Kegemukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menurut artikel dari laman 'helloDOKTOR, obesiti atau berat badan berlebihan merujuk kepada seseorang yang mempunyai banyak lebihan lemak badan sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Di Malaysia, seorang daripada dua orang dewasa mengalami maslah berat badan berlebihan. Menurit satu artikel daripada laman UPM menjelaskan, kadar obesiti dan berat badan berlebihan telah menyebabkan Malaysia menanggung kos sebanyak RM4.26 bilion dan RM8.53 bilion pada tahun-tahun yang lalu bagi menangani implikasi yang disebabkan oleh obesiti.

Apakah berat badan berlebihan ini sebagai suatu cara hidup yang sihat? Atau ia menjadi hobi? Atau ia menjadi kebanggaan serta keseronokan sehingga rasa terlalu selesa dengan badan yang obesiti? Apakah ia disebabkan genetik? Jawapannya, jarang berlaku obesiti dikaitkan dengan faktor keturunan. Hakikatnya, punca utama obesiti atau berat badan berlebihan ialah gaya pemakanan yang tidak sihat serta lebih malang ia diperturunkan kepada anak dan generasi keluarga.

Sumber: Google

Laman 'erufucare' menyatakan obesiti bukan suatu bentuk gangguan pemakanan, namun kedua-dua obesiti dan gangguan pemakanan adalah saling berkait dan ada persamaan.  gangguan tersebut yang dinamakan sebagai bulimia merupakan amalan pemakanan secara tidak sihat dan berlebihan sehingga boleh mengakibatkan obesiti dalam jangka masa panjang.

Hakikatnya, obesiti merupakan suatu penyakit dan ia boleh dielakkan. Pelbagai langkah secara proaktif dan berdisiplin merangkumi diet, senaman, tingkat laku serta 'mindset'boleh membantu menurunkan berat badan. Ini kerana, penurunan berat badan walaupun sedikit tetapi konsisten mempunyai kesan positif terhadap kesihatan tubuh badan.

Seterusnya, daripada laman 'helloDOKTOR'ini, mereka menyenaraikan suatu laporan berkenaan kategori obesiti. Ia adalah seperti berikut:

1. Wanita muda yang sihat. Wanita obes yang tergolong dalam kumpulan ini tidak mempunyai masalah kesihatan yang teruk.

2. Lelaki yang kerap minum minuman beralkohol. Lelaki yang tergolong dalam kumpulan ini juga jarang mempunyai masalah kesihatan. Namun, mereka mengambil minuman beralkohol lebih daripada kadar yang normal.

3. Individu yang tidak gembira dan sering resah. Kumpulan ini didominasi oleh golongan wanita yang mempunyai masalah mental dan kesihatan.

4. Orang tua yang sihat. Orang tua yang sihat tetapi mempunyai kadar pengambilan alkohol yang tinggi dan mempunyai masalah tekanan darah.

5. Orang tua yang sakit tetapi gembira. Orang tua yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti osteoarthritis, tetapi mempunyai kesihatan mental yang baik.

6. Individu yang berada dalam kesihatan yang paling teruk. Selalunya, individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai masalah kewangan yang teruk dan menderita penyakit kronik di samping mengalami masalah kegemukan.

Obesiti tidak berkait sama ada seseorang hidup dalam keluarga yang berpendapatan tinggi mahupun berpanedapatan rendah. Sekiranya mereka daripada keluarga miskin, faktor obesiti berlaku apabila mereka makan makanan yang tidak berkhasiat dan tinggi kalori yang biasanya berharga murah kerana kekurangan wang. Manakala keluarga kaya pula mereka mampu membeli makanan yang berkhasiat, namun pilihan yang salah terhadap jenis makanan.

Terdapat gejala khusus berkenaan obesiti yang dikaitkan dengan beberapa tanda serta simptom. Gejala obesiti yang paling utama seperti yang dinayatakan daripada laman 'doktoroncall' ialah kebiasaannya individu berkenaan mempunyai lemak yang berlebihan di bahagian abdomen, peha, bawah lengan, leher dan muka. Orang yang obesiti kebiasaanya mudah berpeluh dan keadaan ini belaku boleh sehingga mengeluarkan bau badan yang kurang menyenangkan.

