Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Tuesday, June 29, 2010

Pengalaman Sebagai Juruaudit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebelum membaca entri ini, anda perlu memerhatikan simbol-simbol yang diletakkan.

Simbol * merujuk kepada tambahan daripada saya. Ia bukanlah asal daripada buku. Simbol # merujuk kepada bahan atau maklumat asal yang disebutkan di dalam buku 'Kerjaya Sebagai Juruaudit' yang ditulis oleh Ida Rizyani Tahir terbitan PTS Publications. Fakta yang disebut dikekalkan melainkan ianya diubah dari segi penyusunan fakta agar lebih mudah dibaca dan difahami.

*Di kesempatan ini saya HANYA menerangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan gerak kerja secara khusus di kalangan ahli PMRAM, samada di peringkat pusat, BKAN dan DPM.

Menurut buku ini; #Juruaudit merupakan seseorang yang ditauliahkan bagi mengesahkan penyata kewangan sesebuah organisasi yang disediakan betul dan mengikut undang-undang serta polisi sesebuah organisasi.

Di antara tugas utama juruaudit adalah:
  1. Memastikan organisasi beroperasi dengan cekap melalui penyimpanan rekod yang mantap.
  2. Menyediakan, menganalisa dan mengesahkan dokumen kewangan yang bertujuan memberi maklumat tepat kepada pelanggan.
  3. Menganalisa belanjawan.
  4. Merancang pelaburan kewangan.

Keperluan terhadap juruaudit:
  1. Sebagai pengawas perjalanan organisasi supaya berada di landasan yang betul.
  2. Berperanan mengukur keberkesanan kos dan faedah supaya pengurusan dapat merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang.
  3. Memastikan organisasi dapat memenuhi objektif dalaman seperti penjimatan kos, peningkatan produktiviti dan kualiti serta konsisten dalam proses kerja.
  4. Memastikan organisasi memenuhi objektif luaran seperti memenuhi kehendak pelanggan luaran, peningkatan pasaran dan berjaya dalam persaingan.
  5. Berperanan sebagai pemerhati yang memastikan tiada kesalahan serius dilakukan dan membantu melaksanakan peraturan baru.
  6. Bertindak sebagai penasihat dalam memastikan proses kerja sentiasa meningkat dan pembaziran tidak berlaku.

Umumnya, seseorang jururaudit perlu memastikan tiga perkara utama iaitu:
  1. Pematuhan peraturan - Organisasi perlu mematuhi undang-undang, peraturan dan polisi yang ditetapkan.
  2. Prestasi - Sumber-sumber dalam organisasi seperti tunai dan pekerja adalah mencukupi dan digunakan dengan cekap.
  3. Kualiti - Kualiti kerja sentiasa dijaga dan dipertingkatkan.

*Menurut buku ini lagi, juruaudit terbahagi kepada dua jenis iaitu 'Juruaudit Dalaman' dan 'Juruaudit Luaran'. Kedua-dua jenis juruaudit ini berlaku di kalangan organisasi di bawah PMRAM. Ini kerana PMRAM merupakan sebuah organisasi induk yang besar dan menpunyai hubungan terus dengan pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Namun, Juruaudit Luaran tidak menjadi kewajipan bagi BKAN dan DPM melainkan mempunyai keperluan dan kepentingan menurut ketetapan kepimpinan. Kebiasaannya juruaudit dalaman dilantik semasa mesyuarat agung tahunan manakala juruadit luaran pula dilantik di atas keperluan dan kehendak semasa.

Di peringkat DPM, setakat pengetahuan saya PMRAM tidak pernah melantik juruaudit luaran untuk DPM. Manakala di peringkat BKAN, kemungkinan ianya berlaku kerana BKAN selain bernanung di bawah PMRAM, juga bernaung di bawah Majlis Agama negeri masing-masing. Mereka dibantu dan dipantau oleh wakil atau pegawai agama negeri. Sekiranya pegawai berkehendak kepada lantikan juruaudit luaran, maka ia merupakan suatu yang berada di luar bidang kuasa AJKT dan perlu melalui perbincangan.

