Pendahuluan
Allah swt telah memberi panduan umum ke arah
perkembangan ilmu pengetahuan dalam agamanya, iaitu Islam. Panduan tersebut
dinyatakan dengan jelas, terbimbing dan tegas agar umat manusia benar-benar
menyelusuri panduan tersebut agar landasan keilmuan ini tidak tersasar atau terpesong.
Definisi ilmu dan intelek
Perkataan ilmu berasal daripada bahasa Arab – 'ilm
– dengan menggunakan platform wazan (‘alima – ya’limu – ‘ilm)
yang bererti pengetahuan (al-ma’rifah). Ia kemudiannya berkembang
menjadi suatu pengetahuan mengenai hakikat sesuatu, difahami secara bersistem
dan mendalam.
1. pengetahuan
dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala
sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari
~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar;
2. kajian bkn
sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan
dgn rawatan penyakit;
3. sampainya
diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama
Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin
tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb
membuat pekerjaan yg sia-sia; berilmu mempunyai banyak ilmu, berpengetahuan:
orang yg ~ dapat membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah;
Intelek [in.te.lék]
kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya), akal
budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan,
golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek.
Tujuan kegiatan keilmuan, samada pengajaran atau
pembelajaran.
Ilmu pengetahuan yang dipelajari mestilah ditujukan
dan bermatlamat untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Pembelajaran
sesuatu ilmu atau mengajarkannya bukan sebagai tiket untuk mendapatkan pujian
dari manusia, bukan pula untuk tujuan-tujuan tidak berfaedah rendah seperti sekadar
untuk mencari wang, populariti, kedudukan dan sebagainya.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan
Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu
hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan
bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu
pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”
(ibrahim,
14:34)
Selain itu, ilmu yang dipelajari janganlah digunakan
untuk melakukan kerosakan. Kerosakan terhadap diri sendiri dengan melakukan
larangan dosa, maksiat dan larangan Allah. Kerosakan terhadap masyarakat
sekeliling dan manusia yang lain. Kerosakan terhadap tumbuhan, haiwan,
persekitaran, yang semuanya merupakan ciptaan Allah yang memberi manfaat.
Melakukan kerosakan bermaksud menafikan manfaat dan nikmat. Inilah tanda orang
yang tidak bersyukur dan mereka tergolong dalam orang-orang yang kufur.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang
membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang
(kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan
(supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang
memperbaiki amalannya.”
(al-A’raaf,
7:56)
Sumber-sumber ilmu
Sumber Pertama:
Sumber pertama ilmu ialah Al-Quran dan sunnah Rasulullah
saw. Ia merupakan sumber utama bagi ilmu pengetahuan. Kita diperintahan untuk
melaksanakan aktiviti keilmuan ini yang merangkumi proses pengajaran dan
pembelajaran, seterusnya difahami dan dihayati dengan sebaik-baiknya serta
diamalkan dalam kehidupan seharian.
Ilmu yang datang dari sisi Allah merupakan ilmu yang
mutlak.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“… sedang
Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, Yang
tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia
diturunkan dari (Tuhan) Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji”
(al-Fussilat,
41:41-42).
Selanjutnya,
Allah swt menyatakan bahawa ilmu yang datang daripada RasulNya merupakan ilmu
yang absah.
Firman Allah
swt yang bermaksud:
“Rakan kamu
(Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia
menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan
kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung
dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh
(malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -Lagi yang mempunyai kebijaksanaan;
kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal,”
(al-Najm,
53:2-6)
Rasulullah saw
sebagai makhluk, seorang hamba Allah, ditugaskan sebagai khalifah, serta
dimuliakan sebagai utusan Allah. Baginda hanya menyampaikan wahyu, pengetahuan
mengenai kehendak dan suruhan Allah. Baginda tidak mengetahui sebarang
pengetahuan mengenai perkara ghaib, melainkan ia disampaikan oleh Allah swt.
Firman Allah
swt yang bermaksud:
“Katakanlah
(wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa)
perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui
perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu
bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang
diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang
yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"
(al-An’aam,
6:50)
Sumber
kedua:
Sumber kedua
bagi ilmu ialah alam semesta. Allah swt sebagai khaliq atau ‘Pencipta’,
sedangkan selain daripadaNya merupakah makhluk atau ‘yang dicipta’. Kahidupan
manusia mustahil bebas daripada dikelilingi penciptaan Allah swt, serta
mustahil untuk berada di sisi Pencipta secara fizikal. Selayaknya bagi Allah
memerintahkan manusia melihat, merenung, mempelajari dan memikirkan, seterusnya
mengambil hikmah terhadap seluruh ciptaanNya. Ia bukan hanya fizikal makhluk
yang dicipta, tetapi segala kejadian yang berlaku antara keseluruhan
makhluk-makhluk ini.
