kelab Nadi UMNO cawangan Tanta telah ditubuhkan. Pengaruh Nadi UMNO pada ketika itu memberangsangkan kerana mendapat bantuan dan dorongan daripada pimpinan UMNO di Malaysia. Sekitar sesi itu juga, Dato’ Abdul Hamid bin Othman, penasihat agama kepada Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri telah datang berkunjung ke Tanta. Pada ketika itu dikatakan sesiapa yang menyertai Kelab Nadi UMNO mereka akan diberi wang saku sebanyak LE 1000. Selepas itu, Dato’ Abdul Hamid bin Othman berserta Dato’ Nakhaie sering berkunjung ke Tanta. Sekitar sesi tersebut juga, tersebar tariqat yang bertentangan dan tidak diiktiraf oleh Al-Azhar iaitu tariqah Brahimiah.

12-14 Februari – Sukan Muhibbah Keluarga Tanta. Pada waktu tersebut, motto DPMT adalah ‘Kebersamaan Agenda Ilmuan. Selain daripada bertujuan merapatkan ukhuwah sesama ahli, SMKT juga berfungsi melahirkan atilt yang mampu memberikan kejuaraan di dalam PMHK PMRAM.

30 September – Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9.

2002
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, DPMT meneruskan program yang bersifat membina perpaduan dan kesatuan sesama ahli. Dalam meraikan ahli yang bukan sahaja minat kepada program berbentuk thaqafah dan tarbiyah secara langsung, DPMT terus merancang dan melaksanakan program yang meraikan semua ahli.

22-23 Jun - Kejohanan bola sepak piala EXCO dalam melahirkan jaguh-jaguh bola sepak di dalam kejohanan-kejohanan mega PMRAM. Disamping itu, DPMT meneruskan program Minggu Mahabbah Keluarga Tanta (MMKT). Pada sesi ini, DPMT telah merangka dan merancang mewujudkan Nadi Ukkaz cawangan Tanta di bawah seliaan Unit Pengetahuan dan Persekolahan. Pada tahun ini juga DPMT meneruskan program Anugerah Bakti dan Ilmiah (ABADI).

2003
DPMT meneruskan program-program dalam menyampaikan matlamat dan objektif persatuan. DPMT telah meneruskan program Jamuan Berbuka Puasa, haflah Kesyukuran dan Kembara ke Selatan Sinai. Pada sesi 2002/2003 ini, DPMT telah menganjurkan program Karnival Antarabangsa.

2004
DPMT meneruskan agenda meninggikan syiar Islam melalui berpersatuan. Kepelbagaian dan idea baru terhadap program yang dijalankan oleh DPMT sangat diberi penekanan. Ini kerana, dalam menyampaikan dakwah kepada ahli, manhaj yang digunakan mestilah tidak kelihatan statik tanpa sebarang pembaharuan. Semasa awal kenaikan barisan kepimpinan yang baru, DPMT telah menganjurkan Malam Bicara Perdana (MBP). Umumnya program ini bermatlamat memperkenalkan barisan kepimpinan yang baru dan mendengarucapan serat manifestasi pembawakan kepimpinan pada sesi tersebut.

8-14 Mac – DPMT telah mengnjurkan program mega yang dinamakan The Summit Union of malaysian Student In Tanta. Ia lebih dikenali dengan panggilan (TRANSIT 2004). Konsep pembawakan program ini adalah dalam membina jatidiri selaku mahasiswa Islam Khusunya dan status Azhari amnya dalm segala langan kehidupan. Pelbagai slot diadakan seperti pembentangan kertas kerja, forum, diskusi kitab, ceramas, demonstrasi, bazar dan sebagainya.

14 Jun – Mengadakan Ceramah Perdana yang bertajuk ‘Maza Ba’da Imtihan’.

DPMT telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Exco (Futsal) kali kedua. Pada tahun ini juga, DPMT telah menganjurkan rehlah ke Perlabuhan Said atau dikenali sebagai Port Said. Selain itu, Perhimpunan Kemuncak Mahasiswa Tanta telah dijalankan dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kesatuan yang lebih kukuh. Objektif program ini tidak hanya berprogram, tetapi dalam lengkah mewujudkan persekitaran ‘Satu Fikrah Satu Amal’. DPMT telah menganjurkan Anugerah Bakti dan Ilmiah (ABADI) untuk memberi penghargaan kepada ahli yang banyak memberi seumbangan kepada DPMT dalam berprogram dan bersama-sama dalam mencapai misi dan visi PMRAM. ABADI juga adalam salah satu platform memberikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada ahli yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang mereka lalui. Kejohanan Bola Sepak Piala Kamsis (Kamsis merupakan singkatan bagi 'Kampung Mahasiswa') telah diadakan.

Pada sesi 2003/04 ini, hasil daripada usrah yang dijalankan aktif dan komitmen yang diberikan oleh para naqib dan ahli, akhirnya DPMT telah berjaya menghasilkan sebuah pengumpulan penulisan ilmiah yang dinamakan Monograf Andalus II Tanta. Penghasilan buku ini sangat menarik pehatian pelajar ahli PMRAM keseluruhannya kerana pada ketika itu masih kurang penulisan dan penghasilan penulisan dan kajian ilmiah oleh BKAN mahupun DPMT. Penghasilan monograf ini lebih melambangkan kepada kejayaan pembawakan usrah yang telah mencapai matlamat dan objektifnya. Selain itu, DPMT telah mengadakan Seminar pengajian Ijazah Lanjutan dalam memberi pendedahan kepada ahli yang mahu meneruskan pengajian ke pringkat yang lebih tinggi di bumi Mesir.

2005
Pada tahun ini, DPMT telah meneruskan program mega TRANSIT ’05. Pada tahun ini, TRANSIT telah cuba membawa satu kelainan dengan mengadakan Forum Interaksi di Nusantara. Ahli panel yang dijemput bukan hanya daripada warganegara Malaysia dan ahli DPMT, jemputan juga diberikan kepada sahabat Nusantara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan selain daripadanya. DPMT telah menganjurkan XPDC Jelajah Tur Sinai. Pada tahun ini juga, PMRAM mengadakan Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa (SEJAK) kali ke-3 yang diadakan di Nadi Zahabiyah, Mansurah.