#Juruaudit dalaman:
  1. Bertanggungjawab mengesahkan ketetapan rekod dalam organisasi dan memastikan tiada kesilapan dalam pengurusan seperti pembaziran, penyelewengan dan penipuan.
  2. Perlu memeriksa serta menilai sistem maklumat dan kewangan organisasi.
  3. Menilai prosedur pengurusan dan kawalan dalaman bagi memastikan ketetapan rekod dan kawalan dalaman adalah mencukupi (ia betujuan melindungi organisasi dilanda penyelewengan).
  4. Menilai operasi organisasi am berjalan dengan cekap, efektif serta mematuhi polisi organisasi, undang-udang dan arahan kerajaan.
  5. Bertanggungjawab melaporkan segala penemuan kepada pihak pengurusan atasan.

Menurut buku ini, umumnya audit adalah berkaitan soal kewangan syarikat. Disebabkan operasi syarikat *(atau organisasi) bergantung kepada kemantapan rekod dan ketepatan maklumat, audit prestasi atau audit operasi juga dilakukan. Audit terbahagi kepada dua jenis iaitu audit kewangan dan audit prestasi.

Di dalam urus tadbir PMRAM dan cawangannya, saya tidak pernah lagi mendengar istilah 'audit prestasi' atau 'audit operasi' ini. Walaubagaimanapun, setelah saya membaca makna audit prestasi ini, saya yakin fungsi dan peranannya sangat aktif di dalam PMRAM. Cumanya mungkin menggunakan istilah lain.

Audit Kewangan: Merupakan pemeriksaan akaun-akaun dan penyata kewangan bagi setiap tempoh perakaunan mengesahkan penyata kewangan yang disediakan adalah betul dan tiada penipuan atau penyelewengan di dalam syarikat *(atau organisasi). Juruaudit mestilah orang yang berpengetahun dalam bidang perakauanan.

*Melantik orang yang benar-benar pakar dalam bidang perakaunan atau merupakan 'ahli' dalam bidang tersebut sebagai juruaudit PMRAM, DPM dan BKAN merupakan suatu yang agak sukar. Ini kerana kebanyakan pelajar yang hadir ke sini merupakan pengkhususan bidang agama dan mereka bukan berkelulusan perakaunan. Walaupun ada di antara mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Prinsip Akaun atau Ekonomi Asas, namun ia masih belum benar-benar mencukupi untuk menghadapi realiti pengurusan audit yang sebenar.

Bagi pendapat saya, ia bukan suatu masalah besar kerana setiap ilmu boleh dipelajari sehingga ilmu sihir sekalipun. Cumanya sihir haram diamalkan. Kehendak, minat dan rasa bertanggungjawab apabila menerima lantikan merupakan sikap asas bagi menjamin segala gerak kerja mencapai matlamat serta objektif yang telah disenaraikan organisasi.

Di dalam buku ini, disenaraikan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang juruaudit. Saya hanya menyenaraikan kemahiran dan keupayaan yang ditulis disebabkan pengetahuan yang disenaraikan saya anggap sebagai perincian terhadap keperluan bagi seseorang juruaudit.

#Kemahiran yang diperlukan:
  1. Penggunaan matematik menyelesaikan masalah,
  2. Menumpukan sepenuh perhatian apabila orang lain bercakap, memahami fakta-fakta yang diberikan, bertanya soalan dan tidak mengganggu apabila orang sedang bercakap.
  3. Menggunakan logik dan alasan dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan langkah yang diambil,
  4. Memahami perkara-perkara yang dinyatakan dalam sesuatu dokumen,
  5. Memahami implikasi kepada maklumat baru bagi masalah semasa dan akan datang,
  6. Menganalisa kos dan faedah tindakan yang bakal diambil,
  7. Menentukan bagaimana sistem diajalankan,
  8. Mengenalpasti tindakan yang perlu diambil begi memperbaiki prestasi operasi,
  9. Memperbaiki langkah yang diambil supaya tidak memberi kesan negatif terhadap tindakan yang lain.

Keupayaan yang diperlukan:
  1. Mengenaipasti kesilapan yang berlaku dan bakal berlaku,
  2. Berkomunikasi dengan jelas dan lancar,
  3. Berkemahiran menulis dan mudah difahami,
  4. Mengurus perkara-perkara dengan teratur mengikut peraturan,
  5. Memilih kaedah matematik atau formula menyelesaikan masalah,
  6. Melihat sesuatu isu dari sudut berlainan dan kritikal,
  7. Membuat kesimpulan yang mudah difahami.

