Pemurnian Sejarah: Zaman Paleolitik Itu Tidak Wujud!

Firman Allah SWT: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah al-Baqarah 2:20)

1- Sejarawan barat menyebutkan bahawa catatan mengenai sejarah bermula sekitar 3,500 SM. Sekitar 4,000 sehingga 3,500 SM merupakan zaman Nabi Musa AS kerana ada catatan mengatakan bahawa Nabi Musa bersama Firaun dan kaumnya adalah sekitar 4,900 SM. Walaubagaimanapun, sejarah bermulanya peradaban manusia adalah bermula sekitar 8,000 sehingga 10,000 SM.

2- Fakta yang dipelajari di seluruh dunia termasuklah di Malaysia mengenai sejarah awal tamadun manusia adalah tidak tepat. Menurut buku sejarah, zaman terawal dikenali sebagai Paleolitik, Neolitik, diikuti Mesolitik dan Logam. Menurut sejarah yang kita pelajari lagi, Paleolitik bermula 2,500,000 sehinggalah 8,000 SM.

3- Terdapat beberapa kekeliruan mengenai fakta kewujudan zaman Paleolitik ini. Sekiranya zaman Neolitik sehinggalah zaman Logam hanya megambil masa kira-kira 7,500 tahun sahaja iaitu bermula 8,000 SM sehinggalah 500 SM, bagaimanakah zaman Paleolitik mengambil menempuh masa yang terlalu panjang iaitu 2,492,000 tahun! Adakah tiada zaman atau tamadun manusia yang wujud antara tempoh tersebut? Jawapannya Ya! Bahkan hakikatnya zaman Paleolitik ini yang terbahagi kepada Awal (2.5 juta - 30 ribu SM) dan Lewat (30 ribu - 8,000 SM) ini sebenarnya tidak wujud!

4- Menurut kajian sejarah, Nabi Adam AS mula hidup di dunia setelah diturunkan ke bumi sekitar 10,000 sehingga 8,000 SM. Sekiranya kita mahu serasikan dengan fakta kajian sejarawan barat ini, tamadun kehidupan manusia awal hanya bermula sekitar tempoh tersebut sahaja.

5- Dikatakan bahawa manusia yang hidup di zaman Paleolitik ini dinamakan sebagai Homo Habilis dan Homo Sapiens. Ianya dikatakan bermula di benua Eropah. Teori sejarah menyebutkan bahawa antara faktor utama pembentukan sesebuah tamadun adalah disebabkan kedudukan di perairan sungai dan tepian laut. Ini kerana, manusia amat memerlukan air sebagai sumber kehidupan. Tetapi, di manakah sekitar benua Eropah tersebut mempunyai sungai utama yang mampu menyediakan kehidupan kepada manusia? Sejarah hanya menyatakan beberapa sumber utama sungai sahaja iaitu Mesopotamia, Nil, Euphrates, Tigris, Indus dan Hwang Ho. Tiada langsung sungai utama yang wujud di Eropah!

Kawasan yang didakwa bermulanya zaman Paleolitik di benua Eropah.

6- Terdapat beberapa fakta mengenai gambaran zaman Paleolitik yang bertentangan dengan kehidupan keluarga Nabi Adam AS sebagai manusia pertama di muka bumi. Antara kegiatan utama manusia Paleolitik ialah memburu binatang, memungut tumbuhan liar dan menangkap ikan serta kehidupan mereka secara nomad (berpindah-randah tanpa kediaman yang tetap). Penempatan mereka seperti di gua-gua atau pokok-pokok yang dibina menggunakan ranting kayu dan rumput-rampai. Mereka menghidupkan api menggunakan kaedah geseran, memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang, mengukir gambar di dinding gua serta mempercayai kehidupan selepas kematian.

7- Sudahlah zaman ini bermula di benua Eropah, maka di mana pula terdapatnya gua-gua serta bagaimanakah saiz pokok-pokok di benua yang mengelami empat musim ketara ini boleh digunakan sebagai kediaman taua penempatan? Sekiranya ada golongan yang mendakwa zaman Paleolitik bermula di Mesapotamia, ia sesuatu yang keliru juga. Jika dilihat dengan keadaan geografinya, hampir tidak wujud gua-gua (terutamanya) dan pohon besar di tepian sungai atau persisiran pantai di sekitar sungai Mesapotamia. Mengapa sehingga kini seolah tiada langsung peninggalan yang boleh dijadikan sebagai bukti wujudnya zaman Paleolitik ini!