DPMT terus melangkah megah dengan mencipta pelbagai sejarah. Telah terbukti, DPMT berjaya melahirkan ahlinya yang berjaya dari sudut akademik, sahsiah dan berpersatuan. Sehingga kini, DPMT menjadi antara cawangan pilihan dikalangan pelajar-pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran di universiti Al-Azhar. Pada tahun 2005 sekali lagi DPMT mencipta sejarah apabila menerima kedatangan pelajar perubatan seramai 4 orang dan sekarang jumlah mereka telah bertambah kepada hampir 100 orang. Universiti Al-Azhar cawangan Tanta terdiri daripada Kuliah Quran, Usuluddin dan Syariah. Bagi Kuliah Usuluddin terdapat Jabatan Tafsir dan Ulum Quran, Hadith, Dakwah serta Aqidah dan Falsafah. Kuliah Syariah pula mempunyai Jabatan Syariah Islamiah dan Syariah dan Undang-undang. Manakala bagi mahasiswa perubatan, mereka menuntut di Kuliah Perubatan Universiti Tanta.

2006
Program TRANSIT yang dijalankankan sebelum-sebelum ini telah bertukar nama kepada The Summit Gathering of Malaysian Pearl in Tanta (SMART ’06). Pada tahun ini juga, PMRAM telah mengeluarkan pekeliling penyelarasan kembali perjawatan Ahli Tawatankuasa tadbir (AJKT) DPM. Keputusan yang diambil oleh PMRAM adalah berdasarkan keputusan Homebase bertarikh 12 Februari 2006. Jawatan Timbalan Pengerusi yang sebelum ini merangkap Unit Tugas-tugas Khas telah ditukar kepada Unit Perancang (UPA). Jawatan Timbalan Setiausaha merangkap Unit Kebajikan dan Sambutan telah ditukar kepada Unit Kebajikan dan Tabung Derma (UKTD). Unit Hal Ehwal Kemasyarakatan telah ditukarkan kepada Unit Sambutan dan Rehlah (USR)

Pernah suatu ketika DPMT melalui saat-saat yang sangat getir apabila mengalami krisis kewangan. Pada waktu tersebut DPMT kurang mendapat keuntungan daripada penjualan beras dan akhirnya kepimpinan ketika itu terpaksa mencari alternatif untuk memulihkan kewangan DPMT. Antara jalan untuk memulihkannya, DPMT telah mengeluarkan kad raya dan dijual secara meluas ke seluruh muhafazah dan Badan Kebajikan Anak Negeri. Akhirnya kewangan DPMT kembali pulih apabila mendapat keuntungan dengan penjualan tersebut yang mencecah sehingga RM 30 ribu.

Hari Ini
Di sepanjang sejarah DPMT tiga tahun yang lepas, pelbagai kejayaan yang telah dicapai. DPMT telah lahir sebagai sebuah perwakilan yang disegani kerana telah melahirkan tokoh-tokoh pelajar dan pemimpin. Banyak kejohanan yang dimenangi oleh DPMT di dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh PMRAM seperti PMHK dan bola sepak.

Peluang yang wujud hari ini untuk membentuk gandingan antara pelajar pengajian Islam dan perubatan telah terbentang. Seluruh warga mahasiswa Tanta perlu bersama-sama memperkasakannya dari semasa ke semasa. Integrasi antara kedua bidang ilmu ini bakal melahirkan golongan dwiprofesional kelak dan ianya tidak mustahil. Perkongsian ilmu, tarbiah dan thaqafah perlu digabungjalin bersama agar cita-cita ini tercapai demi memenuhi keperluan dakwah semasa.

Kini, jumlah mahasiswa Malaysia di Tanta telah melebihi 800 orang termasuk mahasiswa/si perubatan. Mereka menginap di enam buah kamsis iaitu kamsis Syarbini, Qalyubi, Nawawi, Baidhawi, Asnawi dan Syarqawi.

Objektif DPMT
• Melahirkan golongan ulama yang mahir dalam organisasi
• Bergerak dalam satu jemaah dengan matlamat yang sama
• Melahirkan kepimpinan yang berthaqafah tinggi
• Merealisasikan tema PMRAM melalui asas-asas yang terkandung di dalamnya
• Melahirkan kepimpinan yang mampu merancang dan memimpin dengan baik

SEENARAI PENGERUSI DPMT SEJAK DITUBUHKAN
1. Hj. Nasruddin bin Hassan (1992-1993)
2. Mohd Rashidi bin Ahmad Marzuki (1993-1994)
3. Abdul Ghani bin Abdullah (1994-1995)
4. Mohd Zawawi bin Abdullah (1995-1996)
5. Mohd Syafawi bin Salleh (1996-1997)
6. Ibnu Muiz bin Supeni (1997-1998)
7. Mohd Razi bin Che Hassan (1998-1999)
8. Mohd Asri bin Mat Daud (1999-2000)
9. Mohd Abdul Nasir (2000-2001)
10. Sanusi bin Fauzi (2001-2002)
11. Azrul Azlan Iskandar Miza (2002-2003)
12. Mohd Nazri bin Rejab (2003-2004)
13. Husni Zaim bin Muhammadan (2004-2005)
14. Mohd Juzaili bin Johan (2005-2006)
15. Mohd Hushaimi bin Hussian (2006-2007)
16. Wan Hadiyuddin bin Wan Mahmood (2007-2008)
17. Mohd Faizol bin Endut (2008-2009)
18. Dzulhilmi bin Roslan (Sekarang)

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” [103]

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [104]

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” [105]
(Surah Ali ‘Imran)

*Sejarah ini telah dikemaskini oleh Setiausaha Agung DPMT sesi 2009/2010. Ia dihasilkan daripada menyingkap dan melihat kembali fail-fail lama dan album kenangan simpanan Arkib DPMT. Proses menyingkap kembali sejarah DPMT secara menyeluruh masih dijalankan.

Tuesday, July 27, 2010

Hukum Nisfu Sya'ban

*Assalamualaikum wbt. Ini merupakan antara penerangan mengenai malam nifsu sya'ban yang saya senangi penerangannya. Cara penerangan yang diberi bersifat sederhana dan tidak berlebihan dalam sesuatu pandangan ulama. Penulis tersebut telah mengeluarkan kebanyakan sumber yang menceritakan mengenai nisfu Sya'ban serta menilai dan memberi tarjih yang bersesuaian. Mungkin ada penerangan yang lebih baik daripada ini, walaubagaimanapun ini antara jawapan dan penerangan yang saya pilih.

