Assalamualaikum.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, resepi makanan Mesir seolah-olah semakin terngiang-ngiang di fikiran. Kali ini saya mencuba resepi Bamia Daging.
Bamia atau okra dalam bahasa Melayunya adalah bendi. Mengikut resepi asal, bendi yang digunakan adalah jenis pendek, bukan kebiasaan yang terdapat di Malaysia. Semalam hari Khamis, resepi ini merupakan juadah berbuka puasa.
Saya telah ke pasar tani untuk membeli bahan yang belum ada di rumah. Daging yang dibeli hanyalah RM 10.00 untuk daging bertulang dengan harga RM 26.00 per kilogram. Cukup untuk sekali makan. Sengaja beli yang bertulang dan berlemak untuk meningkatkan lagi rasa pada air rebusan kelak. Bendi yang dibeli sekitar suku kilogram dan saya mencari saiz paling kecil atau pendek yang ada di pasar tersebut iaitu anggaran 4 sehingga 5 inci sahaja.
Saya cuba jejak di internet resepi bamia ini, memang ada masyarakat Malaysia yang telah mencubanya. Namun resepi yang saya gunakan pada kali ini ialah sepenuhnya daripada cara penyediaan orang arab Lubnan melalui Youtube.
Bahan-bahannya ialah:
Sekitar 300g daging
250g bendi
Terung (saya masukkan juga sedia ada di rumah)
2 biji tomato
4 ulas bawang putih
Sepokok daun ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Mixed spices
Garam
Cara penyediaannya adalah pelbagai. Ikut suka. Tetapi setiap cara yang berbeza membuahkan hasil rasa yang berbeza walaupun hampir sama. Jika ada dua dapur, lebih cepat selesai masak. Saya ambil masa sekitar 1 jam 15 minit bermula siang daging sehngga siap masak nasi untuk berbuka.
Cara penyediaannya bolehlah cari sendiri ya. ^_^ Bukan apa, malas tulis berjela cara menyediakannya dalam masa yang sama nak 'recall' balik dari kotak ingatan di otak ni. Ada juga yang memasukkan kacang peas. Pada saya boleh juga dimasukkan kacang kuda atau kacang merah yang telah lembut. Ada juga yang menggunakan daging kambing.
Sebelum ini pernah mencuba masakan sebegini menggunakan daging arnab. Daging arnab itu hadir ketikamana kami adik-beradik membuat daging arnab bakar. Apa teknik yang kurang betul, kami tak pasti. Daging arnab setelah bakar, sangat liat. Mengelak pembazaran dan bagaimana untuk mengatasinya, maka cara memasak sepermi bamia ini dibuat menggunakan periuk tekanan. Hasilnya, memang sapu licin. Nasib baik tulang arnab tersebut tetap keras. Hmm..
Mungkin selama ini saya terfikirkan, bagaimana syurbah atau sup arab ini menjadi manis dan sedap. Pernah mencuba di sebuah restoran Arab di Jalan Reko. Memang sedap. Saya ke sana kerana rindukan masakan Mesir. Nampak kemerahan dan keorenan seperti letak pes tomato sahaja. Dari mana datangnya manis tersebut? Rupanya, penyediaan sup tersebut daripada air rebusan daging. Orang tidak pakar, memang akan mencari apa disebaliknya.
Inilah hasil masakan saya. Memang tak sempat ambil gambar sebab mengejar waktu berbuka. Dah ambil, sempat dalam bekas ni je. Itupun nasib baik sempat.
Secara peribadinya, saya suka mencuba resepi dan makanan yang baru. Jadi, apa yang boleh dipelbagaikan, ditukar-tukarlah resepi, kaedah dan bahan-bahan. Sekurang-kurangnya menyedapkan rasa lidah ini. Terus mencari dan belajar sesuatu yang baru. Bak kata ahli sastera, nikmat makan hanya pada tiga perkara, iaitu; rasa bau dan warna. Rasa dengan lidah. Bau dengan hidung. Warna dengan mata. Jika tidak lengkap salah satu di salah satu deria tersebut, boleh jadi makanan tersebut menjadi tidak sedap dan tidak menyelerakan! Malah inilah juga kriteria untuk memastikan sesuatu medium telah bersh tanpa najis.
Makanlah dengan nasi panas. Memasak nasi gaya atau cara Arab, bahan yang Arab guna, masih belum saya capai. Saya cuba cari bahannya dahulu dan andai ditemui. Makan dengan dicicah bersama roti pon sedap. Ingat lagi ketika di Mesir, memakan roti adalah lebih kebiasaan daripada nasi. Walau rotinya dah sejuk, seperti lemau atau terlalu kering dan rapuh, namun itulah makanan mereka, iaitu masyarakat kampung di Mesir. Pasti dan pasti saya akan mengulangi resepi ini dengan dipelbagaikan lagi ramuannya.
Di bawah ini contoh yang saya peroleh daripada internet. Sedap kan dibuat juadah berbuka? Diperhangat untuk bersahur juga. Dah biasa kan? ;)
Insha Allah, resepi lain akan menyusul.
Hidup terus mencari..
12 Rejab 1439H,
Kota Damansara.
Comments