Selain gejala dalam bentuk fizikal, gejala lain ialah kemerosotan gaya hidup seperti menjejaskan kualiti kegiatan seharian. Simptom yang kebiasaannya berlaku ialah keletihan terutamanya selepas aktiviti fizikal yang yang memerlukan tenaga yang banyak. Malah, mereka ini mudah tercungap dan sesak nafas semasa melaksanakan aktiviti fizikal tersebut.

Kemerosotan gaya hidup ini juga boleh dilihat apabila mereka berasa tidak bermaya dan sering berehat atau tidur. Ini disebebkan mereka perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk menggerakkan anggota badan yang besar dan berat. Badan yang besar lebih sukar dikawal serta tindakan refleks terhadap sesuatu keadaan akan menjadi lebih perlahan.

Gejala lain ialah timbul rasa sakit pada tulang belakang, sakit pinggang dan sakit di bahagian kaki seperti lutut dan sendi pergelangan kaki. Ini pastinya akan berlaku kerana tulang belakang dan kaki perlu menampung berat badan yang berlebihan. Lemak di leher sebagai contoh boleh memberi tekanan kepada saluran pernafasan mereka. Maka tidak mustahil orang yang obesiti sering tidur dalam keadaan berdengkur kerana saluran pernafasan mereka lebih sempit.

Terdapat juga gejala penyakit kronik dalam kalangan orang yang obesiti ini. Antaranya ialah penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser. Malah, golongan ini juga sering mengalami stress dan tekanan emosi yang berpanjangan sehingga boleh menyebabkan keyakinan diri yang rendah. Akhirnya, kompilasi ini mengundang gejala penyakit prokiatrik seperti kemurungan, anorexia nervosa dan bulimia nervosa.

Seseorang yang menghadapi obesiti pasti akan cuba untuk tidak menyalahkan diri sendiri serta tidak bersetuju punca obesiti berlaku adalah dari dirinya sendiri. Obesiti merupakan penyakit yang kompleks di mana ia terhasil daripada interaksi pelabagai faktor antaranya seperti keturunan dan persekitaran. Umumnya, ia disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan.

Apabila seseorang mengambil makanan yang mempunyai jumlah tenaga yang tinggi terutamanya daripada lemak dan gula, namun mereka tuidak melakukan aktiviti fizikal atau senaman sebagai cara menggunakan jumlah tenaga yang telah diambil serta membakar lemak badan, maka lebihan tenaga tersebut kemudiannya disimpan di dalam badan dalam bentu lemak.

Dalam laman 'julinse', terdapat perkaitan antara obesiti dan prestasi seksual. Dalam beberapa cara yang berbeza menunjukkan bahawa peningkatan dalam berat badan seseorang boleh mengubah kehidupan seks, namun perubahan adalah berbeza untuk lelaki dan wanita.

Seseorang lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan mungkin mempunyai masa yang lebih sukar untuk melakukan seks daripada lelaki langsing kerana ketiadaan fungsi seksual adalah kesan sampingan daripada obesiti. Lelaki mungkin mengalami disfungsi erektil apabila mereka membawa terlalu banyak berat badan serta mungkin mengalami kecemasan dan prestasi seksual yang buruk akibatnya. Lelaki gemuk juga mungkin mengalami sindrom zakar yang terkubur, keadaan di mana zakar dikebumikan di bawah lipatan kulit.

Manakala wanita pula, beberapa kajian penyelidikan menunjukkan bahawa wanita yang obesiti lebih cenderung mengalami masalah seksual. Sesetengah penyelidik percaya ia mungkin berkaitan dengan peredaran yang tidak baik di kawasan kelamin. Kesukaran seks boleh menyebabkan penurunan kepuasan seksual dan imej badan yang lemah. Tetapi tiada bukti bahawa perubahan berat badan anda akan mengubah kehidupan seks. Jika anda memilih untuk menurunkan berat badan untuk seks yang lebih baik, lakukanlah dengan harapan yang realistik.

