PERIHAL TAJASSUS

 Firman Allah SWT:

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُواْ وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Telah dibincangkan oleh Al-Tabari (310H) dalam kitabnya Tafsir Jami' al-Bayan fi Tafsir al-Quran:

Allah memberi peringatan kepada orang yang membenarkan Allah dan rasulNya agar menjauhi sifat banyak berprasangka  terhadap sesama orang beriman. Ini kerana berprasangka merupakan perbuatan yang buruk dan sesungguhnya ia adalah perkara yang salah. Allah swt berfirman { اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِنَ الظَّنّ } tidaklah bermaksud keseluruhan prasangka kerana diizinkan seseorang mukmin bersangka terhadap mukmin yang lain perkara-perkara yang baik. Jika tidak kita akan mendengar orang-orang mukmin lelaki dan perempuan bersangka sesama mereka dengan kebaikan lantas menyatakan ia adalah dusta yang nyata. Allah swt mengizinkan seseorang mukmin bersangka terhadap sesama mukmin yang lain berkenaan sesuatu kebaikan lantas mereka menyebutnya, walaupun apa yang mereka sebutkan itu belum lagi mereka yakin. Ini adalah makna dari apa yang dijelaskan oleh ahli ta’wil.



Al-Imam menyatakan, Telah dikhabarkan kepadaku daripada Ali daripada Abu Salih daripada Mu’awiyah daripada Ali daripada Ibnu ‘Abbas, firman Allah swt { يا أيُّها الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِنَ الظَّنِّ } beliau berkata Allah SWT melarang orang-orang beriman berprasangka buruk terhadap mukmin yang lain. Selanjutnya firman Allah SWT { إنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إثْمٌ } beliau menjelaskan bahawa seseorang mukmin berprasangka terhadap mukmin yang lain dengan keburukan dan bukannya kebaikan ia adalah dosa. Ini kerana Allah swt menegah perbuatan tersebut, melakukan apa yang ditegah oleh Allah adalah dosa.

Firman Allah SWT { وَلا تَجَسَّسُوا } Ibnu ‘Abbas berkata janganlah seseorang mengikuti (menyoroti) aurat (keburukan dan perihal peribadi) orang lain, janganlah berbahas (berbincang dan bersembang) perihal keburukannya, kerana perbuatan tersebut sememangnya menzahirkan keaibannya. Akan tetapi kita hendaklah berpada dengan apa yang terzahir di depan mata kita sahaja berkenaan hal tersebut, sama ada kita mengucapkan pujian (terhadap perkara yang baik) dan mencelanya (terhadap sesuatu keburukan), bukan terhadap perkara-perkara buruk seseorang yang kita tidak ketahui. Demikianlah yang telah dikatakan oleh para ahli ta’wil kepada kami. Al-Imam menyatakan telah dikhabarkan kepadaku daripada Ali daripada Abu Salih daripada Mu’awiyah daripada Ali daripada Ibnu ‘Abbas, firman Allah SWT { وَلا تَجَسَّسُوا } dia telah berkata Allah SWT melarang orang beriman mengkehendaki aurat-aurat mukmin.

Telah diceritakan kepadaku oleh Muhammad bin ‘Amru, dia berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh Abu ‘Asim, katanya telah dikhabarkan kepada kami oleh ‘Isa dan telah dikhabarkan kepadaku oleh al-Harith, dia berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh al-Hasan, dia berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh sekalian tuan guru, daripada Ibnu Abi Najih, daripada Mujahid, firman Allah SWT { وَلا تَجَسَّسُوا } beliau telah berkata ambillah apa yang zahir dalam kalangan kamu dan berdoalah dengan apa yang Allah SWT sembunyikan. Telah dikhabarkan kepada kami oleh Basyar, dia berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh Yazid, dia berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh Sa’id, daripada Qatadah, firman Allah SWT { يا أيُّها الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِنَ الظَّنِّ إنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا } adakah kalian tahu apakah التجسس atau التجسيس ? Ia adalah kamu menyoroti atau mengkehendaki keaiban saudara kamu untuk mengetahui rahsianya.

Telah dikhabarkan kepada kami oleh Ibnu Humaid, berkata telah dikhabarkan kepada kami Mihran daripada Sufyan { وَلا تَجَسَّسُوا } dia berkara membahaskan. Telah diceritakan kepadaku oleh Yunus berkata, telah dikhabarkan kepada kami oleh Ibnu Wahab, dia berkata Ibnu Zaid telah berkata bekenaan firman Allah SWT { يا أيُّها الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِنَ الظَّنِّ إنَّ بَعْضَ الظَّنّ إثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا } berkata, sehingga aku melihat berkenaan hal ini dan bertanya berkenaannya, sehingga aku mengetahui sama ada benarkan ia atau batil? Dia berkata Allah SWT telah menamakannya ‘tajassus’, dia berkata seseorang yang ber’tajassus’ adalah seperti seekor anjing ber’tajassus’. Dan dia telah membaca firman Allah SWT{ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضاً } dan firman Allah SWT { ولا يغتب بعضكم بعضاً } dia berkata jangan seseorang berkata seseorang terhadap seseorang yang lain menzahirkan apa yang ghaib, sesuatu yang tidak disukai oleh orang yang diperkatakan berkenaan hal tersebut sekiranya perkara tersebut diperkatakan ke atas dirinya sendiri. 

