10 Psikologi Wanita Yang Sedang Dilamun Cinta



1. Apabila seorang wanita menyayangi anda, dia mencari-cari jaminan cinta anda dan ingin berasa seperti hanya dia satu-satunya orang yang istimewa dalam hidup anda.

2. Memberi perhatian kepada perkara-perkara kecil dan perasan terhadap perubahan yang boleh membuatkan dia berasa dihargai dan penting.

3. Wanita mengambil masa lebih panjang untuk jatuh cinta terhadap anda kerana berlakunya proses emosi dan pengalaman dalam diri mereka secara menyeluruh.

4. Wanita yang sedang bercinta cenderung untuk memanjakan diri mereka dan akan gelak atau memberi respon terhadap gurauan anda, mencari jenaka dalam segala hal.

5. Apabila anda memanggilnya dengan nama samaran yang digemarinya, atau panggilan manja atau panggilan yang disukainya akan memenuhi hidupnya dengan kebahagiaan sehingga menunjukkan rasa kasih dan sayangnya terhadap anda.

6. Wanita sebenarnya memperoleh seseorang sebagai 'pelindung' apabila bercinta dengan anda, juga ingin menjaga anda sebagai pasangannya selamat dari bahaya.

7. Wanita akan merasai perasaan yang teruk apabila pasangannya tiba-tiba tidak mengendahkan kata-katanya ketika di tengah-tengah perbualan kerana ia menunjukkan anda tidak menghargai komunikasi yang sedang berlaku.

8. Wanita suka kepada kejutan kerana ia membawa kegembiraan terhadap perasaannya dan meningkatkan keintiman dalam hubungan.

9. Perasaan disayangi menjadikan seorang wanita sangat gembira dan menambahkan seri dalam hidupnya.

10. Menghormati wanita yang menyayangi dan mencintai anda serta tidak menganggapnya remeh terhadap perasaannya yang sebenar. Lakukan perkara yang membuat dia berasa dihargai, mendapat penghormatan dan memperoleh kasih dan sayang daripada anda.

Penafian: Tiada jaminan semua yang tersenarai adalah fakta yang pasti, melainkan anda sendiri yang lebih tahu dan melaluinya.

Hidup dalam mencari..

Bandar Baru Bangi,
15 Ramadhan 1455H.

Comments