Wallahu a'lam.


Nisfu Sya’ban berarti pertengahan bulan sya’ban. Adapun didalam sejarah kaum muslimin ada yang berpendapat bahwa pada saat itu terjadi pemindahan kiblat kaum muslimin dari baitul maqdis kearah masjidil haram, seperti yang diungkapkan Al Qurthubi didalam menafsirkan firman Allah swt :

سَيَقُولُ السُّفَهَاء مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَّهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُواْ عَلَيْهَا قُل لِّلّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَن يَشَاء إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ


Artinya : “Orang-orang yang kurang akalnya diantara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka Telah berkiblat kepadanya?" Katakanlah: "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus". (QS. Al Baqoroh : 142)

Al Qurthubi mengatakan bahwa telah terjadi perbedaan waktu tentang pemindahan kiblat setelah kedatangannya saw ke Madinah. Ada yang mengatakan bahwa pemindahan itu terjadi setelah 16 atau 17 bulan, sebagaimana disebutkan didalam (shahih) Bukhori. Sedangkan Daruquthni meriwayatkan dari al Barro yang mengatakan,”Kami melaksanakan shalat bersama Rasulullah saw setelah kedatangannya ke Madinah selama 16 bulan menghadap Baitul Maqdis, lalu Allah swt mengetahui keinginan nabi-Nya, maka turunlah firman-Nya,”Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit.”. Didalam riwayat ini disebutkan 16 bulan, tanpa ada keraguan tentangnya.

Imam Malik meriwayatkan dari Yahya bin Said dari Said bin al Musayyib bahwa pemindahan itu terjadi dua bulan sebelum peperangan badar. Ibrahim bin Ishaq mengatakan bahwa itu terjadi di bulan Rajab tahun ke-2 H.

Abu Hatim al Bistiy mengatakan bahwa kaum muslimin melaksanakan shalat menghadap Baitul Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Kedatangan Rasul saw ke Madinah adalah pada hari senin, di malam ke 12 dari bulan Rabi’ul Awal. Lalu Allah swt memerintahkannya untuk menghadap ke arah ka’bah pada hari selasa di pertengahan bulan sya’ban. (Al Jami’ Li Ahkamil Qur’an jilid I hal 554)

Kemudian apakah Nabi saw melakukan ibadah-ibadah tertentu didalam malam nisfu sya’ban ? terdapat riwayat bahwa Rasulullah saw banyak melakukan puasa didalam bulan sya’ban, seperti yang diriwayatkan oleh Bukhori Muslim dari Aisyah berkata,”Tidaklah aku melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa satu bulan kecuali bulan Ramadhan. Dan aku menyaksikan bulan yang paling banyak beliau saw berpuasa (selain ramadhan, pen) adalah sya’ban. Beliau saw berpuasa (selama) bulan sya’ban kecuali hanya sedikit (hari saja yang beliau tidak berpuasa, pen).”

Adapun shalat malam maka sessungguhnya Rasulullah saw banyak melakukannya pada setiap bulan. Shalat malamnya pada pertengahan bulan sama dengan shalat malamnya pada malam-malam lainnya. Hal ini diperkuat oleh hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah didalam Sunannya dengan sanad yang lemah,”Apabila malam nisfu sya’ban maka shalatlah di malam harinya dan berpuasalah di siang harinya.

Sesungguhnya Allah swt turun hingga langit dunia pada saat tenggelam matahari dan mengatakan,”Ketahuilah wahai orang yang memohon ampunan maka Aku telah mengampuninya. Ketahuilah wahai orang yang meminta rezeki Aku berikan rezeki, ketahuilah wahai orang yang sedang terkena musibah maka Aku selamatkan, ketahuilah ini ketahuilah itu hingga terbit fajar.”

Syeikh ‘Athiyah Saqar mengatakan,”Walaupun hadits-hadits itu lemah namun bisa dipakai dalam hal keutamaan amal.” Itu semua dilakukan dengan sendiri-sendiri dan tidak dilakukan secara berjama’ah (bersama-sama).

Al Qasthalani menyebutkan didalam kitabnya “al Mawahib Liddiniyah” juz II hal 259 bahwa para tabi’in dari ahli Syam, seperti Khalid bin Ma’dan dan Makhul bersungguh-sungguh dengan ibadah pada malam nisfu sya’ban. Manusia kemudian mengikuti mereka dalam mengagungkan malam itu. Disebutkan pula bahwa yang sampai kepada mereka adalah berita-berita israiliyat. Tatkala hal ini tersebar maka terjadilah perselisihan di masyarakat dan diantara mereka ada yang menerimanya.

Ada juga para ulama yang mengingkari, yaitu para ulama dari Hijaz, seperti Atho’, Ibnu Abi Malikah serta para fuqoha Ahli Madinah sebagaimana dinukil dari Abdurrahman bin Zaid bin Aslam, ini adalah pendapat para ulama Maliki dan yang lainnya, mereka mengatakan bahwa hal itu adalah bid’ah.

Kemudian al Qasthalani mengatakan bahwa para ulama Syam telah berselisih tentang menghidupkan malam itu kedalam dua pendapat. Pertama : Dianjurkan untuk menghidupkan malam itu dengan berjama’ah di masjid. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin ‘Amir dan yang lainnya mengenakan pakaian terbaiknya, menggunakan wangi-wangian dan menghidupkan malamnya di masjid. Hal ini disetujui oleh Ishaq bin Rohawaih. Dia mengatakan bahwa menghidupkan malam itu di masjid dengan cara berjama’ah tidaklah bid’ah, dinukil dari Harab al Karmaniy didalam kitab Masa’ilnya. Kedua : Dimakruhkan berkumpul di masjid untuk melaksanakan shalat, berdoa akan tetapi tidak dimakruhkan apabila seseorang melaksanakan shalat sendirian, ini adalah pendapat al Auza’i seorang imam dan orang faqih dari Ahli Syam.

Tidak diketahui pendapat Imam Ahmad tentang malam nisfu sya’ban ini, terdapat dua riwayat darinya tentang anjuran melakukan shalat pada malam itu. Dua riwayat itu adalah tentang melakukan shalat di dua malam hari raya. Satu riwayat tidak menganjurkan untuk melakukannya dengan berjama’ah. Hal itu dikarenakan tidaklah berasal dari Nabi saw maupun para sahabatnya. Dan satu riwayat yang menganjurkannya berdasarkan perbuatan Abdurrahman bin Zaid al Aswad dan dia dari kalangan tabi’in.