*Saya telah dilantik menjadi Juruaudit 1 BKAWM bagi sesi 2008/2009. Namun, akibat kecetekan ilmu pengetahuan dan pengalaman, di akhir sesi berlaku masalah. Sebaiknya bagi situasi mahasiswa di Mesir, bendahari perlu bekerjasama erat dengan juruaudit persatuan.

Akibatnya, setelah akaun ditutup dan dijalankan Mesyuarat Agung Tahunan, disebabkan saya sendiri tidak mengesahkan penyata kewangan yang disediakan, maka penyata perlu disusun semula dan dibuat penyata kewangan yang baru.

Secara peribadi, saya berpendapat proses penyediaan penyata kewangan BKAN dan DPM perlulah dipertingkatkan dari segi kualiti penyusunan data dan perincian maklumat. Kedua-dua langkah ini mahu tidak mahu perlulah dijana dengan kerjasama bendahari sejak awal sesi kepimpinan lagi. Ini bertujuan agar tidak menjadi kelam kabut, tertinggal maklumat dan kesalahan fakta apabila penyata kewangan tahunan dibentangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan kelak.

Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga sepanjang saya berada di Mesir. Akhirnya kami yang terlibat untuk menyiapkan penyata kewangan yang baru terpaksa berkampung selama 13 hari berturut dan merayakan Aidiladha 1430 Hijrah di dalam bilik mesyuarat.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan dan sokongan daripada sahabat yang bersama berkampung..

Ustaz Roslizan
Ustaz Ali Imran
Ustaz Wan Shahrizan
Ustaz Hairul Nizam
Ustazah Liyana

Serta kepada seluruh AJKT dan HEWI BKAWM sesi 2008/2009, kepada seluruh yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan kerjasama terbaik kepada kami. Semoga Allah SWT melimpahi kalian semua dengan rahmat dan keredhan-Nya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengkaji dan mengetahui dengan lebih mendalam, saya menggalakkan anda membeli buku yang disebutkan pada awal entri ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua!
Kita seringkali diwar-warkan bahawa kebatilan yang bersistem mampu mengalahkan kebenaran yang tidak bersistem. Islam mengajar umatnya untuk berubah dari baik menjadi lebih baik. Islam juga mengajar umatnya agar selari dengan keperluan dan tuntusan semasa di samping menjadikan sumber perundangan Islam sebagai rujukan utama. Maka perlulah kita berubah bermula hari ini. Menjadi mahasiswa Islam yang cemerlang akademik, akhlak dan ilmu semasa.
Hidup dalam mencari..

Monday, June 28, 2010

TGNA Nasihat Mahasiswa Jangan Jadi Ulama Dunia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

بسم الله الرحمن الرحيم
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
- سورة آل عمران:18

Yang bermaksud :

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis.
• Presiden Pesatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaysa (PMKUM) bersama ahli-ahli jawatankuasanya,
• Pengarah Program, Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) bersama ahli-ahli jawatankuasa urusetia program,
• Saudara saudari mahasiswa mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat berkumpul di Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) pada pagi ini. Kalungan tahniah saya rakamkan kepada urusetia program yang telah berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupa saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana dijemput untuk hadir seterusnya menyampaikan ucapan perasmian pada pagi ini.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Saya difahamkan bahawa majlis hari ini diadakan khusus untuk menyampaikan anugerah kepada individu-individi yang telah banyak merencana aktiviti bermanfaat demi pembangunan persatuan dari semua aspek. Saya yakin bahawa individu yang terpilih untuk menerima anugerah pada hari ini telahpun membuktikan segala komitmen dan mencurahkan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi di dalam memastikan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar ke arah akhirnya meraih keredhaan daripada Allah SWT.

Suka saya nyatakan bahawa pemberian anugerah bukanlah satu perkara yang asing di dalam Islam. Allah SWT telah memperkenalkan budaya apemberian anugerah di atas kemuliaan dan kecemerlangan serta ilmu yang dimiliki. Ini disebut di dalam al-Quran apabila Allah SWT memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam AS di atas kelebihan ilmunya mengatasi para malaikat.

