Sarapan dengan Shakshuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sabtu yang lepas, tiba-tba teringat dengan makanan yang diberi nama Shakshuka. Sebelum ini pernah merasainya semasa belajar dahulu.

Tidak tahu mahu makan apa untuk sarapan, maka resepi ini segera digeledah. Asasnya resepi ini tidaklah sesuakar mana dan tidak renyak disediakan. Sangat mudah dan mungkin sekitar kurang setengah jam. Bahan-bahan yang digunakan ialah:




Tomato segar
Tomato puree
Bawang besar
Bawang putih
Lada benggala
Daun ketumbar
Serbuk lada
Serbuk mixed spices
Serbuk oregano
Serbuk cili
Lada
Gula
Saya masukkan juga kacang panggang

Cara memasaknya ialah
Letak minyak masak
Tumis bawang besar dan bawang puting yang telah dihiris nipis
Masukkan lada benggala yang dipotong dadu
Masukkan tomato puree, tumis seketika
Masukkan kacang panggang bersama sosnya
Masukkan Tomato segar yang telah dpotong kecil
Tumis dan layukan semua bahan
Masukkan sedikit air agar berkuah
Maukkan gula, garam dan serbuk rempah sekadarnya
Tunggu seketika sehingga bahan menggelegak
Buatkan kawah dan pecahkan telur
Hiris halus daun ketumbar dan taburkan diatas masakan

Sedia untuk dihidang.
Sedap dimakan atau dicicah dengan roti.
Boleh dicuba meletakkan keju, cendawan, kacang peas, lobak merah, kacang kuda atau sebagainya.
Boleh juga tambah bahan untuk memedaskannya.

Alhamdulillah, siap satu lagi resepi yang diminati untuk dicuba.

Hidup terus mencari...

Kota Damansara,
07 Syaaban 1439H

Comments