Demikian pula didalam melakukan shalat dimalam nisfu sya’ban tidaklah sedikit pun berasal dari Nabi saw maupun para sahabatnya. Perbuatan ini berasal dari sekelompok tabi’in khususnya para fuqaha Ahli Syam. (Fatawa al Azhar juz X hal 31)

Sementara itu al Hafizh ibnu Rajab mengatakan bahwa perkataan ini adalah aneh dan lemah karena segala sesuatu yang tidak berasal dari dalil-dalil syar’i yang menyatakan bahwa hal itu disyariatkan maka tidak diperbolehkan bagi seorang muslim untuk menceritakannya didalam agama Allah baik dilakukan sendirian maupun berjama’ah, sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan berdasarkan keumuman sabda Rasulullah saw,”Barangsiapa yang mengamalkan suatu amal yang tidak kami perintahkan maka ia tertolak.” Juga dalil-dalil lain yang menunjukkan pelarangan bid’ah dan meminta agar waspada terhadapnya.

Didalam kitab “al Mausu’ah al Fiqhiyah” juz II hal 254 disebutkan bahwa jumhur ulama memakruhkan berkumpul untuk menghidupkan malam nisfu sya’ban, ini adalah pendapat para ulama Hanafi dan Maliki. Dan mereka menegaskan bahwa berkumpul untuk itu adalah sautu perbuatan bid’ah menurut para imam yang melarangnya, yaitu ‘Atho bin Abi Robah dan Ibnu Malikah.

Sementara itu al Auza’i berpendapat berkumpul di masjid-masjid untuk melaksanakan shalat (menghidupkan malam nisfu sya’ban, pen) adalah makruh karena menghidupkan malam itu tidaklah berasal dari Rasul saw dan tidak juga dilakukan oleh seorang pun dari sahabatnya.

Sementara itu Khalid bin Ma’dan dan Luqman bin ‘Amir serta Ishaq bin Rohawaih menganjurkan untuk menghidupkan malam itu dengan berjama’ah.”

Dengan demikian diperbolehkan bagi seorang muslim untuk menghidupkan malam nisfu sya’ban dengan berbagai bentuk ibadah seperti shalat, berdzikir maupun berdoa kepada Allah swt yang dilakukan secara sendiri-sendiri. Adapun apabila hal itu dilakukan dengan brjama’ah maka telah terjadi perselisihan dikalangan para ulama seperti penjelasan diatas.

Hendaklah ketika seseorang menghidupkan malam nisfu sya’ban dengan ibadah-ibadah diatas tetap semata-mata karena Allah dan tidak melakukannya dengan cara-cara yang tidak diperintahkan oleh Rasul-Nya saw. Janganlah seseorang melakukan shalat dimalam itu dengan niat panjang umur, bertambah rezeki dan yang lainnya karena hal ini tidak ada dasarnya akan tetapi niatkanlah semata-mata karena Allah dan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Begitu pula dengan dzikir-dzikir dan doa-doa yang dipanjatkan hendaklah tidak bertentangan dengan dalil-dalil shahih didalam aqidah dan hukum.

Dan hendaklah setiap muslim menyikapi permasalahan ini dengan bijak tanpa harus menentang atau bahkan menyalahkan pendapat yang lainnya karena bagaimanapun permasalahan ini masih diperselisihkan oleh para ulama meskipun hanya dilakukan oleh para tabi’in.

Wallahu A’lam

Sumber

Monday, July 26, 2010

Isu Perpindahan Pelajar Al-Azhar


*Isu ini merupakan isu yang hangat diperkatakan sebelum peperiksaan fasa kedua lepas sekitar bukan April dan Mei 2010. Entri ini dimasukkan kembali kerana isu ini masih belum selesai sepenuhnya walaupun beberapa ketetapan telahpun digariskan oleh pihak Universiti Al-Azhar. Antara ketetapan utama yang masih belum ada 'hitam-putih' ialah, 1) pelajar di muhafazah tidak akan berpindah ke Kaherah, 2) pelajar baru mulai sesi hadapan (2010/2011) tidak akan dihantar ke muhafazah-muhafazah).

Kami warga Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) tidak bersetuju dengan perpindahan pelajar Al-Azhar bukan warganegara ke Kaherah.

Isu ini telah diperkatakan sebelum peperiksaan fasa satu bermula. Pelajar arab tempatan dan wafidin sesetengahnya telah mengetahui maklumat ini. Antara sebab-sebabnya ialah:-

1- Permasalahan sosial akan berleluasa: Kewujudan pelajar pengajian Islam di muhafazah yang mempunyai pelajar pengajian perubatan serba sedikit mampu membendung permasalahan sosial yang berlaku di kalangan pelajar perubatan. Sekiranya hanya pelajar perubatan yang tinggal, kemungkinan masalah ini akan berleluasa. Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) dan pelajar pengajian Islam yang wujud mampu membendung gejala ini.

2- Kos sara hidup yang tinggi: Kaherah merupakan ibu negara Mesir dan taraf kehidupan di sana tinggi. Kebanyakan barang keperluan harian lebih tinggi berbanding di muhafazah. Situasi ini akan lebih membebankan pelajar yang sudah mendirikan rumahtangga. Sekiranya ia berlaku, pastinya ada di kalangan peniaga atau tuan rumah akan meninggikan lagi kos sewa dan harga barangan akibat permintaan yang tinggi, anggapan pelajar asing mempunyai kehidupan yang mewah serta keterpaksaan pelajar memilih (kos dan nilai tinggi tersebut) kerana tiada pilihan lain.

