Perkembangan dan Penyerapan Hukum Antara Aliran ASWJ dan Aliran Fiqh Empat Mazhab

*Penulisan ini masih sangat banyak mempunyai kekurangan dan kelompangan. Sekiranya ada pembetulan dan penambahbaikan, ianya adalah dialu-alukan.

Pengertian umum ASWJ ialah sesiapa yang mendakwa mengikut 'sunnah' (Lutfi Ibrahim, 1993).

Dalam konteks nusus, perkataan 'ahli sunnah wal jamaah berasal daripada bahasa Arab bererti pengikut atau pendukung sunnah Rasulullah saw. Manakala perkataan 'jamaah' pula merujuk kepada jamaah Rasul saw bersama para sahabat Baginda, tabi'in, tabi' tabi'in dan orang-orang Islam yang mewarisi Islam menurut cara dan pendekatan mereka itu (Mohd Aizam bin Mas'od, 2013).

Bahawa kumpulan-kumpulan ASWJ ada tiga iaitu Asya'irah, Maturidiyyah dan Hanabilah. Ia berasaskan dalil diiringkan golongan Hanabilah kepada golongan Asya'irah dalam kitab-kitab ilmu kalam dan diiringfkan golongan Asya'irah kepada golongan Hanabilah dalam kitab-kitab Hanabilah. Setiap kumpulan ini mempunyai imam iaitu; kumpulan al-Athariyyah imam mereka ialah Imam Ahmad bin Hanbal, kumpulan Asya'irah imam mereka ialah Abu al-Hasan al-Asy'ari dan kumpulan Maturidiyyah imam mereka Abu Mansur al-Maturidi (Mohd Aizam bin Mas'od, 2013).

(Gambar sekadar hiasan)


Selepas mengadakan perbincangan dalam Bengkel Definisi Ahli Sunnah wal Jamaah, Panel Kajian Aqidah JAKIM bertarikh 28 Disember 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, panel telah memutuskan bahawa definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah: "Golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi saw menerusi para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in yang setia bersama mereka dalam prinsip-prinsip aqidah, syariah dan akhlak (Cawangan Akidah (2011a), Definisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah", (Kertas Mesyuarat Panel Kajian Akidah kali ke-42, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) (Mohd Aizam bin Mas'od, 2013).

Penjelasan definisi:
1- Mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi saw mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf (Asya'irah dan Maturidiyyah).

2- Mereka adalah golongan berfahaman sederhana (wasatiyyah), tidak melampau dan tidak terlalu longgar. Ini mengeluarkan Khawarij, Syiah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah, Mu'tazilah, Anti-Hadith, Islam Liberal, pluralisme agama dan seumpamanya.

3- Mereka adalah golongan yang mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan peperanga, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, tidak ta'sub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam (Mohd Aizam bin Mas'od, 2013).

Setelah wafatnya Rasulullah saw (632M/10H), di zaman sahabat pelopor di dalam persoalan agama terdiri daripada Kibar al-Sahabah iaitu Abu Bakr ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra (w. 40H), Ibn Abbas ra (w. 68H), Ibn Umar ra, Zaid bin Tsabit ra, Abu Hurairah ra, Aisyah rha dan lain-lain. Seterusnya di zaman tabi'in ia berkembang dan diikuti oleh tujuh tokoh besar fiqh antaranya yang digelar 'Tujuh Fuqaha' iaitu Sa'id Ibn al-Musaiyib (w.93H), Sulaiman Ibn Yasar, Urwah Ibn al-Zubair, Kharijah Ibn Zaid, Abdullah Ibn 'Atabah, Abu Bakr Ibn Abd Rahman dan Qasim Ibn Muhammad, selain Ibrahim al-Nakha'i (w.96H) dan ramai lagi (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Selain daripada Ibrahim al-Nakha'i, tokoh-tokoh tersebut merupakan tokoh fiqh aliran hadith yang berpusat di Madinah, Hijjaz yang kemudiannya lahir berasaskan aliran ini Mazhab maliki, Syafi'i, Hanbali dan Zahiri. Sementara aliran ra'y atau aliran Kufah atau aliran Iraq, tokoh utamanya ialah Abdullah Ibn Mas'ud, sahabat Nabi saw yang menjadi guru kepada 'Alqamah Ibd Qais, kemudian menjadi guru kepada Ibrahim al-Nakha'i, kemudiannya menjadi guru kepada Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Perkembangan ilmu fiqh terbahagi melalui method ijtihad dan kawasan perkembangan. Dari sudut method ijtihad, aliran yang masyhur ialah aliran hadith dan aliran ra'y. Manakala dari sudut kawasan perkembangan ia berkembang di Hijjaz, Kufah, al-Amsar, Mesir, Syam dan golongan Syi'ah. Aliran Ra'y di Kufah dipelopori oleh Imam Abu Hanifah. Aliran hadith di Hijjaz dipelopori oleh Imam Malik. Di Syam dipelopori oleh Imam al-Auza'i. Di Mesir dipelopori oleh Imam al-Laith Ibn Sa'id. Kemudian lahir imam barisan kedua yang terdiri daripada Imam al-Syafi'i, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Daud al-Zahiri (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Dari segi ijtihad aqidah, Saidina Ali kw dan Saidina Muawwiyah ra telah berlaku sedikit persilihan faham. Akhirnya berlaku perdamaian melalui Majlis Tahkim di mana ia telah membawa kepada pengekalan Saidina Muawwiyah menggantikan kedudukan Saidina Ali sebagai khalifah. Daripada peristiwa ini, sebahagian umat Islam yang kurang jujur dalam memeluk Islam dan tidak memahami Islam dengan sepenuh hati telah merubah haluan seperti mewujudkan golongan Syiah, Khawarij, Qadariyyah dan lain-lain (Mohd Ziadi Abdullah, 2000).

Tokoh ASWJ daripada kalangan sahabat ialah Saidina Ali. Ia dibuktikan melalui perdebatan beliau dengan pihak Khawarij mengenai persoalan al-wa'd dan al-wa'id. Juga perdebatan dengan pihak Qadariyyah mengenai persoalan qadha' dan qadar serta masyiah dan istitha'ah. Ia diikuti dengan Abdullah  bin Umar dalam penyangkalannya terhadap Qadariyyah (Mohd Ziadi Abdullah, 2000).

Tokoh ASWJ daripada kalangan tabi'in pula ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang mempunyai sebuah risalah yang hebat dalam mengkritik Qadariyyah yang kemudiannya diikuti oleh Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Talib (Mohd Ziadi Abdullah, 2000)

Golongan ahli fiqh yang memperjuangkan ASWJ yang awal ialah Imam Abu Hanifah al-Nu'man bin Tsabit bin Zauti al-Timi al-Kufi (80-150H). Perjuangan menegakkan ASWJ terbukti melalui kisahnya berdialog dengan alim al-Dahriy (Mohd Ziadi Abdullah, 2000).

Antara tokoh fuqaha mazhab Hanafi ialah:
1- Abu Yusuf Ya'qub bin Ibrahim al-Ansari al-Kufi (113-w. 182H)
2- Zafar bin al-Hazil (110-w. 158H)
3- Muhammad bin al-hasan al-Syaibani (132-w. 189H)
4- Al-Hasan bin Ziyad al-Lu'lu'i (w. 204H)
5- Syamsu al-A'immah al-Sarkhasi menulis kitab al-Mabsut
6- Hakim al-Syahid al-Maruzi (w. 334) menulis kitab al-Kafi
7- 'Ala al-Din Muhammad bin Ahmad al-Samarqandi al-Hanafi (w. 575H) menulis kitab Tuhfatu al-Fuqaha'
8- 'Ala' al-Din Abi Bakr bin Mas'ud al-Kasani (w. 587H) menulis kitab Bada'i al-Sana'i fi Tartib al-Syara'i
9- Marghinani (w. 593H) menulis kitab Mukhtasar al-Hidayah
10- Muhyi al-Din 'Abd al-Qadir abin Abi al-Wafa al-Qursyi al-Misri al-Hanafi (w. 775H) menulis kitab al-Jawahir al-Madhiyyah fi Tabaqat al-Hanafiyyah
11- Kamal bin al-Hamam (w. 861H) menulis kitab Fathu al-Qadir
12- Mawla Taqi al-Din bin 'Abd al-Qadir al-Timi al-dari al-Ghazzi al-Misri al-Hanafi (w. 1005H) menulis kitab al-Tabaqat al-Sanniyah fi tarajim al-Hanafiyyah
13- Muhammad 'Ala al-Din Ali bin Muhammad bin Ali bin 'Abd al-Rahman al-Haskafi (w. 1088H) menulis kitab al-Durru al-Mukhtar Syarh Tanwir al-Absar
14- Muhammd Amin al-Masyhur Ibn 'Abidin (w. 1252H) menulis kitab Hasyiah Raddu al-Muhtar 'ala al-Durru al-Mukhtar
15- Ibn 'Abidin (w. 1252H) menulis kitab Ruddu al-Muhtar yang dikenali dengan Hasyiyah Ibn 'Abidin
(Dr. Mani' bin Hammad al-Huhniy, 2003)

