Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah.
Pengajian master telah selesai. Kelas telah habis lebih tiga bulan yang lalu. Segala kerja kursus telah diselesaikan. Semua subjek yang perlu disempurnakan 'credit hour'nya telah lengkap. Kehadiran ke kelas telahpun tiada. Kini Penulisan telah selesai dan telah dijilidkan serta telah dihantar.
Secara peribadi, tempoh masa menuntut ilmu atau sebagai penuntut ilmu adalah sangat berharga. Bukan sahaja berharga, tetapi mendahagakan. Lebih banyak dipelajari, semakin banyak yang tidak diketahui. Maka semakin banyak pula mahu diterokai. Ilmu yang masih kurang diketahui itu seolah fatamorgana yang ingin dicapai. Mustahil untuk dicapai, melainkan bersungguh melalui jalan yang selayaknya.
Sepanjang proses pengajian master atau sarjana dengan mode coursework ini sangat memberi makna dan pengalaman yang pastinya sentiasa diingati. Manakan tidak, mode coursework dengan part-time ini memerlukan perancangan masa yang betul dan baik. Malah, perancangan tersebut perlu dilaksanakan. Benarlah ungkapan, "jika anda gagal merancang, maka anda telah merancang untuk gagal." Pada saya ungkapan ini perlu sentiasa berlegar-legar dan menjadi sebahagian zikir buat penuntut ilmu peringkat pasca-siswazah.
Belajar sambil bekerja sangan 'membahagiakan'. Sebagai contoh, kerja selesai pada jam 4:30 petang. Kemudian terus bergegas ke kelas. Selepas sekitar tiga jam, pulang ke rumah. Itu tidak termasuk jika pensyarah mahu melanjutkan kelas. Seminggu ada tiga kelas. Segala keserabutan dan kepenatan melayan karenah di tempat kerja, seolah hilang ketika menghadiri kelas. Membuka pintu kelas dan masuk ke dalam kelas seperti membuka pintu alam lain, melangkah dari alam dunia kepada alam halimunan.
Secara tiba-tiba, keserabutan dan kepenatan telatah kerja hilang dan lenyap. Sepanjang kelas, terasa ketenangan mendengar perbicaraan pensyarah serta perkongsian dari rakan-rakan. Dunia itu seperti disangkut di luat bilik dan ditinggalkan sementara. Langsung tidak diendah dan dipedulikan. Inilah alamnya. Memang membahagiakan. Namun, melangkah sahaja keluar dari kelas, keserabutan itu pantas menghinggap kotak pemikiran. Tak dinafikan isteri dan anak juga adalah cabaran.
Mode pengajian part-time secara weekday dan weekend kedua-duanya telah dilalui. Ketika mengambil pengajian Diploma Eksekutif dahulu, pengajian adalah weekend. Ada ketikanya hari Sabtu dan Ahad. Pastinya kenduri kendara, jemputan, majlis-majlis dan program-program lain yang diadakan tidak dapat dihadiri dan dipenuhi. Pernah juga rasa tertekan, namun dihadapinya jua kerana hasil ilmu itu lebih mahal nilainya dari sepeluk harta.
Proses menuntut ilmu itu panjang. Ada pepatah kata "tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". Ada pula hadith mengenai "tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke lahad". Di dalam al-Quran pula dinyatakan "Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan". Malah terlalu banyak kenyataan, bukti, ayat serta panduan mengisahkan kepentingan menuntut ilmu dan kelebihannya. Jika sentiasa berniat mahu menuntut ilmu, dalam keadaan mencari ilmu, moga-moga pahala syahid dunia itu diperoleh.
Mahu sambung belajar?
Jawapannya Ya. Itu pasti. Di masjid dan surau juga ada pengajian ilmu. Secara berkitab atau sebaliknya. Secara berkala seperti seminar, kelas dan kursus. Selain itu, pusat-pusat pengajian kemahiran juga ada. Seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian dan seumpama. Itu semua ilmu. Carilah ia dan tuntutlah ia. Ada bayaran yang mahal, ada juga yang murah. Jika minat elektrikal, boleh cari masak nasi mandy. Jika minat microsoft, boleh juga mencari membuat anyaman. Jika minat enjin kereta, boleh cari kelas pendingin hawa.
Sambung ke peringkat lebih tinggi?
Pada saya peringkat memang ada. Peringkat lebih tinggi dan juga peringkat lebih lebar? Mana lebih minat? Tepuk dahi tanya sakit ke tak. Ilmu Allah ini Maha Luas. Semua yang kita tidak ketahui, ia boleh dianggap pengetahuan atau ilmu. Ilmu merupakan pengetehuan yang tersusun.
Kehidupan ini seperti roda. Ada cerah dan suramnya. Tidak ketinggalan di dalam alam rumahtangga juga alam menuntut ilmu. Suramnya ketika ketiadaan wang, kesempitan masa, timbunan bacaan dan tugasan. Belum lagi dikaitkan dengan orang sekeliling. Ada yang memberi sokongan, menyindir dan ada yang menghalang.
Apapun, kita perlu letakkan diri kita di dalam kelompok yang bahagia dan memperoleh nikmat. Di dalam sebuah hadith, menerangkan berkaitan dengan menuntut ilmu.
Kun...
'aaliman, aw
muta'alliman, aw
mustami'an, aw
muhibban, wa lam takun
khamisan, fatuhlak.
Jadilah kamu...
Orang yang menuntut ilmu, atau
Mengajar ilmu, atau
Mendengar ilmu, atau
Mencintai ilmu, da jangan kami menjadi
Kelima, maka kamu akan binasa.
Kelima bermaksud tidak menjadi salah satu daripada empat.
Sedikit pesanan daripada pensyarah. Katanya jika kamu nak sambung ke peringkan doktor falsafah, biasanya mereka dalam dua kategori. Kepuasan dan keperluan. Kepuasan adalah kepuasan di dalam bidang atau lapangan ilmu yang diceburi. Merasai cabarannya. Puas dengan setiap peringkat untuk menyelesaikan pengajian.
Keperluan pula atas permintaan. Permintaan daripada tempat kerja mungkin. Permintaan daripada tuntutan keilmuan di institusi pengajian mungkin. Pastinya, tiada yang sengaja ambil tanpa matlamat. Jika mahu terus dalam bidang akademik, sebagai tenaga pengajar dalam bidang, eloklah ambil. Jika tiada keperluan sedemikian, hanya kepuasan semata-mata, eloklah dicari masa yang paling sesuai dan selesa untuk menyambung ke peringkat tersebut.
Dalam keadaan masih banyak komitmen lain, tumpukan satu persatu. Insha Allah, andai niat terus berada dalam keadaan menuntut ilmu, ada malaikan yang pelihara dan ada peluang mendapat pahala syahid. Akan ada lorongnya dan dipermudahkan. Ada ilmu padamu dan disekelilingmu
Dalam keadaan masih banyak komitmen lain, tumpukan satu persatu. Insha Allah, andai niat terus berada dalam keadaan menuntut ilmu, ada malaikan yang pelihara dan ada peluang mendapat pahala syahid. Akan ada lorongnya dan dipermudahkan. Ada ilmu padamu dan disekelilingmu
Sekali lagi, tepuklah dahi.
Hidup dalam mencari..
Kota Damansara,
02 Rabi' al-Akhir 1439H.
Comments