3- Alasan pihak Al-Azhar pelajar bukan warganegara tidak menguasai bahasa Arab TIDAK RELEVAN: Penguasaan bahasa Arab seseorang pelajar sebenarnya lebih didasari kehendak sendiri dan kesan pengajian adalah kesan secara tidak langsung. Sebab ini terbahagi kepada beberapa bahagian:-

a. Sekiranya penguasaan bahasa Arab yang disebutkan adalah umum, maka langkah perpindahan bukanlah langkah yang terbaik. Cara yang lebih berkesan (di peringkat Tanta) ialah mewujdukan kelas pembelajaran bahasa Arab kepada pelajar asing. Seperti beberapa siri kelas bimbingan bahasa Arab yang telah dijalankan oleh pensyarah kuliah Quran sebelum ini.

b. Sekiranya penguasaan bahasa Arab yang disebut ialah penguasaan basasa Arab baku (fushah), didapati di kalangan masyarakat dan pelajar tempatan sendiri tidak mampu bertutur dengan bahasa Arab fushah dengan baik.

c. Meraikan pelajar tempatan untuk pengajaran bahasa Arab pasar tidaklah boleh dijadikan alasan yang kukuh. Sepatutnya, pembelajaran yang bersifat formal perlulah memenuhi ciri-cirinya iaitu pembelajaran di dalam bahasa standard bagi melambangkan kualiti pengajian Universiti Al-Azhar yang terulung di mata dunia.

d. Sekiranya pengajaran di dalam bahasa pasar (yang sesetengahnya terlalu kuat pasarnya) terus dijadikan amalan dikalangan pelajar Al-Azhar, pastinya sedikit demi sedikit nilai ilmu akan menjadi kurang dan nilai bahasa Arab itu sendiri akan musnah.

e. Musuh-musuh Islam pada hari ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memusnahkan nilai dan sistem bahasa Arab. Malangnya, dalam masa yang sama institusi Al-Azhar sendiri tidak mahu dan tidak mampu mempraktikkan bahasa Arab melalui nilai dan etikanya yang sebanar secara menyeluruh. Bahasa Arab fushah kurang diberi penekanan di dalam pengajian Islam. Sudahlah komunikasi masyarakat umum serta pengajian selain pengajian Islam menggunakan bahasa pasar, lebih menyedihkan pihak yang berautoriti untuk terus memperjuangkan bahasa Arab fushah akhirnya tidak melaksanakan secara serius dalam medan yang sepatutnya (institusi pengajian).

f. Di peringkat Tanta sendiri telah wujud Markaz Nil cawangan Tanta dalam membantu penguasaan dan pembelajaran bahasa Arab di kalangan pelajar Malaysia dan asing.

4- Mengumpulkan pelajar wafidin (pelajar Malaysia khususnya) akan menimbulkan beberapa masalah lain. Antaranya ialah:-

a. Kehidupan pelajar Malaysia dalam satu tempat bukan membantu penguasaan bahasa Arab, malah kemungkinan praktikal pengunaan bahasa Arab tidak akan wujud akibat kehidupan sama rumpun dan tidak berhajatkan praktikal penggunaan bahasa Arab.

b. Urusan perpindahan maklumat pengajian pasti akan berlaku keciciran kerana sistem yang diamalkan masih di takuk lama. Dibimbangi akhirnya memberi impak yang buruk kepada pengajian pelajar seperti terpaksa menukar kuliah, menangguhkan pengajian, maklumat tidak lengkap serta hilang dan sebagainya.

c. Proses perpindahan dengan jumlah yang terlalu banyak (akibat perpindahan daripada semua muhafazah ke Kaherah) bakal menyulitkan proses mendapatkan penempatan dan urusan pendaftran kuliah.

d. Ini akan mengurangkan penguasaan bahasa Arab itu sendiri dan pengalaman bermuamalat dengan masyarakat sekirtar. Masyarakat Arab Mesir mempunyai nilai sosialnya yang tersendiri. Ini akan menghapuskan peluang pelajas asing mempelajari dan menghayati sistem kehidupan masyarakat tempatan. Malah, pihak kedutaan Indonesia (berdasarkan kenyataan ketua pelajar Indonesia) mahukan pelajarnya tersebar ke seluruh Mesir.

e. Akan wujud ‘assabiyah Melayu/Malaysia’ akibat kehidupan yang hanya setompok tanpa komunikasi dengan masyarakat tempatan dan pelajar asing yang lain.

5- Cadangan perpindahan ini ada mainan politik dan pengaruh pihak atasan pengurusan Al-Azhar. Antaranya ialah:-

a. Terdapat beberapa petanda awal seolah-olah ia merupakan rancangan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KMBK) dan Jabatan penuntut Malaysia Kaherah (KBMK). KBMK dan JPMK tidak memainkan peranan mereka. Semasa isu ini panas dibincangkan, tiada sebarang respon dan tindakan yang sepatutnya oleh pihak yang berkaitan.

b. Suatu ketika dahulu, pihak JPMK mahu memisahkan kelompok Malaysia yang tertumpu di pudat dengan mewujudkan muhafazah pada tahun 1992. Kemungkinan akibat merasakan penguasaan PMRAM di kalangan pelajar pengajian Islam semakin kuat, tindakan lain diambil oleh mereka. JPMK mahu menyekat pengaruh PMRAM yang semakin melebar di kalangan pelajar.

c. Isu ini hanya diketahui oleh orang atasan (pihak pengurusan) Al-Azhar sahaja tanpa diketahui oleh kebanyakan pensyarah pada peringkat awal. Malah pensyarah Universiti Al-Azhar di Mansurah tidak menyetujui perpindahan ini.

6- Pertukaran ke Kuliah Ulum yang akan diwujudkan kelak akan menghilangkan nilai identiti pelajar Al-Azhar di mata masyarakat dan dunia. Seolah-olah silibus pengajian telah berubah di kalangan pelajar wafidin dan menghalangi mereka memperoleh manhaj, kaedah dan method pengajian Al-Azhar yang digunapakai secara umum di kalangan pelajar berbangsa Arab dan selainnya selama ini.

7- Kenaikan yuran akan membebankan pelajar. Terdapat ura-ura yang menyatakan di Kaherah kelak yuran pengajian akan mencecah USD 1000 seorang. Ini pastinya membebankan pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak. Malah, sebahagian besar pelajar Al-Azhar bukanlah daripada golongan berada dan berpendapatan tinggi.

8- Perbezaan silibus merendahkan taraf dan identiti Al-Azhar. Penggubalan semula dan pertukaran silibus yang dikatakan akan berlaku di Kuliah Ulum kelak sebenarnya akan merendahkan martabat pelajar Al-Azhar wafidin. Semua pelajar Al-Azhar sepatutnya menerima silibus, manhaj dan method pengajian yang sama.

Antara maklumat lain yang diperolehi daripada perjumpaan tersebut ialah:-

Indonesia
Ketua Pelajar Indonesia dari Dewan Pengurus Daerah, Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Indonesia (DPP PPMI Tanta) menyatakan bahawa kebanyakan pelajar Indonesia sendiri keberatan untuk berpindah. Pihak mereka telah berhubung dengan kedutaan Indonesia dan pihak kedutaan menyatakan ketidaksetujuan mereka. Pihak kedutaan mahukan pelajar Indonesia bertebaran ke seluruh pelusuk Mesir dan isu ini tiada kaitan dengan kedutaan.