Terdapat artikel dalam laman 'bharian' menjelaskan bukan sahaja pelbagai komplikasi perubatan termasuk diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi, masalah tulang, masalah pernafasan ketika tidur dan kanser, malah obesiti turut mempunyai kesan negatif terhadap kualiti hidup, kecergasan fizikal, harga diri, seksualiti, kesejahteraan emosi dan sosial serta sering dipandang remeh dan masalah ketidaksuburan.

Sekiranya keadaan seseorang obesiti yang telah berkahwin boleh membawa kepada masalah yang melibatkan kedinginan hubungan kelamin atau seksualiti serta menyebabkan ketidaksuburan, ini boleh mengundang suasana hubungan dengan pasangan yang tidak harmoni. Jika keadaan ini berterusan dengan keadaan pasangan tidak mengambil berat berkenaan keadaan diri mereka, ini mengakibatkan keperluan dan tuntutan hubungan suami isteri yang bernikah tidak kesampaian.

Dr. Zabidi di dalam Facebooknya membawa penerangan oleh Dr jason Fung pula menjelaskan kegemukan bukan hanya tentang kalori, tetapi ada kaitan dengan hormon. Menurutnya ada orang yang merasa tidak puas makan, maka dia terus mahu makan. Orang yang obesiti ada juga yang mempunyai masalah cepat berasa lapar serta tidak puas makan. Rasa cepat lapar dan susah kenyang adalah dorongan daripada dalam kerana tiada keseimbangan hormon.

Seseorang yang mahu keluar daripada dunia obesiti perlulah faham tentang dirinya, tahu berkenaan hormon, berpengetahuan berkenaan diet dan amalan pemakanan yang sihat, serta mempunyai matlamat yang jelas juga keazaman yang tinggi. Antaranya meningkatkan meminum air kosong, mengambil protein dan lemak sihat, banyakkan makan sayur, mengutamakan makanan berserat, meningkatkan aktiviti fizikal, cukup tirdur dan rehat dan kurangkan stress dalam kehidupan seharian.

Antara motivasi dan tindakan yang perlu dilakukan ialah:

1. Bersenam dengan kerap. Orang yang obesiti memerlukan senaman yang mempunyai intensiti sederhana selama 150 hingga 300 minit seminggu bagi mengelakkan peningkatan berat badan. Sebagai contoh, mereka perlu melakukan senaman seperti berjalan pantas dan juga berenang.

2. Makan dengan sihat. Hendaklah mengelakkan diri daripada mengambil terlalu banyak minuman makanan berlemak. Pilih makanan yang rendah kalori dan kaya dengan nutrien seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.

3. Elakkan makanan yang boleh membuatkan anda mengunyah tidak berhenti! Sekiranya seseorang suka makan keropok ataupun gula-gula, elakkan terus daripada membeli makanan tersebut. Perlulah mengawal diri dengan memastikan diri tidak terperangkap dalam situasi makan tidak berhenti!

4. Pantau berat badan. Seseorang yang kerap menimbang berat badan sekurang-kurangnya seminggu sekali lebih berjaya untuk kekal ramping dan sihat. Ini kerana aktiviti menimbang berat badan dapat memberikan anda info sama ada pelan diet anda berkesan ataupun tidak. Selain itu ia boleh memberi motivasi dan rsemangat jika ada penurunan dalam berat badan. Jika tidak, mungkin perlu mengubah diet ataupun jenis senaman.

5. Janganlah sekejap buat, sekejap tidak! Konsisten itu kunci kepada perubahan! Pastikan orang yang obesiti ini ikut pelan diet dan senaman. Jika bertabiat sering curi tulang, pastinya tidak akan mengalami apa-apa perubahan dari segi berat badan walaupun pelbagai usaha dibuat.

Hidup perlu bersyukur..

Bandar Baru Bangi,

6 Ramadhan 1442H.

Comments