Monumen manusia zaman paleolitik yang dipamerkan di China.

8- Antara golongan manusia yang dikatakan wujud pada zaman ini ialah Manusia Jawa, Peking, Neanderthal dan Cro-Magnon. Kesemua muka mereka mirip muka orang asli red indian dan seolah seiras. Bagaimana sebuah zaman yang mencecah berjuta-juta tahun hanya memiliki bentuk wajah yang seolah stereotaip dan diambil daripada sampel terkini (bukan daripada bahan artifak dan bukti sejarah yang benar). Manusia-manusia ini seolah disifatkan dengan golongan yang tidak mempunyai tadadun yang tinggi. Mereka hidup tanpa pakaian serta mempunyai bentuk fizikal yang menyerupai dan membenarkan Teori Darwin mengenai asal-usul manusia. Bagaimana mungkin Nabi Adam, isterinya Hawa dan anak-anak mereka hidup tanpa pakaian sedangkan mereka kelompok pertama hdiup di dunia?

Contoh-contoh gambaran pelukis mengenai kehidupan zaman Paleolitik




9- Sejarah Nabi Adam AS jelas menunjukkan bahawa bermula mereka dturunkan ke dunia, mereka telah dikurniakah oleh Allah SWT ilmu untuk mengurus kehidupan mereka. Perjalanan kehidupan mereka tersusun dan penuh perancangan. Setelah beberapa tempoh mendiami dunia, maka Saidatina Hawa melahirkan ada kembar dua pasang. Mereka ialah Qabil dan Iqlima, kemudiannya Habil dan Labuda. Sepertimana fitrah pasangan ibu dan ayah, Adam dan Hawa berusaha mencari nafkah untuk anak-anak mereka. Anak-anak perempuan menguruskan rumah dan hal-hal wanita. Manakala anak lelaki pula mencari nafkah keperluan hidup mereka. Qabil bertungkus-lumus mengerjakan tanah pertaniannya dan Habil berjaya dalam lapangan penternakan. Bukti yang menunjukkan bahawa pertanian dan penternakan mereka sangat menjadi melalui kisah mereka untuk menetukan jodoh kehidupan masing-masing. Mereka harus menyerahkan korban mereka kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa" (Surah al-Ma'idah 5:27)

10- Allah SWT secara jelas telah menerangkan bahawa Dia telah mengajarkan kepada Nabi Adam AS beberapa nama. Peristiwa ini menunjukkan bahawa anugerah ilmu dan pemikiran telahpun Allah kurniakan kepada manusia sejak manusia pertama berada di dalam syurga lagi. Ini bertentangan dengan Teori Darwin yang menyatakan manusia berasal daripada beruk dan berevolusi berperingkat sehinggalah menjadi manusia seperti hari ini. Apabila manusia bermula daripada beruk, ini bermakna seolah manusia ini sebenranya haiwan dan bertukar menjadi manusia. Sedangkan Allah SWT telah menjelasnya dengan terang bahawa manusia dan haiwan itu merupakan dua kelompok makhluk yang sangat berbeza. Maka, anugerah ilmu oleh Allah SWT awal-awal lagi telah menafikan Teori Darwin yang penuh dengan elemen atheis dan rasis.

Firman Allah SWT: "Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar” (Surah al-Baqarah 2:31)

Firman Allah SWT lagi: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?” (Surah al-Baqarah 2:33)

Dedikasi: Semua sekolah di Malaysia khususnya telah menipu anak pelajar sejak di bangku persekolahan lagi. Para murid ditipu, guru menipu tanpa disedari dan ahli akademik terus leka tertipu tanpa sebarang usaha 'sendiri' untuk pemurnian fakta sejarah. Terima kasih kepada para guru sehingga aku pada hari ini sedikit mampu untuk menilai pembohongan dan kebenaran sejarah.

Rujukan:
a) Al-Quran dan terjemahan
b) Buku Sejarah Peradaban Dunia KBSM
c) Buku Kisah Para Nabi
d) Internet

Hidup dalam mencari..

