Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Tuesday, March 29, 2011

Kembali

Alhamdulillah.
Setiap yang berlaku PASTI ada hikmah.
Cuma adakah akal manusia mampu untuk menanggapinya..?

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
24 Rabi'ul Akhir 1432 H.
29032011.

Monday, March 28, 2011

KATA IMAM AL-GHAZALI

Yang singkat itu "WAKTU"

Yang menipu itu"DUNIA"

Yang dekat itu"KEMATIAN"

Yang besar itu"HAWA NAFSU"

Yang berat itu"AMANAH"

Yang sulit itu"IKHLAS"

Yang mudah itu "BERBUAT DOSA"

Yang susah itu"SABAR"

Yang sering lupa itu"BERSYUKUR"

Yang membakar amal itu"GHIBAH"

Yang mendorong ke neraka itu"LIDAH"

Yang berharga itu"IMAN"

Yang menentramkan hati itu"TEMAN SEJATI"

Yang ditunggu Allah Swt. itu"TAUBAT"


*Walaupun saya tidak pasti akan kebenaran ia kata-kata Imam Al-Ghazali, sekurang-kurangnya kita mengenali beliau atas pemikirannya yang penuh hikmah.

Kuala Lumpur,
23 Rabi'ul Akhir 1432 H.

Thursday, March 24, 2011

80% penjawat awam dibelenggu hutang

PUTRAJAYA: Lebih 80 peratus penjawat awam dibelenggu dengan hutang disebabkan gagal mengurus kewangan secara bijak terutama apabila keinginan melebihi kemampuan, ditambah kemudahan pembiayaan yang terlalu longgar.

Malah, ramai di kalangan mereka mengalami krisis kewangan yang lebih teruk sehingga jatuh bankrap, sekali gus menghadapi risiko hilang pekerjaan dan kelayakan mendapat bayaran pencen. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Datuk Omar Osman (gambar), berkata masalah itu disebabkan penjawat awam mudah mendapatkan pinjaman hingga mendatangkan masalah.

Menurutnya, memang ramai bersikap seperti itu lebih-lebih lagi apabila mendapati dirinya layak mendapat pinjaman.

“Beli kereta pun zero deposit pada penjawat awam. Ini sesiapa pun nak beli.

“Kadang-kadang ada yang menjadi penjamin kepada kawan yang hendak berniaga, sebab penjawat awam ini kalau jadi penjamin memang laku, tak kira gaji berapa, asalkan penjawat awam, boleh.

“Kawan pula tak boleh buat apa-apa, perniagaan tak jalan, dia pun hilang dan yang menjadi mangsa penjamin, tak boleh lari,” katanya, kepada pemberita selepas majlis perasmian Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Kebankrapan dan Bantuan Guaman di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Berdasarkan laporan Jabatan Insolvensi ada seramai 1,086 penjawat awam bankrap pada 2009, dengan lebih 70 peratus adalah lelaki.

Omar berkata, angka berkenaan tinggi di kalangan penjawat awam, malah sepatutnya tidak berlaku kes seumpama itu.

“Kita nasihatkan penjawat awam kalau boleh kena tengoklah pendapatan bulanan kita dan berbelanja dengan kebijaksanaan.

“Janganlah sampai menghuru-harakan keluarga kita bila berlaku bankrap, berlaku perkara yang tidak diingini, kerana ini yang menjadi masalah.

“Nanti produktiviti, prestasi dan integriti mereka akan terjejas, kerana masalah kewangan boleh menyebabkan masalah lain,” katanya.

myMetro
23 Mac 2011

Monday, March 14, 2011

Manfaatkanlah waktu mustajab doa

Allah SWT berfirman bermaksud: “Mohonlah (berdoalah) kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonan (doa) kamu itu.” (Surah Ghafir, ayat-60)

Dalam surah al-Baqarah ayat 186 bermaksud: “Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia memohon (berdoa) kepada-Ku.”

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Doa itu adalah ibadat.”