Firman Allah SWT :

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33) وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ (34) – سورة البقرة

Yang bermaksud : "Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana." Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu.

Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menceritakan bagaimana Nabi Adam AS telah diajar dengan pelbagai jenis ilmu oleh Allah SWT sebagai nikmat pertama yang diterima oleh manusia. Kemampuan untuk belajar dan mengajar ini merupakan keistimewaan yang hanya ada pada manusia dan tidak ada pada makhluk yang lain hatta para malaikat.

Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu untuk dikembangkan dengan lebih meluas. Berasaskan kepada kelebihan inilah, Nabi Adam AS telah menerima anugerah daripada Allah SWT berupa perintahNya kepada para malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam.

Ini merupakan anugerah yang pertama yang diterima daripada Allah SWT kepada manusia bagi menunjukkan pengiktirafan terhadap kebolehan manusia menerima dan menyampaikan ilmu. Ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi juga menunjukkan pengisytiharan daripada Allah SWT bahawa penyaksian bahawa Dialah Tuhan yang layak disembah diakui olehNya sendiri, para malaikat serta orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan.

Ia menunjukkan ketinggian golongan yang diberikan ilmu oleh Allah SWT. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan, apa jua anugerah yang diterima pada hari ini bukanlah sesuatu yang hakiki. Semahal manapun anugerah yang diberikan, ia tidak dapat menandingi anugerah yang paling besar yang menanti di akhirat kelak iaitu syurga Allah SWT. Oleh yang demikian, belajarlah, bekerjalan dan berilah sumbangan bukan untuk anugerah yang diperolehi di dunia tetapi untuk anugerah yang dijanjikan di akhirat.

Jika ini berjaya diyakini oleh kita semua, Insya-Allah kita tidak kecewa jika tidak diberikan anugerah, tidak merajuk jika sumbangan tidak dihargai, tidak lari jika usaha kita dinafi. Bukankah kita sering membawa firman Allah SWT di dalam surah at-Tin :

قَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ * ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ * إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ *

Yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya . Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya." (Ayat 4-6)

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahsiswi yang dikasihi sekalian.

Ilmu, kemahiran dan segala macam pemberian yang datang daripada Allah SWT tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh Allah SWT menuntut untuk diamalkan. Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan agar kita semua sentiasa meneguhkan niat untuk melakukan amal yang soleh sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Ilmu yang tinggi tanpa disertai dengan amalan yang soleh tidak akan bernilai di sisi Allah SWT.

Selain menjadi seorang yang soleh, kita juga dituntut menjadi seorang yang musleh (مصلح). Soleh ertinya baik, musleh ertinya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Menjadi soleh barangkali tidaklah terlampau payah, tetapi menjadi seorang yang musleh bererti menempah kesukaran dan kepayahan di dalam hidup.

Saya menyatakan peringatan ini kerana saudara-saudari masih di alam pengajian, masih belum terserempak dengan onak ranjau yang merintangi perjuangan, masih belum terjumpa duri-duri tajam yang melukakan sepanjang perjalanan, masih belum bersua dengan binatang-binatang buas yang sentiasa menanti masa membaham mangsa.

Demi Allah yang merajai kerajaan Langit dan Bumi, telah terbukti di dalam lembaran sejarah, para ulama yang diberikan ilmu yang tinggi oleh Allah, akhirnya berpaling ke belakang menjadi duri dalam daging mengoyakkan helaian ilmu yang dimiliki dan menjual prinsip demi sedikit habuan. Ada juga golongan ulama yang kurang bijak dalam mengatur siasah, akhirnya tertipu dengan mainan politik murahan golongan sekular, lalu menjadi alat politik tanpa mereka sedari. Saya mengungkapkan pesanan ini agar saudara-saudari tidak terjerumus di dalam lembah yang penuh ranjau itu. Kerana sekali saudara-saudari terjebak ke dalam, sukar sekali untuk bangkit dan bangun kembali.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Sejarah telah menukilkan bahawa telah lahir golongan yang berada di barisan hadapan menentang Rasulullah SAW sedangkan merekalah yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah SWT. Justeru, al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin' telah membahagikan ulama kepada ulama akhirat dan ulama dunia atau ulama su’. Golongan ulama su’ inilah yang menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

Pada zaman Rasulullah SAW, telah muncul ketua munafik seperti Abdullah bin Ubai, yang mengepalai golongan munafiqin merosakkan dakwah Rasulullah SAW sedangkan mereka tahu dengan sebenar-benarnya bahawa invididu yang mereka tentang ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Lalu lahirlah daripada silibus perjuanga munafiq ini projek-projek yang lahirnya nampak baik dan murni namun hakikatnya bertujuan untuk memusnahkan Islam.

