Rujukan Kitab Kajian Hukum Penyusuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Artikel ringkas ini hanyalah semata untuk berkongsi bahan atau rujukan yang telah digunakan semasa kajian berkenaan hukum penyusuan dilaksanakan. Hal ini berlaku apabila kehendak kajian ialah berkenaan hukum penyusuan yang secara umum dibina dalam bentuk garis panduan daripada rujukan al-Quran dan al-Sunnah, tafsir Al-Quran dan syarah Hadis daripada ulama ahli sunnah wal jamaah. Ulama ahli sunnah wal jamaah melibatkan keempat-empat mazhab fiqh yang utama dalam kalangan umat Islam dengan mengutamakan kitab atau rujukan yang muktamad sahaja iaitu merujuk kepada qaul-qaul mu'tamad dalam mazhab. Kemudian pendekatan tarjih digunakan berlandaskan perbahasan maqasid al-syariah.

Mengeluarkan suatu garis panduan yang baru dalam sesuatu aspek hukum agama untuk masyarakat bukanlah pada saya satu urusan atau kerja yang mudah. Ini kerana syariat itu telah lengkap, diboncang dan dipermudah untuk umat memahami lantas mengamalkannya. Sekiranya kesalahan penetapan sesuatu item dalam garis panduan tersebut boleh menyebabkan pelaksanaan dan pengamalan hukum yang salah, maka ia menjadi bebanan ralat bagi pihak-pihak yang membuat kajian, menerima kajian dan meluluskan kajian tersebut. Ini kerana mereka adalah antara kelompok yang mempunyai autoriti besar sebelum disebarkan kepada masyarakat umum.

Cabaran ini sebenarnya menyeronokkan dan memberikan satu peluang yang sangat besar bagi mengetahui sebanyak dan sedalam mungkin maklumat, ilmu serta perbincangan berkenaan sesuatu hukum dalam Islam terutama hukum penyusuan ini.

Pertama: Apabila dijelaskan bahawa sumber hukum dalam garis panduan yang hendak dibina ini adalah Al-Quran dan al-Sunnah, maka segala ayat atau hadis yang berkait secara langsung mestilah dicari dan diperoleh daripada kedua rujukan utma tadi. Ayat-ayat Al-Quran serta matan-matan yang  merujuk secara terus tema penyusuan hendaklah dilihat dan diteliti. Ini bertujuan pendangan secara konsep dan konteks berkenaan hukum penyusuan menjadi lebih jelas, berfokus dan meluas. Ia merupakan peringkat asas yang boleh digunapakai. Mungkin sebahagian orang mendakwa langkah ini boleh mengganggu matlamat dan fokus kajian yang sepatutnya, namun pada saya ia memberikan kepuasan sebenar kerana perspektif terhadap hukum penyusuan menjadi lebih matang dan memberi impak nilai yang tinggi kepada hasil kajian.

Kedua: Setelah rujukan utama diperoleh, penafsiran dan penjelasan berkenaan ayat dan matan hadis tersebut perlulah dibuat secara teliti, tersusun serta berhati-hati. Ini kerana kitab tafsir dan syarah hadis yang ditulis oleh seseorang ulama, perlulah diketahui serba sedikit latar belakangnya, terutama pegangan akidah dan mazhab fiqh. Pastinya, seseorang yang menafsir ayat dan mensyarahkan matan lebih cenderung kepada mazhab akidah dan fiqh yang mereka pegang. Semasa langkah ini dilaksanakan, ia mestilah diselangi dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh mengikut pegangan mazhab ulama berkenaan.

Ketiga: Ia merupakan nukleus dalam kajian ini iaitu rujukan kepada kitab-kitab fiqh yang mu'tamad. Kitab yang mu'tamad boleh diketahui melalui pelbagai penulisan berkenaan sejarah setiap mazhab, malah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah mengeluarkan senarai kitab-kitab mu'tamad dalam kalangan empat mazhab utama fiqh. Kesimpulan dalam sesuatu topik dalam kandungan peincian kajian pembinaan garis panduan ini bolehlah dengan merujuk kepada kitab-kitab tersebut, namun sedikit 'jalan cerita' berkenaan topik perlu juga merujuk selain daripada kitab mu'tamad. Ini adalah kerana walaupun ia merupakan qaul mu'tamad sesuatu hukum, namun perbahasan dan perincian sebelum hukum yang mu'tamad itu diperoleh boleh menjadi suatu sandaran dan  rujukan maklumat apabila sesuatu isu yang tidak pernah berlaku, berlaku pada masa akan datang. Ini tidak dapat dinafikan kerana perubahan hal ehwal kehidupan manusia sentiasa berubah seiring dengan kemajuan dan ketamaduan manusia.

Keempat: Sumber lain yang tidak kurang pentingnya dan ia mesti dibuat ialah merujuk kepada artikel dan kajian kontemporari berkenaan hukum penyusuan. Tidak dinafikan, medan kajian sesuatu perkara dalam kalangan ahli akademik terutamanya sentiasa berterusan dan tidak akan terhenti. Setiap selang masa dan waktu pasti akan timbul beberapa perkara baru yang sebelum ini tidak penah berlaku dan tidak terdetik pemasalahan tersebut untuk dibincangkan dan dicari penyelesaian. Maka secara pasti kajian dan artikel kontemporari yang telah dihasilkan oleh para pengkaji terdahulu telah menyumbangkan dapatan dan kesimpulan yang tidak kecil kepada skop perbahasan sesuatu kajian di peringkat seterusnya sesuatu skop kajian yang terkemudian. Artikel-artikel ini membantu untuk meastikan kajian yang terkemudian tidak berulang serta mempunyai 'kesegaran' kerana tidak menglangi dapatan yang telahpun diperoleh sebelumnya serta sentiasa selasa dengan isu semasa.

Kelima: Inilah 'tools' yang perlu ada, perlatan yang digunakan untuk membina sebuah landasan. Lihat sahaja, bagaimana sesuatu landasan keretapi dibina. Kajian terhadap lokasi jaringan landasan yang hendak dibina perlu dikenalpasti. Setelah itu, segala hutan yang tebal, sungai yang mengalir, jurang dan bukit yang membentuk muka bumi, perlulah diuruskan dengan kaedah tersendiri sebelum batual kecil ditabur serta diletakkan landasan besi ke atasnya. Setelah siap landasan, jelas punca dan stesen akhir, kajian seterusnya dapat dilaksanakan dengan terancang, tersusun, mudah dan tidak tersasar. Metodologi kajian yang seusai dan tepat adalah sangat penting. Tidak dinafikan semasa kajian dibuat akan wujud halangan tertentu yang sehingga mungkin menyebabkan sesuatu instrumen atau kaedah terpaksa diubah, namun ia sebenarnya tidaklah banyak dan masih membantu mencapai matlamat kajian serta menyelesaikan permasalahan yang wujud.

Antara rujukan yang telah digunakan adalah seperti di bawah:

A- Kitab Tafsir Al-Quran (Klik)

B- Kitab Fiqh Mazhab Syafi'i (Klik)

C- Kitab Fiqh Mazhab Hanafi

D- Kitab Fiqh Mazhab Maliki

E- Kitab Fiqh Mazhab Hanbali

F- Kitab Syarah Hadis

G- Kitab Kamus, Mustalahat, Ensiklopedia dll.


Comments