Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mengapa masih lagi resepi atau perkongsian masakan? Apakan daya, ada lagenda mengkhabarkan bahawa hebatnya PKP bukan kerana virusnya yang boleh membawa maut. Tetapi duduk di rumah tanpa menjaga kesihatan sehingga mewujudkan penyakit tiga serangkai juga boleh membawa maut. Itu sekiranya makan dan minum tidak dijaga, dan tiada PKPD dalam rumah sendiri terutamanya kawasan dapur.
Diketahui, disebabkan PKP ini banyak juga majlis walimatul 'urus dibatalkan. Malah ada juga majlis pernikahan serta pernikahan itu sendiri dibatalkan. Kasihan juga mendengarnya. Ada pula yang berjenaka, jika tahu lebih awal PKP ni disambung dan disambung, lebih baik kahwin atau nikah sebelum berlaku PKP ini.
Juadah berbuka puasa.
Apapun, bila sebut pasal kahwin, pasti ada kendurinya. Bila ada kendurinya, biasa pergi kenduri lihat pengantin jeling-jeling sahaja. Manakan tidak, kadang-kadang tidak kenal rapat pun, akhirnya lauk kenduri dan makanan yang dihidangkan itu menjadi igauan. Bertambah kasihan, buat sepupu yang majlis pernikahannya dibatalkan seban sijil kursus kahwinnya hilang. Maka bertukarlah majlis pernikahan kepada majlis pertunangan sahaja kerana niat asal mereka tiada majlis pertunangan.
Elok akhir minggu pada minggu dimaklumkan berkenaan PKP, itulah terakhir jemputan kenduri yang dihadiri, termasuk majlis sepupu tersebut. Kerana baru-baru ini, ikan duri masin yang dibuat menjadi, teringat dan terliur pula dengan masak lemak ikan masin nanas. Kebiasaannya di kenduri digunakan ikan masin Talang. Bermulalah resepi ini.
Tidak susah untuk menyediakan juadah ini. Bahan yang diperlukan hanyalah:
Ikan masin seadanya
Nanas
Santan
Bawang besar
Kunyit hidup
Serai
Cili kecil (pilihan)
Cili besar (pilihan)
Belajar dan mencuba resepi baharu, termasuk teknik-teknik masakan adalah peluang emas yang perlu diambil semasa tempoh PKP ini bagi mereka yang mempunyai masa banyak dan lapang di rumah.
#kitajagakita
Sedang berlangsung pengumuman terkini oleh Perdana Menteri.
Hidup perlu bersyukur...
Bandar Baru Bangi,
16 Sya'ban 1441H.
Comments