Konflik Darfur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Entah mengapa seringkali nama Darfur bermain-main ligat di dalam fikiran. Wilayah yang berada di dalam salah sebuah negara Islam ini mula saya kenali ketika seringkali disebut di dalam berita. Sudan telah diletakkan di dalam senarai antara yang teratas sebagai musuh Amerika Syarikat selepas peristiwa 9 September 2001.

Sejak itu tertanya-tanya apakah yang terjadi sebenarnya disebalik Darfur ini? Apa yang saya yakin ia merupakan salah satu bentuk kekejaman dan penindasan terhadap masyarakat Islam yang berada dan menetap di wilayah tersebut. Saya membuat kesimpulan sendiri bahawa apa yang terjadi di Darfur hampir sama keadaanya yang berlaku di Bosnia dan Ambon. Ciri-cirinya ada.

Negara Sudan terletak di bahagian timur benua Afrika di selatan Mesir. Merupakan antara negara terluas di benua Afrika.


Setelah sekian lama, hati terpanggil untuk meletakkan isu Darfur ini di dalam blog secara ringkas. Semoga ada manfaatnya sebagai peringatan dan pengetahuan untuk semua. Sumber yang saya dapati adalah daripada Wikipedia (yang diambil daripada Utusan Melayu dan Berita Harian) dan saya masih tidak mampu untuk mencari dengan lebih meluas di alam maya internet ini.

Sengaja saya menyalin kembali apa yang diterangkan di dalam Wikipedia dan menebalkan beberapa perkataan sebagai penekanan dalam memahami isu ini khususnya dan isu-isu lain amnya.

Darfur terletak di barat Sudan dan bersempadan dengan tiga buah negara.

Konflik Darfur ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya bencana alam, oportunis politik dan masalah politik serantau. Konflik ini juga disebabkan oleh ketidakseimbangan pembangunan dan peluang kehidupan di antara pusat bandar di sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran seperti Darfur.

  • Amerika Syarikat beriya-iya campur tangan dalam isu Darfur bagi mengalihkan pandangan dunia terhadap pencerobohan Amerika di Iraq. Setiap minit isu Darfur disiarkan media antarabangsa, bermakna satu minit kurang tumpuan dunia kepada Iraq. Pengarah Jabatan Undang-undang Antarabangsa dan Perjanjian Kementerian Luar Negara Sudan, Sirajuddin Hamid Yousuf telah cuba menghuraikan isu konflik Darfur di Kongres Kesatuan Wanita Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 2007.
  • Konflik di Darfur bukanlah pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai. Profesor Davild Hoile dari pertubuhan Medicines Sans Frontier menafikan tuduhan tersebut dan meminta sebarang bukti dan jika ada perlukan kajian lanjut.
  • Majoriti penduduk Darfur beragama Islam , jadi mereka mempunyai keseragaman agama . Jadi bukan konflik yang berpunca dari pertelingkahan antara agama sebagaimana sangkaan masyarakat dunia selama ini.
  • Gaya hidup nomad masih diamalkan di Darfur . Persaingan antara kumpulan penternak dan petani, rakyat keturunan Arab dan Afrika mencetuskan konflik berdarah. Perebutan laluan perjalanan binatang menjadi punca tradisional mereka bertelingkah (Ekonomi wilayah Darfur sangat bergantung kepada pertanian. Maka, persaingan sangat tinggi sehingga menyebabkan konflik apabila hanya satu sumber sahaja yang mampu untuk diusahakan sebagai sumber ekonomi utama).
  • Mulanya puak-puak ini berebut sumber asli dan akhirnya berubah menjadi isu politik apabila kerajaan dan media barat campur tangan. Terjumpanya minyak di Chad yang bersempadan dengan Sudan dan eksploitasi minyak di selatan Darfur menambahkan ketegangan.
  • Tekanan ke atas Kerajaan Sudan lebih buruk selepas tragedi 11 September, 2001, yang mencetus perasaan ‘Islamiphobia’ apabila AS dan Britain mensasarkan kemarahan kepada pemerintahan pro Islam seperti Sudan. Regim Sudan serta-merta berada di senarai teratas musuh AS.
  • Puncak konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua kumpulan bersenjata – Tentera Pembebasan Sudan dan Pergerakan Keadilan mula berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat kerajaan dan orang awam. Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan dan pelarian ke negara jiran. Negara jiran seperti Eriteria dan Chad bukan saja memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka menjadi pangkalan utama kumpulan pemberontak. Kini Eriteria memainkan peranan positif untuk menghasilkan perjanjian damai di Darfur.
  • Di Chad wujud hubungan etnik yang rapat antara pemberontak di Darfur dan pemberontak di Republik Chad. Beberapa perjanjian telah dibuat antara Sudan dengan Chad bagi mengendurkan ketegangan. Sumber.
Sebenarnya terdapat hujah yang menunjukkan tanda-tanda campurtangan Amerika Syarikat di dalam kekacauan di Darfur .

