HANYA SEBUAH PROLOG

1

Ketika kau mahu menerima seseorang dalam hidup kau, kau kena menyedari apakah keputusan 'menerima' itu suatu bentuk keinginan, atau kerelaan, atau kepasrahan, atau suatu paksaan, atau kesempatan.

Sekiranya ia berbentuk keinginan maka ia berdiri atas dasar kemahuan, berkehendak, berhasrat, mengkehendaki, mengidamkan.

Jika ia adalah kerelaan bermaksud kau sudi, sanggup, reda, mahu dan tiada keberatan serta dengan perasaan bersedia, berkenan, suka dan gemar. 

Jika kau menerima dengan kepasrahan bermaksud kau menyerahkan nasib diri dan ada harapan tertentu yang disandarkan atas kehadiran orang tersebut.

Jika kau menerima dalam keadaan terpaksa, penerimaan tersebut dalam bentuk mesti atau wajib, wujud desakan dan ugutan, sama ada dari dalam diri sendiri atau orang luar yang memaksa. Jika dari dalam diri sendiri, bermaksud kau menerimanya tanpa dengan suka hati sendiri, keterpaksaan dan wujud tekanan, desakan serta mungkin kekerasan. Jika dari luar, bernaksud kau dipaksa, didesak, diugut sehingga menjadikan kau tertekan menerima seseorang itu dalam hidup.

Manakala jika kau menerima seseorang atas dasar kesempatan, bermaksud kau menerima untuk mengambil atau memperoleh peluang-peluang tertentu, sama ada secara positif atau negatif. Kesempatan atas faktor kekayaan, kecantikan atau ketampanan, latar belakang, jawatan dan kedudukan, kelemahan dan kekuatan seseorang. Jika dari pandangan lain mungkin kesempatan agar anaknya 'mempunyai' ibu atau bapa.

Setiap keadaan bagaimana bentuk penerimaan seperti yang disenaraikan boleh disebut ia dari konteks seseorang individu. Ia bermaksud tidak semestinya penerimaan secara kerelaan dari satu pihak, satu pihak lain juga menerima secara rela, atau tidak mustahil boleh berlaku satu pihak menerima dengan terpaksa manakala satu pihak yang lain menerima dengan berkehendak atau mengidamkan.

Keputusan 'menerima' pasti sangat berkait dengan faktor atau sebab tertentu, sama ada ia sesuatu yang telah berlaku dan berlalu atau sesuatu yang akan datang. Jika ia telah berlalu ia berkait dengan memori dan kenangan, jika pada masa akan datang ia berkait dengan perancangan dan impian atau cita-cita.

Setiap satu keputusan 'menerima' seseorang dalam hisup sama ada secara keinginan, atau kerelaan, atau kepasrahan, atau suatu paksaan, atau kesempatan, semunya mempunyai pangkalnya mengapa ia berlaku. Pastinya ia ada kaitan yang sangat dekat dengan peristiwa, pengalaman dan kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang sebelumnya. Tidaklah pokok bergoyang melainkan ada angin yang bertiup aatu ada yang menggoyangkannya.

Malah, tidak dinafikan atas tindakan yang sama itu tadi akan wujud kesan dan implikasi yang tersendiri. Implikasi dan kesannya sama ada akan berlaku dalam jangka waktu pendek, sederhana atau berterusan. Sama ada ia memberi kesan dalam satu-satu perkara khusus sahaja atau meliputi keseluruhan kehidupan, sama ada berkait dengan faktor fizikal, jamani dan luaran atau melibatkan faktor emosi, perasaan, psikologi dan hati. Jika ia berkait dengan nafkah, maka ia merangkumi sama ada nafkah zahir atau batin.


2

Cara penerimaan tersebut akan mewujudkan keadaan-keadaan seterusnya..

Suasana tegang. Apabila seseorang sememangnya 'menerima' bukan atas dasar hasrat dan kemahuan, maka pelbagai alasan dan isu atau masalah akan sengaja diwujudkan.

Tanpa sebarang sebab, atau tiada sebab yang kukuh, atau kerana perkara remah temeh, akan mudah marah, sengaja mempersoal, sengaja mencari salah, kelemahan dan kekurangan.

Akan sengaja menimbulkan persoalan "awak takkan faham", "awak tak faham saya", "awak tak faham keluarga saya", "awak perlu fahami saya".

Kadang-kada yang berlaku apakah pasangannya bertul-bertul tidak mahu memahami? Atau sebenarnya dia tak mampu memahami? Atau sebenarnya dia tidak pasti apakah sebanrnya isu yang diperkatakan sehingga dicakap 'tidak memahami' Sama ada memang ada perkara yang tidak difahami tersebut terbuku lama serta tidak diseelsaikan, atau senagaja ia dikategorikan 'alasannya tidak memahami' agar ia menjadi sebab kepada hubungan tersebuat sebenarnya dia tidak mahu, tetapi mahu ia diakhirkan.

Atau akan sengaja mewujudkan suasana tegang seperti pergaduhan, pertelingkahan, persoalan dan seumpama. Apa sebab marah, punca marah, kesalahan apa yang telah dilakukan, celah mana salah dan silapnya.. Jawapannya sebenarnya tiada, yang ada ialah helah dan alasan untuk mengakhirkan perhubungan kerana ingin menerima orang lain.

Atau pelbagai lagi situasi yang 'senagaja' diwujudkan, direka, dimanipulasi agar matlamat besar iaitu 'apa cara pun aku dah tidak mahu padanya, aku mahu akhiri perhubungan ini' tercapai.


3

Ia terus akan berlaku, lagi dan lagi..

Tidak mustahil berlaku, dalam apa jua jenis 'penerimaan', mereka mahu menduga pasangannya. Betul ke dia sayang aku? Betul ke dia ni seorang yang jujur? Betul ke aku ni cinta pertama dia? Betul ke orang kata dia ni baik? Betul ke dia sebelum ni tak pernah bercinta dengan orang-orang lain? 

Dalam keadaan ingin membina sebuah perhubungan romantis, halal dan menuju bahagia, namun pelbagai pula persoalan yang ditimbulkan sendiri orang diri sendiri untuk dicari-cari jawapannya. Sepertinya seolah bertemu dan mengikat tali perhungan bukan untuk mahligai bahagia, tetapi untuk menjawab persoalan dan memperoleh jawapan yang memenuhi kehendak cita rasanya.

Apakah ada wujud kesilapan? Berbaloikan apabila keadaan ini berlaku dengan bertahun-tahun bercinta, atau konon lebih baik bercinta selepas berkahwin? Punca apakah semua ini wujud dalam diri? 

Apakah perhubungan itu medan untuk menjawab isu kesetiaan, kejujuran, kesempurnaan, keserasian? Andai persoalan ini menjadi topik utama dan menjadikan alasan ini untuk mengorek kelemahan dan kesalahan, apa destinasinya? Apakah ada erti sebuah kesetiaan, kejujuran, kesempurnaan dan keserasian andai dalam diri penuh untuk mencari salah orang lain dan mempersoal?


Bandar Baru Bangi,
9 Syaaban 1443H.

Comments

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maaf bertanya, bagaimana saya boleh menghubungi penulis?
al-hakim said…
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Boleh melalui emel, student_unic@yahoo.com