Ibnu ‘Atha’ berkata: “Doa itu mempunyai beberapa rukun (sendi) yang kuat, mempunyai beberapa sayap mampu naik ke langit tinggi, mempunyai beberapa sebab menyebabkan diterimanya. Menurutnya lagi, rukun doa itu ialah hadir hati bila berdoa serta tunduk menghinakan diri kepada Allah SWT. Sayapnya ialah berdoa dengan sepenuh kemahuan dan keikhlasan yang timbul daripada lubuk jiwa dan bertepatan dengan waktunya. Sebab ia diterima ialah berselawat kepada Nabi sebelum berdoa.

Satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tuhan kita turun ke langit dunia ketika malam tinggal sepertiga yang akhir. Maka Tuhan berkata: “Sesiapa berdoa kepada-Ku maka Aku akan perkenankan doanya, sesiapa meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, sesiapa meminta ampun maka Aku ampuni dia.”

Hadis lain menyatakan: “Pada waktu malam, sesungguhnya ada satu masa jika seseorang Muslim memohon kepada Allah kebajikan dunia dan akhirat, nescaya Allah SWT mengkabulkannya.

Secara ringkas, waktu berdoa mustajab ialah:

# Ketika turun hujan.

# Ketika hendak memulakan solat dan sesudahnya.

# Ketika menghadapi barisan musuh dalam medan peperangan.

# Pada waktu tengah malam.

# Di antara azan dan qamat.

# Ketika iktidal akhir solat.

# Ketika sujud dalam solat.

# Ketika khatam (tamat) membaca al-Quran 30 juzuk.

# Sepanjang malam, terutama sekali sepertiga yang akhir juga waktu sahur.

# Sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bertemu dengan saat diperkenankan doa (ijabah) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

# Antara Zuhur dengan Asar dan antara Asar dengan Maghrib.

Selain itu, tempat utama mustajab doa pula adalah :

# Ketika melihat Kaabah

# Ketika melihat Masjid Rasulullah SAW.

# Ketika melakukan tawaf.

# Di Multazam.

# Di telaga Zamzam.

# Di Kaabah.

# Di belakang Makam Ibrahim.

# Di Bukit Safa dan Marwah.

# Di Arafah, Muzdalifah, Mina dan berhampiran Jamrah (tempat melontar).

# Tempat mulia seperti masjid, surau dan lain-lain.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku sudah memerintahkan supaya berlaku adil dan mendirikan solat pada setiap masjid serta berdoalah kamu kepada-Nya dengan mengikhlaskan taat kepada-Nya. Bagaimana Tuhan sudah menjadikan kamu pada permulaan, begitu pulalah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-A’raf ayat 29)

Islam sangat menyukai kita berdoa untuk seseorang yang jauh daripada kita. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Doa seorang Muslim (untuk kebaikan) saudaranya (Muslim) yang jauh adalah mustajab.” Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Pada sisi orang berdoa itu berdirinya seorang Malaikat. Setiap kali ia berdoa kebaikan untuk saudara Muslimnya, maka Malaikat yang ditugaskan itu berkata: “Amin (memohon agar doa itu diperkenankan) dan bagimu seumpamanya.”

Begitu juga kita disuruh mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang diberikan kepadanya kebajikan, lalu ia mendoakan orang itu dengan menyebut ‘Jazakallahu khairan’ (mudah-mudahan Allah SWT membalasmu dengan kebajikan yang lebih baik), maka seseorang itu sudah memenuhi hak sanjungan. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Dan sesiapa membuat kebajikan (makruf) kepadamu, maka balaslah kebajikan itu. Jika engkau tidak sanggup membalasnya, maka berdoalah untuknya sehingga terasa kamu membalas kebajikan orang itu dengan sesempurnanya.Wallahua’lam.

Sumber

Memanfaatkan ruang untuk kebajikan sedaya mungkin.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,

9 Rabi'ul Akhir 1432 H.

Wednesday, March 2, 2011

Orang Mukmin Sentiasa Bersabar dengan Musibah dan Reda dengan Ketentuan Allah

Sumber

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sebagai manusia biasa dan sebagai hamba Allah s.w.t hidup kita di dunia ini tidak akan sunyi dengan kesusahan, dugaan, ujian, musibah dan kedukaan. Samaada musibah ini berlaku ke atas diri kita sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga , sahabat-handai maupun di dalam masyarakat .