Muncullah projek Masjid Dhirar yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk dimusnahkan. Walaupun namanya masjid, tetapi tujuannya untuk memecahbelahkan. Lalu menjadi tanggungjawab para ilmuwan sekalian untuk mengenal dengan pasti yang mana satukah projek "Masjid Dhirar" dan yang mana pula tidak. Ini penting agar para ilmuwan yang akan muncul sebagai golongan ulama tidak terperangkap dengan politik "Dhirar" tanpa disedari.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Akhir kata, saya berharap supaya saudara-saudari sekalian dapat memanfaatkan masa dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT pada hari ini untuk menimba ilmu dan juga pengalaman sebanyak mungkin. Dunia hari ini tidak lagi menuntut lahirnya mahasiswa yang menggenggam segulung ijazah semata-mata, tetapi mahasiswa yang mampu berinteraksi dengan masyarakat.

Segulung ijazah hanyalah merupakan pengiktirafan akademik namun belum membuktikan saudara-saudari mampu menyumbang kepada masyarakat. Oleh yang demikian, bahagikanlah masa sebaik mungkin di antara tuntutan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan mengasah kepimpinan dan kemahiran urus tadbir. Semoga segala usaha yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Saya sudahi dengan

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK MENTERI BESAR KELANTAN - PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH DARUL NAIM (MADANI 10) - PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN UNIVERSITI MALAYA

PADA : 27 JUN 2010
BERTEMPAT DI HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU, KELANTAN
JAM 10.30 PAGI

Teks dibacakan oleh YB Dr Mohd Fadzli bin Dato Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan.

Sumber.

Konflik Darfur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Entah mengapa seringkali nama Darfur bermain-main ligat di dalam fikiran. Wilayah yang berada di dalam salah sebuah negara Islam ini mula saya kenali ketika seringkali disebut di dalam berita. Sudan telah diletakkan di dalam senarai antara yang teratas sebagai musuh Amerika Syarikat selepas peristiwa 9 September 2001.

Sejak itu tertanya-tanya apakah yang terjadi sebenarnya disebalik Darfur ini? Apa yang saya yakin ia merupakan salah satu bentuk kekejaman dan penindasan terhadap masyarakat Islam yang berada dan menetap di wilayah tersebut. Saya membuat kesimpulan sendiri bahawa apa yang terjadi di Darfur hampir sama keadaanya yang berlaku di Bosnia dan Ambon. Ciri-cirinya ada.

Negara Sudan terletak di bahagian timur benua Afrika di selatan Mesir. Merupakan antara negara terluas di benua Afrika.


Setelah sekian lama, hati terpanggil untuk meletakkan isu Darfur ini di dalam blog secara ringkas. Semoga ada manfaatnya sebagai peringatan dan pengetahuan untuk semua. Sumber yang saya dapati adalah daripada Wikipedia (yang diambil daripada Utusan Melayu dan Berita Harian) dan saya masih tidak mampu untuk mencari dengan lebih meluas di alam maya internet ini.

Sengaja saya menyalin kembali apa yang diterangkan di dalam Wikipedia dan menebalkan beberapa perkataan sebagai penekanan dalam memahami isu ini khususnya dan isu-isu lain amnya.

Darfur terletak di barat Sudan dan bersempadan dengan tiga buah negara.

Konflik Darfur ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya bencana alam, oportunis politik dan masalah politik serantau. Konflik ini juga disebabkan oleh ketidakseimbangan pembangunan dan peluang kehidupan di antara pusat bandar di sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran seperti Darfur.