Imam Malik bin Anas bin Malik bin Abu 'Amir al-Asbahi al-Madani bin 'Amrin al-Harith bin Ghayman bin Khatil bin 'Amrin bin al-Harith (93-179H) merupakan guru kepada Imam al-Syafi'i. Beliau menulis kitab al-Muwatta' yang merupakan karya pertama dihasilkan dalam bidang fiqh dan hadith. Pada waktu tersebut ramai ulama yang lebih menumpukan hafazan daripada tulisan. Antara pendorong utama kepada penulisan ini ialah disebabkan munculnya banyak mazhab (mazhab sahabat), golongan yang menuruti hawa nafsu dan pemalsu hadith. 

Penulisan kitab al-Muwatta' merupakan permintaan daripada gabenor Abu Ja'far al-Mansur dengan mengatakan "Maka tuliskan bagi umat Islam kitab yang dapat memberi manfaat kepada mereka agar menghindari kelonggaran (rukhsah) Ibn 'Abbas dan kekerasan (tasydid) Ibn 'Umar dan agar mereka dapat melaluinya selangkah demi selangkah”. Abu al-hasan telah menukilkan daripada Imam Malik dengan katanya "Aku telah membentangkan kitabku kepada 70 orang fuqaha' daripada fuqaha' Madinah, maka semuanya bersetuju denganku tentang kitab tersebut, maka aku menamakannya al-Muwatta'”. Kitab al-Muwatta' disusun mengikut susunan bab sebagaimana bab-bab fiqh yang masyhur, mengandungi hadith-hadith, sunnah dan athar yang membincangkan masalah-masalah fiqh serta mengandungi fatwa-fatwa sahabat dan fatwa tabi'in dan fatwa Imam Malik sendiri berkenaan masalah atau persoalan yang ditanyakan kepadanya (Faisal Ahmad Shah et al, 2010).

Antara tokoh fuqaha mazhab Maliki ialah:
1- 'Abd al-rahman bin al-Qasim al-Misri (128-w. 191H)
2- Abu Muhammad 'Abd Allah bin Wahab bin Muslim (125-w. 197H)
3- Asyhab bin 'Abd al-'Aziz al-Qisi al-'Amiri (140-w. 204H)
4- Abu Muhammad 'Abd Allah bin 'Abd al-Hakim (155-w. 214H) yang menulis kitab  al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Awsat wa al-Saghir. Beliau juga adalah sahabat Imam Syafi'i.
5- Asad bin al-Firat al-Faris (w. 213H)
6- Asbagh bin al-Firaj bin Sa'id al-Misri (150-w. 225H) yang menulis Adab al-Qadha', Tafsir Gharib al-Muwatta', Adab al-Siam dan al-raddu 'ala Ahli al-Ahwa'.
7- 'Isa bin Dinar al-Qurtubi al-Andalusi (w. 212H). Beliau merupakan imam umat, ualama tafsir dan ulama hadith dan menulis Tafsir al-Jami’ Li al-Ahkam al-Quran. Imam al-Dawudi menyatakan dalam kitab al-Tabaqat “Ia merupakan kitab tafsir yang paling besar manfaatnya” (Syeikh Dr. Fauzi al-Anjari dan Syeikh Hamdi Sinan al-Masri, Al-Asya’irah: Akidah Sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah)
8- 'Abd al-Salam bin Sa'id al-Tanukhi (160-w. 240H)
9- Muhammad bin Ibrahim al-Iskandari bin Ziyad dikenali dengan Ibn al-Mawwaz (w. 269/281H)
10- Ibn Rushd menulis kitab Bidayah al-Mujtahid (450-w. 520H)
11- al-Qadhi 'Iyadh bin Musa al-Subti (w. 544H) menulis kitab Tartib al-Madarik wa Taqrib al-Masalik Li Ma'rifati A'lam Mazhab Malik
12- Sheikh Khalil bin Ishaq al-Maliki (w. 767H) menulis kitab al-Mukhtasar fi Fiqhi al-Maliki
13- Burhan al-Din Ibrahim bin Ali bin Muhammd bin Farhun al-'Umri al-Madani al-Maliki (w. 799H) menulis kitab al-Dibaj al-Mazhab fi Ma'rifah A'yan 'Ulama' al-Mazhab
14- Abi 'Abd Allah Muhammad bin Muhmmad 'Abd al-rahman al-maliki yang dikenali dengan al-Hattab (w. 954H)
15- Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin 'Abd al-Qadir Ibnd 'Abd al-'Aziz al-Sinbawi yang dikenali dengan al-Amir (w. 1232H) menulis kitab al-Majmu' al-Fiqhi fi Mazhab al-Imam Malik
(Dr. Mani' bin Hammad al-Huhniy, 2003)

Imam Muhammad bin Idris bin al-'Abbas bin 'Uthman bin Shafi' bin al-Sa'ib bin 'Ubayd bin 'Abd Yazid bin Hashim bin al-Matlab bin 'Abd Manaf bin Qusay al-Syafi'i (150-204H) merupakan ahli kalam yang kedua selepas Imam Abu Hanifah. Imam Syafi'i telah menghafaz keseluruhan kandungan kitab al-Muwatta' sejak usia kanak-kanak. Imam Syafi'i menjadi hujjah dalam bidang bahasa, thiqah dalam sirah dan seorang perawi syair (Mohd Ziadi Abdullah, 2000). Imam al-Syafi'i berkata "Apabila hadith itu sahih, maka ia adalah mazhabku, dan apabila apabila hadith itu sahih, maka buanglah perkataanku" (Mohd Ziadi Abdullah, 2000). Antara buku yang ditulis oleh Imam al-Syafi'i ialah al-Hujjah, al-Umm dan al-Risalah fi al-Usul.