Bentuk
pertama
ialah mengenai penciptaan alam dan segala yang hidup, berbentuk materi, hasil
ciptaanNya.
Allah swt berfirman
yang bermaksud:
“Dan Dialah
yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, dan ‘Arsy-Nya di atas air
...”
(Hud,
11:7)
Firman Allah
lagi yang bermaksud:
“Dan Kami
jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu
beriman?”
(al-Anbiya’,
21:30)
Mengenai
penciptaan manusia, Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Dan Dia
lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai)
titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu
berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya)”
(al-Furqan,
25:54)
Firman Allah
swt lagi yang bermaksud:
“Dan Allah
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, ...”
(al-Faathir,
35:11)
Mengenai penciptaan
haiwan:
“Dan Allah
menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di
antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan
dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan
apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(al-Nuur,
24:45)
Mengenai
penciptaan langit, gunung dan dataran bumi, firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan
keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?”
(al-Ghasyiyah,
88: 18-20)
Bentuk yang
kedua adalah
mengenai proses penciptaan sesuatu makhluk. Allah swt menerangkan proses kejadian
alam, firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan
tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya
langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu
Kami pisahkan antara keduanya? ...”
(al-Anbiya’,
21:30)
Berkenaan
proses penciptaan manusia yang pertama, Allah swt telah berfirman yang
bermaksud:
“(Ingatkanlah
peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku
hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah; " Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka
hendaklah kamu (para malaikat) sujud kepadanya "
(Sad,
38:71-72)
Juga Allah swt
menerangkan proses kejadian manusia dan perjalanan hidup mereka, melalui firmanNya
yang bermaksud:
“Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari
tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada
penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah
beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami
ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang
itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi
makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian
Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian
sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.”
(al-Mu’minun,
23:12-16)
Bentuk yang
ketiga
adalah mengenai proses perubahan alam atau fenomena alam. Firman Allah swt yang
bermaksud:
“Dan Kami
turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan
dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa
melenyapkannya. Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun
tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis
lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki
penghidupan kamu.”
(al-Mu’minun,
23:18-19)
Mengenai
proses penghidupan tumbuh-tumbuhan, firman Allah swt yang bermaksud:
“Tidakkah
engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu
dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air
itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman
itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai?
Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan
orang-orang yang berakal sempurna.”
(al-Zumar,
39:21)
Bentuk keempat adalah mengenai proses
memanfaatkan atau kepenggunaan segala apa yang diciptakan oleh Allah swt. Allah
menciptakan manusia dengan tujuan dan matlamat yang telah ditentukan, tugas
yang telah ditentukan dan keperluan yang telah ditentukan.
Tujuan dan
matlamat penciptaan manusia adalah melalui firman Allah swt yang bermaksud:
“Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
(al-Dzariyat,
51:56)
Firman Allah
swt mengenai kehidupan di dunia ini yang bermaksud:
“Dan tidak (dinamakan)
kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan:
dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
(al-An’aam,
6:32)
Tugas manusia
adalah seperti firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ...”
(al-Baqarah,
2:30)
Tugas khalifah
bukanlah sia-sia. Manusia perlu melalui kehidupan dengan melakukan urus tadbir
terhadap pengurusan negara. Melantik pemimpin dan melaksanakan tanngungjawab
kepada rakyat. Melakukan transaksi perniagaan dan perdagangan. Menyempurnakan
hak-hak dan tanggungjawab di dalam keluarga, pasangan, anak dan kerabat, jiran,
rakan dan orang-orang disekeliling.
Berdasarkan
tujuan dan tugas tersebut, Allah swt telah menyediakan keperluan-keperluan yang
sebaiknya dan selayaknya agar manusia dapat mencapai tujuan penciptaan mereka
dan menyempurnakan tugas yang diamanahkan oleh Allah swt.
Firman Allah swt yang bermaksud:
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Ia
memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu
mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum
yang memikirkannya dengan teliti.”
(al-Jatsiyat,
45:13)
Firman Allah
swt lagi yang bermaksud:
“Dan
sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik
untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka
yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. Tiap-tiap
golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan
kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian
Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun). Lihatlah bagaimana Kami lebihkan
sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami
itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan
perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.”
(Israa’,
17:19-21)
Selain itu
Allah banyak menerangkan tugas-tugas Nabi dan rasul terdahulu, membawa risalah
tauhid kepada masyarakat dan umat mereka. Metod yang digunakan oleh mereka,
kandungan dakwah yang disampaikan, cakupan sasaran yang dituju, alat-alat
dakwah, platform dakwah serta pelbagai lagi. Juga beberapa dialog antara mereka
dan golongan yang didakwahkan.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Katakanlah
(wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu
perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari
kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang
lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya
(untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada
(Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang
dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu
ditimpa azab yang berat (di akhirat).”
