Tanda-tanda bahawa sudah tiba masanya untuk 'move on' pada sesuatu perhubungan.
1. Komunikasi yang gagal: Kegagalan yang berterusan dalam komunikasi antara anda dengannya atau dia kerap mengelak perbincangan penting boleh menandakan dia tidak berminat untuk terus berhubungan dengan anda.
2. Kurang usaha: Jika dia secara konsisten menunjukkan kurangnya usaha, kesungguhan dan keterujaan dalam perhubungan dengan anda, ini mungkin petanda dia sebenarnya tidak komited sepenuhnya terhadap anda.
3. Ketidakserasian emosi: Jika terdapat jarak yang ketara antara emosi anda dengannya, atau jauhnya keserasian emosi anda dengannya dan usaha untuk menyambung semula atau menemui keserasian tidak berjaya, ini mungkin petanda tiada seiringan emosi dalam perhubungan anda dengannya.
4. Pengkhianatan berulang: Jika kepercayaan telah dikhianati berulang kali dan terdapat corak pengkhianatan yang pelbagai sama ada secara jelas atau sebaliknya, mungkin sukar untuk mengekalkan hubungan dengan di
5. Rasa tidak bahagia yang berterusan: Jika hubungan anda dengannya secara berterusan membawa kepada rasa tidak bahagia, tertekan, rasa keseorangan walaupun ketika dia sedang berada di depan mata anda, lebih kerap rasa tekanan berbanding kegembiraan, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula perhubungan anda dengannya.
6. Perbezaan keutamaan dalam hidup: Jika matlamat dan keutamaan hidupnya secara konsisten tidak selari dengan anda, ia boleh menghalang keserasian jangka panjang.
Bagi memastikan perhubungan anda dengannya berakhir untuk memperoleh kebaikan:
1. Percayakan diri anda: Dengarlah apa perasaan dan naluri anda berbicara tentang hubungan tersebut.
2. Komunikasi yang terbuka: Lakukan perbicaraan dan perbualan yang terbuka dan jujur tentang keadaan hubungan anda dengannya, tangani kebimbangan dan sangkaan-sangkaan yang negatif.
3. Menilai tindakan berbanding ucapan: Beri perhatian kepada tindakan lebih daripada upacan dan kata-kata. Tindakan yang konsisten 'bercakap' lebih kuat daripada ucapan cinta yang kerap atau sekali-sekala diucapkan itu.
4. Utamakan kesejahteraan dan kebahagiaan diri: Pertimbangkan untuk anda mengutamakan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam diri anda sendiri. Jika anda tetap kekal dalam hubungan dengan dia tetapi memberi kesan negatif kepada kehidupan, perasaan, emosi, juga rutin seharian anda, mungkin sudah tiba masanya untuk melepaskan dia.
5. Membuat keputusan untuk 'move on' boleh jadi ia amat sukar, memberi tekanan atau menyedihkan, tetapi mengutamakan kebahagiaan dan kesejahteraan dalaman diri anda sendiri adalah lebih utama dan penting dalam mana-mana perhubungan yang anda jalinkan.
Hidup dalam mencari..
Bandar Baru Bangi,
17 Ramadhan 1445H.
Comments