Antara tokoh fuqaha' mazhab Syafi'i ialah:
1- Abu Ya'qub Yusuf bin Yahya ak-Buwaithi (w. 231H)
2- Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzanni (175-w. 264H) yang menulis kitab al-Jami' al-Kabir wa al-Jami' al-Saghir, al-Mantsur, al-Masa'il al-Mu'tabar, al-Targhib fi al-'Ilm, al-Watsa'iq dan al-Mukhtasar al-Saghir, al-Mukhtasar al-Muzanni.
3- al-Rabi' bin Sulaiman bin 'Abd al-jabbar al-maradi (174-w. 270H)
4- Abu Hafs Hirmalah bin 'Abd Allah al-Najibi al-Misri (166-w. 243) yang menulis kitab al-Mabsut wa al-Mukhtasar wa al-Syurut dan al-Sunan.
5- Abu 'Ali al-Husayn bin 'Ali bin Zaid al-Kurabisi al-Baghdadi (w. 245/248H)
6- Abu al-'Abbas Ahmad bin 'Umar bin Sarij (w. 306H)
7- Imam Abu al-Hassan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Mawardi (364-w. 450H) menulis kitab al-Hawi al-Kabir
8- Imam Abi Ishaq Ibrahim bin 'Ali bin Yusuf al-Syirazi (393-w. 476H) yang menulis kitab al-Muhazzab wa al-Tanbih. Al-Muhazzab banyak menjadi bahan kajian ilmiah bagi para ulama, sehingga muncul banyak karya ilmiah yang didasarkan darinya baik berupa Syarah, Hasyiah, Komentar, Kritikan, Tahqiqan, penjelasan terhadap kalimat-kalimat ambigu, takhrij hadits dan atsar didalamnya  amalan ilmiah lainnya. Di antaranya adalah Kitab Fawaid ‘ala Al-Muhazzab karangan murid beliau Imam Abu Ali Al-Fariqi, Kitab Al-Bayan karangan Imam Imrani dan tentu saja yang paling termasyhur kitab Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab karangan Imam Nawawi.
9- Aimam Abi Hamid al-Ghazali (450-w. 505H). Beliau meringkaskan kitab Nihayatu al-Matlab karangan Imam al-Juwaini yang diberi nama al-Basit. Kemudian kitab al-basit diringkaskan oleh beliau sendiri yang diberi nama al-Wasit dan diringkaskan lagi serta diberi nama al-Wajiz fi Fiqhi Mazhab al-Imam al-Syafi'i. Selain itu beliau menulis kitab al-Mustasfa fi ‘Ilm al-Usul.
10- Imam al-Rafi'i (557-w. 623H) yang menulis kitab Fathu al-Qadir Syarh al-Wajiz yang merupakan syarah bagi kitab yang diringkaskan oleh Imam al-Ghazali, al-Wajiz fi Fiqhi Mazhab al-Imam al-Syafi'i. Beliau juga menulis kitab al-Muharrar.
11- Imam Abu Zakariya Nuhyi al-Din Yahya bin Syarfin al-Nawawi (631-w. 676H) yang menulis kitab Raudhatu al-Talibin, al-Raudhah fi al-Furu' dan al-Majmu'. Beliau juga meringkaskan kitab al-Muharrar karangan Imam al-Rafi’i serta membuat suntingan dan tambahan yang kemudiannya dibukukan dengan nama Minhaju al-Talibin.
12- Taj al-Din 'Abd al-Wahab bin 'Abd al-Kafi al-Subki (w. 771H) yang menulis kitab Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra
13- Jamal al-Din 'Abd al-rahim bin al-Hasan al-Isnawi (772H) yang menulis kitab Tabaqat al-Syafi'iyyah
(op. cit. Dr. Mani' bin Hammad al-Huhniy)
14- al-Sheikh Ahmad al-Burullusi al-Misri al-Syafi’i yang menulis kitab Hasyiyah ‘Ala Syarh Minhaj al-Talibin Li al-Mahalli (w. 957H), guru kepada Imam al-Khatib al-Shirbini
15- Ahmad bin Hamzah Al-Syihab al-Din al-Ramli al-Syafi’i (w. 957H) yang menulis kitab Fath al-Jawad bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad dan al-Fatawa. Beliau juga guru kepada Imam al-Khatib al-Shirbini. Kitab tersebut dikumpulkan oleh anaknya yang bernama Shams al-Din Muhammad al-Syafi’i. 
16- Imam al-Khatib Muhammad bin Ahmad al-Shirbini al-Qahiri al-Syafi’i (w. 977H) menulis Syarh kepada Minhaj al-Talibin iaitu Mughni al-Muhtaj dan tafsir al-Siraj al-Munir.
17- Imam Shams al-Din Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Syarbini al-Syafi’i (977H) menulis syarah Minhaj al-Talibin iaitu Mughni al-Muhtaj dan tafsir al-Siraj al-Munir. Kitab Mughni al-Muhtaj mempunyai hurainnya iaitu kitab hasyiah. Antaranya Hasyiah ‘ala Mughni al-Muhtaj oleh beliau sendiri dan Hasyiah ‘ala Mughni al-Muhtaj oleh Sheikh ‘Umar Bajanid, seorang mufri mazhab Syafi’i di Mekah pada zamannya. Imam Shams al-Din Muhammad al-Syafi’i juga merupakan guru kepada Ibn Hajar al-Haitami.
18- Imam Ibn Hajar al-Haitami menulis kitab Tuhfatu al-Muhtaj yang merupakan syarah kepada kitab Minhaju al-Talibin karangan Imam Nawawi (w. 973H)
19- Imam Syihab al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah al-Ramli al-Ansari (957H), dikenali sebagai ‘al-Ramli al-Kabir’. Beliau menulis kitab Fatawa al-Ramli fi Furu’ al-Fiqh al-Syafi’i. Penyusunan kitab ini diusahakan oleh anak beliau, al-Syafi’i al-Saghir. Kitab Fatawa ini menjadi rujukan utama Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani ketika menyusun kitab beliau yang berjudul Furu’ al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il. Namun Sheikh Daud menisbahkan kitab Fatawa kepada Imam Syams al-Din al-Ramli dan bukan bapanya dengan menyebut ‘Fatawa Syams al-Millah wa al-Din’.
20- Imam Syams al-Din Muhammad bin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin al-Ramli al-Manufi al-Misri al-Ansari (919-1004H) yang dikenali dengan Imam al-Ramli. Beliau diberi julukan ‘al-Syafi’i al-Saghir’. Beliau menulis kitab Nihayatu al-Muhtaj ila Syarhi al-Minha iaitu huraian bagi kitab Minhaju al-Talibin wa ‘Umdatu al-Muftin karangan Imam al-Nawawi.
21- Mufti Tarim (1286-w. 1356H) merupakan Sheikh al-Syafi’iyyah di zaman beliau yang alim dan faqih. Beliau terkenal dengan kewarakan dan keilmuan yang tinggi hasil yang diwarisi dari datuk dan nenek moyang beliau. 

Murid Imam Syafi'i yang terkenal dalam perjuangan tauhid ialah Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin 'Abd Allah bin Hayyan bin 'Abd Allah bin Anas bin 'Auf bin Qasit bin Mazin bin Syaiban Ibn Wa'il al-Zuhli al-Syaibani (164-241H) di mana beliau tetap memperjuangkan bahawa al-Quran itu qadim dan bukan baharu (Mohd Ziadi Abdullah, 2000). Beliau belajar hadith daripada Ibn 'Uyainah pada tahun 187H. Imam Ahmad bin Hanbal berguru dengan Imam al-Syafi'i ketika di Mekah, Baghdad sewaktu rehlah pada tahun 195H, sewaktu rehlah ke Iraq dan Mesir pada tahun 199H. Antara gurunya yang lain ialah Yahya bin Sa'id al-Qattan, Abu Daud al-Tayalisi dan Waki' bin al-Jarrah. Antara tokoh hebat yang berjaya dilahirkan oleh beliau ialah Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud al-Sijistani, serta anaknya sendiri iaitu Soleh dan 'Abd Allah (Faisal Ahmad Shah et al, 2010).

Antara tokoh fuqaha' mazhab Hanbali ialah:
1- Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Harun al-Khilal (w. 211H)
2- Ishaq al-Tamimi Abu Ya'qub al-Kusaj al-Maruzi (w. 251H)
3- Salih bin Ahmad bin Hanbal (w. 266)
4- Abu Ja'far Muhammad bin 'Ali bin 'Abd Allah bin Mihran al-baghdadi al-Waraq (w. 272H)
5- Imam Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Khani al-Atsrim al-Khurasani al-Baghdadi (w. 273H)
6- 'Abd Allah bin Ahmad bin Hanbal (w. 290H)
7- Abu al-Qasim 'Umar bin al-Husayn bin Abdullah bin Ahmad al-Khuraqi (w. 334H) menulis kitab Mukhtasar al-Khuraqi
8- Hanbal bin Ishaq
9- Abu Zur'ah
10- Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194-w. 256H)
11- Imam Muslim bi al-hajjaj bin Muslim al-Quraisyi al-Nisaburi (204-w. 261H)
12- Abu Dawud Sulaiman bin al-As'ath bin Ishak bin Basyir bin Syadad bin 'Amru bin 'Imran  al-Azdi al-Sijistani (220-w. 275H)
13- Abu Ya'la al-Mausuli
14- al-Maimuni
15- Ibn Hani'
16- al-'Allamah Muwaffiqu al-Din Abdullah bin Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah (w. 620) mensyarahkan Mukhtasar al-Khuraqi di dalam kitabnya al-Mughni, menulis kitab al-Muqni'
17- al-Bahuti menulis kitab Kasysyaf al-Qina' wa Syarhi Muntaha al-Iradat
18- 'Abd al-Salam Ibn Taymiyah yang menulis kitab al-Muharrar fi al-Fiqh
19- al-Mardawi yang menulis kitab al-Isnaf
20- Ibnd Muflih yang menulis kitab al-Furu'
21- al-Hajawi yang menulis kitab al-Raudh al-Murabba'
22- Abi al-Khattab Mahfuz bin Ahmad al-kaluzani (w. 516H) menulis kitab al-Hidayah
23- 'Abd al-rahman bin al-Imam Abi 'Umar Muhammad bin Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi (w. 682H) menulis syarah bagi kitab al-Miqna' yang diberi nama al-Syafi al-Syarhu al-Kabir
24- al-Qadhi Abi al-Husayn Muhammad bin al-Qadhi Abi ya'la bin Muhammad bin al-Husayn al-Farra' (w. 527H) yang menulis kitab Tabaqat al-Hanabilah
25- Abi al-yaman Mujir al-Din 'Abd al-rahman bin Muhammad bin 'Abd al-Rahman al-'Alimi (w. 928H) yang menulis kitab al-Muhtaj al-Ahmad fi Tarajim Ashab Ahmad
(Dr. Mani' bin Hammad al-Huhniy, 2003)