Telah disebutkan seseorang berkata sedemikian, dan athar daripada Rasulullah SAW, telah dikhabarkan kepadaku oleh Yazid bin Mukhallid al-Wasithiy, dia berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh Khalid bin Abdulllah al-Thahhan daripada Abdul Rahman bin Ishaq daripada al-‘Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada Abu Hurairah, dia berkata ditanya kepada Rasulullah SAW berkenaan al-ghibah, maka Baginda bersabda "Ia adalah kamu memperkatakan berkenaan saudara kamu apa yang ada padanya, sekiranya kamu berkata benar maka ia kamu telah ghibah terhadapnya, sekiranya kamu dusta maka kamu telah berkata dusta terhadapnya". Telah dikhabarkan kepada kami oleh Muhammad bin Abdullah bin Bazi’, berkata telah dikhabarkan kepada kami Basyar bin al-Mufadhdhal, dia berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh Abdul Rahmman bin Ishaq daripada al-‘Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW seperti itu juga.

Telah dikhabarkan kepada kami oleh Ibnu al-Muthanna, dia telah berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh Muhammad bin Ja’far, dia telah berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh Syu’bah, dia telah berkata aku mendengar al-‘Ala’ mengkhabarkan daripada bapanya daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, Apakah kalian tahu apakah ghibah? Dia telah berkata, mereka berkata Allah dan rasulnya lebih mengetahui. Baginda telah bersabda "Kamu menyebut berkenaan saudara kamu dengan apa yang tiada pada dirinya". Seseorang telah berkata, apakah pendapat kamu jika seseorang berkata sesuatu yang ada pada saudaranya? Telah berkata, sekiranya ia ada pada saudaranya apa yang diperkatakannya itu, maka ia adalah ghibah, sekiranya tiada apa yang diperkatakannya pada saudaranya itu, maka sesungguhnya itu bahtah. Telah dikhabarkan kepada kami oleh Ibnu al-Muthanna, dia telah berkata telah dikhabarkan kepada kami oleh Sa’id bin al-Rabi’ telah berkata, telah dikhabarkan kepada kami oleh Syu’bah daripada al-‘Abbas daripada seorang lelaki telah mendengar Ibnu ‘Umar berkata "Apabila seseorang menyebut perihal seseorang yang lain berkenaan apa yang ada pada lelaki tersebut, maka dia telah melakukan ghibah, sekiranya dia menyebut sesuatu yang tiada pada lelaki tersebut maka dia telah melakukan bahtah".

Telah berkata Syu'bah sekali lagi, apabila seseorang menyebut perihal orang lain yang tiada pada orang tersebut, maka dia telah melakukan fitnah. Telah berkata Abu Musa, dia adalah ‘Abbas al-Jaririy, telah dikhabarkan kepada kami oleh Ibnu al-Muthanna telah berkata, telah dikhabarkan kepada kami Ibnu Abi ‘Adiy daripada Syu’bah daripada Sulaiman daripada Abdullah bin Murrah daripada Masruq telah berkata, apabila seseorang menyebut perihal seseorang lelaki dengan keburukan yang ada pada lelaki tersebut, maka ia adalah ghibah, dan apabila seseorang menyebut perihal seseorang lelaku dengan apa yang tiada pada lelaki tersebut, ia adalah bahtah.

(Kemaskini 6 Sya'ban 1443H)
Telah bahaskan pula oleh al-Zamakhsyari (536H) dalam kitabnya al-Kasysyaf:

Dikatakan bahawa menjauhi sesuatu kejahatan adalah apabila menjauhkan diri daripada kejahatan tersebut. Hakikat keadaan ini menjadikan ianya dilihat dalam satu aspek yang terbahagi daripadanya dua elemen. Seperti dalam firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 35, { وَٱجْنُبْنِى وَبَنِىَّ أَن نَّعْبُدَ ٱلاْصْنَامَ } dikatakan kepada Nabi Ibrahim semasa Baginda dalam tempoh melakukan ketaatan itu agar menjauhi kemungkaran supaya asbab ketaatan menjadikan kurangnya melalukan kemungkaran.  Apa yang diperintahkan untuk dijauhi adalah sebahagian daripada prasangka, sedangkan digambarkan bahawa prasangka itu adalah banyak. Tidakkah kamu melihat apa yang Allah SWT katakan: "Sesetengah syak wasangka itu berdosa?" Jika aku ingin katakan, menjelaskan sesuatu perincian bermkasud menjelaskan ianya adalah banyak, ia datang dalam bentuk nakirah sedangkan penerangannya datang dalam bentuk ma'rifah

