Masa dan Penulisan

Assalamualaikum wbt.

Benar, nikmat lapang dan kesihatan itu sangatlah berguna dan merupakan suatu nikmat yang kadang-kadang kita tidak mampu mengawal untuk menggunakannnya. Benarkah? Ya, kadang-kadang kita tidak mampu untuk meletakkan nikmat lapang ini pada tempatnya yang betul. Berdasarkan kehendak dan tuntutan semasa.

Semalam saya telah menghadiri Bengkel Penulisan dan Penerbitan Profesional anjuran Jabatan Pengajian Malaysia, Universiti Kaherah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Md. Sidin Ahmad Ishak daripada Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya ini bolehlah saya katakan menarik.

Permulaannya agak lewat, sedikit lari daripada masa. Aturcara majlis tidak berlangsung mengikut apa yang telah tertulis. Ada dua kemungkinan pada saya. Masalah menunggu peserta atau penganjur yang terlewat.

Di dalam bengkel tersebut kami telah dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil yang bilangannya sekitar lapan ke sembilan orang. Sebelum solat Jumaat, Prof. memberikan syarahan mengenai penulisan profesional dan lebih tertumpu kepada penulisan non-fiction.

Menurut apa yang diperkatakan oleh Prof. hakikat negara Malaysia ang ingin menuju kepada taraf 'negara maju' pada tahun 2020 sebenarnya menghadapi jalan yang sukar. Itulah hakikatnya. Pastinya setiap pengiktirafan memerlukan kepada skema atau penanda aras dalam memastikan setiap pengiktirafan mempunyai standard yang telah ditetapkan untuk menjamin kualiti pengiktirafan tersebut.

Menurutnya, taraf sesebuah negara maju perlulah mencapai penambahan penerbitan judul baru dalam bidang penulisan sebanyak 0.1% bagi jumlah penduduk negara tersebut. Sekiranya penduduk Malaysia pada tahun 2010 berjumlah 28 juta orang, maka penulisan judul baru mestilah sebanyak 28 ribu bagi setiap tahun. Walaubagaimanapun, jumlah ini tidak mampu dicapai oleh Malaysia. Pada hari ini Malaysia hanya mampu mencapai sekitar 15 ribu judul baru setahun dalam bidang penulisan. Peratus dan nilai yang masih tidak mampu menandingi dan menyaingi Indonesia.

Saya tidak menafikan keadaan ini. Pada tahun 2006 saya berkesempatan ke Indonesia atas tiket lawatan muhibbah ke Pekan Baru, Indonesia. Antara tempat yang saya kunjungi ialah kedai buku (kedai buku bukanlah antara tempat lawatan kami). Walaupun kedai yang saya masuki bukanlah sebuah kedai buku yang besar atau sebuah penerbitan yang besar, namun apabila saya memasukinya banyak buku yang 'pelik' yang saya jumpai. Pelik yang bermaksud amat jarang untuk saya temuinya di Malaysia. Penterjemahan buku di Indonesia bolehlah saya katakan lebih rancak berbanding Malaysia.

Akibat tidak mempunyai wang yang banyak, saya hanya membeli buku dengan jumlah yang kecil dan antara judul buku yang saya ingat ialah sebuah buku yang berkaitan dengan kepimpinan diktator dunia. Wajah kulit buku diletakkan gambar Adolf Hitler dihiasai dengan lambang Nazi dan antara tokoh yang dikatakan diktator ialah pemimpin Indonesia zaman insurgensi, Sukarno. Ia merupakan sebuah buku terjemahan yang saya tidak ingat judul asalnya. Secara peribadi dan sejauh penilaian saya, Malaysia masih banyak ketinggalan dalam mewujudkan penulisan dan penterjemahan baru.

Berbalik kepada agenda yang saya jalani di dalam bengkel berkenaan. Selepas solat Jumaat, setelah makan tengahari, kami diberi sedikit lagi syarahan tambahan oleh Prof. sekitar setengah jam. Selepas itu kami diminta untuk berbincang dalam kumpulan untuk menerbitkan sebuah buku dan setiap kumpulan dibantu oleh seorang fasilitator. Fasilitator yang terdiri daripada pelajar peringkat sarjana daripada Jabatan Sejarah dan Ketamadunan, Universiti Malaya. Kami telah diberi petunjuk dalam penulisan sesebuah buku.