Comments

Anonymous said…
Hurrmmm .
Lepas baca and fikir , tatau la na ckap camm na .
Ada rasaa ragu raguu
al-hakim said…
Apa yang ragunya? Tentang artikel ini? Apa yang saya tahu, sejarah terawal kehidupan manusia yang kita belajar hari ini banyaknya teori hasil daripada arkeologi. Dan tidak semua teori itu benar.. Sedangkan Al-Quran itu PASTI benar.
al-hakim said…
silakan..semoga ada manfaatnya.
Anonymous said…
Ya aku dah agak.zaman2 tu tak wujud.aku la yang la yang paling rugi sebab dulu subjek sejarah aku yang paling power.hahaha
al-hakim said…
Anonymous: Apa pula paling rugi? Paling beruntung sepatutnya. =) Bila dah paling power, banyak la ilmunya. Nak korek yang salah kena ada ilmu gak. Tahu ia salah, maka kita korek. Kalau x, bagaimana daripada yang salah kita mahu cari yang betul. Kan3..?
Unknown said…
hahahaha..sjrah pmr ak dulu b..sbb ak x suke psal sjrah2 ni..
sbb ak dah tgok the arrivals..teori darwin sbnrnye nk sruh kite lupe kt than yg kite ni diciptkn oleh tuhan drpde tnh..dan ini mrupekn slah 1 propaganda freemason laknatullah..tgoklah the arrivals kt youtube...^^
ufuk timur said…
tulisan yang baik saudara hakim. Namun, diharapkan agar saudara hakim memurnikan pemikiran sendiri..jgn la anggap guru sebagai penipu...jadila seorang guru barula anda faham kenapa hal ini berlaku..Namun,sy ucapkan tahniah saudara hakim kerana tak lupa jasa guru....
al-hakim said…
ya, terima kasih kembali ufuk timur atas teguran dan ucapan.ia hanya sekadar kiasan tanpa memberi makna hakikat bhw guru itu menipu. terima kasih sudi menjenguk.. =)
a.samad jaafar said…
salam.. mohon share utk simpanan peribadi.. t kasih
bLog Juga said…
Salam,
Adakah penemuan fosil-fosil berupa seperti tengkorak manusia yang berusia jutaan tahun merupakan penipuan atau salah kefahaman?

Perhatikan petikan ketika malaikat mengatakan adakah akan ada lagi "pertumpahan darah" semasa bertanya mengenai penciptaan Adam a.s.

Ada yang beranggapan sebelum Adam, tuhan telah mencipta jin yang tinggal di bumi. Adakah jin merupakan makhluk berdarah-daging?

Apabila diperhatikan kisah kesombongan iblis kerana tidak ingin sujud kepada makhluk manusia, ini mengambarkan seolah-olah mereka telahpun diperikan peranan memakmurkan bumi sebelum Adam. Apakah rupa mereka? adakah berjasad atau tidak berjasad?

Perhatikan umur jasad-jasad yang pernah mendiami bumi. Dikatakan Adam mula mendiami bumi sekitar 10,000 tahun sebelum masihi, manakalah fosil-fisil purba dikatakan berusia sehingga jutaan tahun sebelum Adam dilahirkan.

Adakah tiada manusia purba sebelum Adam?

Unknown said…
uAssalamualaikum,

Ada sedikit pembetulan mungkin tuan tekan salah nombor. Firman Allah seperti yang diberi adalah dari surah al-baqarah ayat 30.

Kepada saudara Nikman Hussin,

minta izin saya beri ulasan.
Allah dah cakap, Allah ciptakan di bumi seorang khalifah. Iaitu Nabi Adam AS. Tidak ada keraguan bahawa tidak ada manusia lain yang cukup sifat sebelum Nabi Adam AS di bumi. Yang ada hanyalah jin, iblis. Yang mana pada masa itu mereka masih beriman kepada Allah.

Seperti petikan dari http://www.blogbisu.com/2012/09/benarkah-dinosaur-wujud-sebelum-nabi.html

"sebelum kehadiran manusia telah banyak umat byak terdiri malaikat, jin, haiwan, tumbuhan dan sebagainya kerana dalam al-Quran ciptaan ALlah juga disebut sebagai umat. sesuai dgn ayat Surah an-aam ayat 32"

Itu sahaja yang saya mahu berkongsi dan beri pendapat berkenaan perkara ini. Saya juga masih mencari penjelasan.

Wallahua'lam.

Jazakumullahu khair katsira.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.