RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA 1400-1957

Pendahuluan

Latar belakang sejarah negara Malaysia boleh dibahagikan kepada empat peringkat utama iaitu Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), Kerajaan Johor (bermula 1528), Kesultanan Melayu selain Melaka dan Johor serta Era Penjajahan (1511-1957). 


Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesultanan terawal yang bertapak di Tanah Melayu. Kesultanan ini diasaskan oleh Parameswara yang merupakan putera kerajaan Majapahit. Permulaannya baginda telah berundur bersama pengikutnya ke Temasik dan seterusnya ke Melaka setelah diserang oleh kerajaan Srivijaya sekitar tahun 1391. Mengikut sejarah, Kesultanan Melayu Melaka bermula tahun 1400 apabila Parameswara menjadi Sultan Melaka pertama dengan gelaran Sultan Iskandar Shah. Kerajaan Melaka telah mencapai kemuncak kegemilangannya sebagai pusat perdangangan, perkembangan ilmu dan penyebaran Islam. Keutamaan Melaka dibuktikan apabila bahasa Melayu menjadi lingua franca. Kesultanan Melayu Melaka berkahir tahun 1511 setelah diserang oleh Portugis ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah.


Kerajaan Johor

Asalnya tanah Johor merupakan sebahagian daripada penguasaan empayar Majapahit. Setelah Melaka ditawan Portugis, Sultan Mahmud Shah berundur ke Pahang dan seterusnya Bentan, Johor. Kerajaan Johor ditubuhkan dengan pengurniaan sultan pertama iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah, anakanda Sultan Mahmud Shah. Kerajaan Johor menjadi sebuah pusat perdagangan yang masyhur pada abad ke-17 serta menjadi pengganti pusat penyebaran Islam selepas peranan Acheh mengalami kemunduran.


Kesultanan Melayu Lain

Kesultanan Melayu yang lain terus berkembang. Sultan Muzaffar Shah telah menjadi sultan pertama Kerajaan Perak dan mencapai kegemilangannya sekitar tahun 1756 sehingg 1770. Kesultanan Selangor bermula tahun 1766 apabila Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Mahmud Shah memberi pengiktirafan kepada Raja Lumu yang berketurunan Bugis sebagai Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Sallehuddin Shah. Kesultanan di Pahang pula diasaskan oleh anak Sultan Mahmud Shah yang merupakan Sultan Melaka keenam (1459-1477) iaitu Sultan Muhammad Shah sekitar tahun 1470.


Era Penjajahan

Era Penjajahan di Tanah Melayu bermula tahun 1511 apabila Portugis menyerang dan menakluk Melaka. Penjajahan ke atas Melaka beralih kepada Belanda tahun 1641 dan berakhir melalui perjanjian Inggeris-Belanda yang dimetrai pada tahun 1824. Sejak itu, Tanah Melayu secara rasmi menjadi Tanah Jajahan British. Penjajahan British telah mencampuri urusan pemerintahan negeri yang diketuai oleh para sultan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati sultan dan penduduk tempatan. Penjajahan Jepun pula bermula tahun 1941 melalui kebangkitan rakyat Jepun serta kempen penjajahan mereka khusus di Asia Tenggara. 


Penutup

Banyak siri kebangkitan rakyat menentang penjajah sehinggalah ke era pra kemerdekaan Tanah Melayu atau Malaya. Tanah Melayu ini telah dijajah selama 446 tahun sehinggalah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Hidup perlu bersyukur..

Bandar Baru Bangi,
2 Zulhijjah 1442H.

Comments