Peranan Guru Ke Arah Membentuk Kecemerlangan Murid dalam Bahasa Melayu: Kemahiran Menulis, Bertutur dan Membaca

Pendahuluan
Guru adalah seorang insan yang mencurahkan tenaga dan kehidupannya untuk mengajar anak murid di sekolah. Seorang guru, sama seperti pensyarah, tutor, ustaz atau ustazah adalah tenaga pengajar dalam skop dan ruang kerjaya masing-masing. Pengiktirafah kepada mereka disebabkan kesanggupan mereka memaksimumkan kudrat, upaya dan usaha mereka mendidik orang lain. Suruhan agama dijadikan azimat, panduan dan sumber kekuatan, mengajar anak bangsa di peringkat rendah mengenal huruf, membca, menulis dan seterusnya bertutur. Peranan dan sumbangan yang diberikan ini sangat besar maknanya dalam pembinaan generasi negara bangsa yang cemerlang, terutama memastikan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu di tahap yang sebaiknya sebagai seorang warganegara Malaysia.


Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis adalah kemahiran yang sangat penting dalam pendidikan bermula dari peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah seterusnya ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Kemahiran menulis termasuk dalam kemahiran bahasa yang kompleks dan ianya secara kebiasaan akan dikuasai selepas murid menguasai kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kemahiran menulis perlu diajar secara berperingkat bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran tersebut.

Antara peranan yang perlu diambil oleh guru adalah melaksanakan perlabagai kaedah menulis seperti pendekatan terkawal, berpandu, bebas dan berproses. Kaedah terkawal pada peringkat awal bermatlamat murid menimba pengalaman menulis atau mengarang supaya mereka terbiasa dengan bentuk huruf, perbezaan huruf, susunan huruf dan seterusnya struktur ayat. Kaedah ini juga bagi mengelak murid melakukan kesalahan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Peringkat awal penulisan murid dipandu dengan garis-garis lintang bagi memastikan kekemasan menulis.  Kaedah berpandu dijalankan terutama untuk memperkasa kemahiran mengarang murid dengan cara guru memberi isi penting untuk penulisan. Melalui isi penting ini, murid dipandu untuk membina ayat menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan struktur ayat seterusnya satu struktur perenggan. 

Kaedah bebas boleh digunakan oleh guru terhadap kumpulan murid yang telah menguasai aspek penulisan dengan baik dengan cara murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberi oleh guru. Murid perlu mencari isi penting dan melengkapkan struktur karangan tanpa bantuan guru. Selain itu, kaedah berproses juga mampu melonjakkan kecemerlangan murid dalam aspek penulisan murid. Kaedah ini memerlukan murid melalui proses-proses tertentu seperti mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberi. Bahan yang dikumpul akan disimpan untuk disusun kembali dan ditulis dalam bengtuk karangan. Murid sendiri yang akan mengolah dan mengulas karangan yang telah dibuat dengan melaksanakan pembetulan serta penambahbaikan. Setelah semua proses ini selesai, tugasan ini dihantar kepada guru untuk dinilai. Proses ini mampu memebri pengalaman berharga kepada murid untuk mengetahui kaedah yang betul mengumpul bahan, menyaring bahan, menyusun dan seterusnya mengolah ke dalam bentuk perenggan yang sesuai.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur perlulah berperingkat iaitu didahului dengan kemahiran mendengar. Murid perlu diberi kefahaman kaedah mendengar yang betul kerana kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Guru berperanan melaksanakan latihan dan penilaian mendengar ke atas murid seterusnya kemahiran betutur. Bahan yang diperdengarkan perlulah menggunakan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid. Pada peringkat ini murid tidak perlu bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Latihan selanjutnya dijalankan iaitu proses penghasilan semula atau tindak balas murid terhadap bahan yang telah diperdengarkan. Latihan ini memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Pelbagai aspek akan dilihat dan diberi perhatian oleh guru semasa murid melakukan latihan bertutur seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi kandungan penyampaian.

Kemahiran bertutur dalam kalangan murid sangat penting. Ini kerana ia berfungsi sebagai alat komunikasi di mana murid akan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan sama ada dalam ruang sekolah seterusnya masyarakat seperti bermula di bilik darjah, kemudian di perhimpunan dan seterusnya di lapangan masyarakat. Pelaksanaan kaedah yang betul dan tepat serta berperingkat oleh guru mampu melahirkan jatidiri murid yang fasih berbicara, beretika dan berpengetahuan.

Kemahiran Membaca
Keadah membaca adalah sangat penting. Kepentingannya diperakui di dalam Al-Quran sendiri apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah suruhan dan galakan membaca. Sehubungan dengan itu, guru sangat berperanan bagi memastikan murid mampu menguasai teknik membaca yang betul. Terdapat beberapa kaedah penting yang boleh digunapakai oleh guru untuk mengajar murid cara membaca seperti kaedah pandang sebut, kaedah abjad, kaedah fonik, keadah bunyi kata, kaedah cerakinan dan kaedah binaan.

Kaedah abjad ialah guru memperkenalkan nama abjad dan susunannya bermula dari pengenalan secara menyeluruh, memperkanalkan huruf vokal dan huruf konsonan, menggabungkan vokal dan konsonan, membentuk perkataan dari suku kata dan seterusnya membntuk rangkaian kata dan ayat-ayat mudah. Kaedah ini sangat penting bagi membolehkan murid mengeja perkataan dengan betul. Peranan pengajaran ini mampu memberi asas kukuh kepada murid untuk menguasai kehiran membaca.

Kaedah pandang sebut adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna oleh murid dalam kehidupan seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan murid tersebut seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru memperkenalkan beberapa perkataan dan disebut secara berulang. Kadang-kadang ia dibantu dengan gambar agar murid dapat belajar secara visual. Sekiranya murid masih lemah menguasai, guru akan menggunakan fonik atau bunyi huruf iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi. Seterusnya guru akan memperkenalkan bunyi kata perkataan-perkataan yang dipelajari. Kaedah binaan dan cerakinan adalah kaedah untuk memperkukuh penguasaaan murid untuk mengeja, membunyikan suku kata, menguasai bunyi huruf seterusnya mampu membaca perkatan yang bersambung sehingga membentuk ayat yang lengkap.

Penutup
Asas 3M ini memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi daripada para guru. Ia perlu diimbangkan dengan keterlibatan dan kesungguhan para murid dan pelajar untuk belajar dan menguasainya. Peringkat membaca, menulis dan menutur, tidak akan dapat dikuasai dengan baik dan cemerlang sekiranya proses memahami, menghayati, menaakul serta mengamalkan tidak dilaksanakan secara berterusan dan bersungguh-sungguh.

Hidup perlu bersyukur..

Bandar Baru Bangi,
4 Rabi'ul Awwal 1443H.

Comments