Beliau juga menambah, perpindahan ini adalah cadangan daripada pihak Ikatan Alumni Al-Azhar Sedunia. Pihak Ikatan berpendapat bahawa ia akan memudahkan mereka (penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar wafidin). Namun, ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudharat. Pihak mereka masih tidak menerima hitam-putih (qarar) mengenainya. Sekiranya ada, mereka membantahnya.

Beliau menambah, pihak kedutaan Indonesia akan akan menyelidik asal usul isu ini (cadangan perpindahan). Kemudian mereka akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang terbabit. Persatuan Indonesia akan mendesak persatuan Al-Azhar terhadap isu ini.

Nigeria
Wakil Nigeria menyatakan bahawa isu baru baru didengari sekitar dua minggu yang lalu dan beliau mendapatkan pengesahan mengenainya daripada pelajar Nigeria yang lain yang berada di muhafazah selain Tanta seperti Mansurah, Dsuq dan sebagainya. Beliau mencadangkan agar semua pelajar wafidin bergerak dan bertindak dalam ‘satu suara’ membantah cadangan perpindahan ini. Jangan hanya mementingkan keperluan dan kepentingan sendiri.

Beliau menambah, sekiranya perpindahan ini berlaku, pastinya akan banyak masalah yang akan timbul yang berkaitan secara langsung denga pengurusan seharian dan pengajian. Katanya, berdasarkan kenyataan Syeikh Al-Azhar yang baru, konsep pengajian Al-Azhar akan bertukar kepada konsep pengajian kitab turath. Sekiranya ini berlaku, pastinya pelajar wafidin akan terlepas dan ketinggalan mengikuti proses ini.

Turki
Ketua pelajar Turki menyatakan bahawa kehidupan dan pengurusan pengajian di Tanta lebih mudah berbanding Kaherah. Kehidupan di Kaherah sangat sukar dan sibuk. Beliau menambah bahawa terdapat beberapa pelajar Turki yang memilih Kaherah menyatakan kekecewaan mereka apabila menjalani kehidupan di sana. Apabila perpindahan ini berlaku, pelajar wafidin akan terpisah dengan masyarakat Arab dan ini pasti tidak akan memperkasakan bahasa Arab pelajar wafidin.

Selain itu menurutnya, permasalah besar akan timbul berkaitan proses perpindahan, pengajian dan penempatan. Beliau mencadangkan perlunya ada perbindangan dengan dekan atau rektor kuliah di peringkat Kaherah dan menghantar surat aduan.

Antara cadangan tindakan yang telah diutarakan oleh ahli ialah:-
1- Para pelajar perlu meletakkan sikap dan nilai thiqah (kepercayaan) yang tinggi kepada para syeikh dan pensyarah Al-Azhar. Sesungguhnya mereka merupakan golongan ulama’ yang lebih rapat dengan Allah SWT dan mengetahui apa yang lebih baik.

2- Pelajar perlu lebih mengutamakan peperiksaan kerana ianya semakin hampir. Peperiksaan adalah perkara pasti dan isu ini masih dalam perbincangan.

3- Para pelajar perlu bertindak profesional dan mengawal emosi dalam menghadapi isu ini.

4- Meminta bantuan persatuan pelajar Al-Azhar. Ini kerana, pihak persatuan pelajar sendiri tidak bersetuju dengan cadangan perpindahan ini.

5- Pihak berwajib perlu bersama menangani isu ini, menyatakan bantahan terhadap cadangan perpindahan ini. Ia melibatkan kerjasama daripada pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

6- Mendesak KBMK dan JPMK menyatakan ketidaksetujuan dalam isu ini. Ini disebabkan mereka seolah ‘berdiam diri’ terhadap isu ini.

7- Pengerusi DPMT yang merupakan wakil PMRAM pusat perlu membuat tindakan susulan terhadap kesanggupan pihak persatuan palajar Al-Azhar Tanta yang mahu bekerjasama dalam isu ini.

8- Sekiranya perpindahan ini benar-benar berlaku, perlu meminta jaminan agar PMRAM terus dibenarkan berprogram.

9- Meminta jaminan daripada Al-Azhar bahawa pelajar wafidin akan memperoleh kemudahan yang sama diperolehi di Tanta apabila berpindah ke Kaherah kelak.

Antara muhasabah di dalam perjumpaan:-
1- Seluruh ahli dan pelajar wafidin perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pengajian dan penguasaan bahasa Arab. Mereka perlu mampu membawa manhaj Al-Azhar apabila turun ke medah kelak.

2- Kecemerlangan dalam penguasaan bahasa Arab merupakan kehendak sendiri. Sekiranya tidak bermula dari diri sendiri dan atas inisiatif sendiri, pastinya seseorang tidak mampu menguasai bahasa Arab dengan baik merangkumi tatabahasa dan nilai estetikanya.

3- Sesetengan pelajar malu untuk berbicara dan bertutur dalam bahasa Arab kerana bimbang akan salah. Ini merupakan sikap yang patut dihindari. Malu untuk menuju kecemerlangan bukanlah daripada sikap dan sifat yang dianjurkan oleh Islam. Malah Islam menganjurkan umatnya agar bersungguh-sungguh untuk memahami dan menghayati Al-Quran yang ilmunya bermula daripada bahasa Arab.

4- Pelajar tidak seharusnya mengamalkan sikap berpuak atau assabiyah. Hanya hidup di dalam lingkungan pelajar melayu atau Malaysia sahaja. Komunikasi dengan masyarakat Arab sangatlah dituntut untuk penguasaan bahasa Arab yang lebih baik dan penyaluran ilmu yang lebih berkesan.

Laporan ini berdasarkan perbincangan dan luahan idea semasa perjumpaan tergempar pada hari Selasa bertarikh 27 April 2010, bertempat di Bait Izzah (markaz pelajar Malaysia Tanta) pada jam 7:00 malam. Kehadiran ahli mencecah 100 orang.

Disediakan oleh: Setiausaha Agung DPMT Sesi 2009/2010.

Sumber: eDPMT

Saturday, July 24, 2010

Masa dan Penulisan

Assalamualaikum wbt.