Tetapi orang mukmin sentiasa bersikap positif dan reda dengan qada dan qadar daripada Allah S.W.T.

Setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T.dianggap sebagai baik kerana mengandungi hikmah yang mungkin tidak dapat dijangka oleh akan fikiran mausia. Dan hanya Allah S.W.T. sahaja yang Maha Mengetahu segala hikmah di atas setiap kejadian dan ketentuan-Nya.

Firman Allah S.W.T. maksudnya: "Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ; "Inna lillahi wa inna illahi rajiun" (sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali). Merekalah yang memperoleh ampuna dan rahmat dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah ayat 155-157)

Kalimat "Inna lillahi wa inna illahi rajiun" dinamakan kalimat 'istirja' (penyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya ketika ditimpa musibah baik besar atau kecil.

Sahabat yang dimuliakan,

Sifat sabar adalah sifat orang mukmin yang sentiasa hati dan jiwanya berhubung dengan Allah S.W.T. dan apabila sesuatu yang mendukacitakan berlaku atas dirinya lidahnya terus menyebut "Inna lillahi wa inna illahi rajiun" (sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali.)

"….Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat".
(Surah al-Hijr ayat 56)

Orang mukmin yang sabar dan yakin dengan janji-janji Allah sebenarnya mempunyai tujuh prinsip yang menyebabkan dia tidak kecewa dan berputus asa dengan rahmat Allah S.W.T.:

Pertama: Kita mesti yakin kepada Allah. Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadi aku tenang menerima apa saja ketentuan Allah keatas diriku. Kita yakin apa yang ditentukan-Nya itu yang lebih baik untuk kita. Sekalipun pada zahirnya nampak tidak baik.

Kedua: Kita hendaklah yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana. Tiada sesiapa dapat lari darinya. Sesungguhnya tiada sesiapa yang boleh menolak ketetapan-Nya. Maka semestinyalah kita reda dengan ketetapan Allah, tidak merintih dan menyesalinya.

Ketiga: Kita hendaklah yakin bahawa apa yang kita hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah.Kejayaan dalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah. Dan kita sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untuk kita keadaan yang lebih baik sama ada di dunia dan akhirat. Dengan itu kita tidak dihimpit kerisauan dan keluh kesah.

Keempat: Kita hendaklah yakin bahawa jika kita tidak sabar maka apalah gunanya kita merintih? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedihan, kerisauan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tak lena, makan tak selera dan ibadah tak sempurna.

Kelima: Adalah tidak mustahil kita akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang dialami sekarang. Lantaran itu kita hendaklah bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang kita terima ini. Bukankah pepatah ada menyebut ‘sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan berasa ringan kesusahan yang ditanggungnya?'.

Keenam: Musibah yang menimpa diri kita bukan pada agama. Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan, kefasikan atau kekufuran. Adapun musibah yang lain daripada itu, sama ada terhadap harta, anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja. Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya. Lantaran itu Rasulullah S.A.W. berdoa maksudnya : “ Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami atas agama kami”

Ketujuh: Dan yang akhir, sesungguhnya kita sedang menanti pertolongan daripada Allah. Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud “…Dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia…” (Surah Ali- Imran ayat 140)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita berpegang kepada tujuh prinsip di atas semoga hati kita sentiasa reda dan tidak keluh kesah atas apa saja dugaan dan cabaran di dalam kehidupan ini. Ingatlah hidup kita hanya sementara dan di akhiratlah kehidupan yang kekal abadi . Apabila kita bersabar maka Allah S.W.T. telah berjanji di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" (Surah az-Zumar, ayat 10).

*Sangat tertarik dengan artikel ini. Moga ada manfaatnya.

Kuala Lumpur,
27 Rabi'ul Awwal 1432 H.