(al-Saba’,
34:46)
Bentuk kelima adalah mengenai memahami
kejadian diri sendiri iaitu manusia, dari segi penciptaan biologi, unsur
penciptaan serta sifat dan perwatakan mereka. Diri sendiri adalah penciptaan
yang paling hampir untuk direnungi dan dihayati.
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun). Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya."
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun). Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya."
(al-Israa', 17:19-21)
Lalu Allah menerangkan
juga nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang Maha Sempurna agar direnung dan
dijadikan sebagai sebahagian daripada sifat-sifat dalam diri manusia. Allah
memberi contoh agar manusia menjadikan cerminan sifat-sifat tersebut terhadap
diri mereka, melihat perbandingan agar manusia sedar akan siapa diri mereka,
antaranya pengetahuan mengenai sifat wajib, harus dan mustahil bagi Allah.
Bahawa Allah
itu Tuhan, pentadbir alam, pencipta segala makhluk. Firman Allah swt yang
bermaksud:
"Sesungguhnya
Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan
dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.”
(Taha,
20:14)
Bahawa Allah
itu tunggal dan tiada Tuhan lain selain Allah. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Kalau ada
di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah
pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan
menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka
sifatkan.”
(al-Anbiya’,
21:22)
Bahawa Allah
swt itu wujudnya tiada mula dan kerwujudannya tiada pengakhiran. Ia kekal
selamanya. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dia lah
Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(al-Hadid,
57:3)
Bahawa Allah
itu tidak setara dan menyerupai sesuatupun di alam ini dari segi zat atau
fizikalnya. Tidak beranak dan diperanakkan. Ia wujud dalam keadaan tunggal dan
penuh pemuliaan serta kebesaran.
“Katakanlah
(wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada
beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang
serupa denganNya".
(al-Ikhlas,
112: 1-4)
Firman Allah swt lagi yang
bermaksud:
“Dan akan kekallah Zat
Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”
(al-Rahman,
55:27)
Selain itu
Allah menerangkan contoh-contoh melalui teladan manusia mengenai akhlak dan
etika, perilaku kepada ibubapa, saudara-mara, rakan, pemimpin, rakyat, rakan
sekerja, hatta orang yang bodoh, tidak beriman, malakukan dosa dan sesat.
Mereka semua tetap sebagai manusia dan berkomunikasi dengan mereka bermaksud
berkomuniakasi dengan diri sendiri.
Bentuk
keenam ialah
mengenai kisah umat terdahulu untuk dijadikan teladan dan contoh kehidupan.
Pada mereka ada contoh seperti penyelewengan agama dan pemikiran, contoh
budaya, kemajuan sains dan teknologi.
Firman Allah
swt yang bermaksud:
“Demi
sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan
iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang
terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi
ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu
daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu,
serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.”
(Yusuf,
12:111)
Bentuk ketujuh atau terakhir ialah sumber
pemerolehan ilmu pengetahuan itu sendiri, kaedah pemikiran dan pemerhatian
serta pengalaman. Dalam al-Qur’an tidak disebut mengenai perkataan ‘aqala yang
menunjuk materi akal tersebut. Namun yang disebut adalah kata kerjanya dalam
bentuk ya’qilun dan ta’qilun yang bermaksud
perintah agar berfikir menggunakan akal. Semuanya terdapat di dalam contoh yang
menerangkan penciptaan makhluk, peroses kejadian, fenomena alam dan selainnya.
Firman Allah
swt yang bermaksud:
“Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga
mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab
perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi
manfaat kepada mereka?”
(Taha,
20:89)
Firman Allah
swt lagi yang bermaksud:
“Dan demi
sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara
manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta
bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan
berlaku kufur.”
(al-Furqan,
25:50)
Selain itu
disebut golongan yang menggunakan akal. Firman Allah swt yang bermaksud:
“"(Engkaukah
yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam
dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan
rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama
orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah
orang-orang yang berakal sempurna.”
(al-Zumar,
39:9)
Malangnya
orang yang tidak beriman, mereka yang tergolong daripada pemikir sekular Barat,
menolak kemutlakan ilmu Allah di dalam al-Quran, lantas menolak al-Quran
sebagai sumber ilmu utama, mengingkari hujah yang terkandung di dalamnya, mereka
adalah golongan yang sesat dan rugilah mereka.
Sumber ilmu Islam
|
Sumber ilmu Sekular
|
Wahyu (Revealed Knowledge)
|
Tiada
|
Pengetahuan naluri (instinct)
|
|
Pengetahuan daripada kepintaran (intelligence)
|
|
Pengetahuan daripada panca indera (sense)
|
|
Pengetahuan daripada ilham (intuition)
|
*Tidak
dinyatakan yang lain tidak bermaksud tiada dan menafikan.
Hidup terus mencari..
Bandar baru Bangi,
22 Rabi' al-Awwal, 1440H.
Comments