  • Amerika Syarikat beriya-iya campur tangan dalam isu Darfur bagi mengalihkan pandangan dunia terhadap pencerobohan Amerika di Iraq. Setiap minit isu Darfur disiarkan media antarabangsa, bermakna satu minit kurang tumpuan dunia kepada Iraq. Pengarah Jabatan Undang-undang Antarabangsa dan Perjanjian Kementerian Luar Negara Sudan, Sirajuddin Hamid Yousuf telah cuba menghuraikan isu konflik Darfur di Kongres Kesatuan Wanita Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 2007.
  • Konflik di Darfur bukanlah pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai. Profesor Davild Hoile dari pertubuhan Medicines Sans Frontier menafikan tuduhan tersebut dan meminta sebarang bukti dan jika ada perlukan kajian lanjut.
  • Majoriti penduduk Darfur beragama Islam , jadi mereka mempunyai keseragaman agama . Jadi bukan konflik yang berpunca dari pertelingkahan antara agama sebagaimana sangkaan masyarakat dunia selama ini.
  • Gaya hidup nomad masih diamalkan di Darfur . Persaingan antara kumpulan penternak dan petani, rakyat keturunan Arab dan Afrika mencetuskan konflik berdarah. Perebutan laluan perjalanan binatang menjadi punca tradisional mereka bertelingkah (Ekonomi wilayah Darfur sangat bergantung kepada pertanian. Maka, persaingan sangat tinggi sehingga menyebabkan konflik apabila hanya satu sumber sahaja yang mampu untuk diusahakan sebagai sumber ekonomi utama).
  • Mulanya puak-puak ini berebut sumber asli dan akhirnya berubah menjadi isu politik apabila kerajaan dan media barat campur tangan. Terjumpanya minyak di Chad yang bersempadan dengan Sudan dan eksploitasi minyak di selatan Darfur menambahkan ketegangan.
  • Tekanan ke atas Kerajaan Sudan lebih buruk selepas tragedi 11 September, 2001, yang mencetus perasaan ‘Islamiphobia’ apabila AS dan Britain mensasarkan kemarahan kepada pemerintahan pro Islam seperti Sudan. Regim Sudan serta-merta berada di senarai teratas musuh AS.
  • Puncak konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua kumpulan bersenjata – Tentera Pembebasan Sudan dan Pergerakan Keadilan mula berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat kerajaan dan orang awam. Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan dan pelarian ke negara jiran. Negara jiran seperti Eriteria dan Chad bukan saja memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka menjadi pangkalan utama kumpulan pemberontak. Kini Eriteria memainkan peranan positif untuk menghasilkan perjanjian damai di Darfur.
  • Di Chad wujud hubungan etnik yang rapat antara pemberontak di Darfur dan pemberontak di Republik Chad. Beberapa perjanjian telah dibuat antara Sudan dengan Chad bagi mengendurkan ketegangan. Sumber.
Sebenarnya terdapat hujah yang menunjukkan tanda-tanda campurtangan Amerika Syarikat di dalam kekacauan di Darfur .

Pertama, Darfur yang terletak di wilayah barat Sudan itu sangat kaya dengan hasil-hasil bumi seperti uranium, gas asli dan emas. Menurut Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair, “ Amerika Syarikat telah berjaya menemukan sumber minyak di wilayah tersebut, namun, kami telah memberi kepercayaan kepada syarikat-syarikat daripada Asia untuk melakukan operasi carigali.” Daripada kenyataan Muhammad itu, tidak mustahil Amerika Syarikat masih menyimpan minat untuk masuk ke dalam wilayah Darfur berdasarkan kepentingan hasil-hasil bumi tersebut, terutamanya uranium.

Kedua, latar belakang Darfur juga memberi petunjuk membuktikan campurtangan Amerika Syarikat . Darfur merupakan pusat kegiatan Islam di Sudan dan wilayah tersebut mempunyai peranan penting di dalam menyatukan Sudan dengan Afrika dan Islam dengan Afrika. Umat Islam di Darfur amat gigih untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh. Kecenderungan tersebut tentunya sesuatu yang amat tidak disukai oleh barat pimpinan Amerika Syarikat.

Walaupun kekacauan di Darfur telah bermula sejak tahun 1970-an lagi, ia mula memuncak hanya setelah kejadian 11 September 2001, peristiwa yang menyaksikan dua menara WTC (World Trade Centre) runtuh akibat dilanggar dua pesawat penumpang yang didakwa angkara perbuatan pengganas.

Kekacauan di Darfur mungkin bermula akibat ketegangan pada tahun 1970-an (yang berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengatakan kerajaan Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi) tetapi ia menjadi tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campur tangan.