Terdapat beberapa mazhab fiqh yang berkembang dalam masyarakat sunni selain daripada Mazhab Empat yang disebutkan. Mazhab-mazhab ini muncul pada zaman perkembangan pemikiran Ijtihad sewaktu pemerintahan bani Abbas pada abad kedua dan ketiga Hijrah. Tetapi mazhab-mazhab ini tidak dapat bertahan lama kerana tidak mampun menyaingi perkembangan aliran mazhab Empat. Justeru, mazhab-mazhab ini terhenti perkembangannya kerana ketiadaan pengikut atau kerana ideanya telah meresap masuk ke dalam aliran Mazhab Empat (Abdul Halim El-Muhammady, 1993).

Mazhab-mazhab selain Mazhab Empat berikut ialah:
1- Mazhab Abdullah bin Syabramah, 
2- Mazhab Ibn Abi Layla, 
3- Mazhab al-Laith,
4- Mazhab Syuriah al-Nakha'i,
5- Mazhab Sufyan bin 'Uyaynah,
6- Mazhab Ibn Rahwayh,
7- Mazhab Abu Thur,
8- Mazhab al-Awza'i,
9- Mazhab Daud al-Zahiri,
10- Mazhab al-Tabari, (Ibid.)
11- Mazhab Ja'fari (93 - w.179), dan lain-lain.
(Muhammad Jawad Mughniyah, 1999).