Ingin aku jelaskan bahawa kehadirannya dalam bentuk nakirah memberi faedah kepada makna sebahagian iaitu di dalam benyak perkara yang diprasangkakan, wajiblah untuk menjauhinya tanpa memperincikan prasangka tersebut dan tanpa menentukannya. Sehinggalah keadaan ini mewujudkan tiada seseorangpun yang berani untuk terus berprasangka  atau membuat sesuatu andaian melainkan setelah diperhatikan dan diselidiki, mampu membezakan sesuatu perkara antara hak dan batil dengan dalil, petunjuk dan bukti yang nyata. Ianya berlaku dengan berhati-hati dan hadirnya rasa taqwa seandainya perbuatan tersebut diketahui. Printah untuk menjauhi prasangka bergantung kepada apa yang merujuk kepada keseluruhan prasangka dan apa yang merujuk kepada sebahagian prasangka. Namun, wujud perintah wajib menjauhi prasangka adalah dalam bentuk kebanyakannya. Sebahagian yang terkecuali daripadanya adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang diprasangkakan.

Apa yang membezakan sesuatu prasangka yang wajib dijauhi berbanding bentuk prasangka yang lain ialah, bahawa segala sesuatu yang kita tidak ketahui kesahannya atau keabsahannya serta tidak diketahui alasan sebenar yang tersirat daripadanya adalah jelas haram dan mesti dijauhi. Sekiranya orang yang diprasangkakan itu memang berniat untuk disembunyikan kerana melaksanakan proses islah atau pembaikan, malah apa yang dilakukan itu perkara yang benar. Maka melupakan perihal orang tersebut secara zahirnya merupakan satu amanah. Prasangka yang buruk, jahat dan khianat adalah prasangka yang diharamkan. Namun perkara ini berbeza terhadap seseorang yang telah jelas dikenali dan terzahir pada dirinya melakukan kesalahan dan penyalahgunaan serta jelas berniat untuk melakukan sesuatu keburukan.

Daripada Nabi SAW, “Allah Taala telah melarang seorang Muslim daripada darah dan kehormatannya serta bersangka buruk terhadapnya.” Dan daripada al-Hasan kita sekrang berada pada zaman orang berprasangka terhadap manusia lain, iainya haram. Kamu pada hari ini berada pada zaman orang beramal dan mendiamkannya, dan orang berprasangka dengan manusia mengikut sesuka hatinya. Daripadanya tidak ada kesucian bagi orang yang tidak bermoral. Daripadanya, seseorang yang fasik apabila terzahir kefasikannya dan terbukalah pekungnya, maka Allah telah menghinanya. Jika ia mahu menyembunyikannya maka Allah tidak akan membukapekungnya mudah-mudahan dia bertaubat kepada Allah SWT. 

Diriwayatkan bahawa Barangsiapa melemparkan jubah kehormatan, maka tidak ada ghibah baginya. Dosa adalah dosa yang patut mendapat hukuman. Dan daripadanya dikatakan bahawa dia telah diazab dengan dosa, berkesan daripadanya seperti siksaan, siksaan dan penderaan, dia berkata, "Inti-inti ini telah menimpa saya dengan perbuatan yang memukul inti sebelum kematian, dosa mereka dan fitnah, sebagai jika ia melanggarnya dengan melakukan dosa.” 

Dan ada membacanya dengan «ولا تحسسوا» (tahassasu), ianya mempunya dua makna berbeza yang hampir. Dikatakan tajassasu ia adalah perkara yang apabila kemu menuntut mahu mengetahuinya dan berbicara mengenainya, maka perbuatan tersebut daripada al-jassu. Ia seperti kamu menuntut untuk mencari sesuatu dengan meraba-raba dan menyentuhnya, sentuhan itu membawa maksud kamu mahukannya. 

Daripada Mujahid katanya, ambillah apa yang terzahir dan berdoalah apa yang Allah sembunyikan. Rasulullah SAW suatu ketika baginda berkhutbah dengan meninggikan suaranya sehingga kedengaran keseluruhannya “Wahai sekalian kamu! Sesiapa yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman sehingga ke dalam hatinya, janganlah kamu  mengikuti aib orang Islam, kerana sesiapa yang mengikuti aib orang Islam, Allah akan mengikuti aibnya sehingga Dia mendedahkannya walaupun dalam celah rumahnya."

Hidup perlu bersyukur..

Bandar Baru Bangi,
5 Sya'ban 1443H.

Comments