Ketiga, campurtangan Amerika Syarikat menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNHCR dan Amnesti International, Amerika Syarikat telah berusaha untuk memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar menerima kehadiran pasukan PBB untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian. Kenyataan daripada pemimpin Nancy Pelosi (US House Democratic Minority Leader), Carlifornia: “Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan lebih banyak pembunuhan jika tidak mahu melihat tragedi Rwanda berulang semula. Ini adalah situasi kecemasan. Kita mempunyai kewajipan yang sah untuk bertindak di bawah undang-undang antarabangsa”

Donald Payne, wakil parti Demokrat dari New Jersey ketika itu pula berkata: “Kita menggesa Setiausaha pertahanan, Colin Powell untuk menyokong campurtangan segera bagi menghentikan pembunuhan-pembunuhan itu, jika tidak berjuta-juta orang akan terbunuh pada akhir tahun nanti”

Keempat, campurtangan Amerika Syarikat telah pun bertapak di wilayah selatan Sudan. Amerika Syarikat telah terbukti membekalkan senjata dan dana kepada SPLA di dalam menjalankan misi keganasannya. Pada 1999, Madeline Albright, wakil Amerika Syarikat telah menemui John Garang, pemimpin SPLA ketika itu, untuk membincangkan bantuan kemanusiaan. Bukankah sudah memadai perbincangan di peringkat pemerintah Sudan , mengapa harus menemui John Garang? Sumber.

Kekacauan di Darfur (barat Sudan) dilihat sebagai batu loncatan kepada Amerika Syarikat untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan.

Sudan tidak tergolong di kalangan negara maju mahupun negara membangun. Majoriti penduduknya bergama Islam-Sunni dan merupakan masyarakat kulit hitam. Lihat bagaimana jijiknya perangai dan sikap Amerika Syarikat ini. Bila kita membenci sesebuah negara, tidak bermaksud membenci seluruh rakyatnya. Tapi membenci pemimpin mereka yang menentukan polisi negara dan dasar luar terhadap negara lain.

Semoga negara seaqidah ini terus kita doakan kesejahteraan mereka disamping membantu apa yang termampu.

*Pagi semalam selepas ber'jogging' dengan seorang sahabat, dia bertanya. "Apa akan terjadi sekiranya Sudan diserang?" Kemudian dia bertanya lagi. "Sungai Nil berpunca daripada Sudankan?" Saya tersenyum. Kemudian kami membuat kesimpulan, sekiranya Sudan diserang, musuh akan menukar laluan sungai Nil agar tidak melalui Mesir. Atau mungkin juga dengan mudah meracuni sungai Nil yang merupakan satu-satunya sumber air dan menjadi 'nadi kehidupan' rakyat Mesir. Kemudian saya menambah, "Ia pasti tidak akan berlaku kerana Mesir dilindungi oleh Allah dengan kemuliaan para wali dan Nabi yang pernah hidup di tanah bertuah ini". Atau mungkin boleh terjadi andai umat Islam terus leka!

Hidup dalam mencari..

Sunday, June 27, 2010

Diskusi Kitab - Bicara Hati

Blog penulis buku ialah Ibnu Ir Fadzil.

Jemputlah datang beramai-ramai ya.

Friday, June 25, 2010

Antara Arak, Judi dan UMNO

Isu arak dan judi merupakan isu yang panas dan hangat di ketika ini. Sepanas air yang baru masak dan sehangat musim panas di bumi Mesir ini. Air yang baru masak semestinya telah mencapai tahap didih normal iaitu 100 darjah celcius dan tahap kepanasan di Mesir ini kemungkinan telah mencecah 40 darjah celcius.

Menjadi tumpuannya ialah isu judi. Isu yang timbul kembali sekitar bermulanya kejohanan Piala Dunia 2010 baru-baru ini. Manakala isu arak pula sudah lama diperkatakan. Isu penjualan di 7 Eleven, kilang arak terbesar Asia Tenggara di Shah Alam, Selangor, pemberian premis penjualan arak oleh kerajaan dan peningkatan kadar cukai peniaga arak.