Tokoh hadith:
1- Ibnu Juraij (w. 150H) menulis kitab hadith
2- Muhammad bin Ishaq al-Matlabi (w. 151H) menulis kitab hadith
3- Ma’mar bin Rasyid al-Sun’ani (w. 153H) menulis kitab hadith
4- Sa’id bin Abu ‘Arubah (w. 156H) menulis kitab hadith
5- Al-Auza’i (w. 156 H) menulis kitab hadith
6- Ibn Abi Zi’b (w. 158H) menulis kitab hadith
7- Al-Rabi’ bin Subaih al-Basri (w. 160H) menulis kitab hadith
8- Syu’bah bin al-Hajjaj (w. 160H) menulis kitab hadith
9- Sufyan al-Tsauri (w. 161 H) menulis kitab hadith
10- Al-Laith bin Sa’id (w. 175 H) menulis kitab hadith
11- Hammad bin Salamah (w. 176 H) menulis kitab hadith
12- Imam Malik bin Anas (93-w. 179H) menulis kitab hadis yang diberi nama al-Muwatta’. Selain itu beliau juga menulis kitab Risalah Ila Ibn Wahab Fi al-Qadri, al-Nujum, Hisab al-Daurani al-Zama’ni dan Manazili al-Qamar
13- ‘Abd Allah bin al-Mubarak (w. 181 H) menulis kitab hadith
14- Jarir bin ‘Abd al-Hamid al-Dhabbi (w. 188 H) menulis kitab hadith
15- ‘Abd Allah bin Wahab al-Misri (w. 197 H) menulis kitab hadith
16- Imam al-Syafi’i menulis kitab Musnad (w. 204 H)
17- Abi Daud al-Tayalisi (w. 204 H) menulis kitab musnad
18- Imam Abu Bakr ‘Abd al-Razzaq bin Hammam bin Nafi’ al-Himyariy al-San’aniy (126-w. 211 H). Antara karangan beliau ialah al-Jami’ al-Kabir, al-Muasannaf, Tafsir al-Qur’an, al-Sunnah fi al-Fiqh,al-Maghazi, Tazkiyatu al-Arwah ‘an Mawaqi’ al-Aflah dan al-Amaliy.
19- Asad bin Musa al-Umawi (w. 212 H) menulis kitab musnad
20- Al-Humaidi (w. 219 H) menulis kitab musnad
21- Musaddad bin Musarhad (w. 228 H) menulis kitab musnad
22- Imam ‘Abd Allah bin Muhammad bin Ibrahim bin ‘Usman bin Abu Syaibah al-‘Abasy al-Kufi (159-w. 235H). Antara penulisan beliau ialah al-Musnaf fi al-Ahadith wa al-Atsar, alTarikh, al-Iman, al-Adab, Tafsir ibnd Abu Syaibah, al-Ahkam, Sawab al-Qur’an, al-Jumal, al-Futuh dan al-Musnad.
23- Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (164-w. 214H) menulis kitab al-Musnad.
24- Imam al-Hafiz Abu Muhammad ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman bin al-Fadl bin Bahram bin ‘Abd al-Samad al-Darimi al-Tamimi al-Samarkhand (181-w. 255H). Antara kitab yang ditulisnya ialah Sunan al-Darimi
25- Ishaq bin Rahuyah (w. 238 H) menulis kitab musnad
26- ‘Abid bin Humaid (w. 249 H) menulis kitab musnad
27- Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194-w. 256H). Selain kitab Sahih Bukhari yang popular, beliau juga menulis kitab-kitab yang banyak, seperti Raf’ al-Adyan, Qiraat Khaf al-Imam, Khalq Af’al al-‘Ibad, al-Tafsir al-Kabir, al-Musnad al-Kabir, Tarikh Saghir, Tarikh Ausat, Tarikh Kabir, al-Adab al-Mufrad, Birr al-Walidain, al-Dhu’afa’, al-Jami’ al-Kabir, al-Asyribah, al-Hibah, Asami’ al-Sahabah, al-Wuhdan, al-Mabsut, al-‘Ilal, al-Kuna, al-Fawa’id dan Qadhaya al-Sahabah wa al-Tabi’in. Dikatakan ia ditulis pada umurnya 18 tahun, namun tidak pernah sampai ke tangan masyarakat sekarang.
28- Imam Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Quraisyi al-Nisaburi (204-w. 261H). Antara buku bidang hadith yang ditulis beliau selain kitab Sahih Muslim ialah al-Musnad al-Kabir, al-Jami’ al-Kabir, al-‘Ullal, al-Tamyiz, Man Laisa lahu Illa Rawin Wahid, Tabaqat al-Tabi’in dan al-Mukhdarimin.
29- Abi Bakr al-Naisaburi w. 268 H) menulis Mustakhraj Sahih Muslim
30- Abu 'Isa Muhammad bin 'Isa bin Sawrah bin Musa bin al-Dahhak al-Salmi al-Tirmizi (209-w. 279H). Antara buku yang ditulis oleh beliau selain al-Jami atau al-Sunan al-Tirmizi yang masyhur ialah, al-Jami’ al-Mukhtasar min al-Sunan ‘an rasulullah, Tawarikh, al’Ilal al-Kabir, Syama’il al-Tirmizi, Asma’ al-Sahabah, al-Asma’ wa al-Kuna dan al-Atsar al-Mauqufah
31- Abu Dawud Sulaiman bin al-As'ath bin Ishak bin Basyir bin Syadad bin 'Amru bin 'Imran  al-Azdi al-Sijistani (202-w. 275H). Antara kitab yang ditulis ialah al-Sunan, al-Masa’il, al-Marasil, al-Qadar, al-Nasikh, Musnad Malik, Ashab al-Sya’bi, Kitab fi al-Rijal dan al-Zuhdi. Selain itu terdapat lembaran jawapan beliau terhadap soalan al-Ajari dan risalah-risalah kitab sunan.
32- Abu 'Abd Allah bin Yazid bin Majah al-Rabi' al-Qazwini (209-w. 273H)
33- Abi al-Fadhl al-Naisaburi (w. 286 H) menulis kitab Mustakhraj Sahih Muslim
34- Al-Bazzar (w. 292 H) menulis kitab musnad
35- Abu 'Abd al-Rahman Ahmad bin 'Ali bin Syu'aib bin 'Ali bin Sinan bin Bahr al-Khurasani al-Nasa'i (215-w. 303H). Dikatakan bahawa ada karyanya yang dicetak dan ada yang tidak ditemui. Antara yang dicetak ialah al-Sunan al-Kubra, al-Sunan al-Sughra, al-Kuna, Khasa’is ‘Ali, al-Tafsir dan al-Dhu’afa’ wa al-Matrikun. Kitab yang tidak dijumpai antaranya Musnad ‘Ali bin Abi Talib, Musnad Hadith Malik, Asma’ al-Ruwad wan al-Tamyiz, al-Ikhwah, al-Trab, Musnad mansur bin Zazan dan al-Jarh wa al-Ta’dil
36- Abu Ya’la al-Musili (w. 307 H) menulis kitab musnad
37- Ibn al-Jarud (w. 307 H) menulis kitab Muntaqa
38- Imam A’immah Abu Bakr Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah al-Naisaburi (223-w. 311H) dikenali dengan Ibnu Khuzaimah. Antara karangan beliau ialah al-Sahih yang dinyatakan bahawa ia menampung hadith-hadith sahih yang tidak terdapat di dalam Sahih al-Nukhari dan Sahih Muslim. Dikatakan beliau mengarang kitab melebihi 140 buah tetapi tidak diketahui nama karangannya dan tidak dapat dikesan.
39- Abi Ja’far al-Naisaburi (w. 311 H) menulis Mustakhraj Sahih Muslim
40- Imam al-Hafiz Abu ‘Uwanah Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim bin Yazid al-Naisaburi al-Isfiraini (230-w. 316H). Beliau menulis kitab musnad hadith sahih yang dikeluarkan dari kitab Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Beliau juga menulis kitab Mustakhraj Sahih Muslim
41- Imam al-Tahawi (w. 321 H) menulis kitab Syarhu Ma’ani al-Atsar dan Musykilatu al-Atsar
42- Ibn Minjuyah (w. 328 H) menulis Mustakhraj Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
43- Al-Haitham bin Kuliab al-Syasyi (w. 335 H) menulis kitab musnad
44- Abi Nu’aim al-Asbahani (w. 340 H) menulis Mustakhraj Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
45- Abi Nasr al-Tusi (w. 344 H) menulis Mustakhraj Sahih Muslim
46- Ibn al-Akhram (w. 344 H) menulis Mustakhraj Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
47- Imam Abu al-Qasim Sulaiman bin Ayyub bin Mutair al-Lakhmi (260-w. 360H). Antara kitab hadith karya beliau ialah al-Mu’jam al-Kabir, al-Mu’jam al-Ausat, Mu’jam al-Saghir, Musnad al-Asyrah, Musnad al-Syamiyyin, Musnad Abi Hurairah, Musnad ‘Aisyah, Musnad Abu Dzar al-Ghiffari dan al-Awa’il.
48- Imam al-Hafiz Muhammad bin Hibban bin Ahmad bin Hibban bin Mu’az bin bin Ma’bad bin Sa’id bin Sahid (270-w. 354H). Dikatakan juga Ibn Ma’bad bin Hadiyyah bin Murrah bin Sa’ad Bin Yazid bin Zaid bin Abdullah bin Darim bin Malik bin Hanzalah bin Malik bin Zaid bin Munna bin Tamim bin Murrah bin ‘Adi bin Thabikhah bin Mudir bin Mi’ad bin Adnan. Beliau digelar dengan Ibn Hibban al-Basti atau Abu Hatim Tamimi al-Busti. Penulis kitab Sahih Ibn Hibban atau nama lainnya al-Musnad Sahih ‘ala al-Taqasim wa al-Anwa’. Selain itu antaranya al-Tsiqaat, Ma’rifah Majruhin wa al-Dhu’afa’ min al-Muhaddithin, Masyahir ‘Ulama’ al-Ansar, Raudhatu ‘Uqala’ wa Nuzhatu al-Fudhala’, Tafsir al-Qur’an, Asma’ al-Sahabah, Hadith al-Qur’an dan Sya’b al-Iman.
49- Imam Abu Bakr al-Ismaili (w. 371 H) menulis kitab Mustakhraj Sahih al-Bukhari
50- Imam al-Hafiz Abi Ahmad al-Fitriqi (w. 377 H) menulis kitab Mustakhraj Sahih al-Bukhari
51- Abi Bakr Ibn al-Marduyah al-Asbahani menulis kitab Mustakhraj Sahih al-Bukhari
52- Imam al-Hafiz Abu Hasan al-Dar al-Quthni (305/306-w. 385H). Antara karangan belliau selain al-Sunan al-Dar al-Quthni ialah Ahadith al-Sifat, Ahadith al-Nuzul, al-Ifrad dan al-Ilzamat.
53- Abi Bakr al-Syirani (w. 388 H) menulis kitab Mustakhraj Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
54- Imam al-Hafiz Abu Nu’aim al-Asbahani, penulis kitab Hulliyatu al-Auliya’. Beliau adalah ulama lapisan kedua pengikut Imam al-Asy’ari.
55- Imam al-Hafiz Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin Hamduwayh bin Nu’aim al-Dabbi al-Hakim al-Naisaburi (321-w. 405H). Beliau dikenali juga dengan Ibn al-Bayyi’ dan digelar sebagai al-Hafiz al-Kabir Sheikh Ahl al-Hadith. Beliau menulis kitab yang masyuhur iaitu al-Mustadrak. Selain itu kitab ‘Amali al-Ashyat, Tarikh Naisabur, al-Amali, Takhrij Sahihain, Ma’rifah ‘Ulum alHadith, al-Madkhal Ila ‘Ilm al-Sahih, al0Muzakkiy al-Akhbar, al-Madkhal Ila Ma’rifah al-Mustadrak, al-‘Ilal dan lain-lain. Imam al-Hafiz ‘Asakir menyebutnya berada pada lapisan al-Asya’ari yang kedua.
56- Imam al-Hafiz Abu Tahir al-Salafi. Imam al-Taj al-Subki menyebut beliau pada lapisan al-Asya’ari yang kelima
57- Imam al-Hafiz Sa’ad Ibn al-Sam’aani, menulis kitab al-Ansab
58- Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Baihaqi (w. 358 H) menulis kitab al-Sunan
59- Abi Dzar al-Ansari al-Hirawi (w. 434 H) menulis kitab Mustakhraj Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
60- Abi Muhammad al-Hasan bin al-Khallal (w. 439 H) menulis kitab Mustakhraj Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
61- Imam al-Hafiz Ibn ‘Asakir, penulis kitab Madinah Dimasyq
62- Imam al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syaraf al-Nawawi al-Syafi’i
63- Imam al-Muhaqqiq al-Hafiz Salah al-Din Khalil bin Kaikuldi al’Ilaili
64- Sheikh al-Islam Imam al-Hafiz Abu Amru bin al-Salah, merupakan guru pertama ilmu hadith di Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah dan guru kepada Imam al-Nawawi. Guru sebelumnya di sana ialah Imam al-Asy’ari.
65- Imam al-Hafiz Ibn Abu Jamrah al-Andalusi, menulis kitab Bahjah al-Nufus yang mengulas 100 hadith daripada Sahih al-Bukhari
66- Imam al-Hafiz al-Kirmani Syams al-Din Muhammad bin Yusuf, menulis kitab Syarh Kirmani terhadap Sahih al-Bukhari
67- Imam al-Hafiz al-Munziri, menulis kitab al-Targhib wa al-Tarhib
68- Imam al-Hafiz al-Abi yang menulis kitab Syarh Sahih Muslim
69- Imam al-Hafiz Ibn Hajr al-‘Asqalani, penulis kitab Syarh Sahih al-Bukhari bertajuk Fath al-Bari
70- Imam al-Hafiz al-Sakhawi
71- Imam al-Hafiz al-Sayuti
72- Imam al-Qisthalani
73- Imam al-Hafiz al-Munawi

Ahli kalam pada era pemerintahan al-Makmun ialah Abdullah bin Sa'id al-Tamimi yang kemudiannya diteruskan oleh Imam al-Junaid dan Abdul Aziz bin Yahya al-Makki al-Kattani (w. 240H) (Mohd Ziadi Abdullah, 2000)

Muridnya Abdul Aziz iaitu al-Husain bin Fadhl (w. 282H) meneruskan perjuangan menegakkan ASWJ dengan mengajar dan memberi fatwa bermula tahun 217H (Mohd Ziadi Abdullah, 2000)

Golongan ahli hadith yang memperjuangkan ASWJ ialah Syeikh al-Islam Imam al-A'immah Ibnu al-Khuzaimah (w. 311H). Di dalam era yang sama tokoh lain ialah Abu Mansur al-Maturidi (225-w. 331/333H) yang berjuang mengembalikan kewibawaan umat Islam dan prinsip ASWJ. Hujahan beliau mempertahankan ASWJ telah membentuk mazhab Maturidi. Beliau yang bermazhab Hanafi di dalam hujah fiqhnya meriwayatkan ilmu daripada Imam Abu Hanifah (Mohd Ziadi Abdullah, 2000).

