Kau Ilhamku

Prolog

Hidup ini bagaikan roda-roda yang saling bergandingan dan berhubungan. Andai titik itu berada di bahagian paling bawah mencecah lantai, apabila ia mula berputar maka titik tersebut akan mula bergerak. Sama ada di pandangan mata ia berputar ke arah kiri atau kanan, sebagai titik yang berada di bahagian paling bawah, ia tetap bergerak naik ke atas.

Ia mula berputar, sama ada laju atau perlahan. Titik tersebut mula menaik ke atas sehingga mencapai di pertengahan. Separuh putaran mencukupi untuk menjadikan titik tersebut berada di kemuncak, bahagian paling atas sebuah roda. Separuh lagi puataran bagi menyempurnakan putaran titik tersebut mestilah kembali ke tempat ia bermula.


Di kala satu roda utama yang menggerakkan kehidupan sedang berputar, maka lain-lain roda yang lebih kecil sedang ikut berputar bersama. Setiap roda kecil mewakili liku-liku atau episod-episod tertentu dalam sebuah kehidupan seseorang. Boleh jadi ketika sebuah roda menjadi perlahan atau tertahan sukar atau tidak boleh bergerak, ia menjejaskan fungsi roda yang utama tadi.

Hakikat roda masih tetap tidak mampu dinafikan. Ketika ia sedang berada di kemuncak, pastinya ia boleh kembali ke tahap paling bawah. Hanya sama ada mahu roda itu terus dihentikan, atau biarkan tetap berputar.. Suatu ketika titik berada di kemuncak, suatu masa di pertengahan, suatu masa di kedudukan paling rendah.. Kerana itulah kehidupan. Sama ia ia dipaksa henti, berhenti sendirinya atau pemiliknya hendak dihentikan.

Namun ketika sela masa itu sedang berlaku, tidak mustahil wujud suatu keadaan yang telah menyebabkan roda kembali berputar, malah menjadi semakin lancar. Walau ia hanya satu roda dari roda-roda yang lain, namun ia telah menyebabkan roda yang utama berputar dengan lebih baik, sehinggakan roda-roda yang lain turut lancar dan berputar dengan sangat baik. Andai roda itu diibarat milik sebuah kapal terbang kargo membawa buku-buku, maka ia akan membawa terbang ke nan tinggi menggapai langit biru membawa penumpang ke mana mereka mahu pergi. Andai roda itu diibarat pula milik sebuah kereta kuda, akhirnya roda itulah yang akan membawa pemiliknya bersama penumpang yang dibawa menuju ke destinasi yang telah mereka tentukan..

Epilog


Kau Ilhamku

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau pun rembulan
T'rima kasih ku ucapkan

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

Maafkanlah oh
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

Maafkanlah oh
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh
Sekadar memori
Kita di arena ini

Kau ilhamku
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
(Kau ilhamku)

Kau ilhamku
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
(Kau ilhamku)

Kau ilhamku
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
(Kau ilhamku)

Kau ilhamku
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
(Kau ilhamku)

Bandar Baru Bangi,
9 Jamadil Awwal 1444H.

Comments