Semasa saya bersekolah di SAM BESTARI Subang Jaya, setiap kali perjalanan pulang dan pergi ke sekolah pasti akan melihat pemandangan kilang arak ini melalui bas transit Metro yang saya naiki. Memang besar. terkagum juga melihat betapa besarnya kilang ini. Bersama corong asapnya, perlbagai jenis arak keluarannya dan lain-lain.

Ketika Barisan Nasional memerintah Selangor, pelbagai pihak terutamanya parti berhaluan kiri banyak membantah pengoperasian kilang ini. Malah mendesak kerajaan agar menutupnya. Pada hari ini, pihak Pakatan Rakyat pernah disindir kerana masih membiarkan kilang arak tersebut terus beroperasi. Amat tidak masuk akal. Operasi kilang yang bermula sejak tahun 1966 itu hendak diberhentikan dalam masa tidak sampai lima tahun padahal semua kepala-kepala yang berkaitan dengan syarikat arak tersebut berkait rapat dengan kepimpinan BN.

Semasa melihat cerita-cerita menarik daripada internet, saya tertarik dengan gambar lama mengenai perasmian kilang arak oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1966. Gambar ini saya perolehi daripada blog Izharulhaq.




Lihat pada bahagian sebelah kiri gambar ini. tersusun kotak-kotak kayu yang mengandungi arak jenama Guinness. Kalau mahu kata ia gambar edit, memang tak patut. Kecuali dialog yang direka.. =)

1965: In August 1965, the first commercial brew of the Guinness Malaysian Brewery (Sungei Way Brewery, Selangor) is successfully completed, six weeks ahead of schedule. It is officially opened by Tunku Abdul Rahman on March 19, 1966. The same year, a joint venture is set up in Japan, with Sapporo selected to market imported Guinness.

Sumber. Di pautan ini juga diceritakan mengenai sejarah Guinness.
About Guinness Celebration.pdf

Berikut adalah profil syarikat Guinness (M) Bhd.

Guinness Anchor Berhad (GAB) was incorporated on 24th January 1964 under the name of “Guinness Malaysia Limited”. The Company changed its name to “Guinness Malaysia Berhad” on 15th April 1966 and assumed its present name on 15th November 1989. GAB has been listed on the Main Board of Bursa Malaysia since 1965.

GAB evolved from the merger of Guinness Malaysia Berhad and Malayan Breweries (Malaya) Sdn Bhd (“MBM”) in 1989, whose parent companies were Guinness Overseas Ltd and Malayan Breweries Ltd (the present Asia Pacific Breweries Limited) respectively. The merger in 1989 saw a new joint venture company, GAPL Pte Ltd as the holding company of GAB whilst MBM became a dormant wholly-owned subsidiary of GAB.

GAB operates the Sungai Way Brewery which started operations in 1965. Located in Selangor, the brewery occupies a land area of 23.72 acres and produces Tiger, Guinness, Heineken, Anchor Smooth, Anchor Strong, Kilkenny, Anglia Shandy and Malta in the country.

GAB is the first and only brewery in Malaysia to receive the Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) certification and ISO 9001:2000 Quality Certification from Malaysia’s Ministry of Health.

Today, GAB is the clear market leader of the Malaysian beer and stout industry, with 57% of the market share.


Sumber. Ini pula laman pautan laman web rasmi Guinness (M) Bhd.

Hakikatnya Guinness ini seperti telah sinonim dengan Malaysia. Terutama orang berbangsa Cina Malaysia. Saya juga yakin ada juga 'orang-orang besar' negara di dalam Guinness Malaysia ini. Ia telah meresap masuk ke dalam majlis-majlis besar serta dipromosi melalui Tourism Malaysia dan Books World of Record. Sumber.

Ini belum lagi cerita tentang Calrsberg Malaysia dan pusat judi terbesar di Asia yang terletak di Genting Highlands.

Dua perkara yang Allah SWT haramkan itulah yang menjadi antara sumber pendapatan negara sehingga ke hari ini iaitu arak dan judi.

"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (segala yang memabukkan) dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,"
(Surah al-Baqarah 2:219)

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)"
(Surah al-Maa'idah 5:90-91)


UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia...
(Di rangkap terakhir lagu UMNO)

Bersama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Tunku Abdul Rahman. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang diterima taubat dan terhindar daripada azab api neraka.

Hidup dalam mencari...