Di waktu ini lahir mufassir yang masyhur antaranya Ibn Jarir al-Tabari (224-w.310H) wafat di Baghdad. Beliau merupakan antara imam-imam yang terkenal dan berkongsi kebanyakan gurunya dengan Imam al-Bukhari. Beliau juga adalah imam dalam mazhab Syafi'i (Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001).

Tokoh lain ialah Abu al-Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari (227/262-w. 325/330H). Awalnya beliau pengikut mazhab Mu'tazilah, tetapi kemudiannya telah kembali ke pangkuan ASWJ serta kemudiannya mempertahankannya. Beliau telah menyusun secara sistematik ilmu-ilmu tauhid untuk menentang golongan yang menyeleweng daripada landasan kebenaran (Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001). Beliau juga mewakili umat Islam dari kalangan mazhab Syafi'i dan pengaruh beliau meliputi Khurasan, Iraq dan Syam (Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001).

Antara murid al-Asy'ari yang terkenal ialah Abu al-Hasan al-Bahili dan Abu Abdillah bin Mujahid. Murid bagi Abu al-Hasan al-Bahili pula ialah Abu bakar Ibrahim bin Ali al-Syirazi yang mana beliau dilihat daripada salasilah lain bagi periwayatan mazhab ASWJ aliran al-Asya'irah (Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001)

Seterusnya tokoh ASWJ ialah al-Qadhi Muhammad bin Thayyib bin Muhammad bin Ja'far al-Baqilani (328/338-w. 403H). Beliau tinggal di Baghdad dan bertungkus lumus membantu menyuburkan fahaman ASWJ sehingga memegang kepimpinan dalam aliran al-Asya'irah (Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001).

Diikuti Ibrahim bin Ali bin Yusuf al-Fairuz Abadi Abu Ishaq al-Syirazi al-Syafi'i (393-w. 476H), kemudian Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim bin Mihran al-Isfaraiyini  (418H). Seterusnya Imam al-Haramain Abu al-Ma'ali al-Juwaini (419-w. 478H). Beliau merupakah seorang faqih dalam mazhab Imam Syafi'i.

Adalah suatu kenyataan bahawa orang-orang di tiga abad pertama (di permulaan sejarah Islam - tahun Hijrah) secara mutlak tidak pernah berpegang pada sesuatu daripada mazhab-mazhab (aqidah dan fiqh) tersebut. Malah mazhab-mazhab tersebut tidak wujud pada tiga abad pertama padahal itu adalah masa-masa yang terbaik - berlandaskan kepada hadith Nabi saw. Hampir dua abad selepas lahirnya Mazhab Empat, kedudukan pengikut-pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing mendakwa mazhab merekalah yang terbaik (Lutfi Ibrahim, 1993).

Meskipun pada mulanya mazhab-mazhab ini lebih merupakan kumpulan-kumpulan permikiran terbuka, namun sesudah berbagai-bagai aktiviti berijtihad dilakukan, dalam kumpulan-kumpulan berkenaan dalam tempoh yang agak lama, lahirlah apa yang disebut sebagai sikap memihak kepada mazhab (al-Inbiyaz al-Mazhab). Berasaskan sikap ini, seseorang mujtahid tidak lagi berijtihad secara mutlak atau terbuka, tetapi berijtihad berasaskan kerangka pemikiran mazhabnya sahaja (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku dalam kalangan mazhab-mazhab itu sendiri. Di abad kemudiannya dihadkan mazhab kepada empat sahaja oleh pemerintah sekular pada masa itu. Dan tidak sekali-kali penentuan tersebut berdasarkan kepada hadith-hadith Nabi saw. Malah penentuan kepada empat itu merupakan penentuan politik bagi menentang pergerakan Syiah Imamiyyah atau dalam erti kata yang khususnya ialah pergerakan 'ahlu al-Bait'. Hanya di abad ke-13M, tiap-tiap pengikut mazhab menyenaraikan nama-nama pengikutnya seperti al-Subki menulis senarai nama-nama pengikut al-Syafi'i ke dalam bukunya 'Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra' (Lutfi Ibrahim, 1993).

Dengan sikap yang baru ini, aliran-aliran pemikiran yang berbeza lebih jelas dapat dilihat daripada satu mazhab dan mazhab yang lain. Seterusnya berlaku keadaan mengikatkan diri dengan hasil pandangan imam-imam mazhab dan bukan lagi prinsip mazhab. Bermula daripada ini berlakulah apa yang kemudiannya dikenali sebagai gejala taqlid yang kemudiannya membawa kepada kejumudan atau kebekuan cara berfikir (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Al-Zamakhsyari al-Hanafi (467-w. 537H) telah menggambarkan kedudukan Mazhab Empat dan ASWJ pada masa gejala taqlid itu seperti berikut:Jika mereka bertanya tentang mazhabku,Aku berdiam diri lebih selamat,Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,Jika aku mengaku bermazhab Syafi'i,Mereka berkata aku menghalalkan 'berkahwin' dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiri itu haram,Jika aku seorang Maliki,Mereka berkata aku mengharuskan memakan daging anjing,Jika aku seorang Hanbali,Mereka akan berkata aku menyerupai Tuhan dengan makhluk,Dan jika aku seorang Ahli Hadith,Mereka akan berkata aku adalah seekor kambing jantan yang tidak memahami sesuatu.
(Lutfi Ibrahim, 1993)

Gejala taqlid ini bermula pada pertengahan abad keempat hijrah. Bagaimanapun para penulis membahagikannya kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama; di antara pertengahan abad keempat sehingga kejatuhan Baghdad ke tangan orang Tartar pada tahun 656H. Peringkat kedua; bermula selepas kejatuhan Baghdad (Lutfi Ibrahim, 1993) sehingga mencecah abad ke-13 Hijrah. Walaubagaimanapun, di antara tempoh tersebut lahir beberapa orang tokoh tajdid seperti Imam al-Gazali (450-w. 505H), Imam Ibn Taimiyah 661-w.728H) dan Ibn Qayyim al-Jauziyah (w. 751H) (Lutfi Ibrahim, 1993)