Benar, nikmat lapang dan kesihatan itu sangatlah berguna dan merupakan suatu nikmat yang kadang-kadang kita tidak mampu mengawal untuk menggunakannnya. Benarkah? Ya, kadang-kadang kita tidak mampu untuk meletakkan nikmat lapang ini pada tempatnya yang betul. Berdasarkan kehendak dan tuntutan semasa.

Semalam saya telah menghadiri Bengkel Penulisan dan Penerbitan Profesional anjuran Jabatan Pengajian Malaysia, Universiti Kaherah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Md. Sidin Ahmad Ishak daripada Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya ini bolehlah saya katakan menarik.

Permulaannya agak lewat, sedikit lari daripada masa. Aturcara majlis tidak berlangsung mengikut apa yang telah tertulis. Ada dua kemungkinan pada saya. Masalah menunggu peserta atau penganjur yang terlewat.

Di dalam bengkel tersebut kami telah dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil yang bilangannya sekitar lapan ke sembilan orang. Sebelum solat Jumaat, Prof. memberikan syarahan mengenai penulisan profesional dan lebih tertumpu kepada penulisan non-fiction.

Menurut apa yang diperkatakan oleh Prof. hakikat negara Malaysia ang ingin menuju kepada taraf 'negara maju' pada tahun 2020 sebenarnya menghadapi jalan yang sukar. Itulah hakikatnya. Pastinya setiap pengiktirafan memerlukan kepada skema atau penanda aras dalam memastikan setiap pengiktirafan mempunyai standard yang telah ditetapkan untuk menjamin kualiti pengiktirafan tersebut.

Menurutnya, taraf sesebuah negara maju perlulah mencapai penambahan penerbitan judul baru dalam bidang penulisan sebanyak 0.1% bagi jumlah penduduk negara tersebut. Sekiranya penduduk Malaysia pada tahun 2010 berjumlah 28 juta orang, maka penulisan judul baru mestilah sebanyak 28 ribu bagi setiap tahun. Walaubagaimanapun, jumlah ini tidak mampu dicapai oleh Malaysia. Pada hari ini Malaysia hanya mampu mencapai sekitar 15 ribu judul baru setahun dalam bidang penulisan. Peratus dan nilai yang masih tidak mampu menandingi dan menyaingi Indonesia.

Saya tidak menafikan keadaan ini. Pada tahun 2006 saya berkesempatan ke Indonesia atas tiket lawatan muhibbah ke Pekan Baru, Indonesia. Antara tempat yang saya kunjungi ialah kedai buku (kedai buku bukanlah antara tempat lawatan kami). Walaupun kedai yang saya masuki bukanlah sebuah kedai buku yang besar atau sebuah penerbitan yang besar, namun apabila saya memasukinya banyak buku yang 'pelik' yang saya jumpai. Pelik yang bermaksud amat jarang untuk saya temuinya di Malaysia. Penterjemahan buku di Indonesia bolehlah saya katakan lebih rancak berbanding Malaysia.

Akibat tidak mempunyai wang yang banyak, saya hanya membeli buku dengan jumlah yang kecil dan antara judul buku yang saya ingat ialah sebuah buku yang berkaitan dengan kepimpinan diktator dunia. Wajah kulit buku diletakkan gambar Adolf Hitler dihiasai dengan lambang Nazi dan antara tokoh yang dikatakan diktator ialah pemimpin Indonesia zaman insurgensi, Sukarno. Ia merupakan sebuah buku terjemahan yang saya tidak ingat judul asalnya. Secara peribadi dan sejauh penilaian saya, Malaysia masih banyak ketinggalan dalam mewujudkan penulisan dan penterjemahan baru.

Berbalik kepada agenda yang saya jalani di dalam bengkel berkenaan. Selepas solat Jumaat, setelah makan tengahari, kami diberi sedikit lagi syarahan tambahan oleh Prof. sekitar setengah jam. Selepas itu kami diminta untuk berbincang dalam kumpulan untuk menerbitkan sebuah buku dan setiap kumpulan dibantu oleh seorang fasilitator. Fasilitator yang terdiri daripada pelajar peringkat sarjana daripada Jabatan Sejarah dan Ketamadunan, Universiti Malaya. Kami telah diberi petunjuk dalam penulisan sesebuah buku.

Perkara yang diperlukan dalam penulisan sesebuah buku ialah:
(Perkara yang saya senaraikan adalah di dalam bahasa Inggeris)
  1. The Project
  2. Publication title
  3. A statement of purpose for the title
  4. Potential readers: Primary and Secondary
  5. General description of content
  6. Chapter title/Content
  7. Unique features
  8. Strong reason why your manuscript must be published!
Akibat semuanya macam tak mahu cakap, maka saya pun mulakanlah percakapan. Sejak awal lagi saya telah terfikir akan tajuk ini, iaitu Negara 1001 Menara. Buku yang menceritakan berkisar masjid-masjid yang berada di Mesir melalui kronologi sejarah. Akhirnya dilantik sebagai ketua kumpulan dan pambentang. Dalam hati, memang dah agak akan kena. Penerangan mengenai buku yang kami mahu tulis berdasarkan kriteria di atas tadi:
  1. Buku Ilmiah (pengkajian Sejarah)
  2. Tajuknya, Negara 1001 Menara: Mesir
  3. a) Penerangan mengenai sejarah Islam, melebarluaskan syiar Islam, b) Memperkenalkan masjid-masjid yang terdapat di Mesir, sebagai panduan pelancongan
  4. Primary reader: Golongan pengkaji sejarah, mahasiswa yang terlibat dalam pengkajian sejarah. Secondary reader: Goolongan umum, mahasiswa umum serta golongan pelancong dan pembawa pelancong.
  5. Berkenaan sejarah
  6. Penyusunan buku adalah berdasarkan kronologi khalifah atau pemerintahan Islam di Mesir bermula daripada pembinaan masjid yang pertama di Mesir iaitu Masjir Amru bin al-'As, sahabat Nabi Muhammad saw. Diikuti dengan kurun dan penyusunan masjid mengikut tahun masjid yang mana dibina terlebih dahulu. Di dalam item setiap masjid diterangkan mengenai pengasas masjid, fungsi masjid, suasana sekitar masjid ketika pembinaan, seni pembinaan masjid dan tertumpu kepada kesenian merana, makam-makam dan panduan perjalanan.
  7. Uniknya buku ini ialah: =) a) Disertakan sekeping CD yang menceritakan 'the making of this book' b) mempersembahkan kepada pembaca gambar-gambar beresolusi tinggi dan komentar mengenai gaya penangkapan gambar, c) ditulis di dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Orang Putih (Inggeris), berbentuk Hard-Cover Book (nanti susahlah untuk dimakan oleh anai-anai dan tidak mudah rosak apabila ditempa air)
  8. a) Buku ini hanya satu di Malaysia dan di Mesir! b) Penerangan yang lengkap, padat dan santai berbentuk fakta sejarah, c) Menerangkan mengenai keunikan masjid-masjid di Mesir, d) Membawa anda kembali ke zaman pembinaan masjid tersebut melalui pengambaraan bersama kami! (^_^)
Akhirnya, setelah pembentangan, kumpulan kami tidak disebut sebagi pemenang. Adakah kerana saya tidak mampu membentang dengan baik? Atau isi pembentangan kami kurang menarik? Atau mereka iri hati kerana kumpulan kami memang yang terbaik sebanarnya? (Hanya selingan semata). Saya rasa ada kesilapan pada tajuk. Sepatutnya buku ini betajuk 'Di Sebalik 1001 Menara: Pengembaraan Ke Ardhul Kinanah'.