Pertama, Darfur yang terletak di wilayah barat Sudan itu sangat kaya dengan hasil-hasil bumi seperti uranium, gas asli dan emas. Menurut Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair, “ Amerika Syarikat telah berjaya menemukan sumber minyak di wilayah tersebut, namun, kami telah memberi kepercayaan kepada syarikat-syarikat daripada Asia untuk melakukan operasi carigali.” Daripada kenyataan Muhammad itu, tidak mustahil Amerika Syarikat masih menyimpan minat untuk masuk ke dalam wilayah Darfur berdasarkan kepentingan hasil-hasil bumi tersebut, terutamanya uranium.

Kedua, latar belakang Darfur juga memberi petunjuk membuktikan campurtangan Amerika Syarikat . Darfur merupakan pusat kegiatan Islam di Sudan dan wilayah tersebut mempunyai peranan penting di dalam menyatukan Sudan dengan Afrika dan Islam dengan Afrika. Umat Islam di Darfur amat gigih untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh. Kecenderungan tersebut tentunya sesuatu yang amat tidak disukai oleh barat pimpinan Amerika Syarikat.

Walaupun kekacauan di Darfur telah bermula sejak tahun 1970-an lagi, ia mula memuncak hanya setelah kejadian 11 September 2001, peristiwa yang menyaksikan dua menara WTC (World Trade Centre) runtuh akibat dilanggar dua pesawat penumpang yang didakwa angkara perbuatan pengganas.

Kekacauan di Darfur mungkin bermula akibat ketegangan pada tahun 1970-an (yang berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengatakan kerajaan Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi) tetapi ia menjadi tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campur tangan.

Ketiga, campurtangan Amerika Syarikat menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNHCR dan Amnesti International, Amerika Syarikat telah berusaha untuk memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar menerima kehadiran pasukan PBB untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian. Kenyataan daripada pemimpin Nancy Pelosi (US House Democratic Minority Leader), Carlifornia: “Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan lebih banyak pembunuhan jika tidak mahu melihat tragedi Rwanda berulang semula. Ini adalah situasi kecemasan. Kita mempunyai kewajipan yang sah untuk bertindak di bawah undang-undang antarabangsa”

Donald Payne, wakil parti Demokrat dari New Jersey ketika itu pula berkata: “Kita menggesa Setiausaha pertahanan, Colin Powell untuk menyokong campurtangan segera bagi menghentikan pembunuhan-pembunuhan itu, jika tidak berjuta-juta orang akan terbunuh pada akhir tahun nanti”

Keempat, campurtangan Amerika Syarikat telah pun bertapak di wilayah selatan Sudan. Amerika Syarikat telah terbukti membekalkan senjata dan dana kepada SPLA di dalam menjalankan misi keganasannya. Pada 1999, Madeline Albright, wakil Amerika Syarikat telah menemui John Garang, pemimpin SPLA ketika itu, untuk membincangkan bantuan kemanusiaan. Bukankah sudah memadai perbincangan di peringkat pemerintah Sudan , mengapa harus menemui John Garang? Sumber.

Kekacauan di Darfur (barat Sudan) dilihat sebagai batu loncatan kepada Amerika Syarikat untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan.

Sudan tidak tergolong di kalangan negara maju mahupun negara membangun. Majoriti penduduknya bergama Islam-Sunni dan merupakan masyarakat kulit hitam. Lihat bagaimana jijiknya perangai dan sikap Amerika Syarikat ini. Bila kita membenci sesebuah negara, tidak bermaksud membenci seluruh rakyatnya. Tapi membenci pemimpin mereka yang menentukan polisi negara dan dasar luar terhadap negara lain.

Semoga negara seaqidah ini terus kita doakan kesejahteraan mereka disamping membantu apa yang termampu.

*Pagi semalam selepas ber'jogging' dengan seorang sahabat, dia bertanya. "Apa akan terjadi sekiranya Sudan diserang?" Kemudian dia bertanya lagi. "Sungai Nil berpunca daripada Sudankan?" Saya tersenyum. Kemudian kami membuat kesimpulan, sekiranya Sudan diserang, musuh akan menukar laluan sungai Nil agar tidak melalui Mesir. Atau mungkin juga dengan mudah meracuni sungai Nil yang merupakan satu-satunya sumber air dan menjadi 'nadi kehidupan' rakyat Mesir. Kemudian saya menambah, "Ia pasti tidak akan berlaku kerana Mesir dilindungi oleh Allah dengan kemuliaan para wali dan Nabi yang pernah hidup di tanah bertuah ini". Atau mungkin boleh terjadi andai umat Islam terus leka!

Hidup dalam mencari..

Comments