Pada tempoh zaman tersebut, lahir juga banyak ulama ASWJ dan Fiqh Mazhab Empat daripada ulama mufassir seperti:
1- Imam Abul Laits al-Nasr bin Muhammad bin Ibrahim as-Samarqandi al-Hanafi, dikenal dengan Abu Laits atau dengan julukan Imam al-Huda (w. 373H). Beliau merupakan seorang ulama tabi’ al-tabi’in, penulis kitab Tafsir Bahr al-‘Ulum, Tanbih al-Ghafilin dan Bustan al-‘Arifin.
2- Al-Imam al-‘Allamah Abu al-Hasan Ali bin Ahmad bin Muhammad al-Wahidi al-Naisaburi al-Syafi’i (w. 468). Beliau banyak menulis dalam ilmu sastera, bahasa, tafsir, antaranya menulis kitab Asbab al-Nuzul.
3- Imam Shahabuddin Abi al Abbas Bin Yusuf al-Halabi, menulis kitab al-Dur al-Masun atau Tafsir al-Samin.
4- Abu Muhammad al-Husayn bin Mas'ud al-Baghawi (430-w. 516H) menulis kitab tafsir Ma'lim al-Tanzil dan penulis kitab Syarah Sunan.
5- Abu al-Qasim Mahmud bin 'Umar al-Khawarizmi al-Zamakhsyari (467- w. 537H) menulis kitab Tafsir al-Kasysyaf. Beliau merupakan tokoh dalam bidang bahasa, nahu, sastera dan tafsir. Bermazhab Hanafi dalam fiqh, namun berakidah Mu'tazilah dan menjadi penggerak kepada mazhab Mu'tazilah. Beliau berpegetahuan luas  dan bekemahiran dalam ilmu i'rab dan persoalan bahasa Arab. Menurut Ibn Khaldun "Di antara kitab tafsir paling baik yang merangkumi bidang tersebut ialah kitab al-Kasysyaf..". Muhammad Husayn al-Zahabi masih menyanjung tinggi usaha al-Zamakhsyari walaupun beliau menyelitkan unsur-unsur Mu'tazilah dalam tafsirnya, dengan mengatakan "Mahmud bin 'Umar al-Zamakhsyari adalah mufassir dan ahli bahasa yang baik, tetapi beliau mengajak kepada Mu'tazilah.."
6- Abu Muhammad Abd al-Haq bin Ghalib bin 'Ath iyyah al-Andalusi (480-w. 541H) menulis kitab tafsir al-Muharrar al-Wajiz fi tafsir al-Kitab al-'Aziz yang banyak memetik daripada Tafsir Ibn jarir al-Tabari. Ibn taimiyah berkata "Tafsir Ibn 'Atiyyah dan seumpama adlah mengikut al-Sunnah wal Jamaah dan selamat daripada bid'ah berbanding tafsir al-Zamakhsyari. Ibnu Khaldun menyatakan dalam kitabnya Muqaddim "Karya Tafsir Ibn 'Atiyyah adalah sebaik-baik susunan, di mana ia menyemak karya-karya sebelumnya dan diringkaskan, dalam pada waktu itu ia merupakan ibarat yang baik dan menjaga tuntutan sunnah".
7- Abu Abdullah Muhammad bin 'Umar bin Husayn bin al-Hasan bin Ali al-Tamimi al-Bakri al-Tabaristani al-Razi al-Syafi'i, digelar Fakhruddin al-razi (543/544-w. 606H), penulis kitab Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghaiyb. Juga banyak mempelajari ilmu-ilmu agama seperti ilmu akal, ilmu logika, ilmu falsafah dan ilmu kalam. beliau menjelaskan pelbagai disiplin ilmu dengan membentangkan pendapat ahli falsafah dan ahli kalam yang kemudiannya beliau menolak dan menyanggah pendapat tersebut serta mempertahankan pendapat yang menyokong akidah ASWJ dan menolak pandangan yang dipegang oleh golongan Mu'tazilah. Beliau turut membincangkan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh fuqaha' berkenaan ayat-ayat ahkam. Selepas itu beliau mentarjihkan pendapat-pendapat tersebut dengan mengambil pandangan daripada golongan mazhab Syafi'i.
8- Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah al-Khatimi al-Ta'i al-Andalusi (560-w. 638H) dengan gelaran Ibn al-'Arabi menulis kitab Tafsir al-Futuhat al-Makkiyyah. Beliau berpegang dengan mazhab al-Zahiri dalam ibadah. Sementara dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, beliau adalah pengamal tasawwuf yang mendapat cahaya kebatinan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Antara gurunya ialah Abu Qasim 'Abd al-Rahman al-Qurtubi. Kebiasaanya Ibn 'Arabi menundukkan kaedah nahu untuk merealisasikan kefahaman sufinya dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antara yang memepertahankannya daripada tuduhan yang melulu ialah Fakhr al-Din al-razi, Jalal al-Din al-Suyuti dan Ibn 'Ata' Allah al-Sakandari yang merupakan ulama fiqh bermazhab Maliki.
9- Qadhi al-Qudhat  Nasiruddin Abdullah bin Muhammad Ali al-Baidhawi al-Syafi'i (w. 691H) menulis kitab Tafsir Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta'wil yang merupakan ringkasan daripada Tafsir al-Kasysyaf. Tetapi beliau menolak pandangan Mu'tazilah, sebaliknya berpegang kepada padangan ASWJ serta terpengaruh dengan pentafsiran al-Razi.
10- Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Muhammad al-Nasafi (w. 701H), menulis kitab tafsir Madarik al-tanzil wa Haqa'iq al-Ta'wil. Tafsir ini adalah ringkasan bagi Tafsir al-Kasysyaf dan Tafsir Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta'wil. Namun beliau tidak menerima pendapat al-Zamakhsyari yang berbentuk Mu'tazilah, sebaliknya mengikut mazhab ASWJ. Beliau turut mentafsirkan ayat-ayat hukum dengan mengemukakan pendapat-pendapat mazhab dan menonjolkan pendapat mazhab Hanafi serta mempertahankannya dan menolak pendapat-pendapat yang berselisih dengannya.
11- Muhammad bin Yusuf bin Hayyan al-Andalusi atau Abu Hayyan (654-w. 754H) menulis kitab Tafsir al-Bahr al-Muhit. Beliau memberi penekanan yang besar kepada masalah i'rab dan isu tatabahasa dengan menyebut  persilisihan pendapat di kalangan ahli-ahli bahasa, sehingga dikatakan karyanya lebih mirip kepada karya bahasa. Abu hayyan bermazhab Maliki, beliau menolak pandangan Mu'tazilah yang dikemukakan oleh al-Zamakhsyari, al-Razi dan Qadhi Abd al-Jabbar. Beliau juga memberi peringatan supaya menjauhi tafsir sufi dan bersikap tegas terhadap pelampau Syiah.
12- 'Imad al-Din Abu Fida’ Ismail bin 'Amr bin Kathir al-Basri al-Dimasyqi (700-w. 774H) menulis kitab Tafsir al-Quran al-'Azim dan kitab al-Bidayah wa al-Nihayah. Ibn kathir mempunyai hubungan yang rapat dengan Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah malah menjadi anak murid kepada beliau.
13- Jalal al-Din Abu al-Fadl Abd al-rahman bin Abu Bakr bin Muhammad al-Suyuti al-Syafi'i (849-w. 911H) menulis kitab tafsir bertajuk al-Durr al-Manthur fi al-tafsir bi al-Ma'thur dan penulis kitab Tarjuman al-Quran.
14- Abu al-Thana' Syihab al-Din Mahmud bin Abdullah al-Alusi (1217-w. 1270H) menulis kitab Tafsir Ruh al-Ma'ani fi Tafsir al-Quran al-'Azim wa al-Sab'u al-Mathani. Beliau menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap ASWJ dalam tafsirnya dan menolak pendapat golongan Mu'tazilah dan Syi'ah.
(Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001)
15- Sayyid Qutb, penulis kitab tafsir Fi Zilal al-Quran
16- Sheikh al-‘Allamah al-Tahir bin ‘Asyur, penulis kitab al-tafsir al-‘Azim
17- Sheikh Sa’id Hawwa, penulis kitab al-Asas fi al-Tafsir
18- Sheikh al-‘Allamah Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi penulis kitab tafsir Khawatir al-Diniyyah
19- Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, penulis kitab Tafsir al-Munir dan kitab al-Fiqh al-Islami

Kalau ijtihad secara mudahnya boleh diertikan sebagai penyelidikan tentang hukum, taqlid adalah sebaliknya. Ia secara mudah boleh diertikan kepada sebagai menerima apa sahaja yang ditentukan oleh orang terdahulu tanpa usul periksa (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010). Prinsip ijtihad diterima, diiktiraf dan diguna pakai oleh fuqaha' sebeluam zaman taqlid. Berasaskan prinsip ini mereka telah berijtihad dan menghormati hasil ijtihad orang lain. Tetapi pada zaman taqlid ini prinsip tersebut telah diabaikan dan hasilnya tiada lagi ijtihad secara terbuka yang dilakukan dan dunia pengajian syariah dikuasai sepenuhnya oleh warisan 'fiqh yang hanya diwarisi daripada zaman terdahulu, terutama daripada zaman kemuncak dan keagungan dengan kelahiran tokoh mujtahid fiqh (Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001)

Kemuncak gejala taqlid ini ialah pada peringkat kedua taqlid iaitu selepas kejatuhan Baghdad ke tangan orang Tartar pada kurun ketujuh Hijrah. Ketika inilah lahirnya penulisan fiqh yang berbentuk intisari atau 'ikhtisar' dengan cara menulis seringkas mungkin bagi menghuraikan sebanyak mungkin idea. Huraian tersebut dinamakan sebagai 'syarah'. Kemudian bagi memperjelaskan lagi huraian berkenaan dibuat pula huraian yang lebih lanjut dalam bentuk nota yang dinamakan sebagai 'hasyiah'. Nota tersebut kemudian dihuraikan lagi melalui catatan kaki yang dinamakan 'hamisy' bersama dengan ulasan yang disebut 'ta'liq'. Semuanya ini berlegar di sekitar perbahasan dan penggunaan kata-kata atau frasa tertentu yang tidak ada kaitan langsung dengan masalah fiqh (Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001).