Apapun, ini merupakan satu pengalaman yang menarik dalam hidup saya. Cumanya ia dianjurkan oleh pihak JPMK, hehe.. (Kena tunggu balik Malaysia)

Hari ini (24 Julai 2010) akan diadakan pula Pendidikan Ijazah Tinggi dan Bengkel Penulisan Proposal Peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah yang akan dibentanglan oleh dua orang Profesor daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kembali kepada isu asal yang saya tulis di permulaan entri kali ini..

Sejujurnya, saya meminati jam jenis ini. Kalaulah ada yang nombornya bertulis Arab dan kalaulah ada orang yang akan menghadiahkannya kepada saya.. (^_^)


Nikmat masa antara nikmat paling berharga yang perlu digunakan sebaik dan sebijak mungkin. Apakah lapang bermaksud memang tiada perkara lain yang perlu dilakukan, maka perlulah diisinya? Atau nikmat lapang yang memang telah direncana aktivitinya (untuk ke seminar ini) tetapi perlulah dinilai mengikut awlawiyat (keutamaan)? Di dalam hati yang berdebar ini, Eksekutif Pengisian dan Ilmiah untuk program Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10) sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia (PMHK) kali ke-53 merupakan unit yang mencabar.

Di bawahnya terdapat slot Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS), Wacana 4 Presiden dan Wacana Ilmiah Solidarita daripada perwakilan PERMIS. Hari yang berbaki kurang seminggu. Maka, lapang manakah yang perlu diisi sebaik mungkin dalam mempertimbangkan keduanya? Jika ke seminar, merupakan tuntutan dan keperluan peribadi. Menguruskan mesyuarat, perancangan dan sebagainya mengenai unit, merupakan tuntutan dan keperluan program. Keperluan dan tuntutan yang melibatkan umum dan ramai orang.

Maka, manakah yang perlu diutamakan?

Semoga unit yang saya kendali ini (berasaskan kepada minat saya mengenai ilmiah dan sejarah), benar-benar saya mampu untuk mengendalikannya. Semoga Allah memberi pertolongan dan memberkati sedikit masa yang saya perolehi ini.

Hidup dalam mencari...

Tuesday, July 6, 2010

Diskusi Kitab - Tesis Master Ustaz Zamzaini Dahlan

Rekabentuk iklan oleh Hakim Akasisa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ini merupakan diskusi kitab yang dihasilkan daripada penulisan sarjana atau master oleh Ustaz Zamzaini bin Dahlan. Kitab ini akan didiskusikan oleh Ustaz Mohamed Fairuz bin Tamjis yang juga merupakan salah seorang penulis kitab.

Tesis sarjana ini bekaitan sekitar perbincangan orang yang masuk agama Islam atau mu'allaf. Perlbagai isu yang diketengahkan. Antaranya isu yang ada kaitan dengan kes Moorthy (seorang penganut agama Hindu tetapi telah memeluk agama Islam) yang mati sedangkan anaknya didakwa telah memeluk agama Islam. Wlaaubagaimanapun isterinya yang masih kekal menganut agama Hindu menghalang dan menafikan keislaman anak-anak Moorthy.

Kepada semua ahli DPMT, pakat-pakat mai na...
Jangan lepaskan majlis yang dipenuhi dengan malaikat rahmat ini!

Hidup dalam mencari...

Thursday, July 1, 2010

Madah (1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ini merupakan kata-kata indah atau madah-madah yang saya terima dan kumpul sejak sekian lama melalui rakan-rakan Yahoo Messenger. Setakat yang ada, saya mahu berkongsi di dalam blog ini. Sesiapa yang ingin mengambilnya, silakan. Terima kasih.

Saya tidak berkesempatan untuk membetulkan mana-mana yang kurang. Semoga ada kebaikan bagi sesiapa yang membacanya. Semoga yang membacanya menjadi lebih baik dari semalam dan saya mampu menerima tempias saham kebaikan tersebut untuk menampung kekurangan diri.


(1)
Sesiapa yang .. 1) menjaga matanya daripada yang haram, 2) menjaga dirinya daripada mengikut syahwat, 3) sentiasa menghidupkan batin dengan muraqabah kepada Allah 4) dan tidak akan makan kecuali yang halal, maka firasatnya tidak akan tersilap..

(2)
ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian,ku bangga mndengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu kerana pngkhianatan,ku bangga andai dikau syahid dari dikau hidup tanpa islam,kita mulia hanya kerana islam...

(3)
“Keistimewaan munajat di tgh malam: Allah makbulkan segala permintaan, mendekatkan diri kepada Allah, penawar dari segala penyakit yg berasal dari tubuh, mendidik jiwa agar bersyukur, tidak pelupa dan suka bersedekah, orang yg sukar bangun tahajud bersahabat dengan syaitan”

(4)
Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita..

(5)
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis

(6)
Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh .

(7)
Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah : Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

(8)
kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri... Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayati la pemberian dr ALLAH S,W,T

(9)
kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri... Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayati la pemberian dr ALLAH S,W,T

(10)
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

Hiduplah dengan apa yang diberikanNya.
Hidup dalam mencari..