Perkara yang diperlukan dalam penulisan sesebuah buku ialah:
(Perkara yang saya senaraikan adalah di dalam bahasa Inggeris)
  1. The Project
  2. Publication title
  3. A statement of purpose for the title
  4. Potential readers: Primary and Secondary
  5. General description of content
  6. Chapter title/Content
  7. Unique features
  8. Strong reason why your manuscript must be published!
Akibat semuanya macam tak mahu cakap, maka saya pun mulakanlah percakapan. Sejak awal lagi saya telah terfikir akan tajuk ini, iaitu Negara 1001 Menara. Buku yang menceritakan berkisar masjid-masjid yang berada di Mesir melalui kronologi sejarah. Akhirnya dilantik sebagai ketua kumpulan dan pambentang. Dalam hati, memang dah agak akan kena. Penerangan mengenai buku yang kami mahu tulis berdasarkan kriteria di atas tadi:
  1. Buku Ilmiah (pengkajian Sejarah)
  2. Tajuknya, Negara 1001 Menara: Mesir
  3. a) Penerangan mengenai sejarah Islam, melebarluaskan syiar Islam, b) Memperkenalkan masjid-masjid yang terdapat di Mesir, sebagai panduan pelancongan
  4. Primary reader: Golongan pengkaji sejarah, mahasiswa yang terlibat dalam pengkajian sejarah. Secondary reader: Goolongan umum, mahasiswa umum serta golongan pelancong dan pembawa pelancong.
  5. Berkenaan sejarah
  6. Penyusunan buku adalah berdasarkan kronologi khalifah atau pemerintahan Islam di Mesir bermula daripada pembinaan masjid yang pertama di Mesir iaitu Masjir Amru bin al-'As, sahabat Nabi Muhammad saw. Diikuti dengan kurun dan penyusunan masjid mengikut tahun masjid yang mana dibina terlebih dahulu. Di dalam item setiap masjid diterangkan mengenai pengasas masjid, fungsi masjid, suasana sekitar masjid ketika pembinaan, seni pembinaan masjid dan tertumpu kepada kesenian merana, makam-makam dan panduan perjalanan.
  7. Uniknya buku ini ialah: =) a) Disertakan sekeping CD yang menceritakan 'the making of this book' b) mempersembahkan kepada pembaca gambar-gambar beresolusi tinggi dan komentar mengenai gaya penangkapan gambar, c) ditulis di dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Orang Putih (Inggeris), berbentuk Hard-Cover Book (nanti susahlah untuk dimakan oleh anai-anai dan tidak mudah rosak apabila ditempa air)
  8. a) Buku ini hanya satu di Malaysia dan di Mesir! b) Penerangan yang lengkap, padat dan santai berbentuk fakta sejarah, c) Menerangkan mengenai keunikan masjid-masjid di Mesir, d) Membawa anda kembali ke zaman pembinaan masjid tersebut melalui pengambaraan bersama kami! (^_^)
Akhirnya, setelah pembentangan, kumpulan kami tidak disebut sebagi pemenang. Adakah kerana saya tidak mampu membentang dengan baik? Atau isi pembentangan kami kurang menarik? Atau mereka iri hati kerana kumpulan kami memang yang terbaik sebanarnya? (Hanya selingan semata). Saya rasa ada kesilapan pada tajuk. Sepatutnya buku ini betajuk 'Di Sebalik 1001 Menara: Pengembaraan Ke Ardhul Kinanah'.

Apapun, ini merupakan satu pengalaman yang menarik dalam hidup saya. Cumanya ia dianjurkan oleh pihak JPMK, hehe.. (Kena tunggu balik Malaysia)

Hari ini (24 Julai 2010) akan diadakan pula Pendidikan Ijazah Tinggi dan Bengkel Penulisan Proposal Peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah yang akan dibentanglan oleh dua orang Profesor daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kembali kepada isu asal yang saya tulis di permulaan entri kali ini..

Sejujurnya, saya meminati jam jenis ini. Kalaulah ada yang nombornya bertulis Arab dan kalaulah ada orang yang akan menghadiahkannya kepada saya.. (^_^)


Nikmat masa antara nikmat paling berharga yang perlu digunakan sebaik dan sebijak mungkin. Apakah lapang bermaksud memang tiada perkara lain yang perlu dilakukan, maka perlulah diisinya? Atau nikmat lapang yang memang telah direncana aktivitinya (untuk ke seminar ini) tetapi perlulah dinilai mengikut awlawiyat (keutamaan)? Di dalam hati yang berdebar ini, Eksekutif Pengisian dan Ilmiah untuk program Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10) sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia (PMHK) kali ke-53 merupakan unit yang mencabar.

Di bawahnya terdapat slot Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS), Wacana 4 Presiden dan Wacana Ilmiah Solidarita daripada perwakilan PERMIS. Hari yang berbaki kurang seminggu. Maka, lapang manakah yang perlu diisi sebaik mungkin dalam mempertimbangkan keduanya? Jika ke seminar, merupakan tuntutan dan keperluan peribadi. Menguruskan mesyuarat, perancangan dan sebagainya mengenai unit, merupakan tuntutan dan keperluan program. Keperluan dan tuntutan yang melibatkan umum dan ramai orang.

Maka, manakah yang perlu diutamakan?

Semoga unit yang saya kendali ini (berasaskan kepada minat saya mengenai ilmiah dan sejarah), benar-benar saya mampu untuk mengendalikannya. Semoga Allah memberi pertolongan dan memberkati sedikit masa yang saya perolehi ini.

Hidup dalam mencari...

Comments