Pendahuluan
Sistem tulisan dan ejaan Jawi di Malaysia telah melalui beberapa proses perubahan dan penambahbaikan. Kementerian Pendidikan Malaysia pada asalnya telah memberi arahan khusus di mana Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) tahun 1986 digunakan dalam setiap peringkat pendidikan di Malaysia selain daripada Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan yang merupakan pedoman terkini system ejaan Jawi. Sehubungan dengan itu, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran subjek Jawi perlulah selari dengan pedoman-pedoman ini.
Sistem tulisan dan ejaan Jawi di Malaysia telah melalui beberapa proses perubahan dan penambahbaikan. Kementerian Pendidikan Malaysia pada asalnya telah memberi arahan khusus di mana Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) tahun 1986 digunakan dalam setiap peringkat pendidikan di Malaysia selain daripada Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan yang merupakan pedoman terkini system ejaan Jawi. Sehubungan dengan itu, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran subjek Jawi perlulah selari dengan pedoman-pedoman ini.
Batu Bersurat Terengganu
Terdapat tiga peringkat kemahiran PdP iaitu kemahiran asas (membunyikan/menyebut, mendengar, membaca dan mengira), aras sederhana (mengetahui, mengingat/menghafal dan memahami) dan aras tinggi (mengaplikasi, menilai/menganalisis dan mencipta). Tidak terkecuali PdP bagi subjek Jawi, tiga kemahiran ini perlu dilaksanakan secara bertahap dan terancang. Beberapa langkah yang dikenalpasti memberi kesan yang signifikan dalam penguasaan subjek Jawi dihuraikan seperti di bawah.
Sebelum mengenal huruf, murid perlu dimaklumkan bahawa penulisan dan pembacaan Jawi adalah sama seperti sistem tulisan Arab iaitu dari kanan ke kiri. Persamaan lain ialah tidak mempunyai huruf besar atau kecil, namun berlaku perubahan bentuk huruf apabila dirangkankan dalam penulisan sesuatu perkataan. Guru juga perlu memberi pengenalan huruf hija’iyyah jawi kepada murid. Huruf hija’yyah Jawi mempunyai beza berbanding huruf hija’iyyah Arab dan perkara ini perlu diperjelas kepada murid. Abjad Jawi bahasa Melayu mempunyai 37 huruf bentuk tunggal. Tambahan huruf Jawi dalam sistem hija’iyyah adalah seperti ta marbutah, ca, nga, pa, ha, va, alif maqsurah dan nya. Bentuk huruf Jawi diperkenalkan beriringan dengan nama huruf dan padanan rumi. Walaubagaimanapun, wujud juga beberapa huruf Rumi yang mempunyai lebih daripada satu padanan dalam huruf Jawi yang melibatkan huruf a, e, d, h, i, k, s, t, u/o dan z.
Pengetahuan dan kemahiran berkaitan suku kata bahasa Melayu adalah penting. Guru perlulah mengulangkaji dan mengenalpasti pengetahuan lepas murid berkenaan suku kata bahasa Melayu. Ini kerana bentuk huruf dan cara penulisan Jawi berkait rapat dengan sistem suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Guru perlu menjelaskan kepada murid bahawa bentuk huruf Jawi bergantung kepada kelompok dan kedudukannya apabila ditulis secara tunggal, di akhir kata, di tengah kata atau di awal kata. Proses ini akan melibatkan pengenalan guru terhadap sifat huruf seperti yang dinamakan sebagai huruf mesra, huruf sombong dan huruf pentingkan diri.
Menulis kata dalam tulisan Jawi melibatkan enam aspek yang utama iaitu penulisan kata umum, kata serapan, kata nama khas, penulisan angka dan lambang bilangan seperti tarikh, mata wang dan sistem nombor, akronim dan singkatan dan akhir sekali tanda baca. Kata umum merangkumi kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata sendi nama, kata ganti nama siri singkat, kata ganda dan partikel. Kata serapan kebiasaannya meliputi serapan bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Imla’ boleh lah dimaksudkan sebagai pembacaan dengan suara yang kuat atau lantang melalui sesuatu sumber yang terdiri seperti perkataan, frasa atau ayat untuk ditulis oleh orang lain. Imla’ akan melibatkan dua kemahiran utama iaitu mendengar dan menulis secara mekanikal, iaitu menyalin balik unit-unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana. Ia boleh dilakukan sama ada antara guru dan murid atau sesame murid. Kebaikan kaedah imla’ ialah menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas dan tepat seta dapat melatih pendengaran murid terhadap sebutan atau intonasi perkataan, frasa dan ayat.
Selain daripada guru perlu mengenalpasti kaedah yang sesuai dan tepat untuk mengajar subjek Jawi, guru juga perlulah memberi pengajaran, penerangan dan pemahaman terhadap kaedah tulisan Jawi itu sendiri. Setiap proses daripada mengenal huruf dan bentuknya, menyebut, mengeja dan membaca, menulis kata, melaksanakan kaedah imla’, guru perlulah sentiasa mengulang dan mengingatkan murid perihal kaedah-kaedah penulisan Jawi. Proses ini boleh dibuat melalui latihan yang berterusan mengikut pusingan tajuk atau topik untuk pengukuhan.
Kaedah latih tubi kebiasaannya melibatkan aktiviti pengulangan fakta untuk mempertingkat kecekapan murid terhadap pembelajaran yang telah mereka lalui sebelumnya. Ia melibatkan pelbagai tahap kemahiran daripada tiga aras kemahiran yang telah diterangkan sebelum ini. Latih tubi mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana murid akan mencapai penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang optimum di samping boleh menjamin ia kekal dalam diri murid.
Kepelbagaian aktiviti mampu memberi hasil yang signifikan dan holistik terhadap prestasi dan pencapaian murid dalam subjek Jawi. Guru yang kreatif dan inovatif diperlukan bagi memastikan PdP bagi subjek Jawi dapat dikuasai dengan maksimum. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti bercerita, memberi penerangan, tunjuk cara, sumbang saran, penemuan, soal jawab, pembentangan, perbincangan, aplikasi, simulasi atau bernyanyi/bernasyid.
Seperti subjek lain, subjek Jawi juga memerlukan guru untuk mengaplikasikan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian secara terancang dan bermakna. Subjek Jawi juga tidak tidak hanya melibatkan pengetahuan atau aspek kognitif semata, tapi merangkumi kemahiran psikomotor dan afektif. Pengukuhan dari peringkat asas atau awal PdP subjek Jawi sangatkan penting dan diperlukan kerana sekiranya tidak dikuasi dengan baik dikhuatiri murid tidak mampu menguasaan topik atau tajuk subjek pendidikan Islam dan pecahan-pecahannya kerana nilai agama Islam dan tulisan Jawi bergerak seiringan.
Hidup perlu bersyukur..
Bandar Baru Bangi,
18 Jamadil Akhir 1444H.
Comments