Seterusnya tokoh ASWJ pada zaman ini ialah Abu Bakar Muhammad bin Husain bin Furak (w. 406H) dan disambung oleh Ruknuddin Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al-Asfarayini (w. 418H) (Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, 2001). Kemudian fahaman ASWJ diteruskan oleh al-Imam al-Kabir Abu Mansur Abdul Qahur bin Tahir al-tamimi al-baghdadi al-Syafi'i (w. 429H). Ia disambung oleh Abu al-Hasan Ali bin Mahdi al-Tabari serta Abu Abdillah al-Husain bin Muhammad al-Bazzaziy (Mohd Ziadi Abdullah, 2000).

Kemudian Abu al-Qasim al-Iskafiy (w. 452H) yang merupakan salah seorang perawi aliran Asya'irah berjaya melahirkan murid yang terkenal dalam bidang usuluddin dan fiqh iaitu Imam al-Haramain. Imam al-Haramain (419-w.478H) telah mendidik Abu Hamid al-Ghazali. Imam al-Ghazali (450-w.505H) lahir di Tus, Iran telah menjadi mujaddin abad kelima Hijrah bermazhab Syafi’i dan digelar sebagai Hujjatu al-Islam (Mohd Ziadi Abdullah, 2000).

Pada abad ke-13 Hijrah, lahirlah al-Sheikh Muhammad Abd Wahab (w. 1206H), al-Sheikh Jamaluddin al-Afghani (w. 1897M), al-Sheikh Muhammad Abduh (w. 1905M), al-Sheikh Ahmad Ibrahim (w. 1945M), al-Sheikh Muhammad Mustafa al-Maraghi (w. 1945M), al-Sheikh Mahmood Syaltut dan al-Sheikh Ali al-Khafif (w. 1978M). Antara mereka lagi ialah al-Sheikh Muhammad al-Khudhari, al-Sheikh Abdul Wahab al-Khallaf, al-Sheikh Muhammad Abu Zahrah dan terkini al-Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Sejak permulaan zaman kegemilangan Islam telah timbul permasalahan rujukan hakim dalam membuat sesuatu hukuman. Ini kerana di dalab kitab-kitab fiqh kebiasaanya terdapat lebih daripada satu poandangan dalam satu-satu masalah samada daripada mazhab yang berlainan mahupun mazhab yang sama. Ia bukanlah satu amalan yang baik untuk memberi kebebasan kepada para hakim memilih mana-mana pandangan yang dia bersetuju daripada kitab fiqh tertentu serta dijadikan asas hukum. Kerana hakim yang berbeza mungkin memilih pandangan yang berbeza dalam kes yang sama (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Masalah ini mula disedari oleh Ibn al-Muqaffa', seorang sasterawan ternama pada zaman Abu ja'far al-Mansur, Khalifah kedua kerajaan Abbasiyah. Beliau mencadangkan kepada khalifah supaya satu kod undang-undang ditulis untuk dipakai oleh semua mahkamah di seluruh negara pada waktu itu bagi mengatasi masalah tadi. Ia mesti berasaskan kepada al-Quran dan al-sunnah, juga sumber-sumber lain yang diiktiraf. Cadangan beliau telah mendapat perhatian yang baik daripada khalifah (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Bagi melaksanakannya, khalifah Abu ja'far mencadangkan kepada Imam Malik supaya menulis kod yang begitu rupa dan bersifat sederhana dalam pendekatan hukumnya dengan meraikan apa yang diijma' oleh para sahabat Rasulullah saw (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010). Imam Malik memandang positif terhadap cadangan ini lalu menulis bukunya yang masyhur iaitu al-Muwatta' yang telah menjadi kitab fiqh dan hadith paling awal yang lengkap pernah ditulis dalam sejarah pengajian syariah dan hadith. Walaubagaimanapun Imam Malik tidak bersetuju ia dijadikan teks undang-undang yang perlu dikuatkuasakan oleh semua hakim di seluruh negara islam pada waktu itu. Terdapat dua alasan iaitu tidak mahu mengganggu kebebasan berijtihad dan kedua, ia boleh menyebabkan ketidakadilan memandangkan adanya kelaziman hidup yang berbeza-beza dalam kalangan masyarakat (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Terdapat usaha ke arah tujuan tersebut berlaku di zaman taqlid melalui idea seperti itu melalui kitab-kitab al-Fatawa. Kaedah penulisan kitab ini ialah dengan menentukan pandangan-pandangan yang ada untuk diterimasebagai pandangan yang diutamakan dalam mazhab berkenaan. Walaubagaimanapun usapa seperti ini masih tidak dapat memenuhi tujuan asal tadi (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010). Pada zaman mutahir ini iaitu pada tahun 1896M, sebuh jawatankuasa telah dibentuk bertujuan menulis sebuah buku muamalat Islam yang mudah untuk dirujuk berasaskan mazhab Hanafi. Caranya ialah dengan memuatkan pendapat terpilih sahaja dalam mazhab berkenaan tanpa menyebut khilaf yang berlaku mengenai hukum berkenaan. Dalam memilih pendapat berkenaan, jawatankuasa tersebut tidak perlu terikat dengan pendapat yang rajih dalam mazhab tersebut, sebaliknya pemilihan itu perlu berdasarkan kepada apa yang lebih sesuai dengan kepentingan masyarakat (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010)

Maka melalui tujuan ini pendekatan maqasid syariah telah diambil sebagai method pengambilan hukum dan antara rujukannya ialah kitab al-Muwafaqat oleh Imam al-Syatibi, pendapat Ibn 'Asyur dan Imam Ahmad al-Raisuni (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010). Antara lain ialah pendekatan merujuk kepada 'illat berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali, Imam al-Subki, Muhammad Mustafa Syalabi, Ibn al-Hajib dan al-Zanjani (Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, 2010).

Rujukan:

Abdul Halim El-Muhammady, Perkembangan Undang-undang Islam dari Zaman Rasulullah saw hingga Zaman Penjajahan Barat, Cet. 1, 1993, Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Ariffin bin Omar (Prof. Madya Dr.) dan H. M. Yusuf Sinaga (Lc), Biografi Ulamak-ulamak Hadith, Cet 1, 2005, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Faisal Ahmad Shah et. al., Manahij al-Muhadithin Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith, 2010, Kuala Lumpur: jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, Penghantar Usul Tafsir, Cet. 1, 2001, Kuala Lumpur: Intel Mutimedia and Publiations
Lutfi Ibrahim, Prof. Madya, Antologi Pemikiran Islam, Cet. 1, 1993, Shah Alam: Penerbit Hizbi.
Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid dan Paizah Hj Ismail, Penghantar Pengajian Syariah, 2010, Kuala Lumpur: Al_Baian Corporation Sdn. Bhd.
Mani' bin Hammad al-Huhniy (Dr.), al-Mausu'ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu'asirah, Riyadh: Dar al-Nadwah al-'Alamiyyah, Cet. 5, Jil. 1, 1424H/2003M
Mohd Aizam bin Mas'od, Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia, Cet. 1, 2013, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Mohd Ziadi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-Jamaah, 2000, Kuala Lumpur: Syathariyah Niagajaya Sdn. Bhd.
Muhammad Jawad Mughniyah, al-Fiqh 'ala Mazahib al-Khamsah, Beirut: Dar al-Jawad, ter. Masykur A.B. e. al., Fiqih Lima Mazhab, Cet. 4, 1999M, Jakarta: Penerbit Lentera.
Rohaizan Baru Md. Zain, Bagaimana Meletakkan Hukum Hadith, Cet. 1, 1999, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Syeikh Dr. Fauzi al-Anjari dan Syeikh Hamdi Sinan al-Masri, Al-Asya’irah: Akidah Sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah

Hidup dalam mencari..

Bandar Baru Bangi,
02 Rabi